‘Zaman Zulkifli apa pun tak nampak, sekarang tunggu apa yang Idris buat’

 


AWAS PAK LEBAI JIKA TIDAK DIVAKSIN- JANGAN BAGI KULIAH..

 


Terkini! Guru agama dilarang mengajar di masjid, surau jika enggan divaksin


Terkini! Guru agama dilarang mengajar di masjid, surau jika enggan divaksin


Melaka menetapkan guru agama, guru takmir bertauliah dan pengkuliah yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan meneruskan pengajian di masjid dan surau di negeri ini secara bersemuka.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, ketetapan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Covid-19 Melaka pada minggu lalu, sekali gus melarang mereka yang masih belum lengkap menerima vaksin untuk meneruskan tugasan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 600 daripada 1,300 guru agama bertauliah yang aktif di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti mereka yang enggan divaksin sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk kemungkinan menamatkan tauliah yang diberikan.

“Pihak lembaga masjid dan surau akan menyemak rekod vaksinasi tenaga pengajar melalui aplikasi MySejahtera untuk memastikan mereka mengambil vaksin, kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM).

“Ini penting bagi memastikan mereka yang menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat tidak termasuk dalam kumpulan antivaksin,” katanya pada program Penyerahan Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Kotak Makanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong di sini pada Khamis.

Halim berkata, ketetapan itu turut terpakai kepada jawatankuasa masjid dan surau seperti imam, bilal dan noja, serta guru sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Perkara itu mengambil kira kepentingan awam. Kita juga mensyaratkan agar semua pengerusi lembaga masjid serta surau untuk mendapatkan maklumat guru-guru yang mengajar,” katanya.

Sumber | SH


RUU 3555- LAGI SIMPATI DENGAN WALAUN KENA KENCING HANCING

 

RUU355: Lelaki ini simpati dengan walaun Pas, kena tipu hidup-hidup


RUU355: Lelaki ini simpati dengan walaun Pas, kena tipu hidup-hidup

Kita rasa amat simpati dengan kawan2 Pas ni. Entahlah, diorang sedar ke tidak.

Punya lah bangga, kononnya dalam diam2 kerajaan buat kerja untuk 355 bila ada jawapan draf sedang dibuat dan bila siap akan dibentang ke negeri2.

Faham ke tak ni?

Bukan bentang ke parlimen sebaliknya negeri2 dalam persidangan penyelarasan undang2 syarak dan sivil.

Maknanya ia terkebelakang lagi daripada private bill Ust Hadi. Ni masih dalam kerja2 awal sebelum masuk parlimen untuk dibahas dan diundi.

Teman kaborkan, kome dah kena tipu dgn 355 dan Merbok.

Dijawabnya, “Takpa, bior kene tipu sebab nakkan kebaikan. Dari menipu nak tolak yg baik.”

Ikutlah saudaraku! Nak kata apa.

Tapi teman tambah, “Siapa menipu nak tolak yg baik? Ulama Pas la kan?”

Hehe.

Sumber | Omar Mo Elbariti


LAGI LEBAI PAS KENA HENTAM DENGAN CYBERTROOPER PAS SENDIRI. IDRIS AHMAD KENA SEKOLAHKAN....SEBAB SEMBANG PANDAI BUAT TAK TAHU

 



Gempar! Cybertrooper Pas sekolahkan Menteri Agama camner nak ‘halalkan’ judi dengan bersyarat



Cybertrooper Pas sekolahkan Menteri Agama camner nak ‘halalkan’ judi dengan bersyarat


Alhamdulillah.

Hari ni Tanaka Mustafa beri cadangan kepada Menteri Agama PAS camne nak ‘halalkan’ judi dengan bersyarat.

ya la, lesen premis judi adalah 100% kuasa kerajaan negeri. bermakna kerajaan negeri ada kuasa 100% boleh tutup premis negeri tanpa sebarang prejudis.

ambil contoh kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1990, sebaik sahaja Nik Aziz jadi MB, antara perkara pertama beliau lakukan ialah tutup terus premis-premis judi berlesen seluruh Kelantan pada ketika itu.

tapi bila PAS dapat kuasa di Kedah, ada MB Kedah tutup semua pusat judi di Kedah?

TAKDE PUN, bahkan PAS ‘halalkan’ pula bisnes perjudian di Kedah. Siap benarkan premis judi perbaharui lesen lagi.

teringat masa PH jadi kerajaan Kedah, ada satu premis judi berpindah ke Pokok Sena, bukan main meroyan macam orang gila puak PAS masa tu. tak pasal-pasal Mahfuz dikapirkan masa tu.

Pendek kata, perjuangan PAS hari ini bukan lagi perjuangan Islam walaupun diorang ratib berkali-kali dasar parti PAS adalah Islam. tapi apa gunanya dasar parti je Islam tapi perangai tak cerminkan Islam pun.

Mujurlah cadangan ni tak keluar dari mulut Anwar Ibrahim atau dari mana-mana pemimpin Amanah. kalau tak sampai mampos Tanaka troll tak berhenti demi hasad yang tidak berkesudahan.

tahniah, cadangan Tanaka ni memang satu cadangan yang LIBERAL.

kah kah kah

🙂

Sumber | Aman Muhammad


LAGI KEGAGALAN PAS- 8 GLC BAKAL DITUTUP..

 


Panas! 8 anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang alami kerugian bakal ditutup tahun ini



Panas! 8 anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang alami kerugian bakal ditutup tahun ini



Sebanyak lapan anak syarikat milik kerajaan negeri yang mengalami kerugian berkemungkinan akan dijual serta ditutup pada tahun ini setelah didapati tidak aktif sejak 2011 hingga 2016.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, secara umumnya syarikat yang mengalami proses penutupan tersebut mempunyai pelbagai justifikasi tertentu.

“Sebagai contoh yang boleh dijelaskan, TI Offshore Service Sdn Bhd yang berstatus domain sejak 2016 namun tidak menjalankan sebarang aktiviti.

“Selain itu, syarikat Suterasemai Sdn Bhd yang berstatus domain sejak 2011 namun sudah tidak beroperasi tetapi kos pentadbiran masih terpaksa ditanggung kerajaan negeri pada setiap tahun.

“Malah syarikat Terengganu Marine Works Sdn Bhd yang diambil alih daripada GLC Terengganu sejak 2014 juga tidak beroperasi,” katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Datuk Sabri Mohd Noor (BN-Langkap) pada Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, syarikat lain yang turut ditutup ialah TI Merchandise Sdn Bhd selepas sudah tidak beroperasi sejak mula ditubuhkan pada 2014 sebelum diaktifkan semula pada 2018 sebagai syarikat menjual cenderamata tetapi dihentikan pada 2019 bagi mengatasi masalah persaingan dengan peniaga tempatan.

“Lain-lain syarikat lagi di mana semuanya adalah berkait dengan tidak beroperasi, berstatus domain dan tidak mempunyai pekerja dalam syarikat itu,” jelasnya.

Sumber | SH

HEBAT!! - MENTERI BN-MIC PUN "KAGUM & HORMAT" KEBOLEHAN ANWAR IBRAHIM

MOU PH+PM - PENGORBANAN BESAR PH PADA RAKYAT! | Anwar Ibrahim, Mat Sabu,...

ANWAR IBRAHIM! - "NADI RAKYAT - HARAPAN MALAYSIA" | Hari Malaysia 16 Sep...

((PANAS)) UCAPAN PENUH AZALINA: SINDIR "DAHSYAT" AHLI PARLIMEN LOMPAT PARTI

RENTASAN 969 | PANAS!!! BERSATU TAKUT RUU AKTA LOMPAT PARTI DISEGERAKAN?









MENARIK DALAM RENTASAN 969
1. HARI MALAYSIA YANG BERBEZA 2. PENYAMUN PUN BERSATU UNTUK MEROMPAK 3. MENGAPA AMANAH TERBABIT RUNDINGAN DENGAN UMNO 4. SIAPA TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT?




TAHNIAH - AKTIVIS MUDA DIKETUAI ADAM ADLY SERTAI KEADILAN.



Kita masih ingat, pada 13 Mei 2013, Adam Adli ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.

Beliau ditahan pada 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[2] Adli digari di pejabatnya di Bangsar dan didakwa mengikut Akta Hasutan dan disiasat di bawah Seksyen 125b Kanun Keseksaan kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia. Pada 19 Mei 2013, Adli telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penangkapannya kerana menghasut. Dikatakan, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum 13 Mei. Adam Adli telah dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 23 Mei 2013 di Kuala Lumpur.

Hari ini, anak muda bekas pemimpin mahasiswa tersebut secara sahnya telah menyertai KEADILAN bersama lebih 20 orang lagi anak muda termasuk wanita muda. Satu lagi suntikan buat KEADILAN yang membuktikan bahawa KEADILAN kini telah menarik minat golongan muda kerana prinsip dan dasarnya tidak pernah berubah iaitu untuk memperjuangkan keadilan, melawan kezaliman dan melaksanakan reformasi.

Pengumuman beliau bersama beberapa wakil anak muda telah diadakan di HQ Keadilan bersama Presiden, DSAI dan Ketua AMK, YB Akmal Nasir. Tahniah, anak muda !!

WFAUZDIN NS

Vaccine Mandate Rebellion! Republican Governors Fight Back (PERDEBATAN MENGENAI PEMAKSAAN PENGAMBILAN VAKSIN )


Kredit : Zubaidi Sudin

*DI NEGARA LUAR, PEMBANGKANG BERSAMA RAKYAT TERTINDAS UTK BERSUARA*

Seperti di Australia, Pembangkang di US bangkit menentang Presiden Biden yg mahu mewajibkan vaksin. 21 Negeri di US menentang cdgan mewajibkan vaksin. Sudah hampir sekitar 70% Rakyat Amerika divaksin tapi kes jangkitan COVID19 mereka masih tinggi dan Rakyat mempersoalkannya. Rakyat semakin marah dgn paksaan ini kerana mereka anggap Presiden melanggar hak yg sgt asasi iaitu hak memilih apa yg boleh dan tidak boleh dimasukkan ke dlm badan mereka. Mereka tidak memilih Presiden utk jd *DIKTATOR*.

Senator2 dan Rakyat yg sudah ambil vaksin ikut sama menentang diskriminasi kerana mereka kata keputusan itu salah dan *TIDAK MENGIKUT FAKTA SAINS*. Heran sungguh dgn Malaysia ni, *Naratif PALSU* pun dituruti tapi dakwa kununnya ikut Sains? *Kaki Temberang*.

Mengikut kajian di US, 70% mereka yg belum divaksin bersedia berhenti kerja jika dipaksa ambil vaksin dan ini akan memberi kesan kpd ekonomi. Itu cara rakyat Amerika lawan paksaan ini sbb mereka sgt ramai. Di Italy dan France mereka yg vaccinated membakar V-passport dan sama2 menentang diskriminasi utk menunjukkan solidariti kpd yg unvaccinated. Di Malaysia yg vaccinated dok naik status berbangga dgn vaksin dan ada yg mengutuk2 yg tidak vaksin. Tak lama kemudian samada ibu bapa mereka mati selepas vaksin atau mereka sendiri sudah berpindah alam. Yg belum kena elok sujud syukur. Jgn riak, angkuh dan sombong sehingga mahu memaksa org lain, lalu tanpa sedar sudah *BERTUHANKAN* makhluk vaksin sedangkan Allah yg beri rezeki dan nikmat kesihatan.

Jika di US dan Australia rakyat mereka ada *PEMBANGKANG* utk sama2 pertahankan hak ASASI mereka, di Malaysia kita ada *PEMBANGANG* yg sama-sama *ZALIM* bersetuju dgn KERA j dan berharap org terus undi mereka hanya sbb mereka rasa mereka bukan Penyamun, kununnya mereka tegakkan Keadilan ala ala memilih siapa yg patut terima keadilan. Itu je bezanya. Golongan minoriti tetap dibiarkan ditindas tanpa pembelaan. Rahmatan Lil Aalamin sungguh bukan?

Semoga Allah menunjukkan kuasaNya kpd mereka2 yg berlaku zalim, hipokrit dan munafik.

Wallahualam.

- Zus Din

15 September 2021

 

ADAKAH VAKSIN MENJADIKAN DASAR PENGASINGAN ANTARA YANG DIVAKSIN DAN TIDAK ? VAKSIN MENYEBABKAN VIRUS BERMUTASI?


SOHAIMI ALI


May be an image of text that says "TORONTO SUN Sign In dealnews. FIND AMAZING DEALS BEFORE THEY'RE GONE! SHOP NOW Ontario More than 100 Ontario youth sent to hospital for vaccine-related heart problems: Report There were 54 persons aged 25-39 included in the tally and 44 persons aged 40 and over Anthony Furey Sep 03, 2021 14 hours ago minute read."


“A report quietly released last week by Public Health Ontario (PHO) tallies the number of people in the province who have presented to hospital with heart inflammation following mRNA vaccination, and it skews heavily towards young people.”


SOHAIMI ALI


Berapa lama politikus pembangkang mau diam terhadap isu diskriminasi apartheid vaksin??

Ahli politik luar negara timur dan barat telah lama bersuara. Malah pakar-pakar barat telah terbitkan kajian bahawa orang vaksin lebih besar keupayaan menyebarkan variant virus kerana vaksinasi telah menggalakkan virus bermutasi.

Apa yg menakutkan mereka dari bersuara sebagai isyarat bahawa mereka masih peduli kepada segala masalah rakyat?? Atau sememang tidak peduli??

Bahawa mereka apabila memerintah nanti akan melakukan diskriminasi yg sama?? Apakah ini yg mereka mau tanam kedalam kepala rakyat melalui sikap berdiam diri??

Bayangkan.. kalau UmnoPN bersikap cerdik dan mengambil keuntungan dari situasi ini..;

Tiba-tiba bila dihari perayaan atau hari hampir dengan PRU.. UmnoPN melonggar atau membatal diskriminasi atas alasan cakna rakyat diwaktu pembangkang tidaka peduli..

Atau sekiranya mereka menjadi lebih cerdik.. dan mula bercakap dan bertindak membela golongan tolak vaksin dengan pinda SOP kpd lebih praktikal, misalnya:

1.Menjadikan hari solat Jumaat alternate atau bergilir-gilir antara golongan vaksin dan tidak vaksin serta membenarkan surau-surau untuk tidak vaksin beroperasi.

2.membenar sekolah-sekolah atau kelas-kelas diasingkan untuk guru-guru dan murid-murid tidak vaksin.

3.membenarkan premis-premis seperti kedai makan khusus untuk tidak vaksin beroperasi.

4.dan banyak lagi cadangan yg logik akal...

Bayangkan... Mereka masuk PRU15 dengan laksana cadangan ini diwaktu keadaan pemimpin-pemimpin pembangkang jadi bisu tak peduli??

 

TURUN ATAU MANIPULASI ANGKA ?


HAMZAH RIE NA


Baru² ini Khairy & kerajaan mengumumkan dengan bangganya kononnya kerajaan berjaya mengurangkan kes baharu buat 3 hari berturut-turut kerana vaksinasi yang tinggi.

Memanglah turun SEBAB KAMU KURANG JUMLAH SARINGAN 4 HARI BERTURUT-TURUT sejak 9 Sept lagi.

8 Sept: 158,501 saringan 

9 Sept: 143,921 saringan 

10 Sept: 132,221 saringan 

11 Sept: 124,648 saringan 

12 Sept: 99,660 saringan 

13 Sept: - Tak umum -

14 Sept: - Tak umum -

15 Sept: - Tak umum -

APA DAH JADI #CovidNow tu??.. Ingatkan makin telus tapi makin byk sorok fakta.

Walaupun angka nampak turun KENAPA KADAR POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK?

Adakah kerajaan masih mahu manipulasi angka-angka COvid-19 untuk menipu rakyat?

#KerajaanGagal

SR

 

May be an image of text that says "STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA Dikemaskini 15 September 2021, 11.59 malam Sudah 3 hari berturut-turut angka kadar positif dan jumlah saringan dirahsiakan.. Kes Baharu Kadar Positif Jumlah Saringan 15 Sept 14 Sept 13 Sept 12 Sept 11 Sept 19,495 15,669 16,073 19,198 19,550 ? ? ? 19.26 15.68% 99,960 124,648 KHAIRY KATA AKAN TELUS TETAPI KENAPA MASIH LAGI NAK SOROK MAKLUMAT DARIPADA RAKYAT? SR suara-raikyat"







ANAK MUDA JANGAN MUDAH DIBELI DENGAN JERSEY BOLA SEBAGAIMANA ORANG BODO TERIMA KAIN PELIKAT DAN SEKAMPIT BERAS UNTUK MENGUNDI

 

Jikalau org berumur dapat kain batik/pelikat sehelai, RM100 dah sia2kan undi 5 tahun angkat spesis penyamun, persuah, penipu, penunggang agama.

Ni yang 18 tahun, jangan la dapat jersey untuk main futsal korbankan 5 tahun usia kamu. Yang perempuan dpt pula tudung jenama artis. Banyak tu saja ke nilai hidup kamu?

Jadilah pengundi yang cerdik, jangan ulangi kesilapan mak ayah dulu. Susah2 mereka tak sesusah kamu. Dulu mereka tak payah bersaing dgn warga asing. Dulu walau susah, harga makanan murah. Dulu mereka banting tulang antar anak belajar, anak tamat belajar, dah boleh balas jasa mereka sebab ada kerja menanti. Dulu mereka dapat beli rumah walau kerja kerani. Dulu mereka hanya ada radio dan tv. Apa berita dari tv itulah yang mereka yakini dan terus beri undi.

Zaman sudah berubah, tidak sama dengan zaman ibu bapa lagi. Sekarang pelbagai info dihujung jari. Sekarang mesti punya halatuju, atau kamu akan terus teraba-raba, tidak pasti. Jangan sesekali ulangi kesilapan ibu bapa kamu lagi KERANA apa yang kamu rasai adalah kesan kesilapan mereka.

Tiada pekerjaan, lambakan pekerja asing, tiada simpanan, tiada peluang memiliki aset adalah hasil kesilapan dan kealpaan mereka memilih pemimpin yang tidak layak menjadi kerajaan. Mereka tergoda dengan pemberian yang sedikit lalu kuasa undi mereka disia-sia dan menangkan perompak penyamun yang menjarah negara. Jangan kamu ulangi kesilapan mereka kerana kesilapan kamu akan memusnahkan negara. Ayuh anak muda, buka mata, telinga, mulut dan minda. Sedarlah bagi segala masalah mesti ada punyanya. Pastikan anda ketahui punca agar undi yang anda buang tidak sia-sia. Hanya anda sebagai rakyat mampu menyelamat. Hanya anda mampu menyekat Malaysia dari pemimpin jahat. Mulakan dari sekarang, masa jangan dibuang disia-sia. Buatlah persediaan agar undi yang anda buang tidak mengkhianati diri anda.

 

MANA KEMENTERIAN KEPENGGUNAAN ? TAK MAMPU ATAU TAK BOLEH BUAT KERJA ?


HAMZAH RIE NA


𝗦𝗛𝗔𝗠𝗘 𝗢𝗡 𝗬𝗢𝗨 !!.. Dah #koyak baru nak delete kedua-dua posting tu. Sebelum post tak boleh fikir ke sensitiviti rakyat yang dalam kesusahan..?

Suruh 'support' pasar raya besar? Kat ceruk pedalaman kampung² tu ada pasar raya ka..?

Kalau beginilah sikap lepas tangan KPDNHEP nak tangani masalah baik tutup jelah kementerian ni.

#𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹

SR

 

May be a cartoon of 2 people, headscarf and text that says "KPDNHEP Laman Rasmi lalu Kempen Bodoh Apa Ni? Siapa kata ayam di pasar raya tidak segar..? KPDNHEP @kpdnhep #KPDNHEP #NormaBaharu Norma Baharu iiiih! mahalnya ayam pasar awam! Laa..Kenapa tak beli kat pasaraya? Translate Tweet Tapi ayam pasaraya kan segar? kenapa murah Norma Baharu iiiih mahalnya kat awam! sama, sembelih idup dipas pasaraya awam kat asaraya? kya jugak????? ana paSa sembelih pasar pasaraya jugak????? SR Kerajaan langsung tak fikir sensitiviti rakyat yang dalam kesusahan!!"

KES INI ÀMAT MENGESANKAN

 

Wawa Jubri


Hebat orang ni patut kena tarik balik gelaran ...





JIKA MASIH HIDUP TENTU MENYESAL.

 

Suhailan Jahal

Rasenya jika arwah2nya masih hidup pastinya mereka berasa amat kecewa... Ehh sorry hidup lagi ke?lupa tye🤦🏽‍♂️😅





MOU DENGAN PH BERI KELEBIHAN HAMZAH DILANTIK TPM….


Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH pada petang Isnin lalu, orang penting di belakang tabir dalam menentukan kesuksesannya ialah Hamzah Zainuddin.

 Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu bukan saja merupakan perancang utama sejak awal lagi, bahkan telah memainkan peranan sangat penting bagi pihak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sehingga berjayanya MOU itu ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

 Difahamkan peranan Hamzah boleh dikata sampai ke tahap menyeluruh bermula daripada awal hinggalah MOU itu selesai ditandatangani, termasuk dalam berurusan dengan pemimpin-pemimpin PH.

 Mereka yang tahu berkaitan dengan perkara itu memberitahu, peranan Hamzah malah sehingga ke peringkat menentukan tempat dan bilik untuk majlis itu diadakan.

Kata mereka, pemilihan Bangunan Parlimen dan penentuan bilik di dalam bangunan tersebut untuk majlis berkenaan adalah diputuskan oleh Hamzah.

 Pemilihan Bangunan Parlimen dibuat kerana Hamzah merasakan ia sebagai tempat yang dirasakan paling sesuai bagi acara bersejarah itu, di samping bilik yang dipilih pula dapat memberi keselesaan kepada Ismail Sabri untuk menghadirinya.

 Dengan berjayanya MOU itu ditandatangani yang dari segi politiknya memberi Ismail Sabri laluan selesa mengemudi negara sekurang-kurangnya sehingga PRU15 akan datang, Perdana Menteri difahamkan amat berpuas hati dengan kerja yang dilakukan Hamzah itu.

 Lebih-lebih lagi dengan perancangan dan keselesaan yang diberi kepada Ismail Sabri untuk hadir tanpa berdepan banyak kesukaran, Hamzah boleh dianggap telah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

 Dengan kejayaan Hamzah bersama MOU tersebut, beliau kini disebut-sebut sebagai pilihan yang sedang melekat di hati Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 Seorang pemimpin Bersatu yang agak dekat dengan Hamzah tidak menolak Ahli Parlimen Larut itu akan dilantik ke jawatan nombor dua dalam kerajaan dalam waktu terdekat ini.

 “Saya difahamkan perlantikan Hamzah akan dibuat sebaik saja sidang Parlimen yang sedang berjalan ini berakhir,” kata pemimpin Bersatu berkenaan dengan yakin.

 Katanya, kalangan yang dekat dengan Hamzah juga menyebut perkara yang sama iaitu Menteri Dalam Negeri itu akan dinaikkan pangkatnya tidak lama lagi.

 Hamzah sendiri, tambah beliau, bila diusik dengan kemungkinan itu hanya membalasnya dengan senyuman meleret yang penuh makna.

 Pemimpin Bersatu itu menambah lagi, dengan kerja sempurna yang berjalan dilakukan Hamzah dalam merealisasikan MOU dengan PH itu, Ismail Sabri sebenarnya tiada pilihan lain dalam mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan serta bagi meringankan tugas Perdana Menteri.

 “Hamzah adalah pilihan yang sesuai buat Ismail Sabri,” katanya.

 Sebelum ini, sebaik Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, nama yang paling disebut-sebut akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan pimpinannya ialah Azmin Ali.

 Azmin bukan saja calon pilihan yang dicadangkan oleh Bersatu, malah merupakan keutamaan yang cuba ditonjolkan oleh Mahiaddin Md Yasin sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 Begitu pun, dalam sususan kabinet yang dibentuknya, Ismail Sabri tidak mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan gaya Mahiaddin sebelum ini iaitu mewujudkan empat jawatan menteri kanan.

 Ismail Sabri dikatakan agak keberatan untuk melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan imejnya yang sudah tercalar di mata umum dan beliau bimbang tidak terpikul dek bebanan tersebut.

 Meskipun Azmin berkedudukan salah seorang menteri kanan, tetapi beliau tidak diberi sebarang peranan mewakili kerajaan dalam rundingan berkaitan MOU dengan PH itu.

 Sebaliknya, peranan utama telah diberi kepada Hamzah yang bersama kejayaannya melaksanakan tugas itu dengan cemerlang serta mampu membuatkan Ismail Sabri bernafas selesa, perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan tidak dapat dielakkan lagi.

 Lagi pun dengan bebanan tugasnya dan pelbagai masalah di sekitarnya, Ismail Sabri tidak mungkin mampu berlama-lama tanpa ada seorang Timbalan Perdana Menteri membantunya. – 

ShahbudinHusin 16/09/2021.

 

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

 



Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan secara baik menerusi rundingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata, beliau menghormati pandangan akar umbi yang menggesa hanya menggunakan logo PKR.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, katanya, terdapat juga gesaan daripada parti komponen untuk menggunakan logo PH.

“Kita perlu berunding secara baik kerana masing-masing ada hujah yang kuat,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon PH yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada PRU-14 2018 lalu, semua parti komponen termasuk Bersatu ketika itu bertanding menggunakan logo PKR/