‘Tak akan nak persoal kuasa Yang di-Pertuan Agong’


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menempelak pihak yang mempersoalkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson walaupun Presiden PKR itu telah mendapat pengampunan bebas daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menyifatkan ia sebagai serangan tidak masuk akal, Guan Eng berkata, mereka sepatutnya menumpukan kepada isu rakyat dan bukannya membangkitkan perkara tersebut.
“Agong pun sudah ampunkan, apa nak minta lagi? Tak akan hendak mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Tolonglah, tumpukan kepada isu-isu rakyat di Port Dickson dan masa depan negara,” katanya pada ceramah di Port Dickson, semalam.
Pada 28 Sept lalu, seorang pengundi memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah mengenai kelayakan Anwar bertanding dalam PRK Port Dickson.

Noraziah Mohd Shariff dalam affidavitnya menyatakan pengampunan diraja terhadap Anwar tidak mengecualikan kehilangan kelayakannya untuk bertanding kerana Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mendakwa kononnya lembaga itu juga berjalan tanpa penyertaan peguam negara – seperti dikehendaki dalam Fasal 42(5) Perlembagaan Persekutuan – dan menteri wilayah persekutuan – seperti Fasal 42(11) Perlembagaan Persekutuan.
PAS dalam reaksinya turut menggesa mahkamah menyegerakan pendengaran saman pemula tersebut bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon pilihan raya.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menggesa pengundi di Port Dickson memilih Anwar Ibrahim pada 13 Oktober nanti.

“Pada 13 Oktober, marilah kita hantar satu mesej yang lantang dan kuat kepada seluruh Malaysia dan seluruh dunia yang melihat (PRK) Port Dickson sekarang, (bahawa) kita mahu Pakatan, kita mahu Anwar Ibrahim,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. –

AGONG BERKUASA PENUH AMPUNKAN ANWAR

PEGUAM NEGARA BANTAH SAMAN LUCUT KELAYAKAN ANWAR

ANWAR MOHON BATAL SAMAN HILANG KELAYAKAN TANDING PRK

ANWAR BOLEH MENANG 10,000 UNDI MAJORITI – IDE

RAGAM BERKEMPEN

Image may contain: 10 people, people standing

Image may contain: one or more people and text
Image may contain: one or more people and text


Nampak banner besar tue..? Ia dipasang oleh jentera PRK Port Dickson Keadilan Sabah..

Ia dipasang dari tingkat 18.. Mereka bawa naik banner tue menggunakan tangga kerana lif gagal berfungsi..




Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: one or more people and people sittingImage may contain: 5 people, outdoor and nature

PORT DICKSON BERGEGAR MALAM INI



Malam ini Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan turun berkempen dalam satu program ceramah perdana di Port Dickson bagi membantu kemenangan calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.

Meskipun bukan kebiasaan bagi beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri selama ini untuk turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil, tetapi demi melihat bakal penggantinya menang dengan selesa, Tun Mahathir nampaknya sanggup melakukan sesuatu yang tidak biasa baginya.

Malam ini, selain turut dihadiri beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan yang lain, buat pertama kalinya setelah lebih 20 tahun, Tun Mahathir dan Anwar akan kembali sepentas demi rakyat dan negara.

Jika dulu, sebelum 2 September 1998, Tun Mahathir dan Anwar selalu berada sepentas  kerana memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, episod sepentas itu berulang kembali malam ini di mana Anwar telah dinamakan sebagai Perdana Menteri ke-8 yang akan mengambil alih tempat Tun Mahathir sebaik beliau sedia mahu menyerahkan kuasanya.

Sudah tentu detik malam ini bukan saja ditunggu-tunggu oleh pengundi Port Dickson, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagaimana dulu gandingan Tun Mahathir dan Anwar adalah gandingan kecemerlangan untuk memajukan negara, takdir Tuhan telah menentukan ia muncul kembali setelah pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak, juga untuk memaju dan membawa kecemerlangan kepada negara.

Untuk itu, tidak ada sebab bagi pengundi Port Dickson tidak turun beramai-ramai pada malam ini dan seterusnya memberi kemenangan bergaya buat Anwar dan Pakatan Harapan pada 13 Oktober ini.

Tidak mengundi Anwar yang merupakan bakal Perdana Menteri ibarat menolak tuah bagi pengundi-pengundi Port Dickson, sedangkan calon-calon lain tidak mampu menawarkan apa-apa pun selepas tarikh pengundian berakhir nanti.

Lebih daripada itu, memberi kemenangan besar  kepada Anwar juga akan menjamin kestabilan politik Pakatan Harapan dalam mengurus negara dan memberi keselesaan kepada rakyat jelata.

Sebaliknya, memberi ruang kepada calon-calon lain hanya menjerumuskan politik negara ke arah ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

Yang penting, kesediaan Tun Mahathir turun berkempen bukan saja menzahirkan keikhlasannya terhadap Anwar, tetapi sekaligus mengesahkan bakal "Yang Berhormat Port Dickson" inilah pengganti untuk mengambil alih tempatnya tidak lama selepas ini.

Bersama dengan kehadiran Tun Mahathir ini, sejak beberapa hari lalu, Bersatu juga sudah mula menggiatkan gerakan kempen di kawasan-kawasan pengundi Melayu untuk memastikan mereka memberi kemenangan yang besar kepada Anwar.

Bergegarnya Port Dickson malam dengan gandingan hebat Tun Mahathir dan Anwar adalah tanda-tanda kesejahteraan serta keceriaan untuk tahun-tahun yang mendatang buat seluruh rakyat dan negara. (ShahbudinHusin 08/10/2018).

KEMPEN ANWAR DALAM KONSERT, PENDUDUK PD TERUJA

BERSATU AKAN DAPATKAN UNDI UNTUK ANWAR

SIAPA KITA JIKA MASIH TIDAK MAHU MENYOKONG ANWAR?



Hari ini, Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin meluangkan masa petangnya  turun berkempen bersama Anwar Ibrahim di Port Dickson.

Sudah tentu tujuannya turun itu ialah untuk melihat dan memastikan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan menang dengan cemerlang pada pilihanraya kecil 13 Oktober nanti.

Hari Isnin 8 Oktober nanti, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pula akan turun ke Port Dickson dalam program ceramah perdana bersama para pemimpin kanan Pakatan Harapan.

Ini adalah pertama kali sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Tentulah tujuannya juga untuk melihat dan memastikan kemenangan bakal penggantinya itu.

Lalu, siapa kita jika ada lagi yang menceceh mahu melihat kekalahan Anwar?

Jika mengaku penyokong Pakatan Harapan, wajarkah mereka yang masih bersikap sebegitu? (ShahbudinHusin 06/10/2018)



PRK PD: TUN MAHATHIR TURUN KEMPEN SATU PENGHORMATAN