ZALIM : Rakyat ziarah kubur dikompaun RM2,000 tapi MB Kedah uji Raptor hanya kena RM1,500

 

By 


Orang ramai bangkit menzahirkan rasa tidak puas hati dengan jumlah kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 yang berbeza antara rakyat biasa dan wakil rakyat.

Reaksi awam itu muncul susulan seorang lelaki di Jempol, Negeri Sembilan yang menziarahi kubur semalam dikenakan kompaun RM2,000.

Lelaki berusia 21 tahun yang datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

Orang ramai bangkit menzahirkan rasa tidak puas hati dengan jumlah kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 yang berbeza antara rakyat biasa dan wakil rakyat.

Reaksi awam itu muncul susulan seorang lelaki di Jempol, Negeri Sembilan yang menziarahi kubur semalam dikenakan kompaun RM2,000.

Walau bagaimanapun jumlah kompaun dikenakan terhadap anak muda itu lebih tinggi berbanding Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dikompaun hanya RM1,500 kerana bersalah mengunjungi sebuah pusat pameran kenderaan di Pulau Pinang, awal bulan lalu.

JIKA KEHADIRAN CUMA 80 – SEKALI LAGI – BOIKOT SAJA SIDANG PARLIMEN 26 JULAI INI

 

Pada 16 Julai lalu, saya menulis satu artikel di blog ini menggesa agar blok pembangkang memboikot sepenuhnya sidang khas Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai depan.

Ia berikutan sidang khas itu hanya dipenuhi dengan taklimat menteri semata-mata.

Tidak pernah di dunia ini sidang Parlimen hanya dipenuhi dengan taklimat menteri saja kerana sebagai tunjang semak dan imbang dalam sistem demokrasi, ruang berbahas, bertanya soalan dan mengundi adalah asas utamanya.

Jika hanya taklimat semata-semata, hanya membuang masa Ahli Parlimen menghadirinya dan ia tidak lebih seperti mendengar ceramah sehala saja.

Adakah itu peranan Ahli Parlimen dan adakah untuk itu juga mereka dibayar gaji lumayan?

Sebab itu, bagi saya lebih baik blok pembangkang memboikotnya saja bagi memperlihatkan kepada rakyat dan dunia betapa teruk dan tidak bergunanya kerajaan PN yang sedang memerintah negara melalui pintu belakang ini.

Meski kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengatakan ruang berbahas akan tetap dibuka, tetapi kebanyakan Ahli Parlimen meragui kenyataan beliiau itu.

Melihat kepada tingkah laku Mahiaddin Md Yasin yang sejak tujuh bulan lalu sentiasa saja mencipta pelbagai helah untuk tidak membenarkan Parlimen bersidang, realitinya macam-macam boleh dilakukan oleh mereka melalui kerakusan kuasa yang sebenarnya telah tersimpul mati dalam jiwa bagi tujuan memastikan Parlimen tidak berperanan dengan sewajarnya.

Kemudian daripada itu, belum pun menjadi kepastian sama ada ruang perbahasan benar-benar dibuka atau sekadar auta, terpacul pula kenyataan Timbalan Speakar Parlimen yang menyebut kemungkinan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen dalam sidang khas kali ini akan dihadkan.

Katanya, berikutan ancaman Covid19, sidang khas Parlimen itu nanti mungkin hanya dihadkan kepada kehadiran seramai 80 Ahli Parlimen saja.

Dalam 80 orang itu, sudah tentulah jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang dibenarkan hadir melebihi wakil daripada blok pembangkang.

Ternampak di sini kerajaan tiada keabsahan dan tanpa majoriti ini sentiasa saja mencari helah dan akal jahat untuk kepentingan nafsu rakus mereka.

Di mana logiknya jika hanya 80 saja dibenarkan hadir, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah pun menerima dua suntikan vaksin?

Apakah Ahli Parlimen hanya disuntik kosong atau air suam dan bukan vaksin ke dalam tubuh mereka?

Lebih daripada itu, kakitangan Parlimen juga telah diberi kemudahan oleh kerajaan untuk diberi suntikan vaksin awal sebelum bermulanya sidang Parlimen 26 Julai ini.

Jadi, kenapa masih takut untuk mengadakan sidang dengan kehadiran penuh?

Tambahan lagi, sepertimana yang diketahui umum, semalam juga Mahiaddin berpeluang menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama 300 jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kalau di masjid boleh berkumpul seramai 300 orang dan dalam keadaan bukan semuanya sudah menerima suntikan vaksin, tentulah tidak masuk akal 220 Ahli Parlimen yang sudah menerima vaksin tidak boleh bersidang semuanya.

Tetapi, jika kerajaan PN yang hijab perasaan malunya telah ditarik Tuhan ini masih juga berdegil dengan pelbagai alasan untuk memandulkan Parlimen, sama ada dengan mengekang perbahasan atau menghadkan kehadiran, pilihan bagi blok pembangkang dan kluster UMNO yang turut tidak setuju cuma tinggal satu – boikot sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Tidak perlu lagi kerajaan ini terus diberi muka, malah perlu ditunjukkan kepada dunia wajah kehodohan sebenar mereka.

Kiranya blok pembangkang pun tiada keberanian untuk bertindak demikian rupa, sebaliknya sekadar berani menceceh di media sosial, mereka juga sebenarnya bersekongkol dengan kedurjanaan yang rata-rata menyebabkan kemarahan dan kebencian rakyat ketika ini.

Titah Agong pun selamba saja mereka derhakai dan perkotak-katikkanya, mahu tunggu apa lagi?Ketidakberanian blok pembangkang dalam hal ini tidak mustahil akan turut menerima hukuman sewajarnya daripada rakyat di kotak undi nanti.

 (ShahbudinHusin 21/07/2021)


Kerajaan teruskan momentum kegagalan, 93 orang mati semalam

 


Kerajaan teruskan momentum kegagalan, 93 orang mati hari ini


Kementerian Kesihatan melaporkan 12,366 kes baharu Covid-19 dan 93 kematian, manakala 7,567 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 798,955 daripada 939,899 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 7,241 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 133,703 kes aktif di seluruh negara, dengan 448 daripada 924 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 5,524 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan 1,580 kes, menjadikan keseluruhan jangkitan di Wilayah Persekutuan itu kini mencecah 100,752 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (dua).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 12,358 kes penularan tempatan membabitkan 10,002 warganegara serta 2,356 warga asing.

Hisham berkata, 52 kes yang dilaporkan hari ini adalah Kategori 5, manakala 33 adalah Kategori dan 93 kes Kategori 3.

Beliau berkata, 93 kematian itu terdiri daripada 91 warganegara dan dua warga asing, dengan semua kecuali 12 orang mempunyai sejarah penyakit lain.

Katanya, 10 daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 31 kes, disusuli Johor (16), Melaka (sembilan), Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (lima), Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (dua) serta Terengganu (satu).

Setakat semalam, Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.14.

Terengganu mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.30, disusuli Kedah (1.24), Sabah (1.23), Putrajaya (1.22), Pulau Pinang (1.20), Johor (1.18), Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.16), Selangor (1.15), Melaka (1.14), Kuala Lumpur dan Perak (1.10), Kelantan (1.09), Sarawak (0.92), Labuan (0.77) serta Perlis (0).

Tular video Zakir Naik ditangkap pihak berkuasa India?

 


Panas! Tular video Zakir Naik ditangkap pihak berkuasa India?


Klip video berdurasi 2:20 minit, yang merupakan sebahagian daripada siaran Berita ABP, menjadi viral di media sosial.

Menurut klip tersebut, kerajaan Malaysia telah meluluskan ekstradisi Televengilist Islam, Zakir Naik dan dia kemungkinan akan mendarat di Mumbai ‘malam ini’ dan akan dihadapkan di hadapan mahkamah.

Kapsyen Hindi juga telah diedit dan ditumpangkan pada video viral. Kapsyen berbunyi, “Kejayaan besar bagi pemerintah Modi. Zakir Naik, yang terkenal dengan ucapannya yang provokatif dan disebut dalam beberapa kes kerana mempromosikan keganasan, akan dihantar pulang ke India oleh kerajaan Malaysia hari ini. ”

[Teks Lengkap Hindi: मोदी सरकार की बड़ी सफलता अपने भड़काऊ भाषणों से आतंकवाद को बढ़ावा देने के आरोप में नामजद ज़ाकिर नाइक को आज भारत वापस भेजेगी मलेशिया सरकार]

Beberapa pengguna juga telah tweet tuntutan serupa tetapi tanpa video. Tuntutan itu berbunyi bahawa kerajaan Malaysia telah menyerahkan Zakir Naik kepada pihak berkuasa India dan dia akan segera dibawa pulang ke India.

Zakir Naik


Tuntutan tersebut disebarkan secara besar-besaran di Twitter dan Facebook .

Pemeriksaan fakta
Perkara pertama yang kami perhatikan dalam video viral adalah logo ABP News yang lama. ABP News telah melancarkan logo baru untuk semua saluran berita pada bulan Disember 2020. Di bawah ini kami telah menambahkan gambar yang menunjukkan perbezaan antara kedua-dua logo tersebut. Ini bermaksud bahawa berita tersebut tidak boleh terkini.

Sudut kanan bawah video membawa logo halaman Facebook ‘Phir Ek Bar Modi Sarkar’. Halaman tersebut telah disiarkan sebagai viral pada 4 Julai 2018. Ia mempunyai 3.7 juta tontonan.

Kami melakukan carian kata kunci di Twitter dan mendapati bahawa APB News telah menyiarkan laporan tersebut pada 4 Julai 2018 berdasarkan “sumber”.

Laporan itu dibuat dengan latar belakang kementerian luar negeri India yang menghantar permintaan ekstradisi untuk Naik ke Malaysia.

Pada 7 Julai 2018, Naik memuat naik video di Facebook yang mengkritik pelbagai saluran berita India, termasuk ABP News, kerana menyebarkan maklumat yang salah mengenai pengekstraditannya. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saluran Times Now, Republic Republic, NDTV, ABP News dan pelbagai saluran berita dan surat khabar lain kerana menyiarkan berita palsu terhadap saya, dua hari sebelumnya pada 4 Julai,” katanya.

Kami menyedari bahawa sekitar 0:44 minit ke dalam video viral, seorang wartawan berita ABP mendakwa bahawa berdasarkan rayuan yang dibuat oleh pihak berkuasa India, Interpol telah mengeluarkan Notis Sudut Merah (RCN) untuk penangkapan Zakir Naik.

Kami memeriksa tuntutan tersebut dan mendapati bahawa pada April 2021, Interpol belum mengeluarkan RCN untuk Zakir Naik. Sejak 2017, setidaknya tiga kali, India telah meminta RCN pada Zakir Naik, dan Interpol telah menolak setiap permintaan berikutnya.

Sumber: https://www.altnews.in/old-abp-news-broadcast-misreporting-zakir-naiks-extradition-viral-on-social-media/





ULASAN TERBAIK: MENTERI PERMAINKAN KESUSAHAN RAKYAT : SUARA RAKYAT! LEBIH BAIK DARI TURUN BERAMAI RAMAI DIJALANAN!

SUARA RAKYAT! LAGI MENTERI2 KENA BALUN KAW KAW!

ORANG BIJAK JADI BODOH DALAM KERAJAAN PN | Dato' Mahfuz Omar

BILA IMAM SEBAK

 


ZUS DIN

Setuju dgn Tuan MSO...imam tu sepatutnya peka bahawa angkara PNKhianatan lah kita berada dlm situasi skrg. Jika tiada org politik yg khianat terhadap Mandat Rakyat, sebaliknya sabar tunggu 5 tahun (2023) tak perlulah bercakaran mcmni..


May be an image of text


IVM : Kenapa tidak "REGULATE" IVM secara betul supaya tidak berkeliaran ...



IVERMECTIN (IVM) : KENAPA TIDAK DILULUSKAN ATAS DASAR KECEMASAN DAN "REGULATE" UBAT ANTI-VIRAL INI?

Prof Dr Mustafa Ali Mohd mempersoalkan kenapa di bawah justifikasi Kecemasan IVM tidak diluluskan. Sepatutnya ia "REGULATED" supaya tidak berkeliaran di pasaran dan Doktor boleh "prescribe" secara betul

Agenda apakah ini?

Wallahualam.

- Zus Din

20 Julai 2021

Youtube link : https://youtu.be/

 

Doctor says 98% of 52 studies on Ivermectin show positive effect against...

KISAH DOKTOR DI DUNIA ....

 May be an image of 4 people and text

MT UMNO GUNA PHD PALSU SEKIAN LAMA ?

 


MOHD NOH


No photo description available.



Berita paling gempar hari ini ialah MT UMNO menyembunyikan status akademiknya sekian lama? Menipu seluruh negara sejak berpuluh-puluh tahun?

Seorang MT UMNO dikesan sekian lama mengguna pakai gelar PhD tetapi sumber luar negara mendedahkan beliau sebenarrnya tidak pernah menghabiskan PhD kerana terkandas di tengah jalan ?

Sangat-sangat jelek, buruk dan keterlaluan kerana seorang MT UNMO menipu dan menggunakan gelaran "Doktor Falsafah" walaupun tidak pernah berjaya menghabiskan sekolah PhD .

Sekian lama menipu negara dan Kerajaan, pernah diberi jawatan Menteri dll kerana ada gelar PhD konon.

Kata pepatah Melayu, tidak semua anda boleh tipu orang pada setiap masa. Bangkai gajah tidak mungkin boleh di tutup dengan nyiru, begitu juga lah halnya dengan kelulusan seorang MT UMNO ini, sampai bila ingin membohongi jelata sedangkan MT UMNO ini dengan ego setiap hari menyerang orang lain dan memfitnah Kerajaan atas kapasiti MT UMNO parti Keramat bangsa Melayu.

Jika dakwaan dan desas desus yang tersebar ini merupakan fitnah dan khabar angin, kita mohon MT UMNO ini tampil mengemukakan bukti kukuh seperti gambar semasa konvokesyen, tajuk kajian, biasiswa Kerajaan zaman bila, berapa kali guna Biasiswa Kerajaan dan lain-lain perkara berkaitan integriti diri dan Universiti tersebut.

Jangan mencalar reputasi universiti luar negara. Malu kita rakyat Malaysia. Malu negara kita.

Free Malaysia Today Malaysiapost TV3 Malaysia Malaysiakini BERITA RTM SABAH Berita RTM RTM - Radio Televisyen Malaysia MalaysiaNow UMNO Online UMNO Harian Metro Berita Terkini Harakahdaily.Net / Politik Berita Harian Online Sinar Harian BBC News Insaf TV Insaf Kini Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Kementerian Pendidikan Malaysia Zahid Hamidi Pakatan Harapan

LEBAI DIAM BISU..TAK DENGAR DAH NAK TUTUP KILANG...PEMBOHONG KUAT

 May be an image of drink and text

KISAH LAMA GAK..TAPI KALAU KELAKAR ULANG PUN OK JUGAK






RIZZQ AR RAY


nak tnya walaun....kat mana boleh beli lori ni?jenis xde kunci.tlg p.m siapa ad jual...

 May be an image of 1 person and text

BUKAN BOLEH PERCAYA PUAK LEBAIYUN NI...PEMBOHONG KUAT...

 

Di mana sekarang mereka yang beria-ia membela Sanusi dulu, termasuk seorang pegawainya yang merupakan anak bekas imam Masjid Negara?



May be an image of 1 person, sitting and text that says "malaysiakini BERITA UTAMA Muhammad Sanusi Md Nor Facebook Pemberi maklumat bersyukur, lepas MB Kedah dikompaun Nini Siron yang mendedahkan Sanusi Md Nor ingkar SOP PKP itu mengucapkan tahniah kepada polis kerana memberikan keyakinan bahawa undang-undang adalah harapan rakyat."

RISAU TAKUT DICUCUK JARUM KOSONG TANPA VAKSIN

 May be an image of 1 person and text that says "MATJU @Mzulhilmi90 @KKMPutrajaya & @JKJAVMY PERLU MEMBENARKAN JIKA PENGAMBIL VAKSIN INGIN MERAKAM VIDEO KETIKA PENGAMBILAN VAKSIN. KALAU TIDAK, MUNGKIN AKAN BERLAKUNYA EKSPLOITASI DARI PIHAK YANG BERKEPENTINGAN. JADI SILA BERIKAN KEBENARAN UNTUK MERAKAM VIDEO SEMASA PENGAMBILAN VAKSIN! 89 226 MATJU @Mzulhilmi90 MASALAHNYA ARTIS/SELEBRITI/ INFLUENCER DIBENARKAN UNTUK MEREKOD, SIAP AMEK GAMBAR LAGI BAGAI DGN PETUGAS. TAPI RAKYAT MARHAEN YANG DATANG PAKAI SELIPAR BERSELUAR YANKEE BAJU BUNGA2, TAK BOLEH NAK RAKAM/AMBIL AMBIL GAMBAR. GIVE US RIGHT TOO. 40"


MAZLIWATI ABDUL RAHIM


Masa suntik vaksin tu. Boleh rakam tak? Akak nak rakam untuk pengesahan je.Description: 😅

Risau plak tengok sekarang banyak kes yang cucuk tapi tak tekan syringe tu. Masuk ke tak vaksin dalam badan tu.Description: 🙆‍♀️

 





DULU INGAT BIJAK...RUPANYA HAMPAS..

 

AZIMAH


Menteri Pendidikan ni.. dah la kalah pilihanraya... Mengkhianat pula... PRU15 dia ni akan hilang dr radar ... Pasal kerja dia malas nak komen .. korang pun tahu ..


May be an image of 2 people and text that says "9:49 freemalaysiatoday.com F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Menteri Pendidikan 'tak berguna', letak jawatan saja, desak Zaid Faye Kwan July 19, 2021 8:30 AM 586 Shares Zaid Ibrahim mendesak Menteri Pendidikan Radzi Jidin memberi peluang kepada orang lain untuk menyandang jawatan berkenaan. PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Radzi Jidin perlu meletakkan jawatan, memandangkan situasi semasa pendidikan di negara ini dianggap "menyedihkan" kata Zaid Ibrahim."

MASJID DAH BOLEH 300...PARLIMEN ADA PARTITION TAK BOLEH PULAK?

 May be an image of one or more people, people standing and text that says "Tiada Alasan Untuk Hadkan Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat B BERNAMA BERNAMA @bernamadotcom. 10h PM Muhyiddin sertai 300 jemaah tunai solat Aidiladha di Masjid Negara Muhyiddin Yassin and d Dr. Zulkifli Mohama..."

HAMZAH RIE NA


Masjid takde partition pun boleh kumpul 300 orang, takkan di Parlimen yang siap belanja puluh ribu buat partition hanya boleh 80 MP sahaja?

Nak mngadap ALLAH pun kena ikut sistem kasta ka !!

SR

 


Fahmi mahu bahas isu suntik vaksin kosong ke Parlimen

 MGF20032021_FAHMI-BANTUAN-SEKOLAH07

MEMANG WUJUD- SEBAB TU RAKYAT CAKAP KERAJAAN PNIPU .......

May be an image of 1 person and text that says "BERITA Adhamiatafacebook Dr Adham: Penerima vaksin kosong dapat suntikan baru"


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akan membawa isu dakwaan petugas kesihatan menyuntik vaksin kosong ke Parlimen.

“Orang yang bagi vaksin kosong adalah pengkhianat negara. Orang yang jual slot vaksin juga adalah pengkhianat negara.

“Pengkhianat negara dalam “perang lawan Covid-19” mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang 26 Julai ini,” ciap Pengarah Komunikasi PKR itu semalam.

Baru-baru ini video dan gambar beberapa penerima vaksin dikatakan menerima suntikan kosong tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai mempertikaikan kejadian sedemikian.- MalaysiaGazette


Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Proklamasi Darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Sidang Khas Parlimen dalam tempoh Darurat ini bermula dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021. Manakala Dewan Negara bersidang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos.



Sepanjang tempoh Darurat dari 12 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 beberapa Ordinan Darurat telah dibuat di bawah Perkara 150 (2B).



Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini merupakan minggu terakhir sebelum Proklamasi Darurat tamat.



Di dalam surat Pemberitahu Sidang Khas bertarikh 15 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bin Bacha Mydin di bawah perenggan 4 (i) surat tersebut menyatakan urusan -urusan mesyuarat yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri antara lainnya ialah membentangkan Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150(3), Perlembagaan Persekutuan dihadapan kedua-dua Majlis Parlimen (laid before both Houses of Parliament).



Sidang khas tidak sah?



Soalnya bagaimana Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat tersebut boleh dibentangkan di hadapan Dewan Negara sebelum Darurat tamat pada 1 Ogos 2021 kerana Dewan Undangan Negara hanya mula bersidang pada 3 Ogos dan berakhir 5 Ogos 2021.



Ini menjadikan Sidang Khas Parlimen tersebut tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana tidak mematuhi kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.



Selanjutnya satu isu lain timbul iaitu adakah Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di dalam tempoh Darurat tersebut akan dibentangkan, dibahas, diundi dan dibuat keputusan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara.



Jika dibaca dengan teliti Perenggan 4(i) surat tersebut bermaksud Dokumen Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut hanya diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja.



Perkataan “membentangkan” itu di dalam surat Setiausaha Dewan Rakyat membawa maksud sekadar meletakkan dokumen-dokumen tersebut di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja. Sebagai contoh, banyak laporan-laporan rasmi seperti Laporan Suhakam, Laporan Ekonomi, Laporan Juruaudit Negara, Laporan Jawatankuasa PAC (Public Account Committee) dibentangkan di Parlimen tetapi hakikat sebenarnya hanya sekadar diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja. Laporan-laporan tersebut tidak dibahas. Jauh sekali dari diundi atau dibuat keputusan.



Janji akan ada perbahasan meragukan



Nasib yang sama juga akan berlaku ke atas Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut. Dokumen-dokumen penting itu hanya sekadar diletakkan di atas meja ahli-ahli parlimen sahaja tanpa dibahas, diputuskan atau undi.



Janji Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Parlimen, Takiyuddin Hassan bahawa perbahasan akan dibenarkan semasa Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai hingga 2 Ogos itu amat meragukan.



Ini kerana di dalam dokumen Lampiran (berwarna biru) yang dikembarkan bersama Surat Pemberitahu Sidang Khas (berwarna kuning) tersebut dinyatakan secara bertulis yang amat jelas bahawa Urusan Majlis pada Isnin 26 Julai hingga Isnin 2 Ogos hanya menyebut Penerangan daripada Menteri-Menteri. Tidak sepatah perkataan perbahasan di sebut di dalam Urusan Majlis Mesyuarat Khas.



Jika perbahasan ada di dalam sesuatu urusan Majlis Mesyuarat Parlimen, maka perbahasan itu akan disebut dengan nyata dan terang tanpa sebarang kekaburan. Misalnya melalui satu surat lain bertarikh 15 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani juga oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bin Macha Mydin atas perkara Takwim Parlimen Bagi Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas Tahun 2021 menyatakan pada 7 September hingga 13 September ditetapkan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja. Kemudian disusuli pada 14 dan 15 September Jawapan oleh Menteri.



Belanjawan 2022 boleh bahas



Begitu juga terdapat perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dari 21 hingga 27 September. Selanjutnya dinyatakan dalam Urusan Majlis terdapat Perbahasan Belanjawan Negara bermula 1 November hingga 9 Disember 2021. Perkataan "perbahasan" disebut di dalam dokumen rasmi urusan majlis mesyuarat berkenaan. Tetapi tidak ada perkataan "perbahasan" disebut di dalam urusan majlis mesyuarat Sidang Khas Parlimen.



Mengapa hal ini berlaku?



Sebenarnya, setakat ini tidak ada usul dari Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengungkaikan (annulling) Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin depan 26 Julai 2021.



Sebaliknya Sidang Khas Parlimen tersebut hanya sekadar penerangan daripada Menteri-Menteri.



Kesimpulannya Sidang Khas Parlimen tersebut bercanggah dengan kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan yang menuntut mesti ada usul, perbahasan dan juga pengundian bagi membuat keputusan.



Sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat benar-benar mahu mengadakan Sidang Khas Parlimen itu suatu sidang yang bermakna, sah dan menurut kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan maka Kerajaan perlu membentangkan Usul dan usul itu hendaklah dibahaskan dan diputuskan dengan undi bagi segala urusan di dalam Mesyuarat Sidang Khas Parlimen tersebut.



Akhirnya perlu rasanya diingatkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara serta Perdana Menteri bahawa Peruntukan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi. Peraturan-Peraturan Mesyuarat (Standing Orders) tidak boleh mengatasi peruntukan undang-undang Perlembagaan.

________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang