Undi tolak bajet: Mahfuz sanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS
Siapa tak faham boleh baca benda ni...
Jadinya macam yang aku tulis sebelum ni, takdak sebab untuk PAS takut untuk undi tak sokong Bajet 2016.
Cuma agak memalukan kut bila Timbalan Presuden PAS pun tak sedar benda ni dan takdak pulak dari kalangan pimpinan PAS pusat yang betulkan statement Ust Tuan Ibrahim tu.
Nasib baik la ada Ahli Parlimen PAS spesis "mempelam harumanis" macam Hj Mahfuz yang tau cerita dan berani membetulkan statement Timbalan Presiden PAS tu.
Hj Mahfuz jugakdilaporkan berkata:
Maknanya, takdak alasan dah kut untuk PAS tak sokong undi tolak bajet tu.
Tambahan pulak, walaupun sebelum ni Hj Hadi buat ketetapan PAS takkan sokong usul undi tak percaya terhadap Najib tapi PAS dah pun buat u-turn bab tu bila Hj Mustafa Ali, pemimpen veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS pusat buat kenyataan yang Ahli Parlimen PAS akan sokong undi tak percaya ke atas Najib sebagai PM yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah.
Sumber: Cenangau
MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.
Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.
"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.Rupanya memang dah ada kes sebelum ni yang menafikan "government shutdown" disebabkan bajet gagal diluluskan.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.
"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.
"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.
"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak. - Ibid.
Jadinya macam yang aku tulis sebelum ni, takdak sebab untuk PAS takut untuk undi tak sokong Bajet 2016.
Cuma agak memalukan kut bila Timbalan Presuden PAS pun tak sedar benda ni dan takdak pulak dari kalangan pimpinan PAS pusat yang betulkan statement Ust Tuan Ibrahim tu.
Nasib baik la ada Ahli Parlimen PAS spesis "mempelam harumanis" macam Hj Mahfuz yang tau cerita dan berani membetulkan statement Timbalan Presiden PAS tu.
Hj Mahfuz jugakdilaporkan berkata:
"Menolak Bajet 2016 sama dengan Bajet 2000 yang tidak diluluskan kerana parlimen dibubar. Yang membezakan keduanya ialah menolak Bajet 2016 bererti menolak kepimpinan Najib dan anggota kabinet yang ada," katanya. - Ibid.
Maknanya, takdak alasan dah kut untuk PAS tak sokong undi tolak bajet tu.
Tambahan pulak, walaupun sebelum ni Hj Hadi buat ketetapan PAS takkan sokong usul undi tak percaya terhadap Najib tapi PAS dah pun buat u-turn bab tu bila Hj Mustafa Ali, pemimpen veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS pusat buat kenyataan yang Ahli Parlimen PAS akan sokong undi tak percaya ke atas Najib sebagai PM yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah.
DI PARLIMEN DIAM TAPI DI KAMPUNG CERITA LAIN....
"Siapa yang sebenarnya pengkhianat??" Ikuti penjelasan oleh YBM Dato' Raja Kamarul Bahrin.
Posted by GHB MEDIA TV on Saturday, November 7, 2015
RINGGIT JATUH, GAJI PEMBANTU RUMAH FILIPINA MELAMBUNG
Ringgit jatuh, gaji pembantu rumah Filipina melambung
Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 8 November 2015 melaporkan bahawa gaji pembantu rumah dari Filipina yang telah ditetapkan pada AS$400 sebulan kini amat membebankan majikan di negara ini disebabkan kejatuhan nilai ringgit.
Pada 30 Jun tahun lalu, kadar tukaran ialah RM3.21 untuk AS$1 tetapi pada masa ini telah meningkat kepada RM4.30. Justeru, kini gaji pembantu rumah warga Filipina yang diikat kontrak dengan bayaran AS$400 bersamaan dengan RM1,280, meningkat kepada RM1,720.
Oleh itu, rakyat Malaysia yang kekurangan wang mula menggunakan perkhidmatan membersihkan rumah 2 kali seminggu dengan bayaran RM60 untuk sekali pembersihan bagi menjimatkan kos.
Hal ini membuktikan kemerosotan nilai mata wang membebankan rakyat biasa dari segenap penjuru. Terutama kepada sesiapa yang mempunyai anak yang masih belajar di luar negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Singapura. Mereka terpaksa berjimat cermat untuk menanggung kos lebihan pembiayaan.
Bagi yang tidak mempunyai pembantu rumah dan anak yang belajar, kos sara hidup pula semakin membebankan. Produk import kerap naik harga, termasuk makanan harian seperti susu, sardin, bawang, cili kering, kentang, kacang dhal, barangan tin dan sebagainya.
“Tahun ini Deepavali suram sahaja. Apabila rakyat dihimpit kos sara hidup yang melambung maka suasana keceriaan pun kuranglah,” kata Manogaran, seorang kerani yang bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang berada dalam lingkungan usia 20an.
Beliau berpendapat kerajaan harus berterus-terang mengenai situasi ekonomi dan semua fakta berkenaan ekonomi negara patut disampaikan kepada rakyat.
G25 ‘TIDAK SEBULU’ DENGAN DR M, MUHYIDDIN
G25 ‘tidak sebulu’ dengan Dr M, Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bertemu kumpulan moderat G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka dalam menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian pendedahan seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail kepada The Malaysia Insider.
Bagaimanapun, Tawfik, yang merupakan anak timbalan perdana menteri Malaysia kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata, G25 mengambil pendirian yang tidak memihak sesiapa dan enggan terlibat dalam perkara seperti itu.
Tawfik berkata, Muhyiddin memanggil G25 untuk satu mesyuarat pada September dan memberitahu rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan Najib dan bagaimana beliau berakhir di kedudukannya sekarang.
“Kemudian beliau bertanya kepada kami, bagaimana kami boleh membantu. Kami berkata, pertamanya, kami tidak fikir kami cenderung memihak kepada sesiapa dalam politik. Kami ‘non-partisan’ (tidak berpihak).
“Dan kami memberitahunya, kami merasakan beliau dan Dr Mahathir bukan orang yang tepat untuk melawan Najib. Beliau sedikit terperanjat, meminta saya menerangkan maksud saya.
“Jadi, saya kata, untuk setiap damak yang anda baling kepada Najib, Najib baling balik dua damak,” kata Tawfik, sambil menambah, orang ramai hanya akan tambah keliru dengan keadaan berbalas-balas seperti itu.
Beliau berkata, Muhyiddin diberitahu yang segala masalah sepatutnya ditangani golongan muda yang akan mewarisi negara ini, dan memberi contoh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.
“Mereka ini pemimpin muda masa depan yang mempunyai kepentingan yang lebih besar terhadap apa yang berlaku pada masa akan datang berbanding Dr Mahathir, Muhyiddin dan Najib,” kata Tawfik.
G25 juga memberitahu Muhyiddin, dengan menyebelahi mana-mana pihak, mereka tidak akan dapat memainkan peranan mereka membawa mesej kesederhanaan di negara ini, kerana mereka akan terpaksa mengasingkan segmen tertentu, katanya.
“Itulah yang kami beritahu Muhyiddin. Kita perlu mempunyai hubungan dengan semua akar umbi kita dan kita tidak boleh melakukannya jika kita memihak sesiapa.
“Adalah lebih baik bagi kami membawa pemain semasa kembali ke tengah. Kerana, jika anda tidak boleh menyingkirkan mereka, mungkin anda boleh ubah mereka,” kata Tawfik mengenai perbualan kumpulan itu dengan Muhyiddin.
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai, selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan syarikat yang diilhamkannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan wang RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri dalam akaun bank peribadinya.
The Malaysian Insider menemuramah Tawfik sempena pelancaran buku “Drifting Into Politics”, koleksi penulisan Dr Ismail sendiri, di mana Tawfik merupakan editor bersama dengan ahli akademik Ooi Kee Beng.
Ia juga sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November.
G25 merupakan sekumpulan pesara kakitangan awam yang akhir tahun lalu menulis surat terbuka kepada kerajaan merayu kembali kepada kesederhanaan dan diadakan dialog rasional mengenai kedudukan dan penerapan Islam dalam undang-undang dan dasar negara.
Kumpulan itu kini menerima lebih ramai keahlian dan mengeluarkan banyak kenyataan mengenai isu lain melibatkan kaum dan agama, sambil menyeru kepada kesederhanaan.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam pertemuannya dengan G25 untuk membincangkan Islam dan perlembagaan awal tahun ini, cuba mengalihkan topik perbincangan kepada 1MDB dan mula menyerang kerajaan, kata Tawfik.
“Jadi, saya memberitahunya, kita di sini untuk bercakap tentang Islam, bukan tentang politik. Tetapi beliau terus mendesak.
“Kemudian saya katakan kepadanya, jika anda menyingkirkan Najib, siapa anda mahu menggantikan beliau? Dan apa yang membuatkan anda fikir orang ini akan lebih baik darinya (Najib)?
“Dia berkata, ‘yalah, anda tahu, orang yang menggantikan beliau akan dibimbing oleh satu majlis yang terdiri daripada mereka yang lebih tua’,” cerita Tawfik.
Bagaimanapun, Tawfik berkata, beliau tidak dapat menerima hujah itu, kerana katanya, tidak demokratik untuk mempunyai satu majlis yang anggotanya tidak dipilih, untuk memberi arahan kepada perdana Menteri.
Beliau berkata, Dr Mahathir juga mengkritik Najib berhubung wang yang dikatakan dilesapkan oleh perdana menteri.
“Jadi, saya balas balik. Dari masa anda menjadi perdana menteri sehingga anda bersara, jika saya ambil semua kerugian anda dan menghitungnya berdasarkan nilai hari ini, saya yakin ia akan lebih banyak daripada jumlah yang dikatakan hilang dalam 1MDB.
“Kemudian, semua orang di sekeliling meja itu terkejut, kerana mereka tidak menjangkakan konfrontasi itu,” kata Tawfik, sambil menambah mesyuarat itu berakhir di situ dengan hujah mereka itu.
Bekas ahli Parlimen Umno itu mengakui beliau tidak memandang tinggi Dr Mahathir dan menyalahkan bekas perdana menteri itu dan dasar beliau yang mengakibatkan Malaysia berada dalam keadaan sekarang.
Beliau berkata, Dr Mahathir membatalkan usaha yang dilakukan Dr Ismail dan pengasas Malaysia terdahulu dalam terus berpegang kepada kuasa.
Isu perkauman hanya bermula apabila Dr Mahathir menjadi semakin bimbang tentang “hak Melayu”, dan mula menjadikan kaum lain sebagai kambing hitam dalam menyatukan orang Melayu, kata Tawfik.
Peningkatan “Islamisasi” Malaysia juga, jika disorot kembali, bermula dengan cubaan Dr Mahathir menangani pengaruh PAS, katanya.
Akhirnya, pemimpin terdahulu sebelum Dr Mahathir dianggap gagal di jalan yang beliau ukir sendiri, kata Tawfik.
“Najib mungkin anak Tun Razak, tetapi, dari segi politik, beliau anak kepada Mahathir,” kata Tawfik.
HUSAM: ‘SAYA BERUBAH ATAU PAS YANG BERUBAH?’
Husam: ‘Saya berubah atau Pas yang berubah?’
Adun Salor YB Husam Musa terus melontarkan persoalan terhadap pelbagai perkara yang timbul dalam parti Islam itu sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau, krisis yang dilalui Pas hari ini berpunca daripada pendirian presiden TG Hadi Awang yang sering membangkitkan kerjasama dengan Umno.
Perjuangan yang menyeleweng daripada landasan lurus yang diasaskan sejak era Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat itu menyebabkan parti semakin kucar kacir dan mengelirukan penyokong Pas di peringkat akar umbi.
Ikuti kenyataan media terbaharu Husam yang diemel ke Suara pakatan daily:
i) ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB
Kenyataan Media
Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:
1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK
2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah
3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015
2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah
3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015
Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap.
Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh.
Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh.
Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.
Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan.
Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.
Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya’kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Sekian. Terima kasih.
Pegawai Media
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015
—————
Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB.
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015
—————
Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB.
ii). SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH?
Saya melihat – Pas yang berubah.
Kalau berkait dengan parti – saya tetap berpendirian – dalam politik Malaysia Pas perlu berusaha menjadi ‘kepala’ dan bukan ‘ekor’ membawa Islam sebagai teraju pentadbiran, polisi, pendekatan dan dasar negara.
Di Terengganu, negeri Presiden PAS, satu masa dulu berslogankan PGU – Pas Ganti Umno. (Di Kelantan, Tok Guru tak pernah bawa slogan ini tetapi PAS Alhamdulillah kekal mentadbir Kelantan hingga saat ini)
Hari ini, Presiden PAS dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi ‘Penasihat’ ekoran kenyataan beliau : ‘Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan…’ (Sinar Harian, 1 November 2015). ‘Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi’ ( Sinar Harian, tarikh sama)
‘Kita mahu jadi pembangkang yang menasihat sekiranya kerajaan sanggup menukar dasar dengan konsep Islam kita bukan pelahap untuk rebut jawatan’, katanya. (sumber sama)
‘Hadi: Ada orang cemburu hubungan PAS-UMNO’ – Sinar Harian, 6 Jun 2015.
Sebagai ahli Pas berjawatan YDP Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan Presiden saya kebelakangan ini.
Saya tidak berhajat untuk memetik semua laporan berita kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden saya.
Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?
Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi.
Saya dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.
Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah PJ Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu. Saya berubah atau Pas berubah?
Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?
UG adalah contoh lain.
Sekian lama, satu-satunya pemimpin Pas yang mendendangkan lagu UG adalah Presiden PAS sendiri.
Pertama, adakah gagasan ini pernah diluluskan dalam mana-mana muktamar PAS?
Jika tidak, kenapa?
Menjelang muktamar 2011, Presiden telah menarik balik gagasan ini secara terbuka.
Menjelang muktamar baru lalu pula, dalam ucapannya di Singapura, Presiden mengulangi cadangan pembentukan Kerajaan UG.
Adakah beliau memasukkan gagasan yang beliau kemukakan semula itu dalam ucapan dasar bagi Muktamar baru lalu?
Kenapa gagasan yang begitu besar itu tidak dibawa kepada mesyuarat parti/Muktamar?
Saya berubah atau Pas berubah?
Kedua, selepas bertahun-tahun gagasan itu dijual, adakah ia berjaya dan menjadi kenyataan?
Parti mana yang telah menyambutnya?
Jika tidak, bukankah lebih baik jika rundingan belakang tabir dilakukan terlebih dahulu sebelum dijual terbuka tetapi tiada langganan. Bukankah itu menjatuhkan reputasi Pas?
Jika rundingan belakang tabir hendak dilakukan, tidak cukup hanya Majlis Syura diberitahu mengenainya, tetapi mesti juga dimaklum dan diluluskan oleh Pas Pusat.
Seingat saya, rundingan sulit belakang tabir tidak pernah mendapat persetujuan Pas Pusat.
Termasuk apa yang diberitahu oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa seawal April 2008, Majlis Syura telah bersetuju melantik wakil untuk berunding dengan parti-parti termasuk UMNO.
Keputusan itu tidak pernah dimaklum dan mendapat persetujuan Pas Pusat, pada hal isu seperti itu wajib mendapat persetujuan Pas Pusat selaku kuasa eksekutif parti.
Saya berubah atau Pas berubah?
Kalau konsep UG pun gagal tetapi telah menimbulkan pertelingkahan di kalangan ahli, apalah kaitannya secara salah cuba memalukan saya dengan isu lebuhraya, pembinaan stadium dan pengembangan ekonomi mikro menerusi penternakan kambing yang kesemuanya diluluskan oleh parti dan kerajaan secara sah?
Sesetengah pemerhati bahkan berpendapat, itu antara faktor penyumbang kemenangan Pas di Kelantan.
Apa penyelewengan saya dalam isu-isu itu, jika ada?
Adakah Jabatan Penerangan Pas penyambung fitnah dan adu domba UMNO?
Ketiga, apakah cadangan menjadi penasihat kerajaan adalah sambungan dari konsep UG yang tidak berjaya?
Saya tidak menuduh, tetapi parti perlu menguruskan isu ini. Inilah tugas Jabatan Penerangan. Menjelaskan kepada semua ahli dan kawasan-kaeasan di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dan menjadi persendaan.
Bukan menyerang saya. Secara serangan peribadi pula.
Kecuali Jabatan Penerangan pun ikut keliru.
Saya mungkin tersasar bila menyebut kemungkinan kedudukan sebagai penasihat itu bergaji penuh bertaraf menteri. Ia hasil dari ketiadaan penjelasan selepas sesuatu pendirian parti diumumkan.
Saya akui, itu adalah agak saya sahaja.
Nampaknya cadangan menjadi penasihat juga belum dirundingkan secara muktamad namun telah dihebohkan sedemikian rupa. Kalau ikut laporan media, rundingan dengan PM baru hendak dimulakan.
Andaikata ia sekali lagi gagal, jentera parti di peringkat akar umbi sudah bercakaran.
Adakah ini akan menguatkan Pas dalam PRU akan datang, khususnya di Kelantan?
Adakah awal-awal lagi kekalahan yang mungkin akan dialami oleh PAS di Kelantan kerana masalah yang dihadapi oleh PAS sekarang hendak dilonggokkan kepada saya?
Berbalik kepada beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang saya bangkitkan.
Isu pengurusan hutan yang pruden bukan isu baru yang saya bangkitkan.
Jika Jabatan Penerangan Pas cekap dan adil, mereka tentunya ingat ucapan-ucapan saya di Parlimen mengenai pembalakan, pemanasan global dan isu alam sekitar yang lain.
Ia sudah sebati dengan saya dan satu dari komitmen peribadi saya.
Sebagai organ penerangan parti, sudahkah Jabatan Penerangan Pas membelek apa janji Pas selama ini dalam setiap manifesto nasional dan negeri?
Sudahkan mereka mengkaji angka-angka yang terlibat, seperti keluasan tebangan habis hutan simpan?
Jika tidak, saya berubah atau Pas berubah?
iii) MARI MAJLIS DIALOG SAYA 13 NOVEMBER
Dalam artikel yang sama oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pas, saya ditanya ‘Apa Husam mahu?’
Bagi mengetahui jawapannya, saya mempersilakan beliau hadhir dalam majlis dialog terbuka saya di Pasir Tumbuh pada 13 November ini.
Saya yakin, Jabatan Penerangan sudi membayar perbelanjaan perjalanan beliau ke Kelantan.
iv) PAS BENTUK KERAJAAN BERSAMA UMNO DI SELANGOR
Saya membaca kenyataan TITM di Malaysiakini bahawa tiada alasan untuk PAS bergabung dengan UMNO membentuk kerajaan di Selangor.
Sebagai seorang muslim yang wara’ dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.
Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.
Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan. Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?
Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya.
Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan:
– Apa yang saya sebutkan adalah benar.
– Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.
– Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.
Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk ‘Jawapan Fitnah Terhadap Presiden PAS’ – saya harap dapat ditarik balik serta merta.
Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa.
Kenyataan saya adalah benar dan saya bertanggungjawab dunia akhirat.
Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi Maha Agung.
HUSAM MUSA
25 Muharram 1437
7 November 2015
25 Muharram 1437
7 November 2015
AMANAH GENERASI KEDUA POLITIK ISLAM MALAYSIA – DR DZUL
Amanah generasi kedua politik Islam Malaysia – Dr Dzul
Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ia pejuang politik dan gerakan Islam generasi kedua dengan pendekatan baru yang berbeza dan lebih segar berbanding generasi pertama politik Islam di bawah PAS sebelum ini.
Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, generasi kedua gerakan Islam adalah gambaran paling tepat yang boleh diberikan bagi mencerminkan imej Islam yang dibawa Amanah, membezakannya dengan PAS.
“Generasi kami mengambil pendekatan maqasid syariah, sedangkan generasi sebelum kami mengambil pendekatan melaksanakan syariah secara langsung, seperti berjuang melaksanakan hudud secara langsung,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menamakan An Nahdah di Tunisia, AKP di Turki dan PKS di Indonesia sebagai antara generasi kedua gerakan dan parti Islam yang ada di dunia ini sebagaimana kedudukan Amanah di Malaysia.
“Generasi kedua gerakan Islam pasca penjajahan ini lebih memberikan tumpuan kepada keadilan Islam dan ‘good governance’ kepada sebuah kerajaan yang ditadbirnya.”
Amanah turut meletakkan diri mereka sebagai sebuah parti berimejkan Islam sepertimana PAS. Namun, ramai yang bertanya, apakah beza antara PAS dan Amanah.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, perjuangan untuk Islam yang lebih segar dan inklusif dimulakan mereka sejak dalam PAS lagi, namun terhalang.
Pengarah pilihan raya Amanah itu mendakwa, kumpulan merekalah, terdiri dari golongan pemimpin progresif dan profesional PAS sebelum ini, yang banyak berusaha mendekatkan diri dengan pihak luar dari PAS di negara ini.
“‘PAS for all’, menyertai dan memperkasakan Pakatan Rakyat, menubuhkan Dewan Himpunan Bukan Islam dan lain-lain, adalah usaha yang kami lakukan,” kata Dr Hatta di majlis dialog Amanah dengan profesional di Kota Baru baru-baru ini.
Pemimpin PAS berpecah dua dalam muktamarnya Jun lalu apabila golongan profesional dalam parti Islam itu tersingkir akibat tewas pada pemilihan parti.
Selepas tewas, mereka yang dikenali dengan G-18, kemudiannya menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan kini, Amanah.
DAP TANDING 8 KERUSI DI SELANGOR ELAK JATUH KE TANGAN BN
DAP tanding 8 kerusi di Selangor elak jatuh ke tangan BN
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menolak hujah bahawa rancangan DAP untuk bertanding di lapan kerusi PAS di Selangor mencerminkan kurangnya keyakinan terhadap rakan komponen baru mereka.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS.
Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali yang mendakwa DAP berbuat demikian kerana tidak yakin bahawa parti serpihan PAS AMANAH mampu mempertahankan kerusi berkenaan.
“Kalau ingin menilai kenyataan DAP secara serius, saya tidak akan mengatakan bahawa ia menunjukkan kurangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan AMANAH. Sebaliknya saya akan katakan bahawa DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS!
“Ini adalah kerana semua kerusi yang disebut adalah kerusi yang telah dimenangi PAS pada 2013. Tetapi DAP sekarang menganggap bahawa PAS tidak lagi mampu mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan.
“Ini adalah kerana DAP melihat bahawa PAS, melalui kenyataan dan pendiriannya yang mutakhir, telah kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu,” katanya dalam tulisannya di blog AMANAH.
Beliau juga mengingatkan PAS tentang apa yang berlaku pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004, di mana parti itu tewas di semua kerusi DUN yang ditandingi di Selangor.
“Sikap bersendirian PAS hari ini, memungkinkan kembali senario 2004, di mana PAS dan DAP tidak ada persefahaman dalam pilihanraya.
“Oleh itu, sekiranya PAS yang bertanding pada PRU 14, DAP yakin bahawa kerusi-kerusi ini akan jatuh pada BN.
“Untuk elak ia dari berlaku, maka DAP menawarkan dirinya sebagai parti yang akan bertanding di kerusi-kerusi tersebut. Itu pun disebut, sekiranya dipersetujui Pakatan Harapan,” katanya.
Minggu lalu, Ketua DAP Selangor Tony Pua mendedahkan bahawa parti itu mula menggerakkan jentera sebagai asas untuk bertanding di lapan kerusi negeri.
“Ini adalah lapan kerusi yang kita percaya DAP mempunyai pengaruh besar dan boleh menang,” kata beliau sambil menambah bahawa perkara itu akan dibincangkan bersama di kalangan parti-parti Pakatan.
Lapan kerusi yang disasarkan DAP itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
VIDEO PENDEDAHAN PANAS DATO HUSAM MUSA
Sidang Media YB Dato' Hj. Husam Musa Mengenai Lebuh Raya Rakyat
Perbahasan Bajet Kelantan 2015 oleh YB Dato' Hj Husam Musa
Sentimen pengguna negatif: Ekonomi Malaysia sedang gawat
Sentimen pengguna negatif: Ekonomi Malaysia sedang gawat
Posted By: Selena Tay on:
Sebuah akhbar Bahasa Inggeris
tempatan bertarikh 4 November 2015 dalam satu laporan bertajuk ‘Consumer
confidence down’ melaporkan, satu tinjauan 541 orang warga pengguna
telah menunjukkan bahawa setiap 9 orang dari 10 orang yang diwawancara
berpendapat Malaysia sedang mengalami kegawatan ekonomi.Tinjauan itu dilakukan oleh Nielsen Malaysia, sebuah organisasi yang terkenal dalam bidang tinjauan rakyat untuk pelbagai topik terutamanya topik sentimen rakyat terhadap keadaan ekonomi.
Sentimen keyakinan pengguna di Malaysia diberitakan telah jatuh dari 89 mata pada suku tahun yang kedua (April 2015-Jun 2015) ke 78 mata untuk suku tahun yang ketiga (Julai 2015-September 2015).
Sentimen pengguna di bawah paras 100 mata bererti kurang memberangsangkan iaitu sentimen yang pesimis atau negatif. Ini dibandingkan dengan sentimen pengguna di Filipina yang berada pada paras 117 mata; Indonesia 116 mata; Thailand 111 mata dan Vietnam 105 mata.
Hal ini menunjukkan bahawa sentimen pengguna Malaysia boleh dikatakan amat negatif jika dibandingkan dengan lain-lain negara di rantau ASEAN.
Ramai orang yang ditinjau kini berasa bimbang perihal isu ekonomi diikuti dengan kestabilan politik dan kestabilan kerjaya peribadi. Mereka yang bimbang mengenai situasi eokonomi ialah peratusan yang besar sekali iaitu 61%.
Pengurus bagi Nielsen Malaysia, Richard Hall berkata bahawa kejatuhan nilai matawang ringgit telah menyebabkan rakyat merasa bimbang terhadap kesihatan ekonomi negara.
Justeru itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan terhadap masa depan mereka selaras dengan masa depan negara.
Seterusnya, apakah langkah yang akan diambil oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan keyakinan rakyat dan para pengguna?
Rafizi sotong kering, Umno bongkak, bacul’
‘Rafizi sotong kering, Umno bongkak, bacul’
Walaupun tidak tersinggung dan
mengakui mempunyai kegemaran untuk sotong goreng, pemimpin PKR berkata
ia mendedahkan keangkuhan Perdana Menteri dan tidak berdaya.
Walau dinia sebagai ‘sotong masak tepung’, namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui dirinya tidak tersinggung.
Malah, ahli parlimen Pandan yang berasal dari Terengganu itu mengakui bahawa sotong masak tepung atau goreng sotong adalah hidangan kegemarannya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan taktik murahan seperti yang dilakukan portal MyKMU.net bagi menjawap isu-isu penting negara.
“Saya tidak tersinggung, ini sebenarnya adalah tanda bahawa mereka kini terdesak.
“Setiap kali Umno tidak boleh berdepan dengan rakyat atau sukar menjawab kritikan, mereka mengambil jalan keluar dengan melemparkan label atau membuat kenyataan yang menghina,” katanya kepada Malaysiakini.
Katnya, mengupah portal “kelas rendah” untuk menjawab isu kepentingan awam mencerminkan watak sebenar Najib.
“Ini menggambarkan kebongkakannya (Najib) (yang merasakan tidak perlu bagi beliau untuk menjawab) dan sikap tidak berdaya (mengeluarkan hujah pintar untuk mempertahankan 1MDB).
“Meskipun label menghina itu mungkin mampu memuaskan hati sebahagian kecil ahli Umno, sebahagian besar rakyat semakin gelisah dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menyembunyikan isu 1MDB,” katanya.
Portal penyokong tegar Najib, MyKmu.net melancarkan kecaman terhadap Rafizi selepas Pakatan Harapan menamakannya menggantikan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamya.
Walau dinia sebagai ‘sotong masak tepung’, namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui dirinya tidak tersinggung.
Malah, ahli parlimen Pandan yang berasal dari Terengganu itu mengakui bahawa sotong masak tepung atau goreng sotong adalah hidangan kegemarannya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan taktik murahan seperti yang dilakukan portal MyKMU.net bagi menjawap isu-isu penting negara.
“Saya tidak tersinggung, ini sebenarnya adalah tanda bahawa mereka kini terdesak.
“Setiap kali Umno tidak boleh berdepan dengan rakyat atau sukar menjawab kritikan, mereka mengambil jalan keluar dengan melemparkan label atau membuat kenyataan yang menghina,” katanya kepada Malaysiakini.
Katnya, mengupah portal “kelas rendah” untuk menjawab isu kepentingan awam mencerminkan watak sebenar Najib.
“Ini menggambarkan kebongkakannya (Najib) (yang merasakan tidak perlu bagi beliau untuk menjawab) dan sikap tidak berdaya (mengeluarkan hujah pintar untuk mempertahankan 1MDB).
“Meskipun label menghina itu mungkin mampu memuaskan hati sebahagian kecil ahli Umno, sebahagian besar rakyat semakin gelisah dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menyembunyikan isu 1MDB,” katanya.
Portal penyokong tegar Najib, MyKmu.net melancarkan kecaman terhadap Rafizi selepas Pakatan Harapan menamakannya menggantikan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamya.
HUSAM TIBAI LEBAI DERIS
Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar?
Sinar Online menyiarkan ingatan YB Idris Ahmad kepada saya berkait kenaikan gaji MB/TMB dan Adun Kelantan.
Tak sangka beliau juga seorang yang melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat.
Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh Pas nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.
'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.
Ya kah begitu?
Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.
Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?
Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?
Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?
YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.
Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?
Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.
Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.
Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak.
Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.
Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.
Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi.
Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.
Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.
Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.
Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak.
Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.
Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.
Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....
Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015
'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.
Ya kah begitu?
Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.
Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?
Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?
Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?
YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.
Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?
Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.
Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.
Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak.
Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.
Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.
Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi.
Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.
Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.
Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.
Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak.
Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.
Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.
Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....
Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015
VIDEO : Lagu ‘Mana hilang 2.6 bilion’ raih 80,000 tontonan
Lagu ‘Mana hilang 2.6 bilion’ raih 80,000 tontonan
Posted By: Pentadbiron:
Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.
Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.
“Mana Hilangnya 2.6 Bintang” ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap,” kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.
Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran kehidupan harian rakyat.
Walaupun lirik lagu itu tidak menyebut nama Najib, wujud rujukan terselindung kepada skandal berlanjutan perdana menteri itu yang menyebabkan timbul desakan untuk beliau meletak jawatan, mencetuskan kekecohan, berdasarkan komentar yang diberikan.
“Alangkah indahnya kalau Najib tidak ada… bintang pun kembali terang,” kata Ant Man di akaun Facebook Sukan Star TV, di mana video lagu itu dikongsi.
Azimah Zainul menambah:“Sedihnya lagu ini, macam ada kena mengena dengan hidup saya… T_T.”
Rini Reney berkata:“Bagus lagu ini… dalam kita troll, inilah realiti isi hati rakyat Malaysia…”
Di Youtube, Aaron Siva berkata:“Indah sampai buat saya mahu menangis.”
Najib berdepan kritikan paling lantang sepanjang kerjaya politiknya berikutan pendedahan derma RM2.6 bilion itu serta skandal cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan perkara itu pada Julai berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi wujud pergerakan wang melalui pelbagai entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai jumlah, terbesar – AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun sama.
‘Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?’
‘Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?’
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.
“Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu,” kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik
Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik
Posted By: Pentadbiron:
Walaupun perhimpunan raksasa PAS di
Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di
kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda
Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.
Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.
Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.
“Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.
Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.
Mereka diberikan gelaran “harum manis” iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.
“Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah,” kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.
Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.
Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.
“Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.
Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.
Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.
“Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan,” kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.
Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.
Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.
Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.
“Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya,” katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.
“Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja,” katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah.
‘LIKEORANGE, PENCERAHAN POLITIK MASA DEPAN’ – AMANAH PERAK
‘
LIKEORANGE, PENCERAHAN POLITIK MASA DEPAN’ – AMANAH PERAK
‘LikeOrange, pencerahan politik masa depan’ – Amanah Perak
Cabaran besar dalam usaha menegakkan keadilan dan masyarakat bertamadun ialah mengeluarkan pemikiran ikut-ikutan pengikut-pengikut parti politik kepada pemimpin-pemimpin parti mereka.
Oleh itu, Pemuda Parti Amanah Negara Perak melancarkan kempen LikeOrange untuk memecahkan kejumudan pemikiran rakyat Malaysia yang diindoktrinasikan secara songsang oleh pemimpin politik, terutama dari BN.
“Walaupun saya kini bersama AMANAH, saya akan pastikan pimpinan yang bersikap sebegini akan ditegur, supaya mereka tidak memanipulasi fakta; sentiasa berlapang dada apabila ditegur; telus pada gerak kerja mereka; jujur; peduli dan inklusif tanpa ada kepentingan peribadi. Ia adalah akhlak Rasulullah yang wajib kita contohi.
“Saya sendiri memohon teguran sahabat-sahabat sekiranya saya terikut-ikut cara pemimpin-pemimpin yang saya sebutkan seperti di atas.
“Setiap jiwa ini, adalah jiwa yang merdeka. Tidak ada sesiapa yang akan bertanggungjawab (accountable) ke atas kita di akhirat kelak, melainkan diri kita sendiri. Tidak ada pemimpin atau jemaah atau parti politik yang boleh melindungi kita di padang Masyhar kelak.
“Moga kita semua dapat menggerakkan usaha mendidik masyarakat ini menjadi masyarakat yang bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan yang diemel ke Suara pakatan daily.
Subscribe to:
Posts (Atom)




