PAS harus percepatkan mesyuarat, bukan melewatkannya – Shahbudin Husin

PAS kini diperlekehkan oleh anak muda sebagai parti yang tidak setia ,berubah ubah dan tidak jujur terhadap rakan Pakatan.

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab. Pertama, kedegilan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, sokongan terbuka PAS yang mahu beliau terus dikekalkan.
 
Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan PAS, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar PAS yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.

Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.


Ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya.

Sebab itu, kenyataan Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segalanya.

Jikanya Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.

Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin PAS iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK PAS, Dr Zulkifli Ahmad menyarankan agar PAS mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang diputuskan sebelum itu.

Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin PAS yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.
 
Namun demikian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang ditetapkan.

Akhirnya semua orang menunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.

Bermula dengan sokongan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap pendirian Hadi, tersebarnya tulisan di whatsapp oleh seorang AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan Umno, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan PAS Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.

PAS jadi berpecah, PKR juga retak dan Pakatan Rakyat (PR) yang diharapkan mampu memberi cabaran kepada Barisan Nasional (BN) turut sudah hilang rentaknya di mata umum. Umno dan BN hanya senyum memerhati wayang percuma ini.

Walaupun Khalid turut dipersalahkan dalam kemelut ini sehingga ramai tidak faham kenapa beliau bersungguh-sungguh mahu bertahan, tetapi nyata sekali PAS paling banyak dipersalahkan kerana dilihat tidak lagi menghormati persetujuan yang memberi hak kerusi menteri besar Selangor kepada PKR.

Lebih menghairankan apabila Majlis Syura membuat keputusan mempertahankan Khalid, ada yang bertanya sejak bila majlis itu mempunyai hak membuat keputusan yang melibatkan parti lain selain PAS.

Majlis itu juga diingatkan bahawa penukaran pemimpin tidak memerlukan hukuman bersalah oleh SPRM atau mahkamah semata-mata kerana sejarah Islam sendiri memperlihatkan bahawa Khalid Al Walid juga pernah ditukar tanpa ada kesalahan apa-apa yang dibuktikan.

Ada juga bermulut jahat mengingatkan PAS bahawa parti itu juga pernah memecat Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Agama, juga berdasarkan pertimbangan politik walaupun tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana perkhianatan kepada amanah rakyat atau didapati bersalah di mahkamah serta SPRM.

Ramai akhirnya yang mengharapkan tarikh 10 Ogos ini adalah penentu segala-galanya.
Apabila PAS bermesyuarat dan diikuti dengan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada sebelah malamnya, diharapkan isu ini tidak berlarutan lagi.

Ia mungkin diakhiri dengan pemecatan Khalid, pendirian rasmi PAS dan PR mengenainya atau suatu pilihan raya negeri bakal diadakan.

Apa saja kemungkinan, semua pihak sudah sedia menghadapinya.

Malangnya, dalam situasi yang semakin kalut ini, PAS melalui Mustafa yang sebelum ini menolak untuk mengubah tarikh mesyuarat, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tarikh baru mesyuarat ditunda daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos.

Kemudian, belum pun sehari tarikh itu disebarluaskan, hari ini beliau menangguh lagi kepada 17 Ogos pula.

Apa sudah jadi dengan PAS ini? Kenapa asyik tangguh-tangguh dan tidak berani membuat keputusan segera?

Jika sudah berani membuat kenyataan terbuka, menulis di WhatsApp serta mengadu kepada Tuhan melalui sembahyang hajat, kenapa pula takut untuk membuat keputusan rasmi?

Tindakan PAS melewatkan tarikh mesyuarat, tidak lain akan menjadikan isu ini makin kalut dan caca-marba.

Makin banyak mulut yang bersuara, makin banyak jari yang gatal menulis di WhatsApp atau apa saja medium serta mungkin makin banyak majlis sembahyang hajat lagi selepas ini.

Tidak diketahui apa pendirian PAS, apakah penangguhan ini untuk memberi ruang mereka berfikir dan mengkaji semula sokongan kepada Khalid dan akur dengan muafakat bersama dalam PR atau untuk menambah lagi tekanan kepada PKR dan Anwar?

Banyak kekalutan dapat diselesaikan jika tarikh mesyuarat PAS diawalkan atau setidak-tidaknya dikekalkan pada 10 Ogos. Menangguhkan lagi hanya memberi ruang kekalutan makin berpanjangan.

Setelah PAS mensabotaj Anwar dengan menolaknya sebagai calon perdana menteri menjelang detik-detik akhir Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, mungkinkah penangguhan ini suatu lagi sabotaj PAS terhadap PKR dan Anwar?





 – shahbudindotcom.blogspot.com, 8 Ogos, 2014.

BUKTI RAKAMAN TOK GURU NIK AZIZ TIDAK CAMPUR URUSAN PERLANTIKAN MB SELANGOR

BUKTI RAKAMAN) Tok Guru Nik Aziz Tidak Campur Urusan Perlantikan MB Selangor

http://www.malaysiawaves.net/2014/08/bukti-rakaman-tok-guru-nik-aziz-tidak.html

PKR JANGAN BERPECAH.......


TANTAWI DI TIBAI DALAM FB BELIAU-KALUT NEGERI ORANG, PARLIMEN TERBIAR..

Saya baru sahaja menerima dan membaca copy penjelasan YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang berkait isu yang saya bangkitkan. Insyaallah esok saya respon. Hari ini agak padat jadual disamping sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran serta jamuan Aidil Fitri yang akan berlangsung sabtu ini. Kepada rakan - rakan dan wartawan yang menghubungi saya, tunggu esok deh

Saya ambil kesempatan di sini sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengundang semua rakan - rakan termasuk YAB Lim Guan Eng ke Majlis Kesyukuran dan Jamuan Aidil Fitri di kediaman kami Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan pada 9 Ogos 2014 (sabtu) ini.

Nasrudin bin Hassan
  • Lamanreformasi Laman Rakyat Lamanreformasi

  • Aliff Ashraff Jgn lebih 24 jam. Jgn lupa. Kalau lebih 24jam juga kami dah bersedia nak minta derma.
  • Firdaus Ahmad Entah sapa la yg bagi info pasai Penang kt ostad Din ni. Din ayam ka? Dlm usrah diajar tabayyun (siasat) ka fitnah? Tapi tak apa. Ostad2 dlm Pas buat apa pun tak apa. Pasti akan ada ahli/penyokong yg akan memaksumkan apa saja benda yg ostad Pas buat.

    Kt 'about' atas tu bukan main. "hidup biar bermaruah". Haha
  • Ahmad Wiraputra Senang citer, jika ustaz benar, tunjukkan fakta. Xperlu takut dgn saman jika ada fakta.tp klo xde atau dgr blogger ckp, habislah. Sy pengundi temerloh, dan sy akui amat sukar nk mngundi sbb datuk saifuddin dulu pn amat bagus dan rasional.jd jgn hampkn harapan kmi.
  • Bamkorso Korso Ko nasarudin betul2 tak menghormati cakap tok guru dan cakap2 pemimpin tertinggi PAS. Kan tok guru dan pimoinankata jangan ungkit2 soal mb selangor. Kenapa ko tak taat patuh kpd pemimpin. Kenapa ko sibuk2 sangat nih? Dgn sebab ko ahli2 PR dah bertelagah sesama sendiri terutama ahli pas dgn dap...ko tak tengok ke di blog2 mereka? Ko ingat ko dah hebat sangat ke din? Ada ke tok guru hj hadi yg suruh ko celupar sangat macam tu? Atau tok guru nik aziz yg suruh ko? Kami ahli2 pas merasa sangat menyampah dan kesal mendapat yb macam ko yg tak boleh berfikir lebih pnjang dan jauh. Sebaiknya ko mintak maaf kpd LGE tapi klu ko keras kepala baik juga jangan mintak maaf. Biar ko rasa tindakan mahkamah dan tahu langit tinggi rendah dan nanti
    insaf ko insaf dan tak kan celupar mulut lagi. Dulu masa sibuk2 UG pun ko lah yg celupar mulut sana sini..ginilah ko..nasarudin...klu ko nak sangat jadi menteri..ko masuklah umno, bagi umno kecil tapak tangan niru ditadahkan. Lagi satu...ko klu nak keluar pas..keluar cepat2 jangan jadi duri dalam dangin.
  • Yusuf Ahmad Klu mabuk jgn wat kenyataan ye YB..nanti org pgl nasarudin TANTODI
  • Singge Ike Pemimpin lain byk tutup mulut isu MB.. Follow apa yg di arahkan pusat. Tp ustaz terlebih emosi & nampak nak jd jaguh.. Now, yg belah sana ckp ustaz fitnah.. Erm.. Jika benar tuduhan ustaz x berasas, maka jatuh lah kredibiliti kamu sbg ustaz..
    • Ridzwan Rashid Lu apa tahu bro.. Ostak Din ni target nk jadi menteri.. Kena la proAktive skit.. Ekeke kesian Din Al-Ketumi Al-Tontodi
    • Singge Ike Lantang itu bagus tp biar ada tertib.. Hidup dlm jemaah, kena pandai la kawal kelantangan tu.. Musuh dah hampir tewas, tapi ustaz bt kita bakal berterusan tewas.. Org lain duk bersungguh menangkan PR, yg jns macam ni nak hancurkan usaha org bawah.. Kdg2 aku sokong kamu ustaz tp kdg2 aku menyampah dgn kau..

BEBERAPA POSTING DAN MAKLUMAT DARI TULANG BESI MALAYSIA WAVES

MAKLUMAT  TERKINI DARI TULANG BESI :

Tok Guru kata dia tidak mau masuk campur urusan Selangor. Masaalah di Selangor biar orang Selangor selesaikan. SAYA ADA RAKAMAN!!!!!
Jelas puak2 UG yang menguasai Majlis Syura Ulama menjual nama TGNA untuk menampakkan diri mereka benar.
PAdahal mereka itu korup semata-mata.
Hentikan guna nama ulama untuk melindungi kepentingan menantu serta keliling kelalang Presiden.
Cukuplah Terengganu, Perak dan Kedah jatuh.
Jangan biar Selangor mengikut sama.
Presiden PAS tidak berganjak dari keputusan menyokong Khalid Ibrahim.

Atas sebab itulah Khalid Ibrahim tidak meletak jawatan sama sekali sampai hari ini
Mesyuarat Syura malam ini sengaja dipanggil untuk membolehkan PResiden membawa keputusan mesyuarat dlm mesyuarat pada hari Ahad ini.

Presiden dikhabarkan sanggup bukan sahaja membawa PAS keluar Pakatan Rakyat tetapi sanggup melihat PAS berpecah.

Kalau benar perkhabaran ini amatlah merungsingkan sama sekali
Semua ini logik kerana Presiden sedar beliau bakal kalah dgn keputusan mesyuarat Hari ahad ini.

Maklumat Tulang Besi baru dapat:
7/8/14 1130 pagi
Sidang Media TGNA
Di Majlis Hari Raya PR KB
Pasal MB Selangor
● Tokleh komen
● Saya hadir mesyuarat syura hanya setengah jam
● Diterangkan kputusan oleh su mesyuarat.
● saya hanya komen dari rumah.
● Pakatan Rakyat semakin berpadu
● Beri peluang kpd rakyat berhujah.
● Keputusan klmrin menarik.
● Cdgn jumpa tski no komen.
* SU Majlis Syura ialah nik zawawi saleh


Seperti yang dijangka Majlis Syura Ulama PAS dijadikan rubber stamp utk menyokong pendirian Presiden yang tidak popular itu.

Sedangkan mengikut Perlembagaan parti Majlis Syura tiada otoriti utk membincangkan isu ini.
Mengapa diadakan juga mesyuarat yg sia sia ini saya tidak faham

Jelas kredibiliti ulama dlm Pas sudah berkecai apabila keputusan dalaman parti hendak disandarkan kpd badan2 yg dikawal UMNO mcm SPRM dan mahkamah.

Lebih teruk Majlis Syura dijadikan rubber stamp utk menyokong kepentingan menantu dan keliling kelalang Presiden


Kalo Khalid Ibrahim terus memerintah maka kuasa pemerintahan akan berpindah kepada YDP2 Majlis Perbandaran dan Daerah.
Mereka semua adalah lantikan UMNO melalui JPA.
Mereka juga mendapat sokongan padu dari MB yang mempercayai agen2 UMNO ini lebih dari jentera parti.
Makanya akan berlaku sabotaj kpd Pakatan Rakyat secara meluas.
Asal kan dkt pru bible akab dirampas,rumah disita kedai disaman dsbnya.
Prestaji Majlis pun nanti akab menjelekkan. Pusat judi dan aral haram akan bersepah sepah seluruh selangor lepas ni. Skrg pun dah teruk sgt sbb khalid suka bagi muka lebih dari suara parti pada pegawai2 kerajaan yg umno tu
Itu yg masaaalah sampah di Kajang baru semalam MB kata selesai.
Eloklah buang MB mcm ni skrg. Kalo tunggu confirm kita akan kalah pru depan

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

Menurut Hishamuddin, Khalid tidak lagi mewakili sesiapa dan PKR juga tidak lagi menyokongnya. Hanya tinggal Hadi dan 'Din Ayam' yang setia menyokong Khalid.


saka hishamuddin rais










PETALING JAYA: Pemerhati politik,  Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.
“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.

“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?”soalnya.

Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.

“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.

“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”

Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.

“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”ujarnya.


Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.
“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya.


WAJIB BACA: PAS akan tenggelam bersama Khalid Ibrahim?

Oleh:   AMIRULMUKMININ


Keengganan ulama PAS untuk mengubah pendirian dan terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menyebabkan parti itu dipersoalkan dalam apa jua kelemahan pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, ulama PAS menganggap mempertahankan Khalid adalah perjuangan suci seperti mempertahankan khalifah-khalifah Islam terdahulu.

Memang wujud ijtihad pada zaman khalifah melarang umat Islam menukar pemerintah biarpun khalifah zalim dan melakukan maksiat. Kezaliman dan kemaksiatan itu adalah bersifat peribadi. Selangi mana khalifah mempertahankan perundangan Islam maka perkara peribadi tidak boleh menjadi alasan menukar pemerintah. Umat Islam diseru agar bersabar.

Kesilapan itu menyebabkan akhirnya khalifah ditukar secara kekerasan sebagaimana Bani Umaiyah yang berpusat di Syiria berakhir dengan peperangan sesama Islam bagi menaikan Bani Abbassiyah yang kemudiannya berpusat di Iraq. Kejatuhan Bani Abbassiyah pula akibat diperangi puak Mongol.

Menjatuhkan kerajaan

Dalam praktik politik moden menjatuhkan kerajaan lebih mudah. Hanya dengan memangkah di kertas undi. Sekiranya pengundi Cina Petaling Jaya tidak puas hati dengan projek lebuh raya Kidex maka mereka akan mengundi BN dan DAP hilang beberapa  kerusi.

Andainya penduduk campuran di Taman Medan tidak puas hati kerana Khalid gagal melaksanakan pungutan sampah berjadual sehingga Selangor menjadi negeri mencatat angka tertinggi wabak denggi maka mereka akan mengundi BN dan PKR akan hilang kerusi.

Sekiranya penduduk Melayu Sabak Bernam tidak puas hati dengan pembangunan luar bandar yang dijanjikan Khalid maka mereka akan memangkah BN dan PAS hilang sokongan Melayu luar bandar.

Ahli parlimen Temerloh Nasrudin Tantawi menjadi budak hingusan politik apabila menggerakkan pemuda PAS berkempen membela Khalid. Beliau tidak tahu Saifudin Abdullah terkejut dan tidak percaya kalah kepada Tantawi dalam pilihan raya lalu sedangkan beliau tidak bersalah apa-apa kepada pengundi.

Dengan kebodohan Tantawi membela Khalid sehingga menghina kebijaksanaan Guan Eng membina terowong bawah laut di Pulau Pinang dan membandingkannya dengan Kidex di Selangor, Tantawi pasti akan bertanya bepuluh-puluh kali jika kalah di Temerloh pada PRU 14 nanti.

Projek Kidex mengambil tanah rakyat dan akan mengurangkan sokongan dalam PRU sedangkan projek terowong bawah laut hanya mengambil tanah laut. Mungkin Tantawi lupa ikan dan siput tidak boleh mengundi. Pulau Pinang tidak akan kalah dengan projek terowong. Berbanding hilangnya sokongan Cina bandar di Selangor.

Dalam gua

PAS seperti dalam gua menangani isu Khalid Ibrahim. Menyamakan Khalid dengan kezaliman Umno memecat dan memenjarakan Anwar tentulah tidak tepat dan merupakan fitnah kepada Anwar yang memulakan Langkah Kajang.

Anwar mempertahankan dana  Petronas daripada diguna menyelamatkan syarikat perkapalan anak Dr Mahathir yang bankrap. Sedangkan Khalid ditukar kerana menandatangani perjanjian air tanpa pengetahuan Exco Selangor, menyokong Kidex yang mengambil tanah penduduk dan dibantah secara besar-besaran oleh penduduk.

Adakah PAS secara rasmi mengisytiharkan mereka menyokong langkah kekerasan Khalid? Rakyat akan membenci parti yang tidak menghormati mereka yang memberi undi dalam pilihan raya lalu tidak kira berapa tinggi serban pemimpin parti itu.

Hanya PAS berfatwa berdosa menolak kepimpinan ulama sedangkan rakyat hanya inginkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka. Jika PAS ingin kekal relevan dalam politik moden yang berpaksikan pilihan raya mereka wajib memakai hukum pilihan raya, bukannya bertindak sebaliknya seperti mana pada zaman khalifah.

Khalid sendiri menyindir kemelut yang dialaminya membuat beliau bekerja lebih pantas. Bermakna selama ini beliau mengakui kurang pantas. Banyak isu yang tidak selesai sebagaimana disenaraikan oleh MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, seperti permodenan ladang babi di Sepang yang dipelopori Khalid, isu rumah rakyat, projek pembersihan Sungai Klang (RM10 bilion), projek bersepadu paip (RM100 juta) yang masih tidak dilaksanakan sejak 2008 dan pelbagai lagi.

Rakyat Selangor tidak mahu kelemahan seperti itu, mereka mahukan kerajaan yang pantas bertindak. Kerajaan yang lewat dalam memberi bantuan hanya sesuai di Kelantan dan tidak sama sekali boleh diterima di negeri maju yang kehidupan berjalan pantas.

Jika PAS terus bersikap tidak matang maka kaum Cina akan melupakan mereka dan PAS For All tidak akan diterima pakai lagi dalam PRU 14.

WAJIB BACA : PAS tidak jaga air muka rakan PR

 Oleh: AMIRULMUKMININ


Kepimpinan ulama PAS terus membela Khalid walaupun MB itu tidak memenuhi hasrat penduduk Selangor.

Kesilapan pemikiran ulama PAS ialah mereka berpaut pada ijtihad lama. Rakyat melantik pemimpin, setelah pemimpin itu mengangkat sumpah kuasa maka rakyat wajib taat kepada pemimpin biar apa pun yang berlaku.


Politik demokrasi moden tidak bergerak seperti itu. Politik di Eropah dan Jepun misalnya mengkehendaki pemimpin mempunyai komunikasi dua hala antara rakyat dan pemerintah. Rakyat sentiasa diberi peluang menentukan hala tuju pemerintahan. Tidak seperti yang difahami ulama PAS rakyat wajib taat kepada pemimpin walaupun mereka rugi dalam dasar-dasar pemimpin tersebut.

Rakyat Selangor mahukan perkhidmatan kelas pertama. Mereka mahu yang terbaik daripada wang cukai yang amat tinggi dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka inginkan kerajaan yang memenuhi impian mereka, bukan seperti Kelantan yang mana rakyatnya boleh menerima perkhidmatan secara ala kadar.

Kelas kedua

Jika Khalid gagal bertindak dan perkhidmatannya kelas kedua maka seperti rakan politik di Eropah dan Jepun yang meletak jawatan, Khalid juga wajar berbuat demikian. Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan apabila sebuah feri karam dan mengorbankan nyawa. Itulah sifat malu pemimpin negara maju apabila gagal memenuhi kehendak rakyat.

Selangor mencatat kes denggi tertinggi sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan berpuluh-puluh kematian. Tetapi Khalid berkata beliau paling baik menguruskan negeri. Apabila ketua-ketua cabang PKR meminta beliau meletak jawatan seharusnya beliau memeriksa kelemahan diri dan akur masanya telah tiba.

Sebaliknya PAS mengamalkan konsep yang sama seperti BN. Apabila pesawat MH 370 hilang PM Najib Razak buat bodoh dan apabila MH 17 meletup pun dia masih di kerusi empuk PM. Dua tahun lagi, dengan saiz hutang kerajaan sebesar RM560 bilion melebihi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar, negara mungkin bankrap dan dia tidak akan berganjak kerana boleh memanipulasi undi dalam pilihan raya. Adakah corak kepimpinan seperti itu yang mahu ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat?

Kelemahan sokongan

Sokongan ulama PAS terhadap Khalid menonjolkan kelemahan yang serius dan dipersoalkan oleh masyarakat moden. PAS Selangor sendiri telah mengadukan 67 aduan ketidakcekapan Khalid kepada PAS pusat.

Sepatutnya Hadi Awang atau Nik Aziz dalam memberi sokongan, wajib memberi kata dua kepada Khalid melalui media agar menyelesaikan 67 aduan PAS itu. Jika Khalid berjanji di media bahawa dia akan berubah maka PAS memberi sokongan tetapi jika dalam tempoh setahun Khalid gagal melaksanakannya, maka PAS akan bertindak seperti rakan Pakatan yang lain.


Dengan cara itu mungkin PKR dan DAP boleh bersabar dengan sikap ulama PAS yang berdegil mahukan Khalid tetapi pada sisi lain menjaga air muka rakan Pakatan. Tindakan PAS menyokong Khalid membuta tuli seolah-olah menikam rakan sendiri. Ulama PAS langsung tidak menjaga air muka DAP dan PKR yang tidak lagi boleh bersabar dengan kedegilan Khalid dalam memenuhi hasrat rakyat.


HA.HA.HA KAN DAH KENA SAMAN......HANG CAKAP PANDAI

Tarik balik pembohongan atau disaman

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi masa 24 jam kepada ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan Tantawi untuk menarik balik apa yang didakwa "pembohongan" terhadap pentadbirannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Lim menjawab komen Nasruddin semalam bahawa dia tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

 














 DALAM FB RAMAI PANGGIL INI OSTAZ ....AKA....VELLFIRE...Hang main tibai saja...Lain kali mau baca dulu ekonomi dan juga buat sikit kertas kerja...Baru belum sepenggal hang menang di Temerloh dengan penuh kontroversi akibat PKR tak buat kerja, hang dah mula meroyan.

Nasruddin mendakwa projek terowong bawah laut itu akan mencecah
harga RM4.63 bilion dan mendakwa ia diberikan secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Bhd.

Nasruddin turut mendakwa bahawa pentadbiran Lim mencatatkan bajet defisit selama enam tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata semua tuduhan itu sama seperti yang dibuat tentera siber pro-BN dan pro-Umno selama ini.

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim.

"Jika gagal berbuat demikian, maka tindak tanduknya tidak bermaruah dan tiada bezanya dengan Umno.

"Saya tiada pilihan dan akan melayannya sepertimana saya melayan lawan dari BN dan akan mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menyebarkan fitnah dan kata-kata nista terhadap saya," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Saifuddin nafi keluar surat kepada Khalid, perbuatan berniat jahat

Saifuddin nafi keluar surat kepada Khalid, perbuatan berniat jahat

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perkara itu disahkan Saifuddin kepada Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil hari ini.
“Saya menerima beberapa panggilan media berkenaan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan Datuk Saifuddin kepada Tan Sri Khalid.


surat palsu“Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut. Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; “JKD” merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Saifuddin itu bertarikh semalam, 5 Ogos 2014.

Surat itu mendakwa KEADILAN kononnya menawarkan Abdul Khalid bayaran RM30,000 sebulan jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.

Surat palsu dengan tajuk “Penyelesaian Bersama Langkah Kajang” itu menawarkan imbuhan tersebut buat Abdul Khalid yang akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatannya sekarang.

Ia turut menawarkan Abdul Khalid jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor jika beliau melepaskan jawatan MB.

Sehubungan itu, KEADILAN mengecam pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut.
“Jelas ia berniat jahat dan berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib,” kata Fahmi.

Pagi tadi, sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN bertukar kecoh seketika apabila ada pihak mengedarkan kenyataan media palsu ketika sidang media hampir berakhir.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Cabang Ampang dan beberapa lagi pemimpin negeri dalam sidang media itu berkata, perkara tersebut mungkin perbuatan sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penyebaran fitnah seumpama ini adalah bersangkutan dengan isu pertukaran Abdul Khalid sebagai MB yang bakal digantikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


RANGKUMAN BERITA HARI INI











KHABAR ANGIN...KHALID AKAN SERTAI PAS

Khabar angin Khalid Ibrahim akan menyertai PAS. Elok lah sebab boleh join Umno di seangor sebagai projek perintis untuk pilihanraya akan datang. Apa yang didedahkan oleh Tulang Besi selama ini memang benar.Sebab itu tidak ada sesiapa pun dalam Pas berani menafikan pendedahan Tulang besi Malaysia Waves mengenai apa yang dikatakan selama ini.

"Tapi mereka yang pro UG sedang mencuba untuk memecahkan Pakatan Rakyat.
Hari ni meeting Syura pasti membawa kepada keputusan tersebut" demikian jelas Tulang Besi dalam posting beliau dalam FB terkini.


"Jangkaannya, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS hari ini di Kota BAru hanya untuk menyokong pendirian yang telah dibuat oleh PResiden PAS."



Beliau juga telah mendedahkan lama dahulu mengenai keengganan Hj Hadi untuk menerima Anwar sebagai calon PM.....Beliau ada menyatakan bahawa PAS tidak boleh dipercayai....

Ini pendedahan Rafizi semalam.....Tulang besi telah mendedahkannya lama dahulu...
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berbisik sesuatu kepada Ahli Parlimen Sepang daripada PAS Hanipa Maidin yang turut menjadi ahli panel forum mengenai MB Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Ogos, 2014.
"Saya percaya kalau pun kita bincangkan isu ini (penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor) dengan PAS, masalah tidak akan selesai.
"Tengoklah, lepas enam tahun bincang pasal calon perdana menteri pun kita masih tidak berjaya mencapai kata sepakat," kata Rafizi.
Rafizi kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang Pakatan masih belum memutuskan hingga sekarang siapa yang akan jadi perdana menteri, terutamanya kerana PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Anwar.
"Jawapan rasmi awal-awal semasa majlis Pakatan tahun lepas ialah kita akan buat keputusan (siapa jadi perdana menteri) selepas kita menang Putrajaya.
"Tapi, sebulan sebelum PRU13 tahun lepas, PAS dan pimpinan tertingginya datang kepada kita memberitahu keputusan mereka untuk mencalonkan Tengku Razaleigh," katanya.
Katanya, Pakatan tiada pilihan lain kecuali berdiam diri pada waktu itu, memandangkan mereka sedar sekiranya perkara itu tersebar, kedudukan Pakatan dalam PRU13 akan terjejas.
“Sebab itu, kami tidak dapat mengumumkan calon perdana menteri sehingga ke akhirnya,” kata Rafizi.
Beliau berkata, selepas kegagalan mengambil alih Putrajaya pada PRU13, Pakatan tidak pernah membincangkan semula perkara itu.

AKAN BERSAMBUNG DENGAN PENDEDAHAN TULNG BESI

Pendedahan PKR: Tiada alasan Hadi sokong Khalid

Rabu 6 Ogos

Pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail yang mendakwa Khalid Ibrahim terlibat dalam urusniaga yang meragukan membabit beberapa pihak seperti Bank Islam dan Eco World seharusnya memberi titik noktah kepada sokongan pemimpin PAS ke atas beliau.


Khalid mencabar agar dibuat laporan SPRM berhubung dakwaan skandal tersebut. Namun seperti ahli politik negara maju, Khalid harus faham mereka ‘bukan sahaja mesti bersih tetapi wajib dilihat bersih’. Khalid tidak lagi dilihat bersih dan perlu mengambil tanggungjawab meletak jawatan sebagaimana yang berlaku dalam kalangan ahli politik Eropah atau Jepun.


Dakwaan tersebut juga membuka persepsi awam kemungkinan Khalid boleh diugut pemimpin Umno. Sudah menjadi lumrah pemimpin Umno tidak berani untuk berkata tidak kepada atasan mereka terutama presiden parti kerana ketua biasanya menyimpan fail rasuah pemimpin bawahan.

Jika ketua mengarahkan jawatan dikosongkan dan pemimpin bawahan berdegil maka failnya akan terbang ke SPRM dan mereka akan menghadapi pendakwaan. Perkara sama juga boleh berlaku kepada pemimpin pembangkang yang mempunyai kesalahan, SPRM boleh dikerah memalukan mereka.

Perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku di Selangor, sebuah negeri maju yang diuar-uar sebagai model kepimpinan Pakatan Rakyat. Tidak boleh dibenarkan menteri besarnya diugut oleh Umno untuk meluluskan apa yang tidak sepatutnya lulus.

Seorang veteran PAS yang pernah rapat dengan pemimpin parti berpendapat presiden Hadi Awang selepas ini tidak ada alasan moral untuk meneruskan sokongan beliau terhadap Khalid selepas pendedahan dakwaan skandal tersebut.

“Hadi perlu melihat perkara ini dengan telus. Dia tidak boleh lagi menyokong Khalid. Semua ini berlaku kerana Khalid berdegil. Jika Khalid meletak jawatan secara baik dua minggu lalu maka PAS akan menerimanya dan tidak akan berkata sepatah pun,” katanya.

Bagaimanapun, beliau optimis PAS pusat akan membuat keputusan menyokong penukaran MB kepada Wan Azizah dalam mesyuarat 10 Ogos nanti. Katanya, ulama PAS yang menyokong Khalid akan melihat suara majoriti dan kehendak parti-parti sekutu.

“Dalam hal ini, pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad juga tidak seperti digambarkan sebagai penyokong tegar Khalid. Iskandar mengadu disalah lapor media. Sedangkan beliau terbuka dalam hal pertukaran MB.

“Tapi jika PAS Pusat membuat keputusan menukar MB maka PAS Selangor akan akur dan tidak akan menolaknya. Terpulang kepada mesyuarat 10 Ogos nanti,” katanya.

Sokongan PAS kepada MB baru Dr Wan Azizah penting ketika mana terdapat khabar angin dari pejabat MB, puak Khalid merancang agar Khalid menjadi Menteri Besar tanpa parti.

Ia berikutan ancaman PKR untuk memecat Khalid kerana ingkar arahan rasmi parti. Sekiranya hal itu berlaku dan sultan bersetuju maka Khalid memerlukan sokongan kesemua ADUN PAS dan Umno dengan ditambah sekurang-kurangnya tiga ADUN DAP atau PKR yang menulis surat taat setia kepada kepimpinan Khalid.

Sultan sekiranya berpuas hati akan menitahkan Khalid terus memimpin negeri biar pun tanpa menganggotai mana-mana parti.

Sebaliknya, andai kata Khalid hilang sokongan dari PAS maka beliau perlu berundur. Khalid boleh membalas dendam dengan membubarkan DUN.  Tetapi PAS tidak boleh mengelakkan risiko pembubaran DUN dengan mengambil jalan mudah menyokong penyelewengan Khalid.

Sekiranya PAS bertindak menyokong penyelewengan maka mereka akan kehilangan bukan sahaja sokongan di Selangor tetapi di seluruh negara.