Hentikan intimidasi melampau ke atas Anwar Ibrahim - MPN Melaka

 

Ancaman untuk menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan cuba menghasut rakyat menolak darurat merupakan intimidasi melampau ke atas Ahli Parlimen yang melakukan proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi.



Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik, tindakan membuka kertas siasatan itu tidak akan merubah kenyataan bahawa majoriti anggota Dewan Rakyat telah menghantar warkah kepada Yang di-Partuan Agong memohon dikaji semula pelaksanaan darurat.



"Kenyataan Menteri Dalam Negeri tentang siasatan yang akan dijalankan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain mengesahkan Kerajaan berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempertahankan kuasa.



"Datuk Seri Anwar merupakan tokoh yang berpegang teguh kepada Perlembagaan, serta melaksanakan tugas dengan penuh kesetiaan di samping memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan dan negara.



"Dengan tindakan desperado yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional ini, rakyat sudah pasti dapat mengandaikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri didorong perasaan cemas dan takut kehilangan jawatan maka taktik ugutan adalah menjadi pilihan," katanya dalam satu kenyataan.



Sehubungan itu, Halim mengingatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin supaya menghentikan pencemaran profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan arahan-arahan bagi kepentingan kedudukan politik PN semata-semata.



"Menteri Dalam Negeri disaran untuk meneliti dan memahami makna ehsan dan kebijaksanaan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam warkah kepada Baginda untuk menimbangkan pembatalan darurat. Nasihat yang dipersembahkan kepada YDPA oleh Perdana Menteri kini jelas terbukti, meletakkan kepentingan kedudukan politik mereka jauh lagi tinggi dari kepentingan rakyat yang dalam kepayahan menghadapi wabak Covid-19.



"Mewakili keluarga besar KEADILAN Negeri Melaka, saya menyeru seluruh pendokong KEADILAN dan pencinta kebenaran untuk mendesak kerajaan memulihkan demokrasi di Malaysia dari terus dicemari oleh pemain politik yang mabuk kuasa dan berselindung di sebalik darurat.

"Mandat rakyat harus dikembalikan kepada yang hak, ketidakadilan harus ditolak!" katanya lagi.

 


Gabungan NGO mohon Majlis Raja-Raja kaji pelaksanaan darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR


Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bukan sahaja dipertikaikan oleh ahli politik tetapi juga NGO-NGO yang memperjuangkan kepentingan rakyat.

Terbaharu, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) memohon Raja-Raja Melayu untuk mengkaji semula pelaksanaan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan di atas alasan mengekang penularan wabak Covid-19 sejak 11 Januari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Koordinator GBMR, Dr Maimunah Sargeant (gambar, kiri), selain telah menyerahkan memorandum memohon mengkaji darurat tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, mereka juga menyerahkan memorandum serupa ke Istana Sultan Selangor dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

"Harapan kami supaya Institusi Diraja dapat melihat dan bertindak dengan belas kasiha untuk mengurangkan darurat ini,

"Ini merupakan dari suara rakyat, pihak kami hanya menyampaikan suara dan rintihan daripada rakyat yang meminta darurat ini tidak dilaksanakan,

"Semoga semua Raja-Raja dapat melihat dan mendengar memorandum rintihan rakyat untuk mengambil peduli rakyat yang kini dalam kesusahan," katanya dipetik selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Selangor, semalam.

Menurut Dr Maimunah lagi, pihaknya juga memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Parlimen bersidang semula bagi membincangkan isu-isu rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan kemerosotan ekonomi.

“Sekarang ini kenapa kerajaan PN gantung Parlimen? Parlimen adalah satu tempat untuk menyatakan masalah rakyat. Tetapi kini, Parlimen telah digantung oleh pemimpin sendiri

“Kini, mandat rakyat sudah tidak dipedulikan,”jelasnya.

GBMRM mewakili 150 NGO dari pelbagai latar belakang kerjaya dan kehidupan.

 


Negeri Sembilan tambah bantuan Covid 19, tangguh sewa premis kerajaan negeri

 


POSTED BY  AMIR WRLR

Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Haron berkata, belanjawan yang dibentang tahun lalu telah meluluskan beberapa bantuan yang perlu untuk suasana yang dijangkakan berlaku hari ini.

"Dalam bajet tersebut kita mengusulkan tabung usahawan negeri berbentuk geran RM3 juta kepada 1,000 usahawan. Juga tabung usahawan Plus sebanyak RM3 juta untuk meningkatkan lagi kebolehan usahawa berupa pinjaman tanpa faedah.

"Bagi penjaja kita telah luluskan RM3 juta untuk menyediakan pembinaan pusat penempatan semula penjaja bagi menempatkan 3,000 penjaja.

"Mengenai siswazah yang sukar mendapatkan pekerjaan, kita sediakan program siswazah tani dengan peruntukan RM500,000 di mana kita akan berikan RM10,000 kepada siswazah yang ingin mengusahakan aktiviti pertanian sebagai pendapatan mereka. Untuk anak muda yang ingin menyertai pertanian juga kita beri RM500,000.

"Kita turut menyediakan food bank kepada mereka yang terjejas pendapatan atau sesiapa yang memerlukan. Peruntukkan untuk food bank kira-kira RM1 juta," katanya dalam bual bicara MB dan Ketua Menteri bersama Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Aminuddin turut memaklumkan peruntukan khas sebanyak RM10 juta menangani Covid.

Buat masa sekarang, katanya, kerajaan telah menggunakan hampir RM2.6 juta bagi mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin dan barisan hadapan.

Di samping itu, beliau dan Exco Kerajaan Negeri juga bersetuju mencarum 10% gaji yang dipotong selama 6 bulan bagi membantu rakyat. Potongan gaji bermula sejak Januari 2021.

"Kita turut kecualikan bayaran permohonan lesen penjaja selama setahun, seperti penjaja pasar malam, pasar tani, penjaja lori kecil dan penjaja bazar Ramadan.

"Kerajaan juga mengecualikan bayaran sewa gerai di semua PBT bagi Januari dan Februari. Bantuan peranti (tablet) kepada anak-anak sekolah dan bantuan RM1,000 kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid.

"Oleh kerana tiada program sambutan Tahun Baharu Cina, maka peruntukan itu kita pindahkan kepada program bakul makanan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

 


Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker

 

Astro Awani
Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Lian Ker mahu senarai yang dikeluarkan MKN itu ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan didakwa melakukan "kesilapan" dalam prosedur operasi standard (SOP) terbaharu untuk perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya berkata senarai yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu mesti ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula.

Sumber Facebook tilianker2
Bagaimanapun, Naib Presiden MCA itu tidak menjelaskan tentang kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.
Beliau hanya menyertakan catatan yang memperincikan SOP, yang antara lain melarang keluarga pulang ke rumah untuk percutian dua hari, saling mengunjungi atau berkumpul untuk makan malam bersama keluarga yang disambut pada malam Tahun Baru Cina.
Sebagai gantinya, senarai itu mengatakan bahawa kerajaan hanya membenarkan keluarga yang tinggal di rumah yang sama untuk makan malam untuk memperingati majlis tersebut.
SOP terbaharu itu menerima pelbagai reaksi di media sosial daripada rakyat.
Pada Khamis, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti majlis 'makan besar' bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.
Bagaimanapun, katanya, aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menerusi Twitter menjelaskan maksud makan besar untuk mereka yang tinggal di rumah sama oleh Ismail hanyalah bermaksud makan malam biasa dan bukan
makan besar Tahun Baru Cina.
Nada sama diberi Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang memberitahu, SOP Tahun Baru Cina tidak masuk akal.
Sementara ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei menegaskan, MCA seharusnya memberi nasihat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar mempunyai kesedaran budaya dalam isu berkenaan.
Pada Khamis, Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendakwa SOP perayaan Tahun Baru Cina sebagai bukti terbaharu kegagalan kerajaan untuk merangka pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak COVID-19.
Beliau turut meminta agar ia ditarik semula dan digantikan dengan SOP baharu yang lebih sensitif kepada keperluan mendapatkan semula kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat.



SALAHKAN RAKYAT BILA KES NAIK.

 

RINA HAMZAH


BAGUS !!!.. Lepas tu bila kes naik tinggi ko salahkan rakyat tak ikut SOP la plok. Lps tu pjgkan PKP lagi.

Nampak gayanya gitulah 'cycle' ABAHcow akan pergunakan PKP & DARURAT sebaik²nya utk mereka kekal berkuasa...

#PNipu

#darurat109

SR


May be an image of 1 person and text that says "'FLIP FLOP PN' 15 Jan 2021 Berita RTM 15 Jan 1 … 4 Feb 2021 BERNAMA @bernamadotcom PKP: Operasi kedai gunting rambut, salon tetap tidak dibenarkan CETA Kerajaan benarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan SOP ketat -@IsmailSabri60 Translate Tweet SR suara rakyat 09019 share 642 views BERNAMA BERNAMA 1:26 PM. 04/02/2021 Twitter Neb App "BUKAK TUTUP BUKAK TUTUP SAMPAI ABANG JAMIL MAMPOS""


APA PUN PUNCANYA IALAH BUSUK PERUT AGAR ANWAR TIDAK DINOBATKAN..

 


Mahathir perlu akui bahawa tindakannya meletakan jawatan sebagai PM adalah satu kesilapan – Kit Siang

Mahathir perlu akui bahawa tindakannya meletakan jawatan sebagai PM adalah satu kesilapan – Kit Siang

Lim Kit Siang tampil menjawab kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang menyalahkannya kerana menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri PH selepas ahli parlimen Langkawi itu meletakkan jawatan.

Pemimpin veteran DAP itu menegaskan bahawa keputusan untuk menyokong Anwar dipersetujui DAP, PKR dan Amanah.

Lim berkata kenyataan Mahathir itu menunjukkan dia masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“PH mencapai keputusan ini selepas Mahathir enggan untuk terus menjadi perdana Menteri PH dan enggan untuk mematuhi dan terikat dengan manifesto pilihan raya umum PH.

“Perlunya ada seorang perdana menteri PH dan sebuah kerajaan PH untuk mempertahankan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

“Amat malang sekali apabila Mahathir masih enggan untuk bertanggungjawab di atas kesilapan besar beliau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sedangkan beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, daripada PH, Warisan, dan juga Bersatu,” katanya.

Mahathir sebelum ini berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) Plus tidak akan berkuasa jika PH terus menyokongnya setelah dia meletakkan jawatan pada 24 Februari tahun lalu.

Ketiak meletakkan jawatan, Mahathir masih mendapat sokongan ramai anggota parlimen, sebahagiannya kerana mereka percaya bahawa dia akan memimpin mereka ketika pemerintahan PN Plus terbentuk.

Namun, setelah Mahathir mengundurkan diri dan mengecam usaha untuk membentuk semula pentadbiran PH, anggota parlimen yang menyokong usaha itu, termasuk dari GPS yang berpusat di Sarawak, beralih sokongan.

Untuk rekod, Mahathir, dalam pertemuan tertutup dengan para pemimpin PH telah meminta maaf kepada mereka, mengakui bahawa peletakan jawatan itu adalah satu kesilapan.

Namun, Mahathir menegaskan bahawa dia “tidak ada pilihan”.

Mahathir berulang kali berkata dia meletakkan jawatan kerana percaya bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Namun, bekas sekutu Mahathir dalam PH, terutama PKR, tidak senang dengan ahli parlimen Langkawi itu kerana meletakkan jawatan tanpa berunding dengan mereka.

Mereka percaya jika sekiranya Mahathir tidak mengundurkan diri, PH mempunyai masa untuk membuktikan majoriti dan mempunyai kekuatan untuk berunding.

Peletakan jawatan Mahathir akhirnya membolehkan PN membentuk kerajaan dengan hanya mempunyai majoriti tiga ahli parlimen.

Semasa rundingan itu, Mahathir sekali lagi berusaha membuktikan majoriti walaupun mengundurkan diri.

Namun, Mahathir ingin membentuk kerajaan campuran dan melantik menterinya sendiri termasuk dari bukan ahli parlimen PH, sekiranya dia kembali sebagai perdana menteri.

PH tidak dapat bersetuju dan akhirnya memutuskan untuk menyokong Anwar. Anwar bagaimanapun gagal meraih majoriti.

Mahathir, dalam catatan blognya semalam, mengaitkan Lim sebagai punca dia gagal meraih sokongan majoriti.

“Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon (perdana menteri) PH.

“Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana hala tuju negara jika kesemua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama,” katanya.

Bagaimanapun, Lim berkata, dakwaan itu hanya sangkaan Mahathir sendiri.



Ulasan dan pulasan memoir Tan Sri Tommy Thomas (TT)

 


Oleh : Mohamed Hadi AH

Ada banyak cerita menarik bertaraf first hand information yang TT kongsikan dalam memoir beliau. Paling 'meletihkan' selaku Peguam Negara (AG) ialah menyelesaikan masalah 1MDB, SRC, Equanimity dan rangkaiannya kerana isu-isu yang berlaku benar-benar baharu dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Atas rangkaian isu 1MDB ini sahaja, aku sifatkan TT telah berjaya melakukan keajaiban meskipun hanya sempat menjadi AG selama 21 bulan.

Pencapaian beliau sebelum itu sebagai peguam litigasi korporat juga mengagumkan. Pertikaian bon, penstrukturan semula hutang dan tadbir urus korporat merupakan sebahagian daripada kepakaran TT. Bank Bumi, Danaharta, CIMB pun cari TT. Sesuatu yang patut difikirkan oleh peguam bumiputera yang selesa dalam zon sendiri (termasuklah aku yang awal-awal cabut lari).

Dengan terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan sebagai AG, banyak perkara yang terlepas pandang dan tentunya ada kesilapan telah berlaku yang turut diakui oleh TT sendiri.

Tetapi cerita yang paling menyayat hati tentulah cerita runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di tangan Tun Mahathir (TM) sendiri. TT seqodar mengesahkan sahaja apa yang berlaku menurut sudut pandangnya selaku Peguam Negara (AG). Kita sudah baca sebahagian pendedahannya melalui media-media dalam talian sehari dua ini.

Cerita TM hilang majoriti sebenarnya tak pernah timbul. Itu hanya cerita rekaan yang datang kemudian, setidak-tidaknya melalui apa yang TM sebutkan sendiri kepada TT.

Selepas memecat dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri (PM), TM turut memecat seluruh kabinet PH dan Agong tiada pilihan melainkan memperkenankannya. TT juga tiada pilihan selain membenarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengeluarkan kenyataan pada Isnin (24/2) di sebelah malam bahawa seluruh kabinet tersingkir dan tinggal TM seorang sahaja sebagai PM interim.

Kerajaan ketiadaan kabinet selama 3 minggu. Petaka Covid19 bermula dari sini dan berlanjutan sehingga ke hari ini.

Pada petang Selasa (25/2), TM memaklumkan kepada TT bahawa dia akan kekal sebagai PM kerana semua 222 ahli parlimen menyokong beliau sebagai PM. Ketika inilah TM memberitahu TT hasratnya untuk membentuk unity government (UG) tanpa pembangkang dan yang paling penting, tanpa Anwar dan tanpa Lim Guan Eng. TT begitu terkejut dengan keputusan TM.

TT bingung kerana tidak semena-mena TM ingin melayan permintaan Umno dan PAS untuk menyingkirkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan menamatkan perkhidmatan TT sebagai AG, sedangkan TM sendiri tak pernah komplen apa-apa mengenai prestasi TT sebagai AG.

Menurut TT, serangan bertubi-tubi TM kepada Anwar pasca Langkah Sheraton hanya mengesahkan lagi bahawa TM sememangnya tidak pernah mahu Anwar menggantikannya sebagai PM. Dengan pembentukan UG, PH sudah tiada dan semua manifesto dan janji PH pun boleh masuk tong sampah.

Malangnya, TM terciduk apabila semua yang berjanji untuk menyokongnya bertempiaran lari pada keesokannya hari Rabu (26/2). TM hanya dapat 62 undi, Anwar 92, yang selebihnya berkacawoli. Muhyiddin tidak dapat walau satu undi pun ketika itu.

Pada asalnya, memang TT yang menasihatkan Agong supaya memanggil sidang Dewan Rakyat untuk menentukan sokongan terhadap PM. Malangnya, nasihat itu hanya dapat disebut sekali lalu sahaja kepada Agong pada hari Rabu (26/2) dan pada hari itu juga dijadualkan Agong memanggil kesemua 222 ahli parlimen satu persatu bagi menentukan sokongan terhadap PM. Di situlah TM cuma mendapat 62 undi.

Cemas dengan rancangan yang gagal kerana hanya mendapat 62 undi, TM memanggil TT dengan segera pada keesokan harinya Khamis 27/2 dan memaklumkan bahawa Agong menitahkan supaya sidang Dewan Rakyat dipanggil untuk menentukan siapa yang mempunyai majoriti di Dewan Rakyat. Malangnya, seseorang di Pejabat Perdana Menteri telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan surat itu tidak sempat disemak oleh TT. Isi kandungan ini kemudiannya menjadi punca mengapa Tan Sri Ariff menolak sidang Dewan Rakyat atas sebab teknikal. TT mengakui berlaku miscommunication dan salah faham di peringkat ini.

Dalam masa yang sama, TT juga tidak dapat menasihatkan Agong dan permohonan TT untuk mengadap Agong tidak mendapat maklum balas. Dalam tempoh genting itu, TT juga telah dipinggirkan oleh pihak Istana Negara.

Peminggiran ini berkait rapat dengan idea Agong memanggil ketua parti satu persatu untuk bertanyakan sokongan terhadap PM. Kaedah ini merupakan cadangan yang datang dari pihak lain, bukannya TT selaku AG. Kaedah ini dibuat tanpa merujuk kepada TT selaku AG. Dengan kaedah ini juga Muhyiddin berjaya sailang TM seterusnya menjadi PM ke-8.

Menurut TT, idea TM untuk membentuk UG dan mahu melantik sesiapa sahaja sebagai menteri kabinet tanpa mengikut hierarki parti telah menyebabkan ahli parlimen lari bertempiaran meninggalkannya. Ini mirip seperti apa yang berlaku dalam kabinet Muhyiddin sekarang. Mamat heavy mental entah dari mana tiba-tiba jadi Menteri Kanan. Orang yang tiada jawatan dalam Umno menjadi menteri, sedangkan yang ada jawatan dipinggirkan. Patutlah orang lari. Formula sifir yang salah menyebabkan TM terciduk dengan helahnya sendiri.

Demikianlah Allah runtuhkan kerajaan PH disebabkan pengkhianatan TM sendiri dan by extension, malapetaka Covid19 yang menimpa negara ini juga berpunca dari tangan TM sendiri. Akibat mengkhianati manifesto dan mengkhianati PH, malah lebih teruk lagi, mengkhianati amanah pengundi yang telah bersusah payah berkempen, menyokong dan mengundi PH. Semua ini tidak ada dalam pertimbangan TM ketika meletak jawatan. TT tentu lebih kecewa kerana sewaktu TM mengumumkan peletakan jawatannya, TT sedang berada di mahkamah bagi mengetuai pendakwa raya dalam perbicaraan kes jenayah SRC ke atas Dato' Sri Najib Razak.

TT mengenang semula insiden patutlah Nurul Izzah bermati-matian menolak kerjasama dengan TM pada 2016, kerana perkara-perkara sebeginilah. TT terkesan kerana dialah antara pihak yang memujuk Izzah ketika itu.

Bagi aku, TM telah mempermainkan dan menyusahkan institusi-institusi penting negara, termasuklah Agong dengan membuat keputusan sesuka hati, degil dan bebal kerana mahu semua orang mengikut telunjuknya dan begitu yakin dia akan berjaya mendapatkan apa yang dimahukan.

Tidak hairanlah Agong pun naik menyampah dan enggan melayan kerenah TM ini, justeru mengapa istana menutup pintu meskipun TM kembali mendapat sokongan 114 ahli parlimen pada malam 28/2.

Tindakan Parti Keadilan Rakyat yang enggan melayan dongeng jadi PM selama 6 bulan sahaja itu aku fikirkan tepat sekali. Kepercayaan tidak akan ada tanpa kejujuran dan keikhlasan.

Runtuhnya kerajaan PH memang realiti yang pahit buat para pemimpin dan penyokong PH tapi secara tidak langsung melondehkan perangai sebenar TM. Bagi sesetengah orang hilang kerajaan pun tak mengapalah asalkan tidak berketuakan TM yang tak ketahuan pendirian dan mengabaikan prinsip musyawarah. Esok lusa entah dia buat palatao lagi lepas tu menyusahkan semua orang lagi.

Bagi TT sendiri, dua tahun sebagai AG sudah mencukupi. Dan kita pun dapatlah membaca memoirnya hari ini.

- Mohamed Hadi AH

 

Jenderal Min Aung Hlaing mengepalai rampasan kuasa tentera Myanmar semalam.

 

May be an image of 2 people and military uniform


‪Dia menjadi ketua pemerintah angkatan tentera Myanmar pada 30 Mac 2011.

‪Pada 2016-2017 sebagai pemerintah tentera, Jenderal Min Aung Hlaing menjadi ketua tertinggi yang bertanggungjawab melakukan genosid ke atas etnik Rohingya dengan membunuh tak kurang 24,000 orang, merogol 18,000 wanita dan gadis serta menghalau lebih 700,000 etnik Rohingya dari Arakan.

‪Dalam profilnya, Jenderal Min Aung Hlaing bangga menyebut dirinya sebagai penerima dua pingat dari Malaysia:

Description: ▪️Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera Malaysia (Gallant Commander of the Malaysian Armed Forces)

Description: ▪️Darjah Kehormat Keberanian Pangkat Pertama Angkatan Tentera Malaysia (Honorary Malaysian Armed Forces Order for Valour (First Degree)

‪Pada 26 Januari 2018, Burma Campaign UK telah melancarkan suatu petisyen antarabangsa bagi menggesa Kerajaan Malaysia menarik balik dua pingat ketenteraan yang pernah dianugerahkan kepada Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Ketika itu PM Malaysia ialah Najib Razak. Kemudian digantikan oleh Dr Mahathir Mohamad, dan kini Muhyiddin Yassin. Namun, tiada maklumat yang menunjukkan Malaysia telah menarik darjah ketenteraan daripada Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Dengan latar keganasannya terhadap etnik Rohingya dan kerakusannya memusnahkan demokrasi di Myanmar, adalah tersangat tidak wajar Malaysia membenarkan Jenderal Min Aung Hlaing kekal memiliki dua anugerah ketenteraan Malaysia yang amat berprestij tinggi itu.

‪Kerajaan Malaysia dituntut supaya bertindak segera menarik balik pingat-pingat kebesaran Angkatan Tentera Malaysia dari Jenderal Min Aung Hlaing.

‪Bukankah wajar ditarik anugerah itu? Memalukan Malaysia!

Kredit Abd Malek Husin

 

Isu

SELEPAS SALAHKAN ANWAR, KINI MAHATHIR SALAHKAN KIT SIANG PULA

 


Mahathir salahkan Anwar bila dia tak dpt jadi PM lagi sekali. Terbaru, dia salahkan Kit Siang (Dap) juga. Manusia kutuk ini tidak pernah salahkan dirinya yg sengaja letak jawatan hanya untuk sekat kemaraan Anwar. Dia sedar, jika dia letak jawatan dan tidak serah kpd Anwar sebagaimana yg dijanjikan, sudah pasti musuh dan pengkhianat mudah rampas kjaan PH. Sebab itu Mahathir lakukan juga walaupun Agong nasihat agar tidak meletakkan jawatan.

Apa yg berlaku sekarang ini, kerajaan kacau bilau di bawah kjaan tebuk atap, semuanya kerana Mahathir. Pengkhianat cuma perlaksana kehendak Mahathir untuk menafikan kemaraan Anwar.

Kita mesti tentukan dalam PH, jangan ada talibarut Mahathir. PH tidak akan dapat lawan pengkhianat selagi bapak pengkhianat itu kita kendong bersama.

WFAUZDIN NS

 

Bila tarikh PRU15 sebenarnya...


May be an image of 9 people, people sitting and text



PN bersedia utk PRU 15 dlm masa terdekat?

SAYA TOLAK DAKWAAN LOKMAN ADAM..

Semalam di group Whatsapp, rakan minta saya melihat bicara Lokman Adam. Lokman Adam memberitahu dia mendapat maklumat penting bahawa PN sdg bersiap sedia utk PRU15 dlm masa terdekat kerana mereka telah melakukan segala persiapan utk tujuan tersebut ( video logo2 PN sdg di print ).

Saya menolak dakwaan tersebut ( PRU dlm tempoh terdekat ) atas beberapa faktor. Alasan Lokman Adam PRU15 akn diadakan dlm masa terdekat kerana kerajaan PN tahu org Cina takut utk keluar mengundi kerana bimbang Covid19 agak dangkal. Sdgkan peratusan org Cina mendaftar mengundi dan mengundi sgt tinggi dlm PRU2 sebelum ini.

Saya rasa dakwaan tersebut mcm tidak lojik. Pandangan peribadi saya bila tarikh PRU15 berlaku... ia berdasarlan setakat mana progres perbincangan PN dan UMNO. Samada Zahid Hamidi bersetuju utk terus bersama PN atau tidak. Kita mesti ingat Zahid ada byk kes... jika semuanya sangkut dan didapati bersalah jgn hairan Zahid akn dipenjarakan berpuluh tahun lamanya.

Pilihan kedua jika Zahid sanggup mengucapkan selamat jalan kpd Najib dan berpaling tadah kpd PN... bermakna PN sudah bersedia bila2 masa sebaik darurat politik berakhir.

Andaikata Zahid begitu tinggi semangat setiakawan bersama Najib... PN mengambil 2nd option. Mereka akn mulakan butang pilihan kedua iaitu 'hijack' UMNO. Sebenarnya butang tersebut sudah pun ditekan oleh kluster Menteri UMNO.

Ia jelas apabila kita melihat begitu ramai Exco Pemuda UMNO telah mendapat gelaran Datuk baru2 ini. Adakah ia pemberian begitu sahaja? Annuar Musa selicik Azmin Ali. Keduanya tahu jawatan, gelaran dan projek mampu mengubah prinsip seseorang.

Jadi jawapan saya utk PRU15 hanya akn berlaku atas 2 faktor yg saya sebutkan tadi. PN tahu tanpa grassroot UMNO mereka tidak akn menang pada PRU15. Mereka perlukan grassroot dan pengundi UMNO.

Ini kerana PAS tidak mampu memenangkan PN terutama di kawasan barat Semenanjung. Kekuatan PAS hanyalah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kawasan bandar pasti memihak kpd PH.

PN( Bersatu ) tahu jika hanya bersama PAS peratusan mereka tidak cukup utk menarik separuh pengundi Melayu. Jika berlaku pertandingan 3 penjuru..... BN atau PH akn mempunyai kelebihan kerana PN hanya bergantung kpd org Melayu sahaja. Sebab itu UMNO perlu dihijack dlm pemilihan Agung UMNO tahun ini.

Situasi kekuatan PN atau BN di Semenanjung

UMNO 50%

Komponen BN 10%

PAS 30%

BERSATU hanyalah 10%

Melihat dari peratusan ini kita tahu PN mesti 'hijack' UMNO melalui Kartel Menteri samada melalui Annuar Musa atau Hishamuddin.

Kartel Presiden UMNO dilihat sgt lemah. Mereka tiada kekuatan politik atau eksekutif dan hanya sekadar memimpin parti. Kartel ini hanya bergantung kpd kesetiaan akar umbi mereka. Jgn hairan ramai ahli Majlis Tertinggi UMNO akn beralih kepada Kartel Menteri.

Apakah caranya Zahid utk menyelamatkan karier politiknya? Tinggalkan Najib dan bersama PN atau menangguhkan pemilihan parti kerana darurat. Jika tangguh jgn hairan PN akn memohon tempoh darurat dipanjangkan.

Jadi pandangan saya berbeza dgn Lokman Adam mengenai PRU15. Bagi saya ia hanya akn terjadi jika 2 perkara ini berlaku. UMNO 'uturn' bersama PN atau UMNO dihijack kartel Menteri.

Ini adalah pandangan peribadi penulis. Boleh jadi benar boleh jadi salah. Tiada paksaan utk mempercayainya.

 

[[LIVE]]4.2.2021 Hakim Hamid Sultan digantung setelah berani dedah haki...



[[LIVE]]4.2.2021 Hakim Hamid Sultan digantung setelah berani mendedahkan kepincangan kehakiman negara termasuk campur tangan kes DSAI dan Karpal Singh. Ramai buat laporan terhadap Tommy Thomas. Salahkah dia? #IswardyMorni

GAGAL BERTINGKAT-TINGKAT, DAPAT PANGKAT DALAM DARURAT


Syazmir Hariz Noorazlan berkata, pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan negara dan tamadun manusia. Justeru katanya, pelaksanaan pendidikan mesti dilakukan lebih sistematik dan berkualiti akibat daripada penularan pandemik Covid-19, suasana pendidikan terpaksa diubahsuai sebagaimana sebelumnya.

GOMBAK TIDAK MAHU PENGKHIANAT



Azmin juga menikam Tun Dr. Mahathir walaupun Tun dan isteri menganggap beliau sebagai anak angkat dan pernah menyelamatkannya dalam kes SEMBURIT. Azmin, kata Tamrin, “menipu pengundi - pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa dengan MENGINGKARI janji MENENTANG RASUAH oleh UMNO/BARISAN NASIONAL.



DIMANA PORTAL PERISTIHARAN HARTA ?

 

May be an image of 1 person



MOHD MUKHLIS


SPRM

tolong jawab, apa guna berwajah baru kalau satu maklumat pun tak ada kat portal isytihar harta?

2019 - Ada nilai lengkap aset

2020 - Nilai lengkap hilang, ganti julat aset

2021 - Semua hilang sekali dengan pendapatan, habis tu apa yang berwajah barunya?

Maaf, nak tanya tukang sertu, kalau ini kira mereka semakin berani atau bincang secara ilmiah

Drmaza

?

https://mydeclaration.sprm.gov.my/

SOP PKP YANG CACA MARBA

 

May be an image of text



BOB KELANANG


Covid-19 ni dah nak masuk 2 tahun dah... tapi SOP untuk PKP yang dibuat masih lagi caca marba... pincang sana-sini... karut sana-sini...

Kejap dibenarkan beroperasi... kejap diarahkan tutup...

Sekatan Jalan Raya dalam pekan/bandar kecil bukannya dilihat untuk mengekangkan penularan Covid-19... DAN pematuhan SOP... tapi lebih kepada nak bagi jalan jem jer... kalau betul nak kekangkan penularan... buat saja roadblock di sempadan daerah ATAU negeri...

Selebihnya buat sahaja rondaan yang lebih efektif, berkesan DAN teratur... Itu lebih bermanfaat daripada buat roadblock di jalan utama yang akhirnya menyebabkan jem sepanjang 2km lebih DAN amik masa sampai sejam baru dapat lepas roadblock... Ini semua kerja gila...

Kadar jangkitan kes harian meningkat bukan disebabkan jem di jalan raya... tapi di kilang... di tapak pembinaan... yang ini hampeh... pemantauan teruk... kondisi penginapan pekerja kilang yang sesak... tidak berkemanusiaan... dan tidak bersih...

Selagi xder SOP PKP yang teratur DAN bagoosh... selagi itulah...

Apa yang Perdana Menteri boleh buat selain buat perutusan DAN ugut naikkan kadar denda... itu yang... yang jadi mangsa adalah rakyat marhaen yang memang patuh pada undang-undang... pemimpin terlepas…

Ini semua bagero... laksanakan Darurat tapi macam xder apa ja... melainkan nak selamatkan politik depa ja...