MITOS DAP KUASAI ORANG MELAYU

 



Skandal rasuah terbesar di Malaysia:



1. 1MDB (RM20bil) - BN

2. LCS (RM9bil) - BN

3. Janawibawa (RM7bil) - PN. 

4. FELDA (RM2.5bil) - BN

5. PKFZ (RM1.8bil) - BN

6. ANAK BERANAK KAYA RAYA








MITOS DAP KUASAI ORG MELAYU

Selepas Dr. Maza, Eddie Putera bersuara
ADAKAH KITA AKAN KEMBALI KE ZAMAN KEGELAPAN
Saya salah seorang yg sering mengikuti content Eddie Putera. Bukan sekadar tertarik dgn hasil kerja seninya,
saya juga suka style dia, tidak hipokrit. Apa terlintas di fikiran dia tulis… Niamalogy.



Kelmarin saya terkejut dgn ulasan berani Dr Maza mengenai Istana, yg memerlukan anda memahami isu sensitif ini secara kritikal.
Hari ini seorang yg saya anggap influencer menulis dari hatinya yg ikhlas mengenai sikap org politik menggunakan agenda bangsa utk merompak harta rakyat.
Tulis Eddie, “Jangan Kasi undi sama Cina. Kita kena jaga Tanah Melayu. Kata bekas2 menteri Melayu yang sapu tanah reseb Melayu, tukar title jadi development land, JV sama tauke Cina, jual rumah yg Melayu tak mampu beli. Sudah kalah undi, jerit lagi HIDUP MELAYU. Niamalogy.”
Satu lagi tulisannya yg mendapat perhatian, “UNDILAH CALON MELAYU !!! Kita mau bangsa Melayu saja yang kencing kita. Bangsa lain tak boleh. Dan kita masih mau salam cium dia punya tangan. NiamaCiumTanganology.”
Apa yg ditulis mantan pelajar University of East London Stratford, berlaku dua minggu lalu pada diri saya ketika menziarahi ibu.
Rakan sekampung berjiran dkt rumah ibu saya baru pulang dari bekerja sebagai Food Rider.
Lalu saya menegurnya dan dipendekkan cerita tiba2 dia agak tinggikan suara, “Kau sokong Anwar. Jgn… Najib tu walaupun dia curi duit tapi dia byk tolong org Melayu.”
Sebab kenalan lama saya jawab agak keras, “ Kau ini otak dkt mana. Apa tolong Melayu kemudian boleh rompak berbillion duit Melayu. Kau tak rasa apa2, bukan seratus tapi berpuluh billion… gila apa kau ini.
“Kerajaan berpuluh tahun kena bayar duit wang 1MDB. Duit tu boleh bina berpuluh hospital dan berpuluh sekolah. Tiba2 kau kata tak apa?”
Dia diam dan saya pun terus ke kereta. Dia tahu saya marah dan saya marah sb cara dia berhujah, inilah Melayu yg pemimpin Melayu suka, mudah utk mereka merompak harta rakyat.
Biar rompak asal pemimpin itu Melayu.
Saya tertarik gambar grafik yg saya tidak pasti milik siapa. Keempat empat mereka mempunyai kes di mahkamah.
Keempat mereka juga menjerit nama Melayu Melayu Melayu. Malah Hadi Awang sebelum ini menolak UMNO dgn alasan korup, tiba2 hulurkan tangan utk bersama.
Itulah pemimpin Melayu… mentadbir negeri tidak mampu, dimainkan isu agama dan bangsa. Merompak harta rakyat, dimainkan naratif Melayu terancam.
Hari2 Dap Cina kafir harbi, umpan cerita kandang babi, cari tahi babi, main isu kuil dan mcm2 lagi hanya utk menghasut org Melayu bencikan kerajaan.
Kawan di Cyber berhujah dgn saya, “Man belajar dgn PAP di Singapura.”
Saya jawab dgnnya, PAP dan DAP berbeza. Pertama mereka bukan sepupu.
Kedua di Singapura memang PAP itu adalah parti terbesar di sana kerana majoriti penduduknya berbangsa Cina.
Di sini DAP atau MCA serta Gerakan jika bergabung sekalipun, mereka hanya ada tidak sampai 50 kerusi Parlimen.
Maksudnya DAP, MCA dan Gerakan bergabung sekalipun mereka tidak boleh membentuk kerajaan sendirian.
MITOS ciptaan pemimpin Melayu, DAP akan kuasai Melayu. Ini modal menghalalkan rompakan harta rakyat.
Cuba kaji sejarah mengapa bangsa Cina menguasai Singapura?
Penjajah Inggeris membawa ramai org Cina dan India ke Singapura utk menambahkan jumlah penduduk asing bagi mengecilkan jumlah penduduk Melayu agar
kuasa Melayu di Singapura dapat dihapuskan dgn mudah.
Malah Inggeris la yg mengambil alih kuasa Kesultanan Singapura atau dikenali Temasik ketika itu.
Sultan Hussain Syah berasa sangat sedih apabila sedar bahawa dirinya digunakan oleh penjajah Inggeris utk menguasai Singapura.
Pada tahun 1824, beliau telah dipaksa menandatangani "Treaty of Singapore" utk menyerahkan seluruh kekuasaannya kpd Residen British, John Crawford.
Jadi faham situasi atau demografi kaumnya sgt berbeza. Patut maki Inggeris tu sebab dgn niat menghapuskan dominasi Melayu dgn membawa org China dan India ke Singapura.
Di negara kita apa sekali pun terjadi, tetap kuasa Melayu.
Bila pemimpin Melayu yg merompak berbillion harta rakyat, kita org Melayu boleh memaafkan… bermakna otak kita telah dijajah.
Kali ini bukan penjajah org putih. Sebabnya org putih sudah balik dan kini tinggal yg hitam putih. Yg menjajah org Melayu adalah bangsa Melayu sendiri.
Seperti kata Eddie Putera, bekas2 menteri Melayu yg sapu tanah reseb Melayu, tukar title jadi development land, JV sama tauke Cina, jual rumah yg Melayu tak mampu beli. Sudah kalah undi, jerit lagi HIDUP MELAYU.
Buat pengundi di Johor, ikuti ceramah Faiz Ahmad. Dia sdg berikan penerangan di seluruh negeri Johor.
Anwar Ibrahim telah membawa Malaysia dari zaman kegelapan ke era kegemilangan…jgn undur ke belakang.
Ingatlah bangsa ku, pemimpin yg menjerit Melayu itu tak berikan bantuan ke sekolah agama, mereka tak naikkan gaji kakitangan awam… tapi telah membuat negara ini terkenal kes kletopkrasi terbesar dlm sejarah dunia. Ia memalukan dan menjijikkan.


NORMAN rADZUAN



Jujur 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 ni. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶, katanya.







 Jujur 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 ni. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶, katanya.

Betul tu. Sebab tu jangan undi BN. Sebab BN kencing pengundinya. 11 janji dalam manifesto PRN sebelum ini 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻.
Kalau undi BN jugak lagi, memang bodoh bebenor la. Onn Hafiz nak tunaikan janji yang lepas pun dia tak termampu. Nak sambung lagi? Guane boh?

ADAKAH SEMUA UMNO SETUJU DENGAN CARA INI. AMBIL KESEMPATAN KEMPEN PILIHANRAYA. BAYAR DULU CUKAI.






 Hahaha... Ini yang aku kata UMNO 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗸. Memang betul yang kuat menyakau tu Najib. Tapi masalahnya UMNO kekal 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯.

Najib tu dah sah dibuktikan bersalah. Siap dengan 𝙢𝙤𝙣𝙚𝙮 𝙩𝙧𝙖𝙞𝙡. Dalam bela diri pun Najib lagi banyak cakap 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 dari tunjuk bukti dia tak bersalah.
UMNO nak bela apa lagi? Ini bukan zaman Mahathir yang mana dia jadi 𝗸𝘂𝗸𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗶 mencengkam semua agensi kerajaan. Sekarang semua bebas.
Lagi pun Najib didapati bersalah atas kes SRC pada waktu 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗲𝗿𝗶 jadi PM. Orang UMNO tu. Masa tu PM dari UMNO pun tak mampu selamatkan Najib.
Jadi memang Najib punya bersalah tu tepat sampai ke neutron. Untuk apa UMNO nak bela lagi. Perkara ni yang buat title parti penyangak tu sesuai untuk UMNO.
Pengundi kena tahu. Undi UMNO bererti mengundi untuk bebaskan perompak harta negara terbesar. Cuma perompak yang akan bela perompak. UMNO nak bebaskan Najib sebab mereka memang 𝗯𝗮𝗸𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸.
Kalau nak selamatkan negara daripada dirompak lagi, 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹. Tu je. Guane boh?

BERTUAHNYA SEORANG BANDUAN BERNAMA NAJIB

 



Ahmad Mursi


Tak ada siapa nafikan, Najib ada jasa. Tapi jasa sahaja tidak boleh jadi lesen untuk pemimpin mencuri RM2.3bil duit negara yang terbit dari hutang, masuk ke akaun peribadi. Syok jadi PM kalau benda macam tu halal. Jadi billionaire.


Che Ibrahim Mohamed






BERTUAHNYA SEORANG BANDUAN BERNAMA NAJIB

Adakah sistem kehakiman kita sedang diragui atau wujudnya sekelompok elit yang enggan menerima keputusan mahkamah??
Najib telah didapati bersalah oleh semua peringkat mahkamah dalam sistem kehakiman negara. Kuasa pengampunan Draja juga telah dikurniakan kepada Najib, namun masih ramai yang mahu beliau dibebaskan sepenuhnya.
Sebelum ini ada desakan supaya Najib dipenjarakan di rumah walaupun negara kita belum ada peraturan atau undang undang memperuntukkannya.
Situasi ini jauh berbeza berbanding PMX. Walaupun Anwar telah diberi pengampunan penuh, namun pembebasannya terus dipertikaikan. Sabitannya terus diulang ulang bagi tujuan ejekan dan penghinaan. Perbuatannya wpun diragui kebenarannya dan ada sekatan syarak sebagai qazaf, namun ianya seolah olah perbuatan qazaf satu galakan syarie.




Hasil cukai dari Kelantan sekitar RM946 juta tetapi menerima RM8.9 bilion dari persekutuan, iaitu hampir 9.4 kali ganda

 




Hasil cukai dari Kelantan sekitar RM946 juta tetapi menerima RM8.9 bilion dari persekutuan, iaitu hampir 9.4 kali ganda atau sekitar 941% daripada hasil cukainya. Jiran kita pulak, Terengganu, selepas mengambil kira hasil petroleum mengutip antara RM2.2 hingga RM2.4 bilion, namun menerima sekitar RM7.8 bilion dari persekutuan, iaitu lebih tiga kali ganda hasil yang dijana.

Kutipan tertinggi adalah dari Selangor & Penang iaitu RM43.6 billion & RM10.7 billion
.
.

PM Anwar Kritik Amalan Dwistandard Pematuhan Undang-Undang Antarabangsa

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi dialog sempena persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-39 (39APR) di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik amalan dwistandard dalam pematuhan terhadap norma dan undang-undang antarabangsa susulan sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang itu, sedangkan negara lain seakan dipaksa tertakluk kepada standard pematuhan paling ketat.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sendiri melalui pengalaman sedemikian apabila penghantaran peluru berpandu serangan tentera laut yang ditempah, dibatalkan secara unilateral oleh pembekal dari Norway walaupun hampir keseluruhan pembayaran sudah dibuat.

Beliau menegaskan, insiden seumpama itu menunjukkan berlakunya kemerosotan semakin ketara dan bersifat sistematik terhadap penghormatan kepada norma serta undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi dialog sempena persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-39 (39APR) di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026.

Katanya, kekuatan semakin dianggap sebagai penentu kebenaran, manakala kepentingan nasional yang sempit dijadikan keutamaan, walaupun terpaksa mengorbankan kesucian dan kewajipan undang-undang yang terkandung dalam sesuatu kontrak antarabangsa.

“Pendirian Malaysia dalam perkara ini, sama ada kepada syarikat berkenaan atau kerajaan Norway, amat jelas.

“Walaupun Malaysia akan terus mendapatkan penyelesaian melalui saluran diplomatik dan perundangan, episod ini mencerminkan suatu masalah yang lebih besar serta trend yang membimbangkan, iaitu amalan dwistandard oleh pihak yang mendakwa menjunjung kedaulatan undang-undang, selain sikap hipokrit mereka yang memilih untuk berdiam diri apabila pelanggaran sedemikian berlaku.

“Apakah boleh diterima jika sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang dan norma antarabangsa, sedangkan negara lain pula tertakluk kepada standard pematuhan yang paling ketat?

“Jika inilah cara rakan di Barat memilih untuk melayan negara di Selatan Global dan jika prinsip “satu peraturan untuk kami, satu lagi untuk kamu” benar-benar menjadi norma yang ingin diketengahkan, maka keadaan ini tidak memberikan petanda yang baik terhadap masa depan hubungan kita sebagai rakan kongsi dan sahabat yang setara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada sesi Meja Bulat Asia Pasifik Ke-39 di sini, hari ini.



PRU Johor: Pakatan Harapan Tawar Agenda Pembangunan Mampan – Amirudin

 


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

BATU PAHAT, 2 Jul – Kehadiran Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Johor bermatlamat menawarkan agenda pembangunan yang lebih mampan dan lestari, bukannya untuk mengganggu keharmonian sedia ada di negeri itu.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi besar untuk digilap, namun kaedah pentadbirannya perlu ditambah baik supaya tidak hanya tertumpu kepada daerah tertentu sahaja.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, corak pembangunan di Johor ketika ini dilihat tidak sekata, memandangkan tumpuan ekonomi lebih menjurus ke daerah Johor Bahru, sekali gus mewujudkan jurang dengan daerah lain.

“Johor ini ada di bahagian lainnya di utara, timur dan barat, (jurang) pendapatan penduduk contohnya agak ketara antara Johor Bahru dan Segamat, sebab itulah kita datang untuk membawa perubahan dan seterusnya mentadbir Johor dengan baik,” katanya ketika berucap pada Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang di sini, malam tadi.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata Johor mencatatkan jumlah pelaburan yang tinggi tahun lepas iaitu RM101 bilion, namun kadar penciptaan peluang pekerjaan baharu dilihat masih rendah berbanding Selangor.

“Pelaburan tahun lepas di Selangor RM83 bilion tetapi kita cipta 60,000 peluang pekerjaan baru, (manakala) di Johor lebih rendah, mungkin tidak sampai 30,000 atau 40,000 atau kurang,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Sehubungan itu, Amirudin berkata sekiranya PH diberi mandat untuk mentadbir, gabungan itu akan memastikan pelaburan berimpak tinggi diselaraskan dengan sokongan kerajaan Persekutuan, melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Ini penting bagi mencipta peluang pekerjaan bergaji tinggi, supaya anak muda kita tidak lagi perlu berulang-alik ke Singapura setiap hari untuk mencari rezeki,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Amirudin berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan PH kelak, akan mengamalkan strategi kepimpinan terbuka, bagi memastikan Johor muncul sebagai permata selatan yang menjadi kebanggaan Malaysia dan rakyatnya.

Sebanyak 172 calon bertanding pada PRU Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.



PM Anwar Mohon Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Penghormatan Terakhir Khamenei

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan permohonan itu kepada Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi ketika mereka bertemu pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan permohonan maaf kepada Kerajaan Iran kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Pemimpin Agung republik berkenaan Ayatollah Ali Khamenei.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan kepada Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi ketika mereka bertemu pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Khamenei.

“Saya juga menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Allahyarham berikutan komitmen rasmi yang tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu diamanahkan untuk mewakili kerajaan serta rakyat Malaysia bagi menghadiri majlis penghormatan terakhir itu.

Khamenei, 86, terkorban di kediamannya di Tehran pada 28 Februari lepas akibat serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Majlis itu dijadual berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai ini dengan perarakan jenazah di Tehran dan Qom sebelum Khamenei disemadikan di Makam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai. – Bernama



Ada akaun palsu guna wajah calon sebar fitnah, SKMM pantau rapat kempen PRN Johor

 


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau rapat sebarang bentuk penyebaran maklumat palsu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Menurutnya, terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon bagi menyebarkan fitnah.

Beliau turut kesal dengan beberapa insiden khianat fizikal termasuk tindakan merosakkan bendera dan papan iklan calon yang disifatkannya sebagai fasa kempen tidak sihat dan kuno.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik sabotaj digital sepanjang tempoh kempen PRN kali ini.

“Saya berharap para pengundi juga cakna. Bukan semua yang disebarkan itu adalah maklumat yang betul ataupun tepat. Sahkan maklumat yang kita terima.

“Saya belum mendapat maklumat terkini daripada SKMM mengenai jumlah kandungan yang telah dikenal pasti untuk diturunkan berkaitan maklumat palsu atau election misinformation.

“Namun, semua platform telah memaklumkan bahawa election misinformation merupakan satu bentuk pelanggaran garis panduan komuniti platform,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal di sebuah restoran di Muar malam tadi.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan perbuatan menggunakan unsur gengsterisme fizikal bagi menakut-nakutkan jentera parti mahupun orang ramai perlu dihentikan segera demi memastikan amalan demokrasi negara berjalan dengan harmoni.

PRN Johor memperlihatkan pertembungan utama antara PH dan BN, manakala PN, Pas dan Bersatu lebih dilihat sebagai faktor pemecah undi yang boleh mempengaruhi keputusan di kerusi-kerusi tertentu.

BN dan PH masing-masing mempertaruhkan 56 calon manakala PN (33), Bersama (15), Muda (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) (satu), Parti Sosialis Malaysia (PSM) (satu) serta enam calon Bebas.

PRN Johor dijadual berlangsung pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai.



PRN Johor jadi referendum Bossku? Anak Najib cuba seret pengundi ke naratif pengampunan


 


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor cuba dikaitkan dengan naratif sokongan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mendakwa keputusan itu boleh menjadi isyarat bahawa rakyat masih menyayangi ‘Bossku’ dan mahu beliau diberikan pengampunan diraja.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.

“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang.

“Tak payah tunggu kita menang,” katanya yang pernah atau masih dikaitkan sebagai pemilik dan penasihat korporat kepada syarikat tersenarai selain menjadi pengerusi beberapa syarikat.

Nazifuddin berkata demikian dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.

Namun, Nazifuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Langkawi mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.

“Kita bukan memilih Perdana Menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar.

“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang merupakan anak kedua Najib daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.




KIOK


 

KAN DALAM DEWAN DAH DIJELASKAN. TIDAK AKAN ADA PENGGUMUMAN SEMASA KEMPEN SALAH. KO TAK PAHAM KE?



 Kerajaan Johor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera mengumumkan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 





Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pelan itu sepatutnya diumumkan pada penghujung 2025 sebelum ditangguhkan ke 30 Mac 2026. 


Akan tetapi sehingga kini ia masih belum dilancarkan. Beliau berpandangan kelewatan ini tidak wajar diteruskan kerana pelabur memerlukan hala tuju yang jelas sebelum membuat keputusan untuk melabur di Johor.


Sebenarnya JS-SEZ bukan sekadar satu pengumuman politik, tetapi pelan pembangunan ekonomi jangka panjang yang melibatkan kawasan seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Senai dan Desaru. 


Fokusnya ialah menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, logistik, ekonomi digital, tenaga dan pembangunan bakat. 


Pelan induk ini akan menerangkan dengan lebih terperinci insentif pelaburan, pembangunan infrastruktur, pembahagian zon industri serta penyelarasan antara agensi kerajaan.


Sebab itu ramai pelabur sedang menunggu dokumen ini sebelum membuat komitmen yang lebih besar.


Walaupun pelancaran rasmi masih ditangguhkan, Menteri Ekonomi sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan JS-SEZ sebenarnya sudah pun berjalan dan pelan induk telah diluluskan Kabinet. 


Ia dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura selepas Pilihan Raya Negeri Johor. 


Ini bermakna persoalan sekarang bukan sama ada JS-SEZ akan diteruskan atau tidak, tetapi seberapa cepat kerajaan dapat memberikan kepastian kepada pelabur. 


Lagi cepat pelan induk diumumkan, lagi mudah Johor menarik pelaburan baharu dan bersaing sebagai hab ekonomi rentas sempadan utama di rantau ini.



WOW MERENDAH LA SANGAT


Arif Kadir


 Wow! Dia merendah diri depan rakyat laa. Tak sombong laa. Very down to earth laa. Terharu tengok pemimpin mcm ni.



BILA PH TADBIR JOHOR?


 

APA WALAUN KEMPEN.. HENTAM TANPA ADA FAKTA.... KEDAH PUN APA TAK BUAT.


 

UMNO NAK SALAH SIAPA? MEMANG MEREKA YANG PEGANG SELAMA NI


 

LAMA PEGANG JOHOR APA PUN TAK ADA.. KAT RENGGAM


 

SEMBANG SANUSI. PENANG BILA NAK AMBIK.


 

KITA TAK MENANG DI JOHOR TAPI KITA MENANG BENDERA.



 Ustaz memohon sumbangan untuk mencetak lagi banyak bendera, sticker, logo PAS bagi PRN Johor, PAS bertanding di11 kerus saja, tapi biar PAS muncul pemenang paling banyak bendera diPRN Johor - Ustaz Mat Idris Al Saguni.





JANGAN BERDRAMA.

 

Norman Daud



Saya tak pernah kata Datuk Onn Hafiz seorang pemimpin yang tidak bagus. Saya mengakui beliau seorang Menteri Besar yang komited dan banyak berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk Johor.


Tetapi..






Janganlah terlalu kuat berdrama ketika musim PRN. Nampak sangat cuba membawa naratif seolah-olah Johor sedang dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.


DS Anwar Ibrahim kan dah sebut larangan menggunakan jentera dan program kerajaan ketika tempoh berkempen. Larangan ni terguna pakai untuk semua pihak termasuk pihak kerajaan pusat sendiri. 


Yang akan merasmikan majlis pelancaran tu PMX dan Perdana Menteri singapura. Jadi tak boleh la macam tu kan. Alasan ini jugalah yang menjadi sebab kenapa Hari Felda yang kecoh kecoh hari tu ditunda.


So fair and square.


Berhubung isu JS-SEZ, Menteri Ekonomi telah pun menjelaskan bahawa yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancaran rasmi blueprint dan pelan induk, bukannya pelaksanaan projek itu sendiri.


Malah, pelan induk tersebut telah pun siap dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Kerja-kerja pelaksanaan, rundingan dengan pelabur, penyelarasan antara kementerian dan agensi serta usaha menarik pelaburan tetap berjalan seperti biasa.


Dan dari segi protokol antarabangsa, pelancaran bersama oleh PM Anwar Ibrahim dan PM Lawrence Wong akan memberi impak publisiti global yang jauh lebih besar. Ia menunjukkan komitmen solid di peringkat tertinggi (highest political will), bukan sekadar projek sebelah pihak (unilateral).


Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan seolah-olah JS-SEZ telah ditangguhkan atau terbengkalai. Yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancarannya. Pelaksanaannya tidak pernah berhenti.


 Yang rakyat mahukan ialah pelaburan benar-benar masuk, peluang pekerjaan bertambah, gaji meningkat dan ekonomi Johor terus berkembang.


Bukan drama sinetron.✌️