Pas tetap nafi dipinggirkan walaupun tak dapat kerusi...kah......

 Pas tetap nafi dipinggirkan walaupun tak dapat kerusi

September 12, 2020

Meskipun tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menafikan bahawa parti itu dipinggirkan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya Hashim berkata bahawa parti Islam itu mempunyai kekuatan politiknya sendiri di Semenanjung Malaysia.

“Saya merasakan bahawa PAS dirasai kewujudannya dan kekuatannya di dalam politik terutamanya di Semenanjung.

“Jadi, kalau ada suara-suara (yang mengatakan) untuk mengenepikan PAS, itu saya kira adalah satu yang tidak tepat dan tidak betul,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hashim berkata demikian apabila ditanya adakah PAS berasa dipinggirkan apabila tiada kerusi yang diperuntukkan kepada PAS dalam PRN Sabah.

Semalam dilaporkan bahawa PAS tidak diberikan sebarang kerusi oleh PN mahupun BN, serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya walaupun sebelum ini parti itu menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN.


Pas patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PN

 


What's so special with the Special One? | The Edge Markets

September 12, 2020 

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah.

1. Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang mewakili Perikatan Nasional. Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen. Disebabkan PAS sebahagian daripada PN, kedudukan parti tersebut tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut.

2. Kebanyakan kerusi yang diintai oleh PAS sebenarnya ditandingi oleh PPBM. Sebagai contoh kerusi DUN Merotai yang asalnya kawasan tradisi BN kini ditandingi parti tersebut. DUN ini antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1,200 undi pada pilihan raya umum ke-14.

3. Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik. PAS memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU-14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6,000 undi popular. Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh PN.

4. Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU-14. Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM.

5. Bayangkan sehingga ke saat akhir pun, parti tersebut sebenarnya masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. Mujurlah Bung Moktar Radin lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi BN bagi mengelakkan pertelagahan lanjut.


6. Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi “wake up call” kepada PAS tentang bagaimana mereka dilayan dalam gabungan baru. Sedangkan berdasarkan kekuatan semasa, PAS adalah parti yang sepatutnya mengetuai PN sepertimana Umno memandu BN.


7. Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil PAS Sabah, maka PAS perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka dalam Perikatan Nasional. Sebuah parti berpengalaman tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM.

8. Saya serius.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

TAKDIRRR


Nizam aka

Image may contain: 4 people, text

Hadi,Zuhdi..Kami faham perasaan kamu..Satu Malaysia boleh faham..Tak perlulah nak buat knyataan "play safe" kerana bimbang umno dan PN akan terasa..Kononnya Pas beri laluan elak pertembungan.. Kesungguhan kamu dan parti kamu untuk bertanding dalam PRN Sabah,satu Malaysia dah nampk..Awal-awal lagi Takiyuddin dah umum,Pas akan tanding 10 kerusi..

Malah beliau dah brsedia untuk umum Dun-Dun yang bakal Pas tandingan..Kamu pula sanggup untuk turunkan maruah parti kamu bila sanggup mnggunakan lambang dacing bn utk calon-calon parti kamu dalam PRN Sabah..Tak pernah pun kamu ucapkan yang Pas tidak akan bertanding krana ingin beri laluan kpd parti-parti yang lain bertanding..Bila Pas diumum tiada kerusi,barulah kamu buat knyataan itu,semata-mata nak sembunyikan rasa kecewa?Tapi hakikatnya ramai pemimpin-pemimpin Pas yang sememangnya kecewa..Bacalah sendiri kekecewaan pemimpin-pemimpin Pas dalam media-media tu..

Dari dulu lagi,ATGNA dah berpesan supaya jangan berkerjasama dan jangan percayakan umno..tapi kamu degil..kamu tak dengar.. krana semata-mata nak kejarkan jawatan,pangkat dan kuasa..



KAH.....

Image may contain: text

IMEJ PAS SEMAKIN TERUK, GELARAN SEBAGAI "TONGKAT" UMNO TERNYATA BENAR


Apa yang tersebar di media sekarang?  Kita ikuti: 

11 Sept 2020

Bila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat,” kata pemimpin Pas apabila parti itu tidak dilayan sewajarnya dalam pilihan raya negeri Sabah.

Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, ”Tapi tongkat bukan sebarang tongkat. Macam tongkat Nabi Musa A.S. boleh jadi ular bila dicampak. Boleh patuk balik. Hati-hati.”

Beliau memberi gambaran dan seolah mengakui Pas berperanan sebagai tongkat sama ada kepada BN mahupun PN.

Beliau juga memberikan ingatan kepada rakan-rakannya, “Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu?”

Semua komen-komen ini dibuat bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu selepas Pas tidak dihiraukan oleh dua rakannya iaitu Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri Sabah.

Turut memberikan komen negatif adalah AJK Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.

Katanya, “Orang berbudi kita berbahasa, Orang tak bagi kita berlaga!”.

Selain permohonan Pas untuk bertanding 10 kerusi dalam PRN Sabah tidak dilayan, Pas juga tidak dijemput dalam majlis pengumuman calon yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).

Selain Iskandar, turut memberikan komen sedih terhadap apa yang berlaku di Sabah adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam catatan di facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis “Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”

Kini nasib Pas dalam PRN Sabah berada di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata, terserah kepada Muhyidin sekarang apa yang Pas perlu buat di Sabah.

“Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi, maka Pas (akan) bertanding 10 kerusi,” kata Aminuddin lagi.

Sumber: Malaysia Dateline

----------------------------------------------------------------------

Sebenarnya PAS boleh jer dapat 2-3 Kerusi di Sabah.. takda Masalah.. Jika PRN ini berlangsung 2 Bulan lepas, dah pasti sekurang kurangnya PAS dapat 3 Kerusi...

Tapi apa sebabnya disingkirkan ? Sebabnya Kenyataan Bodoh Ulama PAS tentang arak dan Bible... Ya! Akhirnya PAS disingkirkan hanya kerana arak dan Bible.. Jadi Siapa lebih enti Islam ? 

Bukan hanya Parti Sabah.. hatta MCA yang dapat 4 Kerusi di Sabah pun mahukan PAS disingkir.. Kalau nak tahu itulah bayangan PRU 14..

DAP selama ini, PAS mainkan sentimen Agama, Isu Hudud.. Kononnya DAP anti Islam..Tak pernah langsung DAP kacau kawasan PAS bertanding..tak kira di Sabah.. tak kira di Sarawak..Hari ini...Bayangkan Allah Zahirkan, PAS adalah khadam sebenar kelompok anti Islam seperti MCA.. Bagi PAS.. apa pun Ok..Janji bukan DAP.. Sanggup jadi broker dan Barua UMNO, Boneka UMNO bak kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz..

Belum apa apalagi dah disisihkan..Tapi takda kami nak kata PAS jadi khadam kelompok Kuffar atau orang Kafir..Kalah Sabah lagi tersisih..apalagi kalau di Sarawak.. :)


Ipohmali