Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan-MSO

Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan

BERITA PETANG

Ibrahim bersalam dengan presiden parti agama.
Dua peristiwa politik yang berlaku semalam dan hari ini di negara kita, ia mungkin memeranjatkan bagi mereka yang tidak berapa faham dan fasih dunia politik dan berfikir sejalur dalam siasah.

Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid.

Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja.

Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut kemjudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya.

Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathis Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu.

Sebagai sebuah pertubuhan redikal Melayu, Ngo itu patut menuntut pembebasan tahanan itu apa lagi ia dibuat kerana kedua tahanan itu membangkitkan soal skandal 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku seperti sepatutnya.

Tetapi Ibrahim memilih mengadakan "kujutan" lain dengan bertandang ke pejabat parti agama, Pas. Seumur hayat Ibrahim itulah kali pertama dia bertandang ke pejabat parti itu. Semasa dia bertanding atas tikit Pas tahun 2008 Ibrahim tidak pun pijak pejabat agung Pas.

Seperti saya kata tadi, mereka yang tidak faham politik, akan rasa terkejut dengan kunjungan Ibrahim itu. Dalam masa sama ia dianggap sesuatu tuah kepada Pas. Tuah memang ia, tetapi kalau mengejutkan ia sesuatu yang tidak perlu sampai begitu. Bagi Pas kehadiran Ibrahim itu sedikit sebanyak dapat membalut luka apabila ramai bekas pemimpinnya meninggal parti berkenaan tetapi kalau hendak disifatkan laba besar tidak seberapa.

Kekosongan yang berlaku dalam Pas diharap dapat ditampung oleh Ibrahim dan Ngonya kalau pun tidak dapat memenuhinya. Menjadi persoalan juga yang hadir ke pejabat parti agama itu, hanya Ibrahim bersama beberapa kerat pimpinan sahahja di mana ia tidak dihadiri pimpinan kanan Ngo itu yang lain. Apakah idea itu hanya bersifat peribadi Ibrahim sendiri?

Atau pun kunjungan untuk menjalani pendekatan dengan Pas itu tidak dicapai secara sebulat suara dalam Ngo berkenaan. Pernah terjadi sebelum ini ramai pemimpin Ngo itu diperingkat negeri meletak jawatan dan meninggalkan Ngo itu apabila ia diura-urakan untuk diubah menjadi parti politik. Banyak perkara dalam Ngo itu dibuat secara ad hoc.

Bagi saya kunjungan Ibrahim itu tidak mengejutkan. Tidak ada apa yang pelik dan ganjil dalam politik yang saya sifatkan politik Malaysia sudah sampai kepada politik "tahi anjing" waktu ini. Jauh sekali ia satu berita istimewa untuk dijaja. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku. Salah satu ialah macam mana Ibrahim yang menentang Pas kemudian menjadi calon Pas, (bertanding atas tikit) kemudian menentang Pas kemudian ditantang pula oleh Pas.

Suatu masa Ibahim menghina dan mengutuk sehabisnya Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian memeluk dan mendakapnya seperti apa yang dilakukan kepada presiden parti agama hari ini. Aksi, susana dan gambaran sama dipamerkan sekali lagi. Ia seolah Ibrahim menayang balik kepura-puraanya selama ini.

Bagi Ibrahim dan mereka yang tidak tahu meletakkan moral dalam politik, apa yang berlaku hari ini adalah pencapaian baginya. Apabila menerima Ibrahim - untuk menjalani kerjasama mendokong isu-isu sefahaman, presiden Ngo itu dapat merasakan nyawa politiknya hidup semula. Ibrahim kini merasakan dia sudah ada sebatang lilin untuk menyuluhnya ke parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Orang yang bijak dan tahu membaca peta politik akan tahu ke mana arah dan tujuan Ibrahim itu. Kunjungan itu sangat bermakna baginya dan sudah pasti mulai malam ini Ibrahim akan mula mengarai mimpin indah di hari muka. Apa yang Ibrahim hajat ialah kerusi parlimen Pasir Mas.

Bagi saya, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku hari ini. Ibrahim seorang yang licik dan daya diplomasi tidak bermoralnya sangat tinggi dan menakjubkan. Dia boleh dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perbuatan dan kerja-kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh orang lain. Dia juga pernah berkata kalau dia menyertai Umno semula dia akan cium punggung Mahathir.

Sebelum dia berkunjung ke pejabat Pas, saya sudah memerhati dia sangat rapat dengan Mustapa Ali dan mereka sering berhubung.  Saya sangat percaya mereka berdua ada misi tersendiri demi kepentingan kedua-duanya.

Saya ternampak sendiri dalam satu majlis tahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah mereka duduk semeja dan menyerlahkan keintiman. Ketika itu firasat saya sudah membaca apa yang akan berlaku seterusnya. Dan yang berlaku hari ini memberi kebenaran kepada apa yang saya bayangkan itu.

Tidak ada masalah kalau Ibrahim bekerjasama dengan Pas. Itu adalah pilihan terbaik buatnya apabila pintu untuk dia memasuki Umno terkunci rapat. Tetapi apakah Pas boleh menerima begitu sahaja apa yang dijanjikan?

Saya tidak ingin memberi ingatan kepada Pas agar waspada kepada Ibrahim Ali. Itu bukan hak saya. Cuma selepas ini saya akan cuba membuat ulasan apakah implikasi dan natijah daripada kerjasama parti agama itu dengan Ngo yang saya juga pernah terlibat dengan penubuhannya itu. [wm.kl.7:33 pm 13/10/15]

AMK KECAM KENAIKAN KADAR TOL SECARA MENGEJUT

‘MANA JANJI SEBELUM PRU 13 KURANGKAN KADAR TOL?’

Kesan serangan senjata kimia oleh tentera Bashar



Kesan serangan senjata kimia oleh tentera BasharKesan serangan senjata kimia oleh tentera Bashar di Timur Ghouta (Damsyik). Lebih dari 1500 terbunuh dan beribu-ribu cedera. Sangat menyakitkan melihat bagaimana mereka yang tidak bersalah mati dengan derita. Semoga Allah melindungi mereka.Minta jasa baik anda semua untuk membuatkan lebih ramai orang berdoa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di sana terutamanya di Syria dan Mesir. Sama-samalah kita berdoa dengan ikhlas kepada Allah agar segala kekejaman yang berlaku ke atas saudara kita di sana dapat dihentikan dengan bantuan Allah. Semoga Allah mengasihani kita dan memakbulkan doa-doa kita...insyallah.Ramadhan84
Posted by Ramadhan84 on Friday, August 23, 2013

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?




 | October 11, 2015
Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.
rafizi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.
Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.
Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.
Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.
Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.
Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.
Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.
Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.
Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS? – Faiz Fadzil

PKR DINASIHATKAN BERHATI HATI PADA KALI INI.

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.
Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.
Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.
PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.
PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.
PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.
Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?
Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya. Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang. PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.
Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.
Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.
Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.
PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan? – 11 Oktober, 2015.
* Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PERMATA PAS YANG DIBISUKAN?




Husam: Apakah nasib akan sama dengan Anwar yang cuba merubah UMNO?

'Saya rela hilang segalanya'
WARTAWAN SINAR HARIAN 
Pas kena baiki diri, disiplin kalau nak kuat
WARTAWAN SINAR HARIAN

Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif

Oleh:Amiruddin Ahmad




Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif

Berikutan dengan laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 3 Oktober 2015 bahawa sentimen perniagaan telah jatuh ke paras negatif, wartawan Suara Pakatan Daily telah mewawancara beberapa orang yang terlibat dalam sektor peruncitan.

Seorang pemilik kedai pakaian, seorang lagi pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut untuk mengetahui pendapat mereka. Semua premis perniagaan tersebut bertempat di kawasan Kepong, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemilik kedai barang runcit memberitahu bahawa pada keseluruhannya, angka jualan telah jatuh sebanyak 3 peratus. Menurut mereka produk makanan dalam tin, minuman dalam kotak serta aiskrim adalah di antara beberapa barang makanan yang mengalami penurunan dalam jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan mulai 1 April lalu.

“Penurunan jualan kedai runcit kami pada tahun ini adalah yang paling teruk sekali sejak kedai ini dibuka beberapa dekad yang lalu. Semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Dulu perniagaan okay tetapi kali ini amat teruk,” kata Chee Meng yang berusia 40 tahun yang mengambil-alih urusniaga kedai runcit daripada ayah beliau sejak bulan Januari lalu.

Pemilik kedai runcit yang lain, seorang warga emas berusia 80 tahun, memberitahu bahawa beliau mungkin akan menutup perniagaannya pada hujung tahun kerana lanjut usia dan kedua-dua anaknya tidak berhasrat untuk mengambil-alih perniagaan tersebut.

“Lagipun, kerugian makin bertambah setiap hari,” ulasnya muram.

Pemilik kedai pakaian, pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut pula memberitahu kemungkinan mereka akan menutup perniagaan selewat-lewatnya selepas Tahun Baru Cina Februari 2016 akibat kerugian sejak bulan April lalu.

Mereka merungut jumlah pelanggan telah susut sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus.

“Tak berbaloi menjalankan perniagaan. Kebanyakan waktu tiada pelanggan, kalau ada pun, satu atau dua orang sahaja yang datang.

“Tak boleh ‘survive’ macam ini. Lebih baik tutup sebelum kerugian bertambah banyak,” kata Robert Lee, pemilik kedai kasut yang berusia dalam lingkungan 40an.

HAAAA......BARU ADA AKAI...LETAK LAGI KAT LUTUT.....

Dah kena maki kaw kaw dengan orang ramai...perangai serupa orang tak ada pelajaran..Duduk saja di Bandaraya, tapi otak tak ada...ha..ha.haa...rasakan....tahu pulk tutup muka???







Panas punggung selepas video jadi viral
Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP ditahan polis sebentar tadi.

GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MBPP gesa polis ambil tindakan]

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka

RENCANA ANALISIS USUL UNDI TAK PERCAYA AKAN DIBENTANG UNTUK TEKAN NAJIB – RAFIZI

Undi tak percaya atas Najib: Pas tarik ‘hand brake’

OLEH: AMIRUDDIN AHMAD

Kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan baru-baru ini bahawa parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan Pakatan Harapan melaksanakan usul undi tak percaya ke atas PM Najib sekiranya dipelawa Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mengejutkan pemerhati politik.

Sebelum ini, Pas melalui Presiden Hadi, Mursyidul Am Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamed membayangkan parti itu telah ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan Pakatan Harapan. Mereka rela menjadi ‘penyokong BN’ berbanding menyokong PH dan bekerjasama dengan DAP atau Amanah.

Ternyata perjuangan bersendirian ‘siku dan lutut’ yang berdegar-degar diucapkan oleh bekas Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Tantawi pada Jun lalu tak ke mana. Belum 6 bulan Pas sudah pun menarik hand brake.

Tidak percaya Najib kumpul wang
Meski pun PM Najib melawat Haron Din di hospital sebulan lalu namun itu tidak cukup untuk memujuk hati pemimpin tahap 2, 3 dan 4 dalam Pas menerima politik Najib. Pemimpin tahap 1 seperti Hadi dan Haron mungkin kekal menyokong Najib kerana mereka tidak pernah mengecam PM dalam isu skandal pengumpulan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi ketua kerajaan itu.

Haron pernah mengeluarkan pendapat tidak percaya Najib mengumpulkan RM2.6 bilion  dalam akaun persendirian. Hadi pula berkata untuk menuduh Najib melakukannya perlukan saksi yang adil sebagaimana menuduh  Anwar melakukan liwat memerlukan empat saksi.

Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan Najib memiliki wang ‘derma’ RM2.6 bilion hanya Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man – pemimpin tahap 2 – yang mengecam Najib. Adakah Haron dan Hadi masih kekal dengan kenyataan mereka sebelumnya?

Mungkin bagi pemimpin Pas tahap 1, mereka melihat Najib amat perlukan parti Islam itu demi survival politik Umno. Maka Pas akan sangat berguna menjelang usul undi tak percaya yang diura-ura akan dilaksanakan pembangkang bersama beberapa MP BN pada sesi Parlimen Oktober.

Pas mungkin akan menawarkan khidmat 16 ahli parlimennya yang berbaki untuk mengekalkan Najib di kerusi PM. Banyak perkara boleh dituntut dari PM sekiranya pertolongan itu diberi.

Najib berpaut pada Yahudi
Malangnya, belum pun sesi Oktober bermula Najib telah menunjukkan beliau tidak memerlukan Pas dan doa para ulama bagi mempertahankan pemerintahan. Awal Oktober, Najib telah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan nada lunak terhadap Israel. Menganggap Israel sebagai ‘teman bicara sah’. Beliau mengutip pula ‘Aturan Emas’ dalam kitab Torah (Taurat) Yahudi sebagai sebahagian ucapan.

Tidak cukup dengan itu, Najib bersalaman dan beramah mesra bersama PM Israel Benjamin Netanyahu di bangunan PBB ketika mana tentera rejim Zionis merempuh Masjid al Aqsa di Palestin dan membunuh rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian masjid itu.

Dua hari kemudian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed bersetuju dengan butir-butir rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Persetujuan itu memberi gambaran jelas Malaysia akan mengikut telunjuk Amerika Syarikat dalam urusan perdagangan, meski pun terpaksa melupakan agenda bumiputera yang di dalam negara sanggup dipertahankan dengan darah dan nyawa menghadapi DAP.

Jelaslah Pas tidak boleh bergantung sama sekali dengan pengamal sekularisme-pragmatik. Dalam tempoh 6 bulan sahaja setiap apa yang diperingatkan oleh dua bekas pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dan Fadzil Noor menjadi kenyataan.

Kedua-dua mereka melarang sama sekali Pas berkawan dengan Umno BN kerana dasar pragmatik menjual negara dan maruah rakyat perikatan politik itu. Nik Aziz paling keras menentang Umno kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas di Kelantan pada era 1970an lalu.

Pas terima balasan
Tiga bulan selepas kematian Nik Aziz ulama Pas membuang saudara mereka dalam kalangan profesional yang menentang Umno dan rapat dengan Pakatan Rakyat. Pas tiba-tiba menganggap Pakatan sebagai musuh yang lebih merbahaya berbanding BN.

Sekarang Pas menerima balasan. Sukar untuk menerangkan kepada ahli akan kerjasama mereka dengan BN bagi merealisasikan Hudud di Kelantan. Dua kali persidangan parlimen, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan pindaan Akta 335 (mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah 1965) ke arah perlaksanaan hudud didahulukan.

Umno hanya berjanji akan menyokong Hudud tanpa tarikh pasti. Pas menerajang DAP dan menghancurkan Pakatan hanya untuk mendapatkan kelulusan Hudud. Kini, Adakah berbaloi sokongan kepada Umno dengan tergadainya maruah Islam dan negara?

Adakah berbaloi Pas mengekalkan sokongan kepada Najib yang berbaik-baik dengan Yahudi Israel? Adakah berbaloi menyokong BN yang merelakan ekonomi Malaysia dijajah Amerika? Ternyata Pas telah tersalah langkah dan masuk perangkap.

Pemimpin tahap 2 bertindak
Membayangkan menyokong undi tak percaya oleh pemimpin tahap 2 seperti Takiyudin boleh dibaca sebagai tindak balas kepada pimpinan atasan Pas yang masih mengelak mengecam Najib. Sekiranya Pas menerima cadangan undi tak percaya dan melaksanakannya maka kerjasama dengan BN demi meluluskan Hudud akan berakhir.

Bermakna pada sesi Oktober dan selama-lamanya Hudud tidak akan disokong oleh BN, sama ada Najib masih berkuasa atau pun tidak. Jika bukan Najib yang berkuasa maka Umno tidak lagi terikat dengan agenda Hudud yang dipersetujui antara Najib dan pemimpin Pas.

Selepas ini apakah yang perlu ditentang oleh Pas? Jika mereka menolak Najib maka tidak ada beza perjuangan Pas pada Oktober 2015 berbanding perjuangan pada Oktober 2012. Iaitu menentang penyelewengan dan Hudud masih jauh daripada dilaksanakan. Ketika itu Pas sedia bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Maka tidak perlulah Pas bertegas untuk bersendirian kerana perjuangan mereka juga sama dengan Pakatan Harapan.

Gantikan pemimpin muda, progresif

Kesediaan mengundi tak percaya juga memberi impak besar kepada kepimpinan ulama. Mereka memperlihatkan kepada ahli Pas bahawa strategi mereka salah. Ulama telah menyokong orang yang mempermainkan agama dan kemudian bersetuju untuk terpaksa menjatuhkannya.

Ungkapan ulama sentiasa betul dan cermat jalan fikir ketika mempengaruhi perwakilan Pas bagi menyingkirkan golongan 'profesional pada Muktamar ke 61 lalu ternyata keliru. Ternyata ulama silap menyokong Najib yang menjadi barua Yahudi dan Amerika.

Ulama yang sama juga  menyebabkan Pas berpecah dua dan menyaksikan parti yang mempunyai masa depan dan hanya memerlukan tambahan 5 peratus undi bersama Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya kini kembali ke era 1980an, berkecamuk dan tiada harapan.

Bagi ahli Pas, peristiwa yang melanda dalam 6 bulan kebelakangan ini sepatutnya menyedarkan mereka. Pas pernah melalui zaman sama ketika era Presiden Asri Muda menyokong BN. Pemimpin muda Pas ketika itu menjatuhkan Asri dan memulakan era kepimpinan ulama.

Kini, pimpinan ulama sedia ada hilang arah tuju. Tibalah masanya ulama tahap 1 ini direhatkan demi masa depan parti. Tiada salah dengan kepimpinan ulama. Tetapi biarlah berstrategi dan nampak cerdik.

Jika Hadi, Haron, Mahfoz dan Nik Amar direhatkan mereka boleh diganti dengan barisan muda seperti Tuan Ibrahim, ustaz Idris Ahmad dan sebagainya yang lebih jelas kebijaksanaan strategi politik mereka berbanding pemimpin veteran Pas hari ini.