WHERE'S AKMEL? UMNO YOUTH POST: A BRILLIANT PATH OR A WRONG FLAG!

BIKIN AKU PANAS SAJA! - AKMAL SALEH BAGI KATA DUA KEPADA AGC | Bendera T...




Ketua Pemuda Umno, Akmal Salleh berkata, dia akan "mengajar" pemilik sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang cara memasang bendera dengan betul sekiranya tiada pendakwaan dikenakan terhadap individu itu dalam tempoh dua hari. "Jika hari esok dan hari Rabu tak ada langsung pendakwaan ke atas individu ini, maka insyaAllah hari Khamis saya akan turun dan kita akan beri kelas untuk ajar apek ini cara bagaimana nak pasang bendera dengan betul,” HANG SIAPA MAT? RASA BESAR SANGAT KA? (KP UMNO LOYER)





GEMPAK! SELEPAS GAGAL JATUHKAN PMX! ADAKAH POLITIKUS CABAR KUASA AGONG D...




Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan mendakwa pelantikan Anwar sebagai ahli parlimen dan perdana menteri melanggar berperlembagaan. Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Waytha memohon deklarasi bahawa kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat “tidak pernah dibatalkan” oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan. ============================================================================ September 21, 2021 @ 7:03pm Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi sabitan kes liwatnya. Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mahkamah membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka, untuk membatalkan saman itu. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong memutuskan dakwaan Mohd Khairul Azam terhadap perayu jelas tidak kukuh kerana beliau tidak menyatakan sebarang alasan, tindakan terhadap mereka. Dalam penghakimannya, Hakim Has Zanah yang mengetuai panel hakim itu berkata, Mohd Khairul Azam tidak mempunyai hak untuk mempersoal pengampunan atau nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu kepada Yang-di Pertuan Agong dalam memberi pengampunan.




NUNJI jayakan himpunan besar pertemukan ulama, guru pondok dan pemimpin negara


 

OLEH CIKGU SYAZMIR HN



Hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi ruang masa yang ada mengunjungi negeri Kelantan Darul Naim.

Negeri yang dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang itu menerima kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan dengan pelbagai acara.


Menarik dan menjadi perhatian umum, kali ini Anwar turun ke Kelantan bagi menghadiri Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 yang diadakan di UiTM Cawangan Kelantan.

Program itu julung-julung kali diadakan semenjak Anwar dan Kerajaan Perpaduan memerintah Malaysia


Selaku penganjur utama, Akademi Nadwah Ulamak Nahdah Jadidah (NUNJI) pimpinan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan UiTM, program tersebut berjaya menemukan pemimpin negara dan agamawan dari kalangan guru pondok dan ulama setempat.


Dalam suasana Kerajaan MADANI pimpinan Anwar sedang diserang dengan pelbagai tohmahan untuk memburukkan imej serta kredibiliti Anwar dan kerajaannya, program tersebut tetap dihadiri oleh 1000 peserta yang hampir majoritinya merupakan penduduk negeri Kelantan



Pastinya ijtimak atau himpunan ini bukan bersifat politik, ia merupakan satu usaha mengangkat nilai yang terkandung dalam MADANI.

Keseimbangan yang dituntut dalam Kerangka MADANI turut membawa dimensi yang lebih luas antara umarak iaitu pemimpin negara dan ulama.

Sinergi antara umarak selaku pencorak arah tuju negara dan ulama sebagai agamawan mesti disimpul kemas dalam era hari ini.

Umum barangkali lupa bahawa Anwar adalah insan kelahiran gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), didoktrin dan dikuliahkan melalui universiti UMNO sebagai pentadbir negara, dihambat sebagai pejuang dari gedung PKR dan Pakatan Harapan.

Justeru insan ini menyedari hakikat bahawa visi besar yang beliau telah gagaskan sejak mula diberi tanggungjawab memimpin Malaysia mestilah bersendikan pemerkasaan Islam dari pelbagai sudut dalam masyarakat.



MADANI yang diidamkan oleh Anwar terhadap Malaysia mesti bergantung kepada kedudukan dan peranan penting agamawan yang kerajaan letakkan.

Pengerusi PH itu menyedari hakikat bahawa ‘islah’ yang sedang diusahakan mestilah berlaku peringkat demi peringkat.

Maka penganjuran ijtimak ini juga menjadi ruang kepada peringkat Anwar mendengar nasihat dan berhujah dari kelompok agamawan untuk Malaysia ini menuju islah yang madani.

Anwar mengenang usaha memartabatkan semula pesantren (pondok) di Indonesia yang ketika itu telah dijajah Belanda.

Ertinya, usaha membugar dan menyuburkan syiar Islam perlu melibatkan pemerkasaan institusi pondok sebagai jantung dakwah.

Beliau mahukan pondok sebagai benteng yang menyekat pengaruh sekular, kerosakan moral dan cabaran teknologi masa kini.

Malaysian tourism

Melihat pula kepada pemain utama yang menjayakan ijtimak ini iaitu Dr Mujahid, beliau bukan sembarangan orang.



Beliau memimpin Akademi NUNJI atas kapasiti keilmuwan yang beliau ada dalam politik Islam di peringkat kedoktoran, beliau masuk ke kancah dakwah yang penuh cabaran baik kepada sesama muslim mahupun bukan muslim di dalam Pas dahulu.

Justeru itu, beliau diamanahkan memimpin acara julung kali ini di negeri Kelantan atas kewibawaannya. Bukan atas dasar politik.

Matlamatnya hanyalah satu, mempertemukan umarak dan ulama dalam satu ruang yang harmoni bagi membentuk satu tekad bersama mengusahakan Malaysia yang lebih makmur dan berkat.



Dr Mujahid dalam ucapannya menegaskan, antara ulama dan umarak, tiada siapa mempergunakan sesiapa.

Namun yang ada hanyalah sinergi yang dimantapkan antara agamawan dan pemimpin bagi melahirkan sebuah negara dan generasi yang bertamadun.

Memetik senarai yang menjadikan dunia tersusun dan rapi, Timbalan Presiden AMANAH itu menyebut pertama adalah ‘agama yang dituruti’ dan kedua ‘pemerintah yang berwibawa’ serta 4 lagi asas lain.

Oleh itu, bertitik-tolak dari saranan Al-Mawardi ini, hendaknya pemimpin dan agamawan di negara ini bergandingan untuk benar-benar memacu kemakmuran negara.

Akademi NUNJI pimpinan bekas Menteri Hal Ehwal Agama Islam ini berjaya menyampaikan mesej yang tuntas kepada masyarakat bahawa Islah yang sedang dan perlu dibawa oleh negara mestilah merangkumi penglibatan ulama sebagai ahli kepada ilmu agama.

Meletakkan asas agama dalam setiap gerak kerja reformasi negara atau pembentukan negara bangsa menjadikan ia berhasil lebih ampuh dan berdaya.

Dalam ijtimak ini juga, topik reformasi pondok dan fiqh realiti sebagai parameter perbincangan antara ulama yang dihimpunkan bersama umarak.

Melihat kepada kejayaan pelaksanaan program ini, Malaysia seakan telah berjaya memasuki dimensi baru dalam mengarusperdanakan sekolah pondok.


Lebih mengujakan, acara tersebut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud. Berbeza wadah politik tidak menghalang mereka bertemu dan menjayakan islah yang dituntut ini.

Tahniah kepada Akademi NUNJI, YADIM, JAKIM dan UiTM yang telah menjayakan program yang bukan semata-mata sebuah program, namun ia menjadi asas kepada Islah yang lebih jitu dan berimpak terhadap kesuburan Islam dan negara bangsa di Malaysia.





Fadhlina terima memorandum #KeadilanUntukZara, jawab empat tuntutan dalam memo





Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menerima memorandum berkaitan isu #KeadilanUntukZara dalam satu himpunan aman di Taman Tugu dan Pintu Utama Parlimen Malaysia hari ini.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memorandum itu diterima oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, sebelum beliau sendiri menerima kunjungan wakil aktivis pelajar di Bangunan Parlimen Malaysia untuk membincangkan kebimbangan yang dibangkitkan.

Beliau juga tidak menunggu lama dan lantas menjawab empat tuntutan yang dibangkitkan dalam memorandum berkenaan.

“Ada empat tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum ini ditujukan khusus kepada KPM. Saya perincikan seperti berikut berserta tindakan yang sedang diambil pihak Kementerian,” katanya.


Bagi tuntutan pertama iaitu melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan nasional khususnya berkaitan isu buli, Fadhlina memaklumkan bahawa KPM telah mengumumkan beberapa langkah penting dalam usaha meningkatkan keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Ini termasuk dengan melakukan audit keselamatan, tambah baik sistem aduan buli, menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan, mengambil tindakan tegas gantung dan buang sekolah bagi salah laku buli dan memastikan aspek sokongan psikososial terus diperkukuhkan di setiap peringkat.


Tuntutan kedua, mengadakan sesi libat urus bersama gerakan mahasiswa dan masyarakat sivil bagi membentuk SOP jelas dan tegas terhadap kes buli, akan dilaksanakan oleh KPM.

“KPM bersetuju dengan cadangan ini dan akan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh bagi memberi pencerahan berkenaan garis panduan menangani salah laku buli yang sedang berkuat kuasa. Kementerian juga terbuka terhadap pandangan dan cadangan untuk tambah baik garis panduan sedia ada,” katanya.


Bagi tuntutan ketiga iaitu mewajibkan latihan mandatori dan berkala kepada semua guru, pentadbir dan warden, beliau berkata garis panduan menangani salah laku buli perlu dipatuhi di semua institusi pendidikan KPM.

‘Aspek latihan akan terus diperkasakan bagi memastikan kesiapsiagaan pentadbir sekolah, guru dan warden.

“Tuntutan keempat yang meminta penjelasan terbuka kepada masyarakat berhubung kes ini…KPM menyambut baik langkah PDRM mewujudkan pasukan petugas khas bagi menangani kes yang melibatkan Allahyarham anakanda Zara Qairina.


“Kementerian memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dilaksanakan oleh pihak polis. Perkembangan berkenaan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak PDRM,” katanya lagi.


Pada masa sama Fadhlina berkata kes Allahyarham Zara sudah menjadi perhatian utama dalam kementerian san beliau meletakkan seluruh harapan supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.


 

Anwar lancar ILMU, AI pertama Malaysia dibangunkan anak tempatan


 

Hari ini, tercatat detik bersejarah dalam landskap teknologi Malaysia apabila Perdana Menteri meluncurkan sebuah kecerdasan buatan (AI) iaitu ILMU, merangkap model bahasa besar (LLM) pertama negara yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan.


Peluncuran tersebut berlangsung di pentas Sidang Kemuncak ASEAN AI dengan kerjasama YTL AI Labs dan Universiti Malaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi cerminan identiti, suara, dan aspirasi negara dalam era AI.



“Peluncuran ini juga menandakan bahawa Malaysia kini bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya sudah mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.



“Ia dirangka untuk memahami, menghormati, dan meraikan kepelbagaian rakyat, sambil membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam, dan inovasi industri,” katanya di Facebook.

Perdana Menteri berkata, peluncuran ini menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi yang inklusif, beretika, dan berpaksikan nilai-nilai MADANI yang memanfaatkan potensi AI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi, serta kedudukan strategik Malaysia di persada dunia.

ILMU dijangka menjadi asas penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama teknologi serantau, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan yang berteraskan nilai tempatan





HARAKAH HUTANG TAK BAYAR.. NI HUTANG DENGAN JKR PULAK.. MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA... MAMPUS LA.. KALAU BAGI KE PAS NI


 

HUH... MALU KE BUDAK BUDAK JAH.


 

TERDESAK SANGAT RUPANYA....MANA TAK TAK LENA.....SEDANG DALAM USAHA NAK KENA TANGKAP



 SAMAN WAYTHA MOORTHY







Waytha Moorthy kata perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.


Dia merujuk Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah, jika tidak dibatalkan, diteruskan selama tempoh lima tahun dari tarikh pembebasan. Dia berkata lagi, oleh kerana YDPA tidak secara nyata membatalkan kehilangan kelayakan DS Anwar di bawah Perkara 48(3), kehilangan kelayakan itu kekal berkuat kuasa sehingga 15 Mei 2023. Dia menambah, DS Anwar bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Tambun pada 19 November 2022, walhal tempoh kehilangan kelayakannya masih berkuatkuasa selama lima tahun (16 Mei 2018 hingga 15 Mei 2023). Ini dakwaan Waytha Moorthylah!





Mari kita tengok... kehilangan kelayakan dalam Perkara 48(3) menyebut secara spesifik ia adalah tentang Perkara 48 (1)(d) dan Perkara 48(1)(e). Bahagian (d) itu berkait dengan kehilangan kelayakan akibat kegagalan menyerahkan penyata perbelanjaan pilihanraya yang dikehendaki oleh undang-undang.


Sementara bahagian (e) adalah bahagian yang menarik, kerana Waytha Moorthy sendiri merujuk kepadanya. Kata dia, menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, DS Anwar hilang kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Rakyat kerana telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara melebihi satu tahun.


Adakah rujukannya betul? Ya betul, tetapi tidak sepenuhnya. Saya perturunkan keseluruhan fasal dalam Perkara 48(1)(e) yang berbunyi,


"dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan DIA TIDAK MENDAPAT PENGAMPUNAN BEBAS"


Perhatikan klausa terakhir yang saya telah besarkan itu. Maksudnya seseorang yang tidak mendapat pembatalan hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen selepas menjalani hukumannya akibat kesalahan di bawah Perkara 48(1)(e) hendaklah menunggu sehingga lima tahun. Tetapi kes DS Anwar Ibrahim tidak boleh bersandarkan Perkara 48(1)(e) tersebut, kerana berlawanan dengan klausa terakhir itu, DS ANWAR IBRAHIM TELAH MENDAPAT PENGAMPUNAN BEBAS SEPENUHNYA.


Jelas perbezaannya?


Zukri Aksah 

Timbalan Ketua Cabang 

Keadilan Indera Mahkota 


#keadilan26 #keadilan26tahun #MADANIBekerja #neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #KitaKEADILAN #kamikeadilan #KekalAnwar #AkuKeadilan #PMX #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan 

Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Keadilan Pahang Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia



KIOK..

 Mohd Asri Abu Bakar


Alahai..sian bangat. Dia ingat, dia dah hebat dah, tapi ngan org biashe2 jer..tu pun ko kalah? 🤭. Jelas,  ramai sebenarnya org yg dah tak suka kat ko. Ko jer perasan dgn penuh perasaan. Sbb? mulut ko tak baik, celupar pulak tu dan dah yg paling teruk...ko banyak sgt menyimpan dosa2 Qazaf. Takpun...mgkn ini bahana hasil dari Qunut Nazilah yg telah di bacakan oleh Jasin?. 



Ish, ish issshhhh...dah lama dah aku tak gelak sampai keluaq ayaq mata.. 🤣🤣🤣🤣.