Teluk Rubiah: Nizar cabar Zambry klasifikasi dokumen

Nizar Jamaluddin


Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.

Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE. Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

Hal tersebut hanya di peringkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan, dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:

1. TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
2. Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
3. Jabatan Perikanan dan Marin
4. Pejabat Tanah dan Galian
5. Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut
6. Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri :

Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20 juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200 juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.

Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.

Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.

Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.

Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.

Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.

Zambry (gambar kiri) tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:

1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE

Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal di atas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.

*Kenyataan media oleh Nizar Jamaluddin (gambar kanan) selaku bekas Menteri Besar Perak, kini ahli parlimen Bukit Gantang.

PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui pilihan raya




Penyata minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai Dr.Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju). Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa. Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR). SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen dimana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka. Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya. SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan dua daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan dua bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulanyang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki. Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil. Ma lah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

Baca: Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

*Oleh Mohamed Azmin Bin Ali (tengah, Ahli Parlimen Gombak), Loke Siew Fook (kanan, Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (kiri, Ahli Parlimen Kuala Krai). Dipetik dari Kajian Politik Untuk Perubahan.

Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

Hari ini kecoh dewan sebab pada pukul 3.30 hari ini Tuan Speaker telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya. Tuan Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya dalam keadaan kekecohan di dewan petang tadi dan sebelumnya telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen untuk keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen. Saya boleh angkat topi kepada Tuan Speaker kerana dapat melakukan semua keputusan tersebut dalam masa tak sampai 15 minit. Tapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi pada saat semua pihak menanti-nanti laporan JK untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita?

Sebenarnya Dewan telahpun kecoh sebelum berhenti rehat pukul 1 tengahari tadi apabila Speaker telah menolak usul awal dari pembangkang supaya minority report dibentangkan berserta dengan laporan JK kerana ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh anggota JK dari pembangkang yang berpendapat ia tidak menyentuh isu dasar tentang kepincangan SPR dari sudut Daftar Pemilih yang masih tempang. Speaker bertugas sebelum rehat tengahari iaitu Pandikar Amin Mulia (gambar kiri) menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan minority report. Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belengu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan. Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak minority report.

Untuk pengetahuan pembaca minority report adalah istilah yang digunakan untuk laporan dari kalangan anggota sesebuah jawatankuasa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan majoriti dalam jawatankuasa tersebut. Ia diperakui sebagai satu laporan untuk merakamkan pandangan yang berbeza dalam sesebuah jawatankuasa.

Namun persoalan yang diperdebatkan ialah adakah perlu dibentangkan dalam mesyuarat penuh? Pastinya laporan minority report itu adalah pandangan anggota pembangkang dalam JK yang menyentuh persoalan daftar pemilih yang masih lagi dipertikaikan dari sudut pembersihan nama dari warga asing yang tidak diselesaikan dan dijelaskan. Tujuan kami meminta untuk dibentangkan ialah supaya pandangan ini dirakamkan untuk diminitkan dalam dewan bahawa kami masih tidak berpuashati dengan laporan JK yang tidak menyelesaikan masalah pokok iaitu Daftar Pemilih.

Hanya waktu rehat sidang telah menyelamatkan keadaan apabila keputusan Speaker waktu itu ialah meneruskan perbahasan ahli tentang laporan JK tersebut tanpa menerima usul laporan minoriti dibentangkan bersama. Semasa sesi bersidang selepas rehat, Ronald Kiandi bertugas. Kebetulan saya sempat menyapa beliau di cafeteria Parlimen dan kami berseloroh tentang bagaimana Pandikar Amin Mulia pagi tadi berada dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan, saya memberitahu Ronald Kiandi yang akan ambil alih sesi petang bahawa dia mesti bersiap sedia untuk mengawal keadaan kerana kami belum berpuas hati. Rupanya sapaan saya secara berseloroh terhadap beliau menjadi kenyataan apabila dia turut didesak seperti tengahari tadi untuk membenarkan minority report dibentangkan.

Semasa Ronald Kiandi berada dalam keadaan tertekan itu, Pandikar Amin masuk ke dewan lalu dengan gaya seorang "pendekar" ambil alih tempat Ronald Kiandi untuk mengawal keadaan. Malangnya tindakan "kependekaran" beliau itu hanya memburukkan lagi keadaan apabila Pandikar mengarahkan beberapa Ahli Parlimen keluar dewan. Ketua Pembangkang berdiri untuk menyelamatkan keadaan dengan meminta Speaker supaya tidak menggunakan kuasanya dalam keadaan kekecohan ini hanya kerana ada pandangan dari ahli parlimen yang lain berhujah bahawa keputusan awalnya berlandaskan kepada kes awalan sudah tidak boleh diterima kerana ada kes yang membenarkan minoriti report dibentangkan. Suasana semakin tegang dengan bunyi hiruk pikuk Ahli Parlimen di kedua-belah pihak sehingga kedengaran suara dari pembangkang "Leave the Chair, Leave the Chair!" (semacam menghalau keluar) terhadap Pandikar.

Dalam kekecohan itulah Pandikar terus meluluskan laporan dalam keadaan tidak ada sesiapa pun yang mendengar apa yang diucapkan, hanya bunyi penukul speaker yang kedengaran meminta semua diam. Kekecohan berakhir dengan semua kami keluar dewan dan Ketua Pembangkang bersama pipimpinan PAS dan DAP serta PKR mengadakan sidang media dan semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim kerana ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam dewan tadi. Sememangnya hari ini hari yang bersejarah apabila Speaker yang diarahkan keluar dewan setelah menggunakan kuasanya untuk memerintahkan beberapa ahli keluar hanya kerana menganggap Tuan Speaker tidak melakukan keadilan untuk mendengar pandangan dan hujahan pembangkang supaya minority report dibentangkan.

oleh: Muahid Yusof Rawa

Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh

KUALA LUMPUR, 3 APR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah.

Menurutnya, Speaker tidak mahu melayan perbahasan tersebut sedangkan beliau (Speaker) mencabar ahli Parlimen Pakatan sebanyak tiga kali untuk mengemukakan amalan berhubung alasan amalan ini.

“Daripada awal sidang, ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.

“Speaker menolak dengan alasan tidak pernah ada amalan dalam negara Komanwel berhubung perkara berkenaan.

“Speaker baca amalan di New Zealand, tetapi dia hanya baca separuh, tidak lengkap. Sedangkan negara-negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Jamaica membenarkan amalan ini.

“Bila beberapa ahli Parlimen bangkitkan isu amalan ini, dia tidak hadir, dia masuk terus gantung (ahli Parlimen),” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anggota PSC Pakatan pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.

Usul itu dikemukakan oleh MP Gombak, Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Walaubagaimanapun, usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar.

Meraka adalah Azmin, MP Subang, R.Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Speaker dilihat enggan menerima pandangan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan berhubung amalan tersebut, sedangkan beliau sendiri meminta mereka berbuat demikian.

“Bagi saya, Speaker akan dilihat lebih berjiwa besar sekiranya dia boleh memperbetulkan kesilapan apabila kita telah mengemukakan hujah yang cukup konkrit.”

Mahfuz berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) ini diterima dalam keadaan yang jelas membuktikan terdapat banyak lagi kepincangan dalam sistem pilihanraya.

Kenyataan itu turut dipersetujui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan kejadian sedemikian rupa adalah insiden paling memalukan dalam sejarah 53 tahun Parlimen di Malaysia.

Menurutnya, Speaker dilihat gagal mengawal dewan sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara dalam Parlimen.

“Kejadian yang berlaku hari ini jelas menunjukkan Speaker telah melakukan kesilapan, bersikap berat sebelah dan tidak rela memperbetulkan kesilapan beliau.”

MP Umno-BN Tolak Cadangan Bersihkan Daftar Pemilih

KUALA LUMPUR 03 APR : Gagasan Umno-BN yang menguasai Dewan Rakyat hari ini menolak cadangan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya Malaysia dengan membersihkan daftar pemilih dari lebih 50,000 pengundi yang statusnya diragukan.

Majoriti MP Umno-BN juga telah menolak cadangan yang dibawa MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memgembalikan lebih 30,000 pengundi-pengundi yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka ke lokasi mengundi yang asal.




Ini berlaku setelah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul bagi memasukkan penyata minoriti dari Ahli Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan ke dalam laporan rasmi PSC itu.

Kenyata minoriti itu ditulis tiga ahli panel PSC Untuk Penambahbaikan Pilihanraya dari Pakatan yang tidak puas hati terhadap gerak kerja ahli panel PSC yang terdiri dari MP Umno-BN.

Mereka ialah MP Gombak Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Menurut kenyata minoriti itu, ahli PSC Pakatan berpendapat perkara yang paling asas dalam penambahbaikan pilihanraya, iaitu satu daftar pengundi yang bersih dan telus, masih tidak dapat perhatian yang sepatutnya.

Malah, Pandikar Amin Ahli bertindak mengarahkan Azmin, MP Subang R. Sivarasa dan MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad keluar dari Dewan selepas mereka mempertikaikan keputusan Pandikar Amin untuk menolak kenyata minoriti itu.

Azmin berkata tiada peraturan mesyuarat Parlimen yang menghalang Pandikar Amin untuk memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan terakhir PSC tentang penambahbaikan pilihanraya.

Oleh itu kata Azmin, Pandikar Amin tiada sebarang alasan kukuh untuk menolak laporan minoriti itu yang memuatkan cadangan bagi membaiki kelemahan di dalam sistem pilihanraya negara.

“Walaupun di peringkat awal, Speaker telah mengaitkan dengan amalan daripada beberapa buah negara, tetapi kita juga telah mengemukakan beberapa amalan yang telah dilaksanakan, namun pandangan ini diketepikan begitu sahaja.

“Sebagai contoh, saya nak bawa perhatian kepada Parlimen New Zealand. Speaker boleh membenarkan laporan minoriti dimasukkan dalam laporan terakhir PSC. Oleh itu, kalau dikatakan tiada amalan dalam negara Komanwel adalah tidak benar sama sekali,” tegas Azmin di dalam satu sidang akhbar di luar Dewan.

Kenyata minoriti Pakatan antara lain mendesak SPR supaya memindah kembali 31,294 pengundi yang telah dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka.

Ia juga mahu SPR membersihkan daftar pemilih dari 42,000 pemilih yang status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Ahli PSC Pakatan juga mengesyorkan SPR supaya menyiasat nama pemilih warga emas yang lebih 100 tahun dan 15,000 pemilih yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina.

“Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam daftar pemilih sebagai pemilih biasa,” kenyata itu berkata.

Najib membuat jenaka kepada demokrasi yang telus

SOROTAN

Isu mereformasikan perjalanan proses pilihanraya di negara ini bermula sejak dari awal lagi namun kesedaran secara massa tercetus seiring dengan kesedaran rakyat terhadap tanggunggungjawab demokratik mereka untuk menentukan masa depan politik melalui proses berpilihanraya.

Selama ini proses perjalanan pilihanraya tidak sangat diambil berat oleh rakyat namun setelah usaha menyedarkan orang ramai melalui tindakan BERSIH sejak Julai 2005 kesedaran mula tercetus. Objektifnya mudah iaitu mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Pada September 2006 dalam resolusi "bengkel reformasi politik" jawatankuasa menyatakan beberapa objektif jangka pendek dan jangka panjang. Pada 10 November 2007 satu perhimpunan besar-besaran diadakan untuk menuntut reformasi pilihanraya disertai dengan memorandum kepada Agung bagi menyatakan kepincangan SPR yang tidak menjalankan tugasnya secara adil dan saksama. Tuntutan BERSIH ketika itu terbatas kepada EMPAT perkara:

1. Penyemakan semula daftar pengundi yang dikatakan tidak bersih
2. Pengundian menggunakan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda
3. Mansuhkan undi pos dan
4. Akses media yang bebas untuk setiap parti politik yang bertanding

Kehadiran dalam perhimpunan tersebut mencecah hampir puluhan ribu itu menjelaskan kesedaran yang tinggi rakyat terhadap reformasi pilihanraya yang amat-amat diperlukan. Pada 9 Julai 2011 iaitu empat tahun kemudian satu lagi perhimpunan BERSIH yang dinamakan BERSIH 2.0 diadakan kali ini dengan tuntutan LAPAN perkara iaitu tambahan kepada 4 perkara yang telah disebut dalam BERSIH 1.0.

1. Tempoh berkempen 21 hari
2. Kukuhkan institusi awam supaya bertindak bebas
3. Hentikan rasuah politik dengan sogokan kepada pengundi
4. Hentikan politik kotor melalui fitnah dan pembohongan

LATARBELAKANG JAWATANKUASA KHAS

Di sebalik tuntutan yang keras dibuat oleh BERSIH 2.0 dan mesej orang awam terhadap kepincangan SPR, isu-isu yang terus memalit SPR menjadi kudis kepada usaha rakyat untuk memulihkan proses demokrasi di Malaysia. Walaupun telah mula berpilihanraya sejak 1955 dan kemudian selepas Merdeka 1959, cara berpilihanraya tidak menuju ke arah yang lebih baik dan keterbukaan malah keadaan menjadi lebih rigid dan semakin disukarkan. Sepatutnya dengan berlalunya masa dan kejayaan kita mendidik orang ramai tentang perlunya satu pilihanraya yang bebas, perjalanan pilihanraya di negara kita seharusnya menuju kepada garis yang lebih telus dan terbuka serta memudahkan proses berlangsung.

Tetapi apa yang berlaku ialah SPR sebagai institusi yang bertanggungjawab menjalankan pilihanraya menjadikan prosedur-prosedur pilihanraya menjadi sukar, pendaftaran pengundi, bantahan yang hendak dibuat mestilah dibayar dan lain-lain. Tempoh berkempen semakin singkat, pemantauan SPR menjadikan jurukempen dan calon-calon berada dalam ketakutan kerana terlalu banyak yang dikenakan syarat yang tidak masuk akal, begitu juga manipulasi daftar pemilih yang melibatkan pendaftaran warga asing. Kesemua ini menandai bagaimana SPR badan yang lemah dan tidak bebas serta menjadi mangsa rakus pihak tertentu yang terdesak untuk kekal berkuasa walaupun dengan cara yang kotor.

Malah cakap-cakap bahawa PRU ke-13 akan menjadi yang paling kotor hanya akan mengiyakan tanggapan rakyat terhadap SPR selama ini. Berlatarbelakangkan semua keadaan inilah maka Parlimen Malaysia tertekan untuk bertindakbalas dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada sidangnya bulan Oktober tahun lalu. Penubuhan Jawatankuasa ini menurut pimpinan PR sebagai sesuatu yang tidak dirundingkan lebih awal dengan pembangkang walaupun PR bersetuju untuk berada dalam jawatankuasa tersebut dengan menghantar wakil masing-masing dari PAS, DAP dan PKR.

PERKEMBANGAN


Sejak ditubuhkan JK ini telah membentang laporan interim bagi menjelaskan apakah aktiviti yang telah mereka lakukan dan feedback awal yang mereka dapat dari orang awam. Bagi Pakatan Rakyat tuntutan BERSIH sudah memadai untuk dijadikan sebagai panduan dalam membaikpulih perjanlanan pilihanraya di negara ini. Tuntutan BERSIH tidaklah sebesar mana malah ia selari dengan keperluan satu proses pilihanraya yang adil dan bersih. SPR berdolak-dalik dengan mengatakan bahawa ia tiada kuasa dalam bidang kebebasan media dan instituisi awam dan sering memulangkan bola kepada orang politik yang berkuasa. Dakwaan terhadap SPR yang membiarkan daftar pemilih dimasukkan warga asing di dalamnya serta terdedahnya SPR kepada manipulasi JPN tanpa pengetahuannya amat memalukan instituisi yang sepatutnya tegas dalam soal daftar pemilih yang menjadi pertikaian.

Hari ini akan dibentangkan laporan kepada penemuan-penemuan dan cadangan-cadangan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima oleh SPR. Format laporan mudah di mana ruang-ruang dibahagikan kepada laporan, bilangan, syor, ulasan dan tindakan. Ada beberapa belas isu dikenalpasti dan hampir 80% dapat dipenuhi tuntutan-tuntutan dalam isu tersebut. Walaupun 20% tidak dapat disempurnakan namun ia dilihat sebagai isu-isu besar yang menimbulkan masalah selama ini. Seolah-olah jika tidak dipenuhi tuntutan ini penyelewengan akan tetap berlaku dan rakyat sekali lagi akan kecewa. Walaupun Najib merasakan laporan JK ini boleh menunujukkan komitmen kerajaannya tentang reformasi pilihanraya namun, Najib akan dilihat sebagai membuat jenaka kepada sebuah demokrasi yang telus.

ISU YANG BELUM SELESAI


Nampaknya isu daftar pemilih tidak memberi jaminan kepada kita tentang ianya sudah bersih. Pendaftaran warga asing yang meragukan tidak diselesaikan, begitu juga tentang pemindahan pengundi tidak diberi jawapan yang memuaskan dan isu akses media yang bebas gagal ditangani. Apakah ertinya sebuah pilihanraya yang bebas jika rakyat tidak boleh mendapat akses kepada manifesto parti yang bertanding untuk mereka membuat perbandingan lalu memilih yang terbaik? Bagaimana satu pilihanraya yang asasnya ialah pengundi dapat berjalan dengan baik jikalau berlaku "rasuah" mendapat kerakyatan dengan memasukkan pengundi yang tidak layak dan sebagai balasan hendaklah mengundi parti tertentu?

Pakatan Rakyat merakamkan kekecewaan di atas nama rakyat yang mahukan demokrasi yang telus dan adil bahawa JK Parlimen hanyalah satu persembahan magik untuk menggabui mata rakyat dan gagal dengan tulus ikhlas menampakkan komitmen untuk menjadikan SPR sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati. Inilah antara sebab mengapa berlaku Kebangkitan Arab kerana agensi yang mengendalikan pilihanraya menjadi tunggangan pemimpin diktator mereka.

Walaupun kita tidak boleh mengatakan negara kita mempunyai pimpinan diktator namun apa yang dibentangkan hari ini mengisyaratkan tentang kediktatoran pilihanraya dan prosesnya yang tetap terkongkong oleh rangkulan regim BN. Terdesak untuk terus berada di persada kuasa, kita semua tertanya-tanya apalah nasib Jawatankuasa Khas Membaikpulih SPR melainkan hanya satu sandiwira bagi Najib memulakan paluan gendang PRU 13.

Baca: Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber

Pengerusi Bersih Ambiga: “Tiada pilihan lain.”
KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.

Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu.

Panel mahu SPR bersihkan daftar pengundi

Panel mahu SPR bersihkan daftar pengundi


KUALA LUMPUR, 3 April — Panel khas Parlimen menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan keutamaan bagi membersihkan daftar pemilih daripada sebarang kegiatan manipulasi.

Panel berkenaan dalam laporan akhir mereka yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini turut mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) diteruskan bagi memantau dan memastikan daftar pemilih terus bersih dan bebas.

Cadangan tersebut dikemukakan selepas dakwaan berterusan pemimpin pembangkang dan kumpulan pemerhati seperti Bersih 2.0 terhadap kegiatan manipulasi dalam daftar pemilih, termasuk kewujudan pengundi bertindih dan peningkatan mencurigakan di sesetengah kawasan pengundian.

“Jawatankuasa mencadangkan agar SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kerjasama berterusan untuk membersihkan daftar pengundi bagi memastikan daftar pengundi yang digunakan di dalam pilihan raya adalah sah,” kata panel dalam laporan tersebut.

Panel berkenaan turutt mendedahkan sehingga 20 Mac ini, sejumlah 483 anggota polis telah memohon untuk kad MyKad atau MyTentera.

“Jawatankuasa mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh 60 hari selepas laporan lengkap ini dibentangkan di Parlimen,” kata panel.

Turut dicadangkan agensi yang bebas seperti Mimos Berhad ditugaskan untuk bekerjasama dengan SPR untuk mengemaskini daftar pengundi berkenaan.

Panel berkenaan turut mendedahkanpengesahan daripada Mimos menunjukkan sejumlah 324 alamat dengan lebih 100 individu didaftarkan sebagai pengundi dan 938 alamat antara 51 dan 100 pengundi berdaftar.

Menurut panel, punca kepada masalah tersebut adalah alamat yang tidak lengkap, seperti alamat yang menggunakan perkataan “kampung”, “rumah pangsa”, “rumah panjang”, dan “jalan” tanpa nombor rumah, alamat bersama, dan alamat pengundi “peminjam”, yang mana alamat digunakan oleh individu lain yang membolehkan mereka berdaftar di kawasan spesific.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengarahkan SPR untuk menggunakan tempoh 45 hari untuk menunjukkan senarai pengundi di mana lebih 50 didaftarkan di bawah satu alamat.

“Ini bagi membolehkan mereka (pengundi) tampil dan membolehkan SPR membersihkan senarai daftar pengundi. Hasilnya kemudian harus di laporkan kepada jawatankuasa khas Parlimen yang dilantik,” kata panel.

Antara cadangan lain, panel turut menuntut pemindaan peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR memadamkan nama daripada senarai daftar pengundi, apabila menerima bukti individu berkenaan bukan pengundi sah.

Laporan PSC itu sedang dibahaskan di Parlimen.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.

PTPTN Kerajaan Pusat Amal Dwi- Standard


SHAH ALAM 2 APRIL : Sikap dwi-standard Kerajaan Pusat terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menimbulkan kecurigaan dan kemarahan rakyat yang kini terbeban dengan hutang berkenaan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata demikian bagi mengulas pendirian Kerajaan Pusat berhubung cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhan pinjaman PTPTN.

Memberi contoh sikap pemurah Perdana Menteri, Datuk Seri NajibRazak menghapuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta sedangkan graduan diburu dengan pelbagai cara untuk melunaskan hutang PTPTN mereka.

“Sikap kerajaan seperti ini yang sewajarnya dipersoalkan, mana lagi releven jika dibandingkan dengan kita (PR) untuk memperjuangkan hak rakyat dengan memansuhkan PTPTN.

“Ini bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk membina minda rakyat kelas pertama, ia jelas tidak releven sedangkan dalam perlembagaan sendiri menjanjikan hak bumiputra untuk menerima pendidikan secara percuma,”jelas Nasir.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk menghapuskan PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.

Sebagai respon terhadap cadangan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemansuhan PTPTN tidak akan dilakukan selain menyifatkan cadangan PR itu sebagai suatu yang tidak releven.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Nasir berkata adalah tidak wajar untuk meletakkan beban hutang dibahu mahasiswa seawal umur 22 tahun untuk melangsaikan hutang pendidikan mereka sekitar RM25,000 hingga RM80,000 sedangkan banyak sumber dana tiris akibat amalan urus tadbir yang korup.

“Kita yakin untuk melaksanakannya sekiranya benar-benar mentadbir kerajaan, kita juga melihat perkara ini sebagai suatu yang serius apabila FOMCA sendiri menyatakan 41 rakyat dibawah umur 30 tahun setiap hari bakal bergelar muflis akibat beban hutang, PTPTN adalah salah satu daripada puncanya,”jelasnya.

Sebagai rekod, pada tahun 2011 sahaja sudah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.

Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

KARTUNIS MASYARAKAT MENENTANG LYNAS

linas 1.JPGlinas 2.JPG




Malaysia digemparkan dengan pembinaan kilang memproses sisa nadir bumi yang kini diperkatakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan khasnya Kuantan namun ianya kini menjadi isu besar rakyat Malaysia yang menentang dan akan terus menentang habis-habisan agar kilang memproses nadir bumi tidak dapat di laksanakan dibumi Pahang Darul Makmur.Walau berbagai tafsiran baik di pihak pemerintah dan poenentangan rakyat mula menjadi lebih besar dengan perhimpunan besar-besaran lebih 20,000 peserta bulan lalu, kini, aktivis NGO’s dan juga kartunis yang mepunyai jiwa masyarakat telah turun ke bumi Kuantan dengan beberapa program bagi mendekat diri seni melukis untuk masyarakat.

Kattunis sepeti Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones bersama NGOs tempatan dan nasional seperti Save our Ocean, Pertubuhan solidarity hijau pahang , antaranya memperjuangkan hak-hak rakyat tempatan dan nasional bagi menghalang dan menimbulkan kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahayanya sisa radio aktif..Antara program yang diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun.


Menurut ketua program ini , iaitu kartunis bersama masyarakat, Sdr Zunar , “Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat. Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang.Kita harus menyedarkan generasi awal betapa sisa radioaktif ini amat merbahaya buat mereka kelak”, jelas beliau lagi.

Sementara itu Sdr Tan Bun Teet pengerusi Save Our Ocean,Save Malaysia Stop Lynas menyatakan bahawa kartunis di Malaysia lebih matang apabila memainkanperanan social dimana pada era dulunya memburu kesenian untuk mengejar sesuatu dan tidak ada kena mengena dengan tangungjawab terhadap msyarakat.

Tujuan ngo yang di ketuai beliau ialah agar memaksa kilang Lynas ini ditutup.Berdsarkan kepada respon masyarakat kuantan , mereka meberi sokongan bukan sahaja sokongan moral, malahan sokongan kewangan dan dengan sokongan itu kami telah ke Australia melihat keadaan di lynas Australia, dan sedang mengambil tindakan undang-undang dan akan menghadiri pertemuan dengan kementerian sains dan teknologi agar menarik balik hujah-hujah agar menimbangkan isu ini dan mengambil tindakan undang-undang ke mahkamah.Lynas juga berusaha mengimport dari Australia , iaitu sangup menerima apa sahaja dari kerajaan .tujuan untuk mebawa masuk ke Malaysia.



Sebanyak dua program berasingan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan Di Kuantan. Program yang pada mulanya dijadualkan di sekolah menengah agama al irsyad kemudiannya di beritahu tidak mendapat kebenaran dari pihak kementerian pelajaran dan seterusnya di pndahkan ke maskas pas balok.Walau pun perubahan tempat sepettimana yang dijadualkan , namun sambutan tidak menghampakan lebih 30 peserta kanak-kanak serta dewasa yang mengambil bahagian, terutamanya terdiri dari berbagai bangsa yang berumur dari 5 tahun hinga 12 tahun, sambutan dari masyarakat Melayu kini nampaknya telah berubah.Jika dahulunya Lynas ini dikatakan hanya untuk kaum cina yang menentang kilang radioaktif, kini kesedaran bukan berdasarkan kepada ras bangsa , iamya kini meliputi seluruh msyarakat bangsa Malaysia yang tidak mahu sejatrtah bukit merah berulang lagi.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 15,000 penyokong anti Lynas di kuantan 26 februari lalu, dilihat sebagai tanda kesedaran masyarakat bahawa pentingnya kilang tersebut dihapuskan dari bumi Malaysia.

Program disebelah malamnya pula , di adakan di pantai teluk cempedak apabila satu acara iaiatu melukis karikatur yang cukup mendapat sambutan dari penduduk sekitar kuantan, malahan orang ramai berpusu-pusu hadir bukan sahaja untuk melukis wajah mereka , namun untuk membeli baju anti lynas dan juga membeli buku-buku kartun yang dilihat dapat menyedarkan masyarakat tentang isu dalam Negara yang sedang melanda masyarakat kini

Sebelum ini, ketika menjawab pertikaian rakyat Malaysia, Lynas mendakwa syarikatnya memilih Malaysia dan bukannya Australia kerana Australia kekurangan sumber air, kekurang bahan kimia yang banyak untuk memastikan kelangsungan operasi kilang pemprosesan nadir bumi. Malah Lynas mendakwa Malaysia memiliki pekerja yang mahir.

Perjujngan kartunis iuni yang membawa mesej melalui seni lukisan dan kartun ini yang bertemakan seni kartunis untuk masyarakat adalah hampir sama dengan perjuangan angkatan 50 yang melahirkan karya hasil tulisan carpen dan sajak yang menentang penajjahan melalui penilisan mereka.

Para kartunis yang tidak mementingkjan bayaran ini melukis potret wajah peminat dan penyokong yang hadir berkeluarga pada malam minggu lalu dan ini membuatkan suasana meriah.Malahan terdapat juga tindakan dari angota majlis perbandaran yang memadam lampu dengan sengaja sebagai salah satu cara untuk tidak mahu memberikan laluan apabila orang ramai hadir untuk melukis gambar dan meluahkan perasaan mereka di aatas banner yang turut disediakan pada malam tersebut.

Namun , walau pun dalam samara-samar melukis wajah ratusan yang hadir melihat kartunis melukis percuma karikatur wajah , mereka dilihat tabah menunggu tanpa menerima bayaran walau satu sen dari orang ramai.Majlis berakhir jam 12 tenhamalam di pandai teluk cempedak dimana masuarakat yang hadir merasa puas apabila wajah mereka dilukis menjadi karikatur yang mebawa mesej stop lynas,selamatkan bumi Malaysia.

APA KATA KARTUNIS MASYARAKAT

linas 7.JPG

Sdr Jonos-Tujuan kami kartunis masyarakat ini adalah untuk melibatkan perbagai negeri adalah untuk kerja amal dan menyampaikanmesej tentang bahaya sisa nadir bumi oleh pihak lynas, kita mengadakan program yang lebih dan masyarakat agar mereka sedar dan kartunis yang merasa bertangungjawab untuk memberikanmesej ini , dan dengan cara ini mengenali pendudk setempat, dan semua acara ini adalah penting sekiranya di teruskan oleh pihak kerajaan. Pemilihan

linas 8.JPG

Kartunis az dari kula Lumpur terpanggil untuk majlis yang signifiken tentang bahayanya kesan radiao aktif dan kesan kepada kanak-kanak dan teroangil untuk hadir tentang bahayanya lynas dan sisa nadir bumi kepada generasi akan datang.

linas 10- abdullah jones.JPG


Sementara itu pelukis,penyajak Abdullah jones ini menyatakan bahawa kehadiran beliau adalah untuk melihat dan emberikan sumbangansebagai salah seorang pendudk kuantan dan terpanggil untuk menyertai bersama kartunis lainnya kerana melihat program seperti ini adalah sesuai untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya sisa radiao aktif ini.

linas 9-azman amn.JPG

Manakala sdr Azman AMN yang menyatakan kerajaan seolah-olah mengambil cara mudah demi kepentingan ekonomi dan peribadi dengan membahayakan masyarakat.Beliau yang berangapan bahawa jika sebuah stadium yang dibina boleh runtuh, inikan pula sebuah pusat memproses nadir bumi mahu di bina, dan dalam keadaan ini beliau meragui akan kemampuan kepakaran rakyat tenpatan mengendalikanya.Oleh yang demikian dengan pengalaman sebagai seorang pelukis, beliau menghadirkan diri bagi menyertai program seni untuk masyarakat ini bagi menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif ini.


linas 4.JPGlinas 5.JPG


linas 6.JPGlinas 11-penyampaian hadiah.JPG

linas 12-bersama peserta melukis dan banner.JPGlinas 13-aktivis sambutan memberangsangkan.JPG



linas 16-penerangan bersmaa p[esrta melukis.JPGlinas 18-penyertaan berbagai bangsa.JPG



linas 19- antara yg hadir dengan hasil lukisan masing2.JPGaktivis 2-lawrance.JPGlinas 20- zunar dgn peminat membeli buku baru 1 moolaysia.JPG



aktivis 1.JPG











ALIRAN NEWS

Dialogue on

Democracy, Development and Diversity and the forthcoming GE-13.

Aliran is hosting a dialogue between Penang NGOs and Pas representatives Dr Dzulkefly Ahmad and Dr Mujahid Yusof Rawa

Date: Sunday, 15 April 2012

Time: 8.00pm

Venue: Aliran office

Dr Dzulkefly Ahmad is the MP for Kuala Selangor. He has a PhD in toxicology and is a Pas central working committee member. He is also executive director of Pas information.

Dr Mujahid Yusof Rawa is the MP for Parit Buntar. He has a PhD in social science and is a Pas central working committee member. He is also chief of the party's Non-Muslim Affairs bureau.

To register, please phone Aliran at 6585251 during office hours (closed Sunday and Monday). Places are limited.

Gabungan TUKAR MB Pahang ditubuhkan

Gabungan TUKAR MB Pahang ditubuhkan

2 April 2012

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) telah ditubuhkan pada 31hb Mac 2012 selepas lebih 15 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama bersidang di Kuantan, Pahang serta bersetuju atas penubuhan gabungan tersebut secara rasmi.

Gabungan TUKAR bertujuan untuk menukarkan Menteri Besar Pahang sekarang iaitu Dato’ Seri Adnan Yaakob atas tiga sebab berikut:

1. Di bawah pimpinan Adnan Yaakob, masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran kian berleluasa. Walaupun negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang dikurniakan dengan sumber-sumber semulajadi yang kaya, negeri ini telah membentangkan Bajet defisit berturut-turut selama 12 tahun.Ini membuktikan bahawa sepanjang Adnan Yaakob memegang jawatan Menteri Besar, beliau gagal membawa pembangunan kepada negeri Pahang dan rakyat negeri Pahang. Beliau juga gagal membawa kemajuan dalam persekitaran politik yang lebih telus dan demokrasi.

2. Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas. Adnan seringkali mengeluarkan hujah yang bertujuan mengugut rakyat Pahang. Sebagai contoh, beliau memberitahu bahawa kawasan perindustrian Gebeng akan ditutup seandainya rakyat masih menentang projek Lynas. Di samping itu, hujahnya juga mengelirukan dan mengandungi maklumat yang tidak tepat. Sebelum ini, Adnan pernah memberitahu media bahawa radiasi nadir bumi lebih selamat berbanding dengan jalan asfalt. Adnan juga memberitahu kita bahawa Kilang Nadir Bumi Asean Rare Earth (ARE) hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses nadir bumi. Hujah-hujah yang bercanggah ini adalah amat tidak bertanggungjawab serta menggadaikan nyawa rakyat.

3. Adnan Yaakob juga mudah naik marah dan sering mengeluarkan perkataan yang kurang bersopan, termasuk tindakan baru-baru ini yang berkasar menolak kamera wartawan serta menggunakan perkataan "Bodoh" untuk memarahi wartawan. Sifat kasar yang digambarkan ini tidak harus ditunjukkan oleh Menteri Besar yang merupakan pemimpin tertinggi negeri Pahang yang sepatutnya menjadi teladan rakyat. Malahan, tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang.

Menurut Penyelaras Gabungan TUKAR Lee Chean Chung, gabungan tersebut tetap mendesak persaraan Menteri Besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob wajib bersara.”

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat meralisasikan matlamat mereka. Gabungan tersebut juga akan turut mendedahkan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan Yaakob.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com .”

Selain itu, Chean Chung turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh Sdr J.K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan kepada tanah air Pahang tercinta kita.”

****


Sebarang pertanyaan media, sila hubungi 012-9540498 ataupun 013-9359898.

TUKAR.jpg1.jpg

1.jpg

2.jpg

Zunar bakal ketuai program "Kartunis Bantah Lynas"

Saya akan mengetuai sekumpulan pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac akan datang.

Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun.

Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.

Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari Kuantan.

Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat. Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang.

Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak. Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.

Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and BADAR ini adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai. Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut. Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.

*Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) ialah kartunis politik Malaysia.

TURUN KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHANRAYA



Lobi Israel Untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia?


SHAH ALAM, 29 MAC : PKR mendakwa pimpinan Umno-BN memohon bantuan dari Israel dengan melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengesahkan usaha melobi ini bermula pada tahun 2005.

Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PKR mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap ‘talam dua muka’ Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel,” kata Saifuddin dalam kenyataan media.

Tambah Saifuddin, penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

“Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel,” kata Saifuddin.

Justeru, PKR mendesak penjelasan kerajaan mengenai pendirian yang diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel.

Misteri PRU 13: Awal Jun atau tahun 2013?

Soalan ini hampir menjadi soalan bonus di mana sahaja saya pergi. Bangun pagi berjogging di Dataran Sungai Kerian pasti akan ada pengunjung yang bertanya, pergi ke Pasar Pekan Parit Buntar penjual sayur dan ikan bertanya, di Pejabat Pusat Khidmat pelanggan yang datang akan bertanya dulu soalan ini sebelum mengadu masalah hinggalah di ruang solat surau di taman rumah saya, ahli jamaah pasti akan bertanya bilakah tarikh PRU ke-13? Saya sendiri selaku ahli politik tidak tahu jawapannya apatah lagi rakyat umum dan inilah uniknya Malaysia dalam konteks demokrasi di mana tarikh PRU menjadi misteri hingga hari ini.

Sesuatu yang misteri memang diminati kerana misteri adalah teka-teki dan kekaburan yang menggoda seseorang untuk merungkaikan dan mencari jawapan. Ini adalah taktik para pengeluar filem selama ini untuk meraih untung yang besar kerana lagi saspen (misteri) sesuatu jalan cerita lagi bermutu filem tersebut. Tapi malangnya yang kita perkatakan ini bukan filem tetapi ketelusan sebuah demokrasi yang asasnya ialah mencipta satu padang permainan yang sama rata. Salah satu cara untuk menunjukkan ianya satu permainan yang adil ialah ketetapan awal tarikh PRU dengan bermulanya penggal baru sesuatu pilihanraya. Kalau misteri sesebuah filem dikagumi tetapi misteri tarikh PRU adalah sesuatu yang memualkan kerana ia mencacatkan demokrasi dari awalnya lagi.

Walaupun PRU di Malaysia lima tahun sekali namun secara praktiknya ia tidak semestinya berlaku demikian kerana genap tiga tahun sesuatu penggal sudah layak PRU seterusnya diadakan, jadi genap tiga tahun hingga lima tahun, rakyat Malaysia pasti akan bercakap tentang tarikh PRU yang penuh dengan misteri itu.

Sehubungan dengan tarikh PRU ini teringat saya semasa di Palembang baru-baru ini, saya bertemu dengan salah seorang ahli Parlimen dari Republik Chad (salah satu negara di benua Afrika) yang begitu mengkagumi Malaysia dan kemajuannya. Saya sudah tentu berbangga sebagai perwakilan Parlimen Malaysia dalam sidang Kesatuan Parlimen Negara OIC. Lalu dia bertanya tentang proses PRU dan tarikh pilihanraya. Saya secara jujur mengatakan tarikh tidak dimaklumkan awal, ia hanya ada dalam benak PM yang memerintah hari itu, lalu rakan Ahli Parlimen saya ini menjadi terkejut kerana menyangka Malaysia juga turut maju dalam konteks tarikh pilihanraya dimaklumkan lebih awal seperti negara maju yang lain. Paling memalukan saya ialah apabila dia menyatakan mereka di Republik Chad mengamalkan makluman awal tarikh PRU akan datang sejurus bermulanya penggal baru Parlimen!

Kita perlu meningkat seiring dengan kemajuan yang dikecapi khusus dalam proses mempertingkatkan ruang demokrasi dan ketelusan, antaranya ialah pengumuman awal tarikh PRU supaya tidak berlaku permainan yang berat sebelah dalam persediaan PRU. Perlu dijelaskan di sini isunya bukanlah sangat ketetapan tarikh PRU kerana SPR akan melakukan pengisytiharan tersebut selepas Parlimen dibubarkan tetapi persoalannya ialah pembubaran Parlimen, bilakah Parlimen akan dibubarkan. Pembubaran adalah jawapan kepada misteri ini kerana sejurus dibubar akta pilihanraya menetapkan bahawa tarikh melakukan PRU ialah 60 hari dan dengan melihat trend berkempen tujuh hari, kita dapat menjangka tarikh PRU. Jadi persoalannya ialah bilakah Parlimen akan dibubarkan?

Satu lagi faktor yang mempengaruhi ketentuan tarikh PRU ialah keadaan ekonomi yang dilihat sebagai indikator penting bagi BN kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai yang akan mengaitkan kegagalan parti pemerintah mengurus negara. Dalam hal ini rakyat akan diberikan gambaran seolah-olah keadaan ekonomi negara terkawal dengan baik walaupun keadaannya membuktikan sebaliknya, ini yang selalu disebut sebagai "the feel good factor".

Berpandukan kepada trend yang lampau, semua gula-gula yang disampaikan diharapkan dapat memberi imej yang baik kepada kerajaan, contohnya ialah BR1M dan bantuan yuran sekolah serta kenaikan 13%-7% pelarasan gaji kakitangan awam yang penuh kontroversi itu. Kerajaan juga harus membuktikan komitmennya untuk menangani salahguna dana awam dengan tegas dan ini dibuat melalui pendakwaan ke atas Pengarah syarikat NFC yang didakwa atas pecah amanah peruntukan RM250 juta untuk projek Fidlot Nasional. Berdasarkan kepada perkembangan ini, bagi menunjukkan BN bersih, maka pembubaran Parlimen dijangkakan akan berlaku pada penghujung April lalu membuka jalan untuk pencalonan pada 27 Mei dan pengundian pada 3 Jun.

Satu lagi faktor ialah kadar serangan yang dibuat ke atas pembangkang, semakin dekat PRU semakin kuat serangan dibuat ke atas pembangkang dan kepimpinannya. Isu Anwar Ibrahim walaupun telah melepasi dugaan-dugaan kes liwat 1 dan 2, kini mereka menyerang Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan bi-seksual dan saya yakin ia akan menjadi trumpet yang akan ditiup semasa kempen nanti. Begitu juga dakwaan pro-Israel dan Liberal dalam pegangan agama akan menjadi peluru-peluru terhadap Pakatan Rakyat. Mereka lakukan demikian untuk meraih simpati undi Melayu dan Najib akan berpuas hati apabila sokongan undi Melayu meningkat dan ketika itu mengisytiharkan pembubaran Parlimen. Untuk menyerang PAS, mereka sudah mempunyai ayam tambatan iaitu JATI melalui Hasan Ali (gambar kiri) yang akan terus mendedahkan penyelewengan PAS. DAP akan senantiasa dilabel sebagai anti Melayu dan Islam khususnya di Pulau Pinang. Isu-isu teknikal dan pengurusan pentadbiran akan dikaitkan dengan dasar anti Melayu dan Islam oleh UMNO Penang dan terus mengelirukan orang Melayu tentang peranan PAS dan PKR. Melihat kepada kadar intensiti serangannya kali ini, PRU pada awal Jun tidak dapat dielakkan lagi kenyataannya.

Walaupun tidak semua faktor dapat dikawal, namun BN mempunyai "tilam empuk" untuk menerima suasana-suasana yang tidak berpihak kepadanya, antaranya ialah manipulasi media, manipulasi bajet dan manipulasi alat demokrasi berpilihan raya sendiri iaitu SPR. Tilam empuk ini tidak lagi semudah yang dijangka kerana media alternatif dari media sosial kini bercambah, rakyat lebih bijak dan desakan masyarakat sivil berserta parti politik yang prihatin mendesak proses demokrasi berpilihan raya dipantau, diolah dan dibaikpulih. Segala perkembangan ini menjadikan keberlangsungan BN dalam persada politik tanahair menjadi semakin sukar. Ia juga petunjuk kepada lahirnya lanskap baru dengan pemain baru yang diharapkan menjadi pemangkin ke arah transformasi negara yang lebih tulen.

Kini semua petunjuk kepada PRU menjurus kepada awal Jun, ini memandangkan jika tidak dilakukan pada awal Jun yang juga merupakan cuti pertengahan tahun sekolah, ia terpaksa dilakukan pada awal tahun hadapan iaitu tempoh maksima tamat penggal parlimen. Selepas Jun, sidang Parlimen bermula Julai dan selepas Julai umat Islam akan berpuasa dan September umat Islam akan menunaikan Haji. Ada kemungkinan ia akan diadakan pada November, namun, jangka itu telah memasuki pembentangan bajet yang akan dibentangkan pada Oktober. Jadi jikalau kita mengandaikan PRU akan berlaku tahun ini, ia mesti dilakukan pada Jun, jika tidak, hanya Najib yang tahu kunci kepada misteri ini.

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik

SHAH ALAM,29 MAC : Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.

” Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat,” kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.

“Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.

“Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional

1 MALAYSIA...MUDAHNYA KALAU SAPU DUIT RAKYAT DU MALAYSIA.SELEPAS MEMBAHAM 250 JUTA, PESALAH BELUM PUN MASUK PENJARA, DAN KEGAGALAN ITUEMUDIANNYA DI SERAHKAN EPADA SESIAPA YANG BERMINAT....ADUHAIIII..PUNYA LA SENANG...




Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

- Bernama

KECOH