BOM MELETUP ANGKARA SIAPA?BERGAMBAR


MULA MELETUP...ASAP BERKEPUL...KELIHATAN RAMAI MENUJU KE TEMPAT TERSEBUT.AKU TURUT SERTA DAN SEMPAT MENGAMBIL GAMBAR.KLIK SEMUA GAMBAR UNTUK MELIHAT KESANNYA.SELANG 30 MINIT KEMUDIAN KEDENGARAN DARI JAUH ENTAH BAHAGIAN MANA PULAK YANG MELETUP.

BOM DILETAKKAN DALAM TIMBA...MOTOR PULAK HANCUS.

DAPATKAN MAKLUMAT DLAM SUARA KEADILAN TERBARU.RABU INI.









BAWAH LETUPAN PERTAMA DAN KESANNYA...BOM PASIR MELETUP SEKITAR JAM 945 - 10 PAGI.MENURUT MAKLUMAT IANYA DILETAKKAN DI DALAM KON DIBELAKANG KERETA CAMRY PLAT NUMBER BKF 8000 , YANG BERKEMUNGKINANNYA KENDERAAN EXCO ERAJAAN NEGERI ATAU SEORANG PEGUAM.DALAM KEJADIAN PERTAMA INI SEORANG CEDERA.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERBICARAAN DSAI









SEBAHAGIAN PERISTIWA YANG DIGAMBARAN PAGI TADI DI MAHKAMAH









GAMBAR MALAM SEBELUMNYA DI KELAB SULTAN SULAIMAN

JELAJAH ANWAR DI KUANTAN-







Gaya baru DSAI ketika berceramah .Bergerak dengan mengnakan sebatang microfon gaya la pimpinan tertinggi dunia.beliau punya kelas tersendiri berbanding ahli poitik lain ketika berceramah.


Walau pun hukuman yang bakal diklenakan kepada beliau sudah di jangkakan umum, terutamanya penyokong tegar beliau ,Anwar masih lagi berceramah bagi mengetengahkan prinsip perjuangan beliau dan kebobrokan system pemerintahan Negara ini bukan sahaja dari segi pelaksanaa undang-undang yang berbeza, namun hukuman yang dikenakan dan pertuduhan yang dijatuhkan keatas beliau amat menjijikan dan dikatakan bermotifkan politik.

Dengan jadual ceramah dan lawatan diseluruh Negara tanpa henti yang sebelumnya di tempat kelahiran beliau di Permatang Pauh, melawat kawasan beliau dan juga doa dari rakyat di pondok-pondok pengajian seperti di An Nahdoh seawall pagi 7 januari, beliau bukan sahaja masih mampu memberikan senyuman , melawat dan merasmikan kedai , menghadiri kenduri dan seterusnya ke Kuantan dan ke Terenganu disamping menerima wawacara dari stesen tv Aljazeera dan berkempen berterusan menentang kezaliman pimpinan Umno Bn keatas hukuman yang bakal diterimanya dan kesedihan yang dikongsi rakyat yang mahukan beliau berada di persada politik tanahair.

Bertempat di Kuantan, beliau yang dalam rangka menjelajah ke seluruh Negara bagi menenangkan penyokong beliau dan memohon agar penyokong dan sahabat handai beliau berdoa bukan sahaja di luar Negara malahan di pasentren –pasentren di Indonesia dan India yang mengenali beliau agar bertenang dan menerima kenyataan sekiranya beliau dijatuhi hukuman tanpa dibenarkan diikat jamin.

Ketibaan beliau di lapangan terbang Kuantan pada 7 Januari baru-baru ini disambut lebih seribu orang pimpinan Pakatan Rakyat Pahang yang menunggu seawal jam 1 tengahari , walau pun beliau dijangka tiba pada jam 3 petang.Dengan provokasi dari PERKASA dan PEKIDA yang mahu menganggu kononnya menunjukkan bantahan kepada beliau dan akhirnya kedua-dua pertubuhan tersebut, yang tidak seorang pun muncul di lapangan terbang Kuantan menjadikan bahawa PERKASA dan PEKIDA hanya suka membuat bising dan sebenarnya menjadikan Umno adalah parti yang dibenci.Umum mengetahui bahawa PERKASA dan PEKIDA yang kedua NGO yang bertunjangkan Umno di belakangnya.Tindakan mereka yang tidak muncul di lapangan terbang Kuantan dianggap sebagai cakap besar.

Ketibaan beliau yang disambut oleh pimpinan tinggi PKR Dato Fauzi Abdul Rahman,YB Fauziah ,YG Azan, Nizam dan lain-lain penyokong dan pimpinan peringkat cabang dan ranting menjadikan suasana dilapangan terbang tersebut riuh rendah dengan pekikan REFORMASI…REFORMASI…REFORMASI….yang mana tidak ada penyokong Umno atau Bn yang menerima sambutan tersebut sedemikian rupa hatta Anwar yang di tuduh dengan berbagai tuduhan masih mendapat sambutan dari rakyat yang mahukan perubahan di Negara tercinta ini.Anwar bukan sahaja pemimpin rakyat , malahan menjadi ikon bagi rakyat yang mahukan perubahan pemerintahan dari tangan Umno Bn yang dianggap rakyat sebagai ketidakmampuan menyelesaikan rintihan rakyat marhaen.

Dari lapangan terbang Kuantan beliau diringi hampir 50 buah kenderaan ke pajabat PKR negeri dan berucap kepada pimpinan negeri dan penyokongnya bahawa beliau masih mampu untuk menentang walau berada didalam penjara sekiranya beliau dijatuhi hukuman.Beliau yang tidak sedikit pun menampakkan wajah kerisauan dengan humuman yang bakal dijatuhkan masih sempat beramah mesra dengan rakan lama dan juga penyokongnya di dalam dewan yang sempit dengan kepadatan penyokongnya yang mahu mendengar amanat beliau.

Anwar yang bukan sahaja telah di temuramah oleh berbagai media dan mendapat liputan meluas dari stesen Al Jazeera dan juga akhbar luar Negara, menjelaskan bahawa beliau pernah menerima tawaran agar berhijrah ke Turki dimana pimpinan Erdogan mahukan beliau di sana, namun diatas semangat mahukan perjuangan di tanahair sendiri dan berada disamping penyokongnya agar berjuang walau disebalik jeriji besi.

Beliau yang berucap hampir 1 jam bersama dengan para pimpinan negeri dan penyokongnnya kemudiannya menunaikan solat dan bergerak ke tapak ceramah di Balok. Disini bukan sekadar seribu atau dua ribu yang hadir, malahan hampir mencecah lebih 5000 penyokong rakyat marhaen berbagai bangsa dan kebanyakkannya di usia muda dan 40an yang mengetahui akan perjuangan seawal reformasi 1998. Dengan cara dan stail keterampilan baru yang berceramah ala pimpinan ttingi dunia bersama sebatang mikrofon ditanganya menjadikan beliau tampil dengan gaya dan penampilan yang amat mengagumkan para penyokongnya.

Dengan penuh keyakinan dan keinginan bagi menjelaskan pendirian beliau bahawa Pakatan Rakyat masih mampu bergerak sekiranya beliau diaibkan dan di penjarakan sekalipun, Negara ini akan menerima perubahan kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada pimpinan Umno yang sudah hilang corak pemerintahan dan pentadbiran yang dianggap masih mengamalkan sikap kronisme dan rasuah dikalangan pimpinannya.

Beliau yang menyatakan bahawa walaupun berbagai kelemahan dan penyelewengan rasuah didedahkan sepanjang masa, pimpinan Umno masih lagi tidak mengindahkan rakyat dan pendedahan skandal yang melibatkan NFC dikatakan sebagai satu symbol bahawa pimpinan Umno dan Bn tidak menghiraukan pandangan rakyat yang mahukan perubahan.Malahan sehinga beliau hampir dihukum sekali pun kes NFC masih lagi bermain di awangan tanpa adanya jalan penyelesaian konkrit yang diambil pemerintah.

“Jika inilah caranya kerajaan Bn mentadbir Negara, bairlah rakyat yang menentukan siapa yang mampu menguruskan Negara ini dengan lebih baik.Saya berjanji , jika saya di pilih untuk menjadi perdana menteri, soal elektrik dan minyak akan saya lakukan perubahan demi untuk rakyat terbanyak.Saya punya keyakinan sunguh bahawa kita harus mengutamakan rakyat,memerangi rasuah hingga ke akar umbi, dan disamping memajukan rakyat” demikian jelas Anwar dihadapan ribuan penyokongnya dengan ceramah ala pimpinan besar luar Negara dan sebatang mikrofon ditanganya disambut dengan laungan reformasi ribuan penyokong yang hadir di bandar Kuantan.

SELAMAT TINGGAL HASSAN ALI.-HANG PI MOTIVASI AHLI Umno


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Mengapa Anwar terus bertahan walau ditinggal pengikutnya?

Mengapa Anwar terus bertahan walau ditinggal pengikutnya?

OLEH: AMIN ISKANDAR



"Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan". Klik disini.


Beberapa bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu Parti Keadilan Nasional telah meninggalkan Anwar Ibrahim. Kebanyakkan mereka telah berhijrah ke Umno dan ada menjadi ahli parlimen/adun bebas yang menyokong Barisan Nasional.


Walaupun ini berlaku, Anwar Ibrahim tetap gagah menjadi pencabar utama kepada Umno-BN. Hampir setiap malam pembelot-pembelot Anwar berceramah untuk memburuk-burukkan bekas ketua mereka, akan tetapi masih belum berjaya memberikan impak yang signifikan.


Menurut blogger Umno Reform, pemimpin-pemimpin yang tinggalkan Anwar dan menyertai Umno kerana kecewa dan marah dan bukannya percaya dengan idealisme Umno. Yang lebih malang lagi menurut Umno Reform, Umno membelanjakan sejumlah wang besar untuk membayar kelompok-kelompok ini. Klik disini.


Selepas PRU 13 nanti, pemimpin-pemimpin yang tinggalkan Anwar ini tidak akan laku lagi kepada Umno kecuali bagi yang benar-benar boleh bekerja, atau - survive dalam hiraki parti tersebut.



Anwar: Kita berada di sebelah yang benar dalam sejarah!

Anwar: Kita berada di sebelah yang benar dalam sejarah!

Lim Hong Siang

Meskipun mengalami penderitaan lantaran hukuman penjara yang dilaluinya pada tahun 1998, namun Anwar Ibrahim tetap bersyukur kerana dirinya masih hidup (survive) setelah mengharungi pengalaman tersebut. Berdepan dengan keputusan kes liwat 2 yang bakal diumumkan mahkamah tinggi pada 9 Januari 2012, beliau dengan yakin berkata, "We are on the right side of the history!"

Dalam ucapan lebih daripada sejam itu, Anwar Ibrahim (gambar kiri) lebih menekankan isu kebangkitan mahasiswa, mengimbas pengalaman dirinya ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan dalam kerajaan, mengkritik sistem negara yang semakin bobrok di depan mata. Beliau hanya menyentuh tentang 9 Januari ketika menyimpul ucapannya, bagaimanapun menegaskan bahawa adalah lebih penting untuk rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Anwar Ibrahim, 65, berucap di depan lebih 2,500 orang di dalam dan di luar Dewan Gasing Indah, Lembah Pantai semalam, menyatakan keyakinan dirinya bahawa masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini mampu mencipta sejarah untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dalam PRU 13. Malah, kumpulan-kumpulan seperti PERKASA bakal difailkan ke dalam muzium sejarah Malaysia selepas itu.

Jangan hanya cakap pasal penderitaan

Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun, sebelum dibebaskan pada 2 September 2004. Ketua Umum Parti Keadilan ini berkongsi hikmah di sebalik itu, mendakwa bahawa pengalaman yang dilaluinya menjadikan dirinya lebih matang ketika membincangkan soal kaum. Malah beliau berkongsi nasihat Tok Guru kepadanya, jangan hanya lihat kepada penderitaan, tetapi pengalaman tersebut menjadikan dirinya lebih sedar masalah rakyat sebagai seorang pemimpin.

Anwar berkata, dirinya pernah berucap di dalam masjid, mengambil contoh seorang anak Cina miskin bernama Swee Lin yang memperolehi 12 A tetapi tidak diberi biasiswa. Beliau berucap di depan umat Islam, bahawa Swee Lim perlu diangkat sebagai anak kita. "Kita Melayu, kita pertahankan hak Melayu, kita mengangkat martabat Islam, tapi kita mesti adil," katanya. Beliau berkata, orang boleh mempertikaikan bahawa dirinya membuat retorik politik, tetapi pengalaman enam tahun dalam penjara, membuatkan dirinya berkata dari dasar hatinya.

Anwar memulakan ucapannya dengan kebangkitan mahasiswa, yang seharusnya berperanan sebagai suara hati masyarakat. Dengan nada sinis, beliau menyindir bagaimana sesetengah siswa sekarang mencium tangan menteri korup yang menindas rakyat.

Kemudian beliau mengisahkan pengalamannya ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan, berpeluang ke Kampung Kerinchi yang perjalanannya 10 minit dari pejabatnya di Jalan Duta, melihat sendiri betapa miskin dan robeknya keadaan di sana, tatkala dipuji dengan angka pertumbuhan ekonomi yang besar dan megah.

Beliau mendakwa dirinya cuba untuk memperbaiki keadaan, mengumpul dana dari bank untuk melancarkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Beliau menyindir bahawa menteri sekarang tidak lagi berwibawa untuk berbuat demikian, kerana disogok oleh orang kaya. Anwar kemudiannya mengkritik bagaimana kroni UMNO mengaut keuntungan dengan perjanjian konsesi yang tidak adil, dan berakhir dengan rakyat yang menanggung beban tersebut.

Malah, mengambil contoh bagaimana seorang wanita dari keluarga miskin dihukum kerana meminum arak, tetapi Menteri yang menyalahgunakan wang zakat dipertahankan, Anwar berkata dirinya tidak menggalakkan orang minum arak, tetapi menganggap sistem ini tidak adil apabila mereka yang miskin dihukum, pada masa yang sama, orang yang kaya dan berkuasa dibiarkan bermaharajalela.

Beliau mengulangi tiga kemungkinan yang dihadapinya pada 9 Januari, pertama, tidak bersalah dan dibebaskan, kedua, dihukum tetapi diikat jamin dan ketiga, dipenjarakan terus. Beliau mendakwa dirinya tidak terusik dengan keputusan 9 Januari, menekankan bahawa beliau akan teruskan usahanya, malah menyeru rakyat bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Turut hadir memberi ucapan termasuk bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdul Aziz Bari, aktivis sosial Hishamuddin Rais, Setiausaha Menteri Besar Selangor Faekah Husin, selain ahli parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Tian Chua : Menconteng Bangunan Umno Usaha Memburukkan Imej Pakatan Rakyat




SHAH ALAM, 7 JAN : Insiden bangunan milik Umno Kedah yang diconteng kata-kata nista menggunakan cat tertera perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901" awal pagi tadi dianggap sebagai taktik kotor untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat.


Naib Presiden PKR Tian Chua meyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu sebagai satu konspirasi untuk menjatuhkan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengaibkan Perhimpunan di depan mahkamah Jalan Duta yang akan berlangsung pada 9 Januari nanti.

Menurutnya, Pakatan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu sekaligus menolak dakwaan bahawa kejadian itu mempunyai kaitan dengan Pakatan.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya jangan hilang fokus daripada isu pokok atau tujuan asal iaitu Perhimpunan 901 pada 9 Januari nanti.

Ini kerana, ia adalah hari yang akan menentukan imej negara kita dalam membuktikan sama ada institusi kehakiman di Malaysia adil atau tidak selain bakal menjadi hari yang akan mendedahkan konspirasi dalam usaha memfitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Kejadian menconteng premis dan kenderaan di beberapa tempat di Kedah menggunakan semburan cat berwarna hitam itu dipercayai berlaku antara pukul 3.30 hingga 5 pagi dan hanya disedari pengawal keselamatan pada jam 5 pagi.

Premis perniagaan dan lebih 10 kenderaan di kawasan Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar turut diconteng dengan kata-kata yang mengaibkan "Perhimpunan 901".

Selain itu, Pejabat Umno Padang Terap, pusat beli-belah Angsana dan restoran KFC, Kuala Nerang serta dua bas henti-henti dicat dengan kata-kata yang sama.

Ketika ditanya kemungkinan insiden-insiden tersebut merupakan usaha untuk sabotaj perhimpunan Pakatan, Tian berkata, ia terletak di bawah bidang pihak berkuasa untuk membuat siasatan terperinci ke atas insiden berkenaan.

"Itu saya serahkan kepada pihak polis untuk siasat. Kita sudah dimaklumkan, bahawa laporan polis telah dibuat. Kita tidak mahu lari daripada isu pokok di mana semua yang berlaku ini adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar," ujarnya.

OLEH KERANA TAK LAKU...MULA NAK BUAT KOMEN...ADOIII

SHAH ALAM, 7 JAN : Datuk Dr Hasan Ali diingatkan supaya sedar bahawa kejayaan yang dimilkinya hari ini adalah atas bantuan dan ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga melayakkan beliau memenangi pilihan raya ke-12 sekaligus menduduki jawatan Exco Selangor.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata Hasan dilihat seolah-olah terperangkap dengan hujah ‘counter-intelligence' UMNO bahawa kes mahkamah Anwar adalah isu yang bersifat peribadi.

"Isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau (Anwar) dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Hasan boleh mengatakan ia bersifat peribadi?" soal beliau.

Shuhaimi berkata demikian menerusi satu surat terbuka bagi mengulas kenyataan Hasan yang bertegas untuk tidak menyertai Perhimpunan 901:Bebaskan Anwar pada 9 Januari ini.

Justeru, beliau menyeru Hasan supaya segera memuhasabah diri selain tidak bertindak melulu dalam membuat kenyataan mahupun keputusan terutama melibatkan kredibiliti Pakatan.

"Saya menyeru agar Datuk Hasan jangan terlalu mengikut perasaan. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang.

"Apakah langkah Datuk sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Datuk lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu'," ujar Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda.

Kelmarin, Hasan menggesa orang ramai supaya mengikut jejaknya untuk tidak hadir di perhimpunan tersebut kerana menganggap kes Anwar sebagai isu peribadi yang bukan melibatkan kepentingan negara.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan sebagai menunjukkan sokongan kepada Anwar apabila Mahkamah memberi keputusan pada tuduhannya meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Nurul Izzah: Cinta kepada Anwar bukan hanya kerana beliau bapa saya

Nurul Izzah: Cinta kepada Anwar bukan hanya kerana beliau bapa saya

Lim Hong Siang

Seperti biasa, Anwar Ibrahim tampil berucap dengan karismanya, diselit dengan jenaka - seolah-olah tidak terusik dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang bakal diumumkan pada 9 Januari 2012. Anak sulungnya, Nurul Izzah pula merenung bapanya yang sedang berucap di atas pentas - mungkin antara ceramah terakhir jikalau situasi paling buruk berlaku.

"Kita semua terpegun dengan semangat beliau, kerana apa yang beliau lalui bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah (gambar kiri), bersetuju dengan apa yang disifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bahawa Anwar kelihatan kuat dari segi penampilannya, namun kesemua ini gagal menafikan realiti bahawa "beliau bukan lagi muda".

Nurul Izzah tidak menyelindung kebimbangannya terhadap ayahnya, yang kini mengalami kesakitan bahagian belakang tubuhnya, pada usia 65 tahun. Pengalaman silam antara sebabnya, apabila dikhabarkan Anwar diracuni arsenik ketika berada dalam penjara. Kegelisahan sedikit pun tidak terhakis, melihat kepada sistem pada hari ini, yang tidak diyakini Nurul Izzah.

"Saya merenung kembali, cuba menahan rasa takut, rasa sedih. Kerana pada saya, apapun, bila kita berbuat sesuatu, kita kena ikhlas, termasuk bila ayah berbuat sesuatu. Ayah ada semangat dan sebab musababnya sendiri," kata Nurul kepada MerdekaReview, selepas ceramah umum di Dewan Gasing Indah, Lembah Pantai, semalam.

Untuk seorang anak, tiada pengganti untuk bapanya, biar apapun yang dipertikaikan untuk tujuan perkiraan politik. Pertarungan politik terdedah kepada pelbagai kemungkinan dan risiko, dan ada sebab untuk ahli parlimen Lembah Pantai ini gusar terhadap keadaan bapanya - yang akan berdepan dengan ketidaktentuan pada 9 Januari 2012.

"Semua perjuangan kita setakat ini memberi lebih banyak sebab kenapa kita mesti terus melawan Barisan Nasional. Kerana selagi tidak digantikan pimpinan yang dapat mengembalikan kewibawaan sistem kehakiman, pihak polis, media, selagi itu kita akan berhadapan dengan perkara-perkara sedemikian," katanya.

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini tidak melihat keluarganya sahaja yang mengharungi penderitaan ini, ketika ditanya perasaan beliau selaku ahli keluarga Anwar Ibrahim. "Bukan soal Anwar Ibrahim sahaja, saya nampak begitu ramai keluarga, keluarga Ahmad Sarbani, Aminulrasyid, Teoh Beng Hock, yang merana kerana tidak mendapat keadilan. Maka, mereka tahu ada campur tangan luar dalam penghukuman, dalam penghakiman."

Beliau mengambil kesempatan membuat seruan, "Harap kita jangan terlepas peluang dalam PRU 13 kerana tidak banyak peluang yang akan datang lagi."

Sebelum tamatnya wawancara yang singkat ini, Nurul Izzah ditanya apakah yang paling ingin diucapkan kepada bapanya, sebagai seorang anak, "Beliau tahu, apa yang saya rasakan untuk beliau, bagaimana saya ambil berat dan sayang kepada beliau. Dan beliau tahu cinta dan sayang saya untuk beliau disokong dengan prinsip, dan kerana apa yang beliau perjuangkan untuk rakyat."

"Itu bukan hanya kerana beliau bapa saya. Kerana saya membesar, melihat apa yang beliau lakukan. Dan saya ingin berterima kasih kepada papa," luahan Nurul Izzah.

Baca Wawancara pada November 2010: Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya

ADA BABI MEMBERI KOMEN DALAM BLOG INI

Saya pada mulanya malas untuk melayan seekor dua babi yang suka memberikan komen yang lucah.Tapi sememangnya babi ini penakut dan tidak meletakkan nama di atas apa yang beliau komenkan.Dasar haramjadah penyokong Umno ini.

PRU 13: Bukan pertarungan pemerintah vs pembangkang, tapi rakyat vs kerajaan korup


Chan Wei See

Gerakan masyarakat sivil ini telah memberi tekanan yang terbesar untuk Najib sejak mengambil alih tampuk kerajaan pada April 2009. Selepas perhimpunan BERSIH 2.0 ditekan secara keras, Najib mengulangi bahasanya untuk membawa "perubahan". Beliau mengumumkan pemansuhan ISA, menamatkan ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dahulu, menghapuskan prinsip pembaharuan tahunan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 yang menyekat hak rakyat untuk berhimpun.

Namun, fenomena "PM baru" telah menyurut. Ramai warga internet yang berwaspada dan bersikap selindung dengan janji yang ditaburkan Najib. Masa sudah tiba untuk rakyat meneliti sama ada Najib menunaikan janjinya selepas media arus perdana menyarat dadanya dengan lambakan pujian betapa terbukanya Najib.

Sebagai kesudahannya, kerajaan meminda Akta Polis yang menyekat perhimpunan rakyat, digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman yang "menyekat hak berhimpun atas nama perhimpunan aman". RUU Perhimpunan Aman yang mengharamkan protes jalanan tidak dirunding secara terbuka dengan rakyat, diluluskan tiga bacaannya dengan pantas dalam tempoh seminggu. Langkah ini mencungkil pertikaian sama ada kerajaan berniat untuk menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 dan mengelakkan ketibaan "Arab Spring" ke Malaysia.

Seandainya dikatakan pengumuman Najib pada malam sebelum Hari Malaysia itu menjelmakan semula imaginasi dari rakyat, maka akta yang akhirnya digubal telah menghancurkan segala sisa-baki imaginasi rakyat yang tertinggal.

Rakyat dijanjikan dengan "kebebasan berhimpun" semasa pindaan Akta Polis, namun ia berakhir dengan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan protes jalanan. Maka, apa pula kesudahan pemansuhan ISA pada Mac 2012, sebagaimana yang dijanjikan? Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz telah berkata, dua akta yang bakal menggantikan ISA, yang fokusnya untuk anti-pengganas dan memelihara keselamatan negara - akan mengekalkan "penahanan tanpa perbicaraan". Jelas, ini sesuatu yang baru hanya pada nama, bukan pada isinya - gagal memberi apa-apa imaginasi.

Dari PRN Sarawak, perhimpunan BERSIH 2.0 hinggalah pindaan dan pemansuhan akta draconian, Najib tampil dengan imej flip-flop, jumud dan mencengkam sejak April 2011 - menjurus kepada kehancuran imej keterbukaan, pembaharuan, mesra rakyat yang cuba dibinanya dalam masa dua tahun - sebagaimana mayat Altantuya Shaariibuu dimusnahkan.

Melaungkan semula "Perpaduan Melayu"


Suasana krisis yang wujud dalam Perhimpunan UMNO dua tahun lalu kembali menjelma di PWTC pada akhir tahun 2011. Cuma, berbeza dengan jalan penyelesaian yang disarankan dua tahun lalu, iaitu "perubahan" dan "transformasi", UMNO mengambil pendekatan yang tradisional dan jalan singkat, dengan melaungkan "perpaduan Melayu".

Dalam perhimpunan UMNO lalu, bahasa "pembaharuan" seperti 1Malaysia telah diketepikan. Hujah yang berbaur perkauman dan kronisme kembali semula, misalnya "Melayu tolong Melayu", "Kalau projek sekecil itu pun diberi kepada syarikat GLC, apa lagi kita nak makan?", "Melayu terpaksa berkorban dan berkompromi" dan lain-lain lagi. Meskipun Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan nada yang tinggi memuji kejayaan program transformasi Najib, sejauh mana UMNO telah berubah dan sebagainya - namun kenyataan seperti ini hanya ditafsir sebagai kata-kata untuk mengampu.

Ketika berucap dalam sesi penggulungan perhimpunan UMNO, Najib menyeru agar semua orang UMNO bersatu-padu ke medan perang, untuk mengelakkan UMNO hilang kuasa, yang menjurus kepada terkuburnya masa depan orang Melayu - bagai raungan terakhir. Namun, mereka sama ada di dalam mahupun di luar dewan menyedari, bahawa sentimen perkauman yang meletus di pentas itu sekadar hiasan, dan "masa depan Melayu" itu sekadar kata ganti untuk "mata wang kroni UMNO". Hilangnya kuasa UMNO membawa makna jaringan kepentingan UMNO sepanjang puluhan tahun ini akan dirobekkan, dan kroni UMNO bakal jatuh ke tanah. Inilah makna tersirat di sebalik laungan "perpaduan Melayu" oleh pimpinan UMNO.

Tiada masa lagi untuk Najib membuat pengubahsuaian dalam dasarnya setelah gagal dalam "pembaharuan"-nya. Maka UMNO undur untuk mempertahankan kubunya, memperingatkan orang UMNO agar memikirkan kepentingan bersama - jangan wujud cah keting atau sabotaj dalam PRU akan datang, supaya UMNO kekal berkuasa.

Keresahan terselit di mana-mana dalam ucapan Najib. Dan beliau sememangnya mempunyai alasan untuk berasa gelisah. Siku-menyiku bermula apabila Najib mengumumkan bahawa pemilihan calon akan dibuat berdasarkan ciri-ciri winnable. Skandal yang melibatkan Menteri UMNO didedahkan satu demi satu. Dari Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil dalam skandal Projek Fidlot Kebangsaan, Timbalan Menteri Kewangan II Awang Adek hinggalah Setiausaha Sulit Kanan untuk kedua-dua orang Najib dan Muhyiddin Yassin yang dituduh menerima "sumbangan" peniaga - dianggap terdedah kerana sabotaj daripada orang dalaman parti.

Di dalam dewan, orang UMNO berikrar taat kepada parti dan bersatu-padu berdepan PRU 13. Di luar dewan, orang UMNO mula bersilat. Bung Mokhtar mendesak Shahrizat Jalil meletak jawatan, Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pula menegur Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah agar tidak menyebelahi siswa-siswi hanya untuk menjadi "hero". Ribut besar diramalkan melanda.

709 adalah pemisah politik

Untuk menyimpulkan tahun 2011, malah pentadbiran Najib selama tiga tahun, perhimpunan BERSIH 2.0 adalah pemisah yang penting. Perubahan yang besar dalam suasana politik Malaysia berlaku selepas 9 Julai 2011. Sebelum 709, BN masih mampu menarik sokongan mereka yang berada di atas pagar dan berpendidikan tinggi dengan imej Najib, namun ia mungkin tidak lagi mujarab seperti dahulu selepas 709.

Kini, BN hanya boleh menyokong pembaharuanya yang bertiang kosong dengan media arus media kawalannya. Pada masa yang sama, gula dan wang ditaburkan, menyasarkan golongan miskin, peneroka FELDA dan warga emas yang tidak terdedah kepada maklumat internet.

Empat tahun yang lalu, perhimpunan BERSIH pertama memberi tamparan yang sengit kepada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, sehingga pembangkang berjaya menghakis hampir separuh kuasanya. Selepas empat tahun, perhimpunan BERSIH 2.0 sekali lagi menunjukkan kuasa rakyat, memberi impak besar kepada kerajaan Najib yang asalnya semakin berkobar-kobar semangatnya.

PRU akan datang bukan lagi pertarungan antara pemerintah dengan pembangkang, tetapi pertempuran antara rakyat dengan kerajaan yang korup. (Bahagian kedua, tamat)

Menjelang 901: Anwar beri tumpuan kepada keluarga


| Print

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga beliau menjelang 9 Januari ini apabila mahkamah akan membuat keputusan kes perbicaraan beliau pada tarikh tersebut.

(Anwar memberikan lebih tumpuan kepada keluarganya sehari dua ini)

Namun, apapun keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, keluarganya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang keputusan mahkamah.

"Ya..kita kena hadapi dengan sepenuhnya, saya tumpu kepada keluarga dalam dua tiga hari ini, dan mereka cukup bersedia," kata Anwar dalam wawancara khas dengan Harakah 3 Januari lepas.

Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan, wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub serta jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh membuat wawancara khas di pejabat PKR itu.

Bagi Anwar, jika berdasarkan fakta dan hukum, kes ini tidak perlu kepada sebarang pendakwaan pun terhadap beliau.

"Jika berdasarkan fakta, tak perlu ada pendakwaan pun (dalam kes liwat kedua membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan), dan saya harus dibebaskan, tetapi apa yang kita lihat (setakat ini) keputusan mereka (Umno-BN) selalunya ikut nafsu serakah mereka.

"Tetapi insya-Allah bagi saya, saya sedia apakah penjara atau bebas, sebarang rayuan, jika bebas program kita boleh berjalan, jika terpenjara kita akan terus lawan.

"Apa jua keputusannya, ia bakal menjadi titik noktah kepada masa depan Umno pada Pilihan Raya Umum akan datang," kata Anwar dalam wawancara itu.

901: PR Sedia Bincang Dengan Polis

SHAH ALAM, 5 JAN: PKR dan Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan pihak polis berhubung Himpunan Aman 901 pada 9 Januari ini.


Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali didalam blognya berkata kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

"Saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka." tulis beliau.

Beliau berharap semua anggota parti dan penyokong PR serta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan untuk turut serta menyatakan sokongan.

Beliau turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

"Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI
dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk
melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya." ujar beliau lagi

Pakatan Rakyat Selangor Akan Turun Beramai-ramai pada Jan 9

SHAH ALAM, 4 JAN : Pakatan Rakyat Selangor hari ini berikrar akan menggerakkan sebanyak mungkin anggota parti bagi perhimpunan Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta minggu hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh ketiga-tiga ketua penerangan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu Shuhaimi Shafie (PKR), Jenice Lee (DAP) dan Saari Sungib (Pas) di dalam satu sidang media di sini hari ini.

"iIni adalah menjadi tanggungjawab PR dan pencinta keadilan untuk bersama-sama hadir bagi mendengar keputusan yang pastinya akan mengubah lanskap politik negara ini," ujar Shuhaimi.

Saari Sungib turut memberitahu bahawa PAS akan menggerakkan semaksimum mungkin ahli-ahli PAS untuk sama-sama berhimpun pada 9 Januari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi kami perkara ini merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan negara dan ini merupakan perkara biasa bagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

"Perkara ini juga merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh rakyat negara ini yang telah dilakukan pada tahun 1998 lagi pada peringkat pertama reformasi," ulas Saari.

Mahkamah akan menentukan samada Anwar bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari.

Jenice pula berpendapat keadaan akan menjadi terkawal seandainya polis menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan.

Mengikut pengalaman sebelum ini seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai, jelas kekecohan tidak dicetuskan oleh orang awam sebaliknya dilakukan oleh pihak tertentu, Jenice berkata.