PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

 



Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan secara baik menerusi rundingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu berkata, beliau menghormati pandangan akar umbi yang menggesa hanya menggunakan logo PKR.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, katanya, terdapat juga gesaan daripada parti komponen untuk menggunakan logo PH.

“Kita perlu berunding secara baik kerana masing-masing ada hujah yang kuat,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon PH yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pada PRU-14 2018 lalu, semua parti komponen termasuk Bersatu ketika itu bertanding menggunakan logo PKR/

No comments: