PdPR: Menteri Pendidikan mesti cari jalan sediakan komputer, tefelon pintar - Hassan Karim

 


POSTED BY AMIR WRLR


Menteri Pedidikan Malaysia bertanggungjawab menyediakan peranti kemputer riba mahu pun telefon pintar bagi pelajar-pelajar yang memerlukan di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pelajar dari keluarga miskin wajar dibantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) agar mereka tidak tercicir berbanding golongan berada yang mampu menyediakan peranti pembelajaran yang diperlukan.



"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya menerima banyak aduan dari rakyat miskin dan tidak berada menyatakan mereka tidak mampu membeli alat-alat peranti digital. Mereka mempunyai ramai anak yang bersekolah dan harga peranti-peranti itu mahal.



"Mereka bersedia untuk menerima komputer dan telefon pintar yang telah terpakai (second hand) asalkan anak-anak dapat meneruskan proses pembelajaran dari rumah.



"Saya berharap Menteri Pendidikan dan Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri Johor dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga miskin dan tidak berada ini," katanya.



Menurut Hassan, pelaburan ke atas peranti tersebut merupakan usaha jangka panjang dan boleh digunakan untuk pembelajaran di masa hadapan yang memerlukan kelas secara atas talian.

 

KAH..BAGAIMANA PH KALI NI TERKENA?

 

Image result for zahid hamidi


Hari ini rakyat dengar kenyataan Zahid Hamidi ucap terima kasih kerana dapat peruntukan RM100k bahagian parlimennya utk selama setahun. Sebenarnya nada tersebut perli kpd Muhyiddin Yassin agar minta lebih dengan alasan dah sokong bajet 2021 pd hujung tahun lepaih.

Kemudian yg paling menariknya, MP pembangkang sisi PH ini kata... "RM100k ? Kami satu sen pun tak dapat!".

Masalahnya mengapa & kenapa MP PH ini sendiri tak buat bising sebagaimana dulu PH beri sekurangnya RM100k kepada bahagian parlimen pembangkang ketika itu terutama umno & pis. Dahulu kalian beri RM100k pun warga umno & pis kata tak cukup.

Hari ini dah dapat jadi tebuk atap, kalian pimpinan PH di ketawakannya meleret lebar senyuman kepuasan. Ada mereka risaukan imej malu berlumba beri lebih utk melawan dgn apa yg PH berikan suatu ketika dahulu?

Tarakkk...

Sesekali kami pun suka jika pimpinan PH di permainkan sebegini agar kalian tahu & sedar. Lain kali, jadilah baik sangat lg... lani sekelumit pun parlimen hangpa tak rasa.

Sungguhpun begitu, kalian dh jadi pembangkang... tidak pula kalian kerap bersuara di media. Jika susah bersuara di media utama, alternatif pun buleh lakukan. Takkanlah pengkarya di media alternatif/ maya pula perlu bersuara bg pihak kalian. Bukankh dahulu RTM dah ada ? Siapalah yg cakap begitu agaknya... Description: 😊

Lani hangpa dok tunggu sapa lg utk bersuara ? Hangpa sendirilah yg perlu kerap berbunyi sepertimana suara Rafizi pd suatu ketika dahulu!

Kelak andai kalian dapat memerintah PRU15 semula dgn mandat cop jari rakyat... nak jadi terlebih budiman lg ?

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

Note: Sdra Zahid Hamidi itu tak perlu nak jadi juara sangat main tarik tali. Ada peluang tak mahu guna, dh terlepaih & kini dalam umno sendiri sedang berperang melalui agen Bersatu yg di serap...di kala tersepit lani baru nak cakap lebih?

 

AT LEAST NAJIB RAZAK BERANI

 

May be an image of 1 person and text that says "TOMMY THOMAS My Story: Justice in the Wilderness"


BOB KELANANG


Macam aku ader cakap hari tu la... buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas memang mengundang banyak cerita dan sudut pandang yang berbeza... ramai orang yang tersabit nama mereka dalam buku ini... paling ketara adalah cerita Mahathir Mohamed, Anwar Ibrahim dan Najib Razak...

Ader gak dalam buku ini terkait dengan PAS dan Adib Bomba...

Aku ader cakap sebelum ni... kalau ader sesapa yang xpuas hati terhadap Tommy Thomas... boleh ja saman Tommy Thomas atas kandungan buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas (My Story: Justice in the Wilderness) ni... xder hal...

Daripada sembang bising ja... xguna semua tu... baik ambil tindakan undang-undang DAN guaman... apa lagi tunggu... tak perlu tepis sana-sini... straight to the point...

Nampaknya... at least Najib Razak berani... dia dah arahkan peguam glamer dia Muhammad Shafee Abdullah untuk failkan tuntutan gantirugi RM10 juta DAN permohonan maaf yang sebenar-benarnya... atas alasan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu...

Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya.

Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.

 

KUTUK PH BUKAN MAIN, BAGI BANTUAN AMBIL JUGA

DIKALA RAKYAT DIGAMBARKAN PRU AKN BERLAKU SELEPAS OGOS, MUHIYIDDIN TELAH...SIAP UNTUK PILIHANRAYA



DENGAR BOLEH..PERCAYA SANGAT PUN TAK BOLEH.NI SAMA SAJA PUAK CARI MAKAN..


Nak tahu kenapa Malaysia terus mundur?

 

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎مخالطة السلطان يخالط العالم رأيت اذا لص أنه فاعلم كثيرة الحو الصفحة الصغير الجامع :المصدر :المحدث هريرة أبو :الراوي حسن :المحدث حکم خلاصة 628 :الرقم Teringat ceramah Al Marhum Ust Fadhil Noor. "Ulamak yg JAHAT ialah Ulamak yg menyerondoi dipintu pintu Umarak "Jika engkau melihat seorang alim banyak bercampur gaul dengan pemerintah, ketahuilah dia itu adalah seorang pencuri" Benarlah kata-kata Ustaz Fadhil Noor..!‎"‎‎


KAK IDA ABDULLAH


Kerana majoriti penduduknya Melayu. Melayu yang lebih suka cerita-cerita yang direka2 dari cerita benar lebih ramai dari Melayu yang suka cerita benar dan fakta.

Cerita yg direka diolah sehingga terasa teruja, manakala yg benar, membosankan mereka saja.

Contoh: Pendedahan Rasuah oleh Anwar Ibrahim selama lebih 20tahun, orang Melayu sikit tak kisah. Yang mereka suka dengar dan sebar adalah cerita rekaan Mahathir mengenai liwat.

Oleh kerana Melayu suka cerita2 begini maka semua PM selepas Mahathir menggunakan modus operandi yang sama. Liwat I, Liwat II dan hampir berjaya Liwat III dan masih sedang berusaha.

Kalau cakap pasal syurga neraka merekalah pakar seolah pernah merasa. Tapi kalau sebar fitnah merekalah juara, siap dikaitkan dengan ayat alquran demi mengukuhkan dan menyakinkan orang lain bahawa fitnah mereka itu benar.

Dosa pemfitnah ni lebih besar dari pembunuh walaupun nyawa mereka tidak dituntut. Paling kuat boleh saman sahaja. Sedangkan kesan dari fitnah amat besar kerosakkannya!

Jika hukumannya bunuh barulah aman dunia tanpa penipu yang akan memfitnah kerana ingin mempertahankan penipuannya.

Pemfitnah tidak pernah merasa kesal atau terkesan dengan perbuatan kejinya. Macam syaitan sebiji! Mana ada rasa kesal dan insaf menipu Nabi Adam a.s. Kemudian bersumpah dengan nama Allah bagi mengukuh perbuatannya.

Ramaikan sekarang orang Melayu suka bersumpah laknat, musibat dan macam-macam lagi demi mempertahankan penipuan mereka. Orang jujur terpaksa mengalah, jika berdegil akan ditindas, dianiaya.

Semuga Allah memberi kekuatan kepada yang istiqamah jujur walau terpaksa ditohmah dan dipenjara di dunia. Hanya akhirat sahaja harapan orang jujur mendapat keadilan Allah SWT. Di dunia, yang menipu, pemfitnah biasanya orang berada yang boleh mengupah peguam terhebat untuk membela mereka. Peguam2 dan hakim2 pula disogok dengan wang berjuta, kenaikan pangkat dan pelbagai anugerah berbentuk kemewahan sebagai balasan. Tidak sedikit pun gentar dengan amaran Allah bahawa dua dari 3 hakim ke neraka.

Ulama suk juga memainkan peranan paling penting dalam penyebaran fitnah. Mereka lebih

hebat

dengan ayat-ayat yang dihafal dan disampaikan dengan penuh ghairah sehingga dapat meyakinkan sesiapa yang mendengar.

Yang bukan Islam TIDAK pernah pula mereka bersumpah menggunakan nama dewa atau tuhan mereka ketika berdusta. Tapi orang Melayu yang bersyahdah gigih bersumpah, sehingga nama Allah tiada lagi nilai, nauzubillahi min zaliq.

Bagaimana mereka menyebut nama Allah tanpa rasa gerun dalam hati? Sudah keras ka? Atau sudah mati?

 

IDEA BANGRAPSI MANA LA YANG CUBA NAK SATUKAN DENGAN SAKA NI...

 


Panas! Pejuang akan bekerjasama sekali lagi dengan PKR?

Panas! Pejuang akan bekerjasama sekali lagi dengan PKR?

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu mengumumkan bahawa dia dan rakan-rakannya yang telah dipecat daripada Bersatu akan menubuhkan sebuah parti politik baru berasaskan Melayu.

Pengumuman itu dibuat setelah saman yang dikemukakan mereka terhadap Bersatu dan kepemimpinan tertingginya diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, enam pemimpin dalam kem Mahathir dilihat sebagai tonggak utama di belakang parti baru itu – Mahathir, anaknya Mukhriz, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Bersatu.

Namun, apabila tiba masanya Mahathir mengumumkan nama parti baru berkenaan, salah seorang daripadanya tiada dalam senarai.

Individu berkenaan ialah Syed Saddiq, yang pernah digelar sebagai anak emas Mahathir. Hanya selepas itu Syed Saddiq diketahui memiliki idea lain, iaitu untuk menubuhkan gerakan politik baru yang sekarang dikenali sebagai Muda.

Malaysiakini dalam wawancara dengan Marzuki minggu lalu mengajukan pertanyaan berkenaan Syed Saddiq kepada timbalan presiden jawatankuasa penaja Pejuang itu.

 

“Syed Saddiq ini adalah satu daripada ikon yang dicipta dalam Bersatu dulu. Kita dah berjaya letakkan beliau sebagai ikon anak muda.

“Bila berlaku perpecahan dalam Bersatu beliau buat keputusan untuk mengadakan parti sendiri iaitu parti Muda dan tak nak bersama dengan kita kerana ada sikit pandangan bahawa dia lebih nak fokus kepada golongan muda.

“Bagi saya Syed Saddiq seperti adik-adik saya dalam Bersatu dulu yang mana kita tahu bahawa susah senang kita pernah bersama. Saya tetap hormati keputusannya, kita tak pernah melawan satu sama lain,” katanya.

Sebagai rekod, Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu ketika Mahathir menjadi pengerusinya. Dia juga merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas parti berkenaan.

Menurut Marzuki, bukan sahaja Pejuang tidak menyimpan dendam terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu, malah mereka juga bersedia bekerjasama dengan Muda secara politik.

“Maka sebab tu kalau Muda sekalipun ingin bersama dengan kita atas asas perjuangan yang kita bawa, then we welcome everyone. Itu tak jadi halangan yang besar.

“Dalam Pejuang juga kita melahirkan pemimpin-pemimpin muda sekarang seperti Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, kita telah melantik beliau sebagai ketua pemuda ataupun yang akan mengetuai anak-anak muda dalam Pejuang.

“Insya-Alah dia boleh jadi sebahagian daripada pemimpin masa depan yang mana juga boleh berganding bahu dengan Syed Saddiq untuk kepentingan negara Malaysia yang kita cintai,” jelasnya.

Mahathir vs Anwar

Sementara itu, Malaysiakini juga bertanya kepada Marzuki mengenai hubungan Mahathir dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hubungan antara kedua-dua ahli politik veteran itu semakin buruk selepas  Pakatan Harapan tumbang pada Februari tahun lalu.

Mahathir didakwa menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri apabila membuat keputusan berundur, di sebalik menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

 

Mengulas perkara itu, Marzuki yang menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas sebaliknya mendakwa pihak yang harus dipersalahkan adalah PKR sendiri.

“Yang tinggalkan PH waktu tu majoritinya datang daripada PKR. Kita semua tahu daripada PKR yang mana diketuai oleh Azmin Ali,” katanya.

Azmin yang sebelum ini merupakan bekas timbalan presiden dalam PKR dilihat lebih berpihak kepada Mahathir berbanding Anwar.

Hubungan Mahathir dan Anwar menjadi semakin tegang ketika parti-parti pembangkang berusaha merampas kembali Putrajaya dari Perikatan Nasional yang dipimpin Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, apabila kedua-duanya enggan menyokong satu sama lain sebagai calon perdana menteri.

Namun, bagi Marzuki, dia optimis bahawa gencatan politik masih boleh berlaku antara kedua pemimpin tersebut.

“Saya tidak melihat bahawa itu perkara yang mustahil tidak boleh berlaku.

“Segala-galanya boleh berlaku yang penting kita kena tahu hala tuju yang sebenar.

“Yang paling penting sekarang kalau kita mempunyai naratif yang sama untuk selamatkan negara dan situasi sedia ada, kita tetap bersama.

“Jadi saya beranggapan bahawa untuk bekerjasama (dengan PKR sekali lagi) tu bukan satu perkara yang mustahil. Cuma bagi saya cara dan kaedahnya macam mana mahu bekerjasama,” katanya



wak zahid..ingat muka muka ni nak p tolong ka kalau hang terjun...boleh dapat macam anwar ka ??

 


Zahid sindir menteri UMNO?

Zahid sindir menteri UMNO?

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana tidak mempunyai kuasa untuk membantu rakyat adalah “teguran” terhadap menteri Umno yang gagal berfungsi seperti diharapkan, kata sumber yang dekat dengan presiden parti itu.

Menurut sumber, menteri Umno dilihat lebih mengutamakan agenda peribadi termasuk isu kerjasama dengan Bersatu, berbanding menyuarakan masalah rakyat.

“Presiden sindir menteri Umno kerana mereka dilihat gagal menyuarakan isu rakyat kepada kerajaan.

“Menteri Umno dilihat lebih fokus kepada kepentingan peribadi dan berusaha untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu.

“Itu lebih kepada teguran presiden supaya menteri tidak lupa agenda perjuangan rakyat,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada 2 Feb lalu, presiden Umno itu memohon maaf kepada orang ramai jika isu-isu rakyat dibangkitkannya tidak dilayan pihak berwajib.

Katanya, walaupun memegang jawatan tinggi dalam Umno dan BN, dia tidak memegang tampuk pentadbiran negara.

“Apa yang boleh saya lakukan dalam kapasiti yang terhad ini adalah akan bersuara dan terus bersuara demi kepentingan kita semua.

“Jika perkara yang dibangkitkan itu tidak dilayan pihak berwajib, saya cuma mampu memohon maaf kepada saudara saudari,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Kenyataan itu hadir ketika dilihat terdapat perpecahan dalam kalangan PN, dengan beberapa ahli parlimen Umno sudah menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

Umno sendiri dilihat terbahagi antara kumpulan yang ingin mempertahankan kerjasama dengan Bersatu dan mereka yang indin memutuskan hubungan dengan parti diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu.

Zahid sebelum ini turut berdepan gesaan beberapa pemimpin akar umbi partinya yang mencadangkan agar dia berehat. 



TAK ADIL ISA SAJA KENA...TUKANG BAWA DUIT TAK KAN LEPAS...


Hamdan Taha


 Kes rasuah yang melibatkan isa samad walaupun telah di jatuhkan hukum saya melihat agak janggal kes kes seperti ini...



Penerima di jatuhkan hukuman tetapi pemberi bebas. Orang tengah atau pengatur cara juga bebas...jika di fikirkan di mana adilnya kes sebegini....


Jika berterusan sebegini sampai bila bila pun si pemberi akan terus bermaharaja lela sebab dalam apa keadaan pun dia selamat dengan syarat jadi saksi utama maka dia tidak akan di dakwa..begitu juga orang tengah....bersedia jadi saksi dan balun taukeh maka selamat....


Sistem ini nampaknya tidak adil dan sebenarnya kejam...



TANGGUH DULU LAWATAN,TUNJUK LAH TELADAN, TAK MALUKAH LAKUKAN LAWATAN TANPA JADI KERAJAAN MAJORITI


Hari ini, Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia.

Diperkatakan lawatan itu diadakan atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Entah….kenapalah agaknya jemputan itu dilakukan ketika wabak Covid19 tengah melanda?

Lebih-lebih lagi di kalangan negara-negara Asean, Indonesia adalah negara yang paling tinggi kes Covid19 setiap hari.

Dalam hal ini, bukan saja musykil bagaimana jemputan boleh dibuat terhadap Muhyiddin untuk melawat negara tersebut ketika wabak belum reda, yang lebih musykil lagi ialah mengapa beliau setuju menerima jemputan tersebut.

Bukankah negara sendiri sedang menguatkuasakan PKP yang ditambah lagi dengan perintah darurat?

Memanglah sebagai orang kayangan paling berkuasa di Malaysia sekarang ini, Muhyiddin boleh pergi ke mana saja, waima ada atau tidak PKP dan darurat dikuatkuasa sekali pun.

Namun, kalau pun tidak bimbang dengan ancaman Covid19 di Indonesia itu, apakah tidak tergerak dalam hatinya untuk menunjukkan contoh kepimpinan melalui teladan kepada rakyat negara sendiri?

Di ketika PKP dan darurat dikuatkuasakan di mana semua rakyat diminta duduk di rumah dan dilarang merentas negeri, apakah rupa wajah seorang ketua kerajaan dari segi moral apabila dia sendiri bebas pergi merentas negara?

Kenapa Muhyiddin tidak mahu menunjukkan kepimpinan melalui teladan dalam tindakan dan perlakuannya?

Apakah jemputan Jokowi itu tidak boleh ditangguhkan?

Apakah Jokowi tidak boleh memahami jika Muhyiddin memohon penangguhan sehingga wabak Covid19 benar-benar pulih atau sehingga beliau sendiri disuntik vaksin terlebih dahulu yang hujung bulan nanti?

Apakah lawatan ke Indonesia itu begitu penting untuk negara seperti ada pelaburan berbilion-bilion boleh dibawa pulang sehingga ia tidak boleh ditangguhkan sama sekali?

Tidakkah kelihatan lebih manis dan menampakkan contoh teladan yang terpuji apabila Perdana Menteri sendiri tidak ke mana-mana, baik merentas negeri atau merentas negara, dalam tempoh PKP dan darurat ini dilaksanakan?

Lagi pula, dengan kedudukan kerajaan PN yang dipimpinnya diketahui umum tiada keabsahan dan sudah hilang majoriti, tiada rasa malukah Muhyiddin mahu merentas negara dan bertemu muka dengan pemimpin luar negara?

Beranikah beliau menjawab pertanyaan para wartawan di Indonesia nanti jika ditanya mengenai keabsahannya sebagai Perdana Menteri atau keadaan akan sama seperti Malaysia, tiada sebarang soalan daripada media akan dibenarkan ditanya kepadanya?

Selain itu, bila pulang dari Indonesia nanti, jangan pula Muhyiddin dan anggota rombongannya lupa untuk menjalani kuarantin kendiri.

Bukan apa, bimbang nanti muncul pula “Kluster Muhyiddin” yang menyebabkan angka jangkitan Covid19 terus bertambah dan mencanak-canak kenaikannya.

Jika itu berlaku, siapa sebenarnya yang salah yang menyebabkan kes Covid19 sentiasa meningkat?

 (Shahbudindotcom 04/02/2021)



PETUNJUK RAKYAT MARAH

 

Petanda rakyat sedang marah dan rasa fed up yang tak terbendung lagi terhadap kegagalan kerajaan....





[🔥SIRI 95🔥] "SETAHUN BAWAH PN - PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN."

KISAH MASYARAKAT DIABAI, MENTERI LEBIH SERONOK BELA KAMBING



Berita kematian kanak-kanak berusia 7 tahun itu sangat menyayat hati rakyat Malaysia. Media sosial dibanjiri dengan pelbagai ayat simpati dan melahirkan keluluhan hati mereka atas perbuatan kejam tanpa manusiawi ini. Namun, Timbalan Menteri Wanita Datuk Siti Zailah Yusoff pula dikatakan sedang sibuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan membeli kambing biri-biri.



NEGARA SEDANG SAKIT DI BAWAH PN




“Dengan kepimpinan ekonomi dan politik seperti ini di bawah pemerintahan PN, tidak hairanlah jika Malaysia dilabelkan sebagai 'orang sakit' baharu di Asia. “Pada tahun 1970-an dan 1980-an, Filipina dikenali sebagai 'orang sakit' Asia kerana rekod ekonomi yang lemah dan keengganan syarikat asing untuk melabur di negara ini di bawah pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.





KERANA EBIT LEW PAS KENA KECAM! KAH......



TIDAK perlu PAS, Ustaz Ebit Lew sahaja sudah cukup ? Kejayaan pendakwah Ustaz Ebit Lew kelmarin, mengIslamkan seramai 157 orang Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna, adalah bukti jelas, tanpa kehadiran Pas pun, usaha dakwah, tetap berjalan. Saksikan, laporannya.






Isu semasa: Tun cuba menipu lagi?

SIAPA YANG ANDA PERCAYA OT95 ATAU TOMMY THOMAS?



    • Dr M minta saya letak jawatan sehari selepas lantikan, kata Tommy Thomas |  Free Malaysia Today (FMT)


Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan Tommy Thomas dalam memoirnya; My

story: Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata orang Kelantan berkerut kening.

OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang utuh. Bagi mereka tidak mengenali dan faham dengan cara bekas PM ini akan mudah terjerut dalam jeratnya.

Dalam apa juga keadaan, OT95 sebelum dia terus ke mauduk yang hendak diperkatakan dia akan psypho dahulu orang agar ralik dalam jebakan. OT95 seorang pemikat biawak yang handal.

Biawak dikenali binatang reptilia yang mudah dijinak dengan cara yang meralikannya. Kalau anda ingat tangkap biawak jangan kejar dulu sebaliknya berjalan perlahan-lahan dan kelilingkan dia. Dua kali mengelilingkannya dia akan jadi ralik dan leka, nah.. ketika itu anda tangkap atau pukulnya.

Nah begitu dengan cara OT95 dalam melekakan orang ramai agar tidur dan percaya kepadanya.

Dalam menjawab dakwaan Tommy Thomas mengenai sikap tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab OT95 sehingga jatuhnya kerajaan PH, dia terlebih dahulu menjinakkan pembaca menceritakan salsilah dia dengan Tommy. Kononnya Tommy seorang yang membencinya tetapi, toh begitu akhirnya dia lantik juga Tommy sebagai Peguam Negara. Dia kata Tommy datang ke pejabatnya.

Apa yang OT95 hendak ceritakan di sini bahawa dia seorang baik, bersifat terbuka dan rasional. Kelicitan beliau dalam psychology inilah menyebabkan beberapa pemimpin daripada parti Amanah yang dahulu musuh agungnya tetapi menjadi sahabat yang membela.

Saya tidak mahu menyebut ulang apa yang ditulis sebagai menjawab Tommy itu. Apa yang Tommy cerita adalah cerita, begitu juga dengan apa yang OT95 jawab adalah cerita. Cerita yang semua kita sudah ketahui sebelum ini.

Persoalan kita kepada umum, antara OT95 dengan Tommy Thomas siapa yang lebih dipercayai. Siapa yang lebih bercakap atas fakta. Dan siapa yang lebih bercakap bernuansakan politik? Itu sahaja.

Mengenai dakwa dakwi mereka jangan peduli. Titik benarnya tidak boleh disimpulkan kerana kita tidak tahu apa didakwa itu benar atau tidak. Tetapi yang boleh diukur ialah kepada sejarah masa lampau yang pernah terjadi. Itulah ukuran yang boleh dijadikan bahan untuk analisa.

Dengan menyimpulkan bahawa OT95 lakukan semua itu seperti didakwa Tomyy, sama ada benar atau tidak, tetapi satu saja ia ada motif OT95 tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Bila kita sedar hakikat ini, maka kita boleh menghukum siapa yang benar dan tidak antara kedua mereka.

Kalau tanya saya, tentulah saya menjawab yang tidak benar, yang putar fakta adalah OT95 ini berdasarkan kepada sejarah lampau dan apa yang saya hadapi dengannya. Saya sudah kata OT95 memiliki dua wajah, malam bersifat demokratik malam diktator. Cukup. Trims.

MSO

 

NASIB KITA BERBEZA...INSAFLAH

 

May be an image of child

 

NORMAN RADZUAN


Nasib seseorang berbeza beza. Org miskin disuruh menjaga kesihatan mengikut SOP... tapi bila PKP bagaimana, mahu membeli 'mask' pun mereka tidak mampu. Sebab itu ketua keluarga mereka memohon dibenarkan mereka berniaga dan bekerja utk mencari RM 20-30. Mereka bukan mahu menjadi kaya tapi mereka sekadar mahu membeli makanan untuk anak-anak mereka keesokan harinya.

 

Jika kita menutup ekonomi yang berniaga kecil kecilan hilang sumber pendapatan. Yang bekerja di warung-warung  sebagai pencuci pinggan tiada sudah pekerjaan. Jadi bagaimana mereka ingin menjaga kesihatan sedangkan tiada apa yang hendak dimakan. Ingat ... mereka ini lebih rela mati kerana sakit daripada mati kelaparan.

Kalian yang menutup ekonomi ini gaji puluhan ribu. Side income barangkali puluhan juta. Tutup tidak tutup ekonomi kalian tetap ada makanan untuk 50 tahun lagi hingga ke anak cucu. Kalian masih boleh bercuti ke luar negara dan shopping sana sini. Anak-anak kalian masih boleh menunjuk nunjuk kemewahan di IG atau Tik Tok.

 

Jadi kepada kawan-kawan kalau bukan untuk diri kita... tulislah dan pejuangkanlah nasib orang-orang miskin kerana itu juga yang dituntut agama. Orang-orang  kaya tidak perlu dibela... Jika kita diam mereka yang susah ini mungkin ada yang mati kelaparan. Jiwailah keperitan kehidupan org lain.

 

Semoga penulisan kalian membela orang-orang yang dalam kesusahan akan mendapat pahala sedekah di sana nanti. Ameen. Jgn asyik mendongak ke langit dan asyik mengejar dunia ini...Utk menginsafi dan rasa bersyukur lihat org yg susah... jangan selalu duduk dengan orang-orang yang kaya sahaja takut nanti kita terlupa ada anak-anak kecil yang kelaparan.