Kesian Ali Rustam, dulu Cina “kencing” dia, sekarang Umno Melaka pula - Shahbudin Husin


Rencana


October 21, 2013


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin antara ahli politik paling bernasib malang di negara ini. Walaupun bintang politiknya pernah menyinar, berjaya memimpin negeri Melaka selama 13 tahun dan cerita-cerita kejayaannya membangunkan negeri itu sering menjadi sebutan, tetapi kebelakangan ini bintangnya sering saja diselaputi kabus tebal.

Ini menjadikan laluannya untuk terus mendaki ke puncak seakan-akan sudah tersekat, meskipun semangat dan keghairahannya dalam usia 64 tahun sekarang ini tidak pernah padam. Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden Umno baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini.
Ali Rustam sebelum ini diramalkan oleh banyak pihak mampu memberi cabaran dalam persaingan Naib Presiden ini berikutan beliau pemimpin yang peramah, pemurah serta prihatin kepada akar umbi. Di mana saja ada kenduri, jemputan rumah terbuka, kematian dan sebagainya, kelibatnya jarang tidak kelihatan. Jemputan yang diterimanya daripada kawan dan akar umbi Umno dari utara, pantai timur, selatan tanah air serta Sabah juga jarang dihampakannya.

Ketika menjadi Ketua Menteri Melaka, kediaman rasminya sudah mula dikunjungi orang ramai seawal Subuh lagi. Pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang mahu berjumpa dan mengadu masalah dengannya. Setiap hari beliau melayan semua tetamunya itu dengan ramah dan senyum.

Sementara menunggu dapat bertemu dengannya pula, juadah sarapan pagi sentiasa terhidang untuk dinikmati seadanya. Jarang benar sesiapa yang berhajat untuk bertemu dengannya di Seri Bendahara ketika itu, akan pulang dengan hampa kerana sekurang-kurangnya masalah yang mahu diadukan akan dapat diluahkan sama ada sambil beliau berjalan menuju ke keretanya untuk ke pejabat atau ketika beliau sudah duduk dalam keretanya.

Itulah kelebihan Ali Rustam yang jarang ada pada pemimpin di negeri lain. Sebab itu, apabila beliau bertanding Naib Presiden, ramai yang menjangka kehadirannya mampu memberi cabaran dan kejutan. Tambahan pula setelah beliau kalah di Parlimen Bukit Katil, mungkin lebih ramai ahli Umno yang bersimpati dengannya.

Lebih daripada itu, beliau juga seakan-akan dihalang apabila bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 2009 lalu lalu semata-mata untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan itu sedangkan ketika itu Ali Rustam jauh lebih popular dan menjadi pilihan majoriti perwakilan.
Atas dasar itu, penyertaannya kali ini dirasakan mampu memberi saingan yang kuat kepada calon lain, ditambah pula dengan tindakannya menimbulkan isu berkaitan Melayu dan Cina di saat-saat akhir beberapa hari sebelum pengundian.

Tetapi nampaknya semua itu tidak berlaku. Keputusan 7 undi yang diperolehinya agak mengejutkan. Ahli Umno nampaknya bukannya bersimpati, tetapi sampai hati tidak memberi undi dan melupakan jasanya selama ini. Turut tidak memberinya undi ialah ahli dan perwakilan Umno dari negeri Melaka yang pernah dipimpinnya sebelum ini.

Daripada 6 Umno bahagian yang ada di Melaka, Ali Rustam hanya mendapat satu saja iaitu daripada Bukit Katil yang dipimpinnya. Lima bahagian lain langsung tidak memberi undi dan tidak mengenang jasanya sedangkan sebelum ini beliaulah tempat ahli Umno Melaka mengadu, kediamannyalah yang selalu dikunjungi dan tangannya jugalah yang tidak henti-henti dicium oleh mereka.

Sebab itu apabila beliau meluahkan rasa kecewanya kerana hanya memperolehi satu undi daripada negeri Melaka, perasaannya itu tidak sukar untuk difahami. Benih padi yang ditanamnya tetapi hanya lalang yang tumbuh, susu yang selalu diberinya tetapi tuba diterimanya sebagai balasan.

Realiti politik selalunya begitulah. Pemimpin ketika berkuasa umpama gula dan ahli Umno pula umpama semut. Setelah tidak bergula lagi, semua semut segera melarikan diri dan mencari balang gula yang lain pula.
Ali Rustam kini menerima apa yang pernah dialami oleh bekas PM, Tun Dr Mahahthir Mohamad beberapa tahun lalu. Setelah menjadi PM selama 22 tahun tetapi apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan, hasratnya untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu pun tidak kesampaian berikutan tidak mendapat sokongan dan dikalahkan oleh mereka yang sebelum ini menyokong dan berpaut dengannya.


Sebelum kekecewaan kalah dalam pertandingan Naib Presiden ini, Ali juga menerima nasib malang apabila turut kecundang dalam pilihan aya lalu di Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar. Jika tidak kalah dalam pilihan raya umum lalu, hari ini beliau mungkin sekurang-kurangnya berjawatan timbalan menteri dan undi yang diterimanya barangkali tidaklah serendah 7 undi.


Jika dalam pilihan raya umum lalu, Ali menyalahkan pengundi Cina atas kekalahannya dan menganggap kaum itu tidak mengenang budi dan jasa yang disumbangkannya selama ini, dalam pemilihan Umno ini budi dan jasanya seperti tidak dikenang oleh ahli Umno Melaka sendiri. Bagi ahli Umno Melaka, Ali Rustam bukan lagi pemimpin yang mempunyai gula dan tiada keperluan lagi untuk memberi memberikan undi kepadanya.
Kalau dulu beliau kena “kencing” dengan pengundi Cina, kali ini orang Umno Melaka turut “kencing” kepadanya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 21 Oktober, 2013.


ADA GURU BERCUTI UNTUK PEMILIHAN Umno?

KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno telah berakhir dan pada Sabtu baru-baru ini kebanyakkan sekolah seluruh negara mengambil cuti berganti bila hari raya Korban jatuh pada Selasa. Namun kebanyyakan guru yang menjadi ahli Umno peringat cawangan dan bahagian ponteng sekolah hanya kerana mahu memilih Naib Presiden mereka  menurut satu sumber.

"Namun kita pun tidak tahu sama ada pihak pentadbir sekolah memberi mereka cuti Rehat Khas atau pun mengambil cuti sakit.Semua bisa di atur" menurut sumber tersebut



 MP PERSOAL GURU BAHASA INGGERIS DIBAYAR TINGGI

Sementara itu, MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan sejumlah RM270 juta yang dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sepanjang tiga tahun lalu untuk membayar perunding luar bagi melatih guru bahasa Inggeris tempatan.

Mereka akan datang ke sekolah seminggu sekali menunjukkan contah mengajar kepada guru-guru baik di kawasana pedalaman atau bandar. Guru-guru ini akan diberikan modul dan taklimat seminggu sekali sebagai melatih guru bahasa ingeris yang telah terlatih.

Menurut beliau lagi, , tiga perunding tersebut iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group, dianugerahkan kontrak mulai tahun 2011 hingga 2013 dengan kos keseluruhan berjumlah RM268.5 juta atau RM89.5 juta setahun.“Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, firma terbabit akan menyediakan 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris (120 mentor setiap firma) sepanjang tempoh tiga tahun.

“Jumlah perbelanjaan sebanyak RM270 juta untuk melatih 7,500 guru adalah bersamaan dengan RM36,000 bagi setiap guru dalam tempoh tiga tahun.

“Jumlah ini adalah lebih daripada kos untuk mendaftar guru yang sama ke program ijazah dalam bahasa Inggeris dengan struktur pembelajaran yang tersusun di sebuah universiti tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

 “Tidak kira apa penjelasan yang diberikan oleh KPM, tidak ada alasan munasabah yang boleh mewajarkan jumlah yang tidak masuk akal untuk dibelanjakan bagi menyediakan apa yang sebenarnya merupakan cuti bergaji selama tiga tahun bagi 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris,” katanya.

Tambahnya, program tersebut hanya melibatkan “sesi bersama mentor” antara tiga hingga empat jam sebulan.

“Ini serta-merta menimbulkan persoalan tentang keberkesanan program mentor ini. Bagaimanakah seseorang itu diharapkan menguasai sesuatu bahasa dengan hanya tiga hingga empat jam latihan sebulan?,” soalnya lagi.



Hari sesudah paginya: Yang menang ialah Umno, yang kalah ialah Melayu - Sakmongkol AK47

Beberapa minggu lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Datuk Mukhriz Mahathir. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. Hari ini, pendapat Tengku Razaleigh Hamzah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi.
Mukhriz kalah lagi. Beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) untuk jawatan ketua Pemuda, Mukhriz tewas. Maknanya, Dr Mahathir pun tewas.

Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin Umno yang tamak haloba. Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia. Oleh kerana baka Dr Mahathir hidup lama, maka masih ada masa untuk Dr Mahathir berbuat demikian.

Tapi Najib walaupun lembab , dia tidak tidur. Najib mahu checkmate pengaruh Dr Mahathir jadi dia buat panggilan peribadi kepada semua pengerusi perhubungan dan pemimpin Umno tertentu di peringkat bahagian menyatakan dia mahukan status quo. Bagaimana saya tahu? Sebab saya bekas ketua penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara Najib. Hendak buat terang-terangan dia penakut, maka dia buat personal calls. Dalam perbualan tersebut, Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi. Dr Mahathir pun kalau dia panggil sendiri, apa yang dia boleh tawarkan? Dia bukan lagi PM yang ada kuasa memati dan menghidupkan.

Semalam Pak Lah bersara daripada politik. Akhirnya Pak Lah yang menang dan berundur dengan tenang. Pak Lah nyata lebih kuat sebab dia hidup dengan Jean. Dr Mahathir belum bersara dan hidup berjaga dengan dendam membara. Mulai hari ini, meriam Dr Mahathir akan menghala kearah Najib.
Orang Umno yang sayang Dr Mahathir terutama dari Sabah yang menyatakan mereka tetap sayang Dr Mahathir mesti bangkit menyokong Dr Mahathir. Buktikan perasaan kepada Dr Mahathir lebih kuat daripada perasaan inginkan envelop itu bah.

Pemilihan Umno sudah pun tamat. Naib presiden penyandang semua menang. 25 orang ahli Majlis Tertinggi (MT) pun  dipilih. Orang akan melihat pengukuhan pengaruh Najib dalam kemenangan tiga penyandang naib presiden Umno. Pemilihan 25 MT lain pula. Ia adalah cerita janji yang diberi dan janji yang serupa dikhianati. It’s a story of promises given, promises broken. Lebih 60 orang yang bertanding MT tahu apa yang saya cakapkan.

Lihat penghisaban mudah ini; Jika setiap 146,000 perwakilan mendapat RM500 daripada setiap penjuru untuk satu tempat MT, maka wang yang diterima secara konservatifnya ialah RM73 juta. Untuk jawatan Naib presiden jika setiap perwakilan menerima secara pukul keliling RM1,000, maka RM146 juta. Paling minima RM200 juta menghujani ke atas perwakilan Umno.

Bagaimana pula kepada skuad ejen calon yang menjelajah semua 191 bahagian Umno terutama untuk calon naib presiden? Setiap calon ada 10 orang untuk setiap bahagian dan 191 bahagian mempunyai 1,910 operatives.  Jika setiap operatives ini diupah RM2,000 untuk dua minggu kerja, jumlah pembayaran kasar ialah RM38 juta. Maka secara konservatifnya, jumlah keseluruhannya sudah mencecah RM238 juta.
Saya tidak akan terkejut jika jumlah wang yang berligar mencecah RM400 juta. Pemimpin atasan dalam 191 bahagian Umno takkan mahu dibayar RM20,000? Kalau RM1 juta satu bahagian untuk top dogs, sudah RM191 juta. Campur dengan RM238 juta sudah melebihi RM400 juta. Sebelum pemilihan ini dua minggu lalu, saya terdengar desas-desus dari kawan Umno saya, bahawa RM600 juta akan hujan rahmat macam hujan rahmat ke atas peneroka Felda suatu ketika dahulu. Hujan rahmat ini membasahi juga golongan haram jadah yang tidak menyokong Najib tapi sukakan kertas gambar Agong terutama yang berwarna ungu tu. Ada envelopnya bah..

Akhirnya yang menang ialah wang. Tidak ada yang demokratik dengan melibatkan 146,500 perwakilan Umno di seluruh negara. Yang berlaku bukannya pendemokrasian pemilihan - yang berlaku ialah penaburan wang secara lebih meluas. Jika dahlulu hanya 2,500 orang sahaja yang berkesempatan dilayani dan dimanjakan oleh pesaing pemilihan, kali ini, jumlah yang dijamu  dan dilayani bertambah daripada 2,500 kepada 146,000 orang. Kaedah pemilihan kali ini meningkatkan nilai dan pentingnya ketua bahagian dan pemimpin utama di bahagian Umno.

Yang bersifat baharu ialah pertambahan pembuat keputusan untuk menentukan pimpinan dalam parti Umno. Tapi mengharapkan pembaharuan dan kemajuan berlaku dalam tahun pertama kaedah pemilihan secara electoral college ini, hanyalah menipu diri sendiri. Saya harap ahli dan pemimpin Umno mengakui perkara ini. Langkah seterusnya dan cabarannya ialah membenarkan semua 146,000 orang dihitung secara pengundi popular. Ketepikan bloc voting.

Cuba kita perhatikan kenyataan pesaing yang tewas. Kebanyakan menyatakan bahawa mereka kalah kerana perwakilan menolak mereka kerana mahu melakukan pembaharuan dan mereka tidak main politik wang. Saya tidak hairan, jika hari ini dan hari seterusnya, Dr Mahathir akan menyerang kepimpinan Najib sebagai kepimpinan yang merakyatkan politik wang. Yang berlaku ialah pendemokrasian politik wang. Ia dilakukan secara lebih meluas. Pemimin Umno yang tidak ada wang, tidak ada peluang langsung dalam politik Umno.
Tapi ini suatu yang bagus. Ia bermakna, Umno tidak ada masa depan kerana ia tidak lagi membangun atas prinsip dan sistem nilai. Dalam PRU14 nanti Umno akan dibelasah lagi teruk.

Kenapa? Sebab yang menang kebanyakannya daripada generasi  X dan Y sedangkan yang akan mengundi dalam tahun 2018 nanti, majoritinya daripada generasi Z. Anak muda tidak terikat dengan pemikiran sekolah lama yang bercakap mengenai Melayu terancam dan diancam. Generasi yang tidak terpengaruh dengan percakapan perkauman, cakap mengajak rakyat berkelahi dan bercakap mengenai unsur yang memecahbelahkan negara. Generasi Z terdiri daripada pengundi yang menghitung faedah dan kos, untung dan rugi, generasi yang bercakap mengenai kebenaran dan kepalsuan, benar atau salah. generasi yang akan membuat keputusan mengikut right or wrong dan generasi yang mengadili sama ada kamu cekap dan competent.


Bolehkah Umno menyesuaikan diri dengan persekitaran yang demikian dalam masa 5 tahun ini? Tidak mungkin. Generasi Z akan menenggelamkan pimpinan generasi X dan Y Umno sekarang.
Itu menjadikan Umno apa? Ia menjadikan Umno - simply irrelevant dalam persekitaran generasi Z. – sakmongkol.blogspot.com, 20 Oktober, 2013.



* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


KES LEMBU : LAGI KEMPEN UNTUK HINA AGAMA?

Beberapa hari lalu heboh soal sembelih lembu dalam kawasan sekolah.Yang menjadi hebohnya, ialah adanya murid-murid keturunan India, Oleh kerana prihatin dengan agama dia dan bangsa dia, dengan angkuhnya dia kata boleh atau tidak potong babi ???
Dear Sir/Madam
We need a help from our brothers and sisters, recently  a case where Muslims started to slaughter cow in the school during school hours.. After highlighted the issue the ministry kept mum no decision were made to scrap the unlawful slaughtering. We request everyone to sign the petition below
Please sign the petition and share with your party members
http://www.thepetitionsite.com/takeaction/437/106/364/

Kerajaan berjiwa fakir, halang pelajar berjumpa Anwar di Australia

Kerajaan berjiwa fakir, halang pelajar berjumpa Anwar di Australia

Pimpinan yang terbaik ialah pimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi dan tidak mempunyai jiwa fakir. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang berjiwa besar, bukannya pemimpin yang bercakap besar atau garang. Sekarang ini zaman kemajuan dan bukan lagi zaman batu dalam mana siapa yang mempunyai otot yang paling besar dan keras merekalah yang berkuasa.
Arahan kerajaan agar pelajar-pelajar Malaysia tidak menghadiri program Adelaide Festival of Ideas yang bermula hari ini amat memalukan dan melambangkan kemiskinan  serta kefakiran jiwa pimpinan kerajaan. Ini di sebabkan kerajaan tidak mahu pelajar kita di Australia berjumpa dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang di jangka berucap malam ini.
Saya secara peribadi memprotes tindakan penguasa pelajar di Australia yang bertindak seperti tuan kepada kandang kerbau dan kambing. Mereka menganggap pelajar kita ibarat kambing yang hanya di halau untuk masuk dan keluar kandang mengikut kemahuan tuannya. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah kerana jiwa miskin dan terlalu kecil tidak mempunyai keyakinan diri yang terlalu menonjol.
Anwar ada hak untuk bertemu dan di temui oleh sesiapa termasuk pelajar dan orang awam yang lain. Ini adalah demokrasi. Pelajar merupakan gulungan yang sedang dalam latihan berfikir. “Scroll’ yag mereka terima semasa konvo itu hanyalah untuk mengesahkan yang semua mata pelajaran yang mereka pelajari telah tamat di lalui dan lulus peperiksaan.
Tetapi motif utama seseorang itu menjejak dan duduk dalam kampus itu ialah untuk melatih diri untuk berfikir dan bertindak secara betul dan benar. Saya tidak tahu kenapa orang yang mengeluarkan arahan itu tidak menggunakan daya pemikiran untuk bertindak secara orang yang telah di pelajarinya di universiti dahulu. Ini amat menghairankan kepada mereka yang mempunyai sedikit daya pemikiran.
Takut jika kalau Anwar mempengaruhi pelajar? Kenapa takut? Kita mesti menghormati pemikiran pelajar yang sedang dalam latihan itu. Tidak semestinya mereka akan terpengaruh dengan Anwar kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang baik. Jika pun Anwar mampu mempengaruhi mereka apakah kesalahannya? Kenapa takut.
Saya sendiri telah mengikuti setiap langkah politik Anwar sejak zaman pelajar lagi. Saya mengikuti Anwar sejak beliau mengetuai PKPIM yang berpejabat di ITM Jalan Othman pada 1970 dahulu. Kalau hendak terpengaruh dengan beliau sayalah orang yang paling mudah untuk mempercayai Anwar kerana sudah begitu lama melihat dan mendengar kata-kata dan pemikiran beliau.

Kita mesti ingat orang yang rumahnya bersempadan dengan kawasan gereja tidak semestinya akan menganut agama kristian. begitu juga seorang kristian yang rumahnya berhampiran dengan suruan dan masjid, tidak mudah untuk menukar agamanya kepada Islam. Begitu juga bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar, tidak akan terpengaruh dengannya begitu mudah. Jika mudah terpengaruh dengan Anwar jumlah yang menghadiri ceramahnya sebelum pilihanraya dulu pun tidak dapat menumbangkan BN dalam PRU yang lalu.
Tetapi sehingga hari ini saya tidak mempunyai keyakinan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan. Itu pemikiran saya dan saya tidak marah dan akan berbuat apa-apa kepada mereka yang yakin kepada beliau. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya kekurangan keyakinan terhadap beliau dan orang lain ada sebab dan asas mereka sendiri kenapa mereka yakin terhadap Anwar. Ini demokrasi. “Let us respect each other’s opinion”
 Jika ada pelajar-pelajar yang mengikuti blog saya ini di Australia, saya menyeru agar datang beramai-ramai untuk mendengar pemikiran Anwar itu jika tidak mengganggu waktu belajar dan ulang kaji pelajaran mereka. Pergi ramai-ramai dan meriahkan majlis itu. Tidak ada salahnya.
Katakan kepada pihak yang memberi ugutan biasiswa akan di tarik balik dan sebagainya itu, yang biasiswa yang anda terima itu bukan duit UMNO atau duit datuk dan nenek pemimpin UMNO. 
Duit itu adalah duit dari cukai rakyat termasuk dari ahli PAS, DAP, UMNO dan mungkin dari mereka yang bersimpati dengan Parti Komunis Malaya yang di haramkan itu. Duit itu duit orang ramai.
 
 

ZAHID PUN KENA BEDAL......PUJI PORTAL PRO PEMBANGKANG. LULUSKAN PERMIT AKHBAR.

Janganlah salahkan portal pembangkang.Ianya wujud sejak zaman Mahathir memerintah. Wujudnya portal pembangkang  adalah sesuatu yang baik untuk keseimbangan berpolitik.Zahid Hamidi, misalnya, apa yang beliau tak kena bedal.Baik isu politik,isu semasa,KDN, Namun dilihat lebih matang dalam menangani apa itu berpolitik dan tanggungjawab.

Malah , jika dilihat dan baca di portal pro pembangkang dan bebas, Zahid dilihat antara Menteri yang tidak lekang dengan berbagai isu yang diketengahkan.Isu tembak,Isu Akta Pencegahan Jenayah,perkauman,kempen menjatuhkan beliau, malah banyak isu yang di ketengahkan.Namun kelantangan itu menunjukkan bahawa beliau seorang yang bekerja dengan jawatan beliau. Kita berharap agar Zahid juga dapat meluluskan permit akhbar yang belum di luluskan.Ini kan politik dan benarkanlah ianya menjadi medium politik sihat.Tahniah kerana mengekalkan jawatan sebagai  Naib Presiden Parti Perkauman Melayu, Umno.


-
Zahid hargai, Mukhriz salahkan 'portal pro-pembangkang'
 
 
11:14AM Okt 20 2013  
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal 'pro-pembangkang' tertentu yang menurutnya menyumbang kepada sokongan yang diperolehinya bagi mengekalkan kedudukan dalam pemilihan parti bagi jawatan itu semalam.

Liputan media berkenaan, yang tidak dinamakannya, turut membantu mempromosi beliau, katanya seperti dipetik dalam laporan portal Mstar Online.

 "Saya ucapkan terima kasih kepada portal-portal, majalah dan bahan-bahan liputan di media sosial pro-pembangkang.

"Mereka sebenarnya turut membantu mempopularkan saya," katanya, yang menerima undi terbanyak sebanyak 185 undi berbanding lima calon lain bagi jawatan tersebut.

Penghargaan seperti itu amat kontras dengan sikap yang ditunjukkan seorang lagi calon jawatan berkenaan, Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pertandingan berkenaan.

Mukhriz menyalahkan “portal pro-pembangkang” The Malaysian Insider yang didakwa mencemar nama baiknya dalam satu laporan kerana menyebut beliau terlibat dengan politik wang dalam pertandingan tersebut.

Anwar Ibrahim: Work Hard! Bagi Setengah Jam Sehari, Sebarkan Sed


Anwar Ibrahim: Yang Besar Sapu Submarine, Yang Tengah Sapu Lembu, Yang Bawah Sapu Jam


SARAVANAN KUTUK ISLAM?



1.KENAPA DIKHAS KAN BEGITU IALAH KERANA MAJORITI DAN AGAMA RASMI ISLAM.KENAPA ADA DOUBLE STANDARD? TIDAK ADA DOUBLE STANDARD..MELAINKAN AGAMA NEGARA INI ADALAH AGAMA ISLAM.

2. KALAU RASA TAK PUAS HATI DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN YANG MAJORITI ISLAM, SILAKAN BERPINDAH KE SEKOLAH SJKT.KEMUDIAN, JIKA HANYA 15 ATAU 20% MURIDNYA ADALAH AGAMA HINDU, MAKA MURID INI TIDAK DIPAKSA UNTUK HADIR SEBARANG PROGRAM ISLAM, DAN BEGITU JUGA GURU MELAYU DI SEKOLAH TAMIL YANG TIDAK AKAN HADIR AKTIVITI AGAMA KAUM HINDU.ADAKAH INI DISKRIMINASI.

3. BEGITU JUGA ADAKAH DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL GURU-GURU MELAYU KOMPLAIN MENGENAI ANAK MURID YANG MEMBEWA BEKAL DAGING BIAWAK ,BABI ATAU DAGING LAIN JUGA.

4. MENYEMBELIH BABI MEMANG TAK DIBENARKAN.PENYEMBELIHAN LEMBU DIBENARKAN OLEH PPD KERANA SETIAP AKTIVITI YANG DILAKUKAN DIMAKLUMKAN KEPADA PPD DAN JUGA JPN.KALAU SEKOLAH TAMIL NAK SEMBELIH BAI...SILAKAN..

BOOOODOH PUNYA SARAVANAN........

Keluar daripada Malaysia: Setuju!! (LM)

Seringkali rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pelbagai keputusan dan tindakan kerajaan Barisan Nasional disergah agar keluar meninggalkan Malaysia, jika tidak berpuas hati.

Isu keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald, tidak terlepas daripada seruan dan sergahan ini.

Tempiasnya dirasai oleh rakyat Malaysia yang beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Rasanya, pada kali ini lebih ramai rakyat yang akan bersetuju dengan seruan 'keluar daripada Malaysia' sama ada yang berada di Sabah dan Sarawak, mahupun di Semenanjung. 

Nooh Gadut kalut dah jadi badut... (LM)

Pensyarah: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja'

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik. 

Murtad jika persoal hukum Mahkamah Rayuan! (LM)

Fuh... jika mempersoalkan keputusan mahkamah dengan perundangan ciptaan manusia, umat Islam boleh jadi murtad. Mempersoalkan hukum hudud, hukum yang digariskan oleh Allah SWT, tak mengapa.

Nooh Gadut diamkan saja kerana tak jatuh murtad dan tak jadi kafir agaknya. 

Ke mana arah Nooh Gadut nak bawa umat Islam Malaysia sebenarnya?

Nooh Gadut: 'Kafir, murtad jika pertikai keputusan kes kalimah Allah'

KADAR 70.2% KDNK , MALAYSIA NEGARA BERHUTANG TERMASUK RAKYAT.

SHARE THIS STORY


-
PM perlu perjelas rancangan potong subsidi
ULASAN Perdana menteri mesti menjelaskan rancangan untuk memotong subsidi, meluaskan sumber cukai dan menguruskan perbelanjaan dengan berhemat bagi mengelak penilaian kredit Malaysia dari dipotong oleh Fitch Ratings.

Agensi penilaian tersebut menukar unjuran kredit Malaysia daripada stabil menjadi negatif pada bulan Julai, berdasarkan kadar hutang yang semakin meningkat dan kekurangan reformasi belanjawan.

Pada kadar 53.3 peratus, kadar hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paling tinggi antara 12 pasaran baru muncul Asia selepas Sri Lanka.

Dengan jaminan kerajaan, pendedahan kredit kerajaan berada pada kadar 70.2 peratus daripada KDNK pada penghujung suku kedua, meningkat berbanding 66.6 peratus setahun sebelum itu.

Kadar hutang isi rumah berbanding KDNK pula jauh lebih tinggi pada 83 peratus pada 2013, meningkat berbanding 66.7 peratus pada 2004, yang kedua tertinggi di Asia.

Adakah Datuk Seri Najib Razak bercakap tentang menaikkan harga petrol, gula dan harga barang makanan apabila beliau bercakap tentang mengurangkan subsidi?

Adakah Najib akan melaksanakan tender terbuka untuk mengurangkan kapitalisme kroni apabila beliau bercakap tentang menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

Janji-janji untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah tidak bermakna apabila tidak ada tindakan atau hukuman diberikan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas lebihan, pembaziran dan salah laku kewangan berjumlah RM6.5 bilion.

Ia seperti yang diperlihatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memberi kesan negatif kepada ekonomi.

Apabila Najib menyebut tentang memperluas tapak percukaian negara, adakah beliau bercakap tentang melaksanakan cukai GST sebanyak 7 peratus yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dapat memberi pulangan RM27 bilion setahun?

Ini akan membebankan setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia sebanyak RM1,000 setiap seorang setiap tahun.

Najib bertanggungjawab memperjelaskan apa maksud sebenarnya, terutamanya apabila kerajaan persekutuan BN gagal menangani rasuah sehingga Washington Post menyiarkan rencana tentang Malaysia menjadi juara dunia dalam hal rasuah.

Malah penganalisis kewangan terkemuka Jesse Colombo juga turut menulis di majalah Forbes bahawa buih ekonomi Malaysia bakal meletup disebabkan keberhutangan kerajaan dan isi rumah yang tinggi.

Yang menariknya, Colombo menyebut bahawa rancangan membina bangunan tertinggi di Asia Tenggara, Menara Warisan Merdeka bernilai RM5bilion dengan 118 tingkat, memberi amaran besar dalam Indeks Pencakar Langit (Skyscraper Index).

Amaran Indeks Pencakar Langit itu merujuk kepada laporan Dresdner Kleinwort pada tahun 2009 yang menunjukkan kaitan antara pembinaan bangunan tertinggi dunia dengan berakhirnya kitaran bisnes.

‘Jauhi program Anwar’ amaran kerajaan kepada pelajar Malaysia di Australia

ADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.Amaran_JPA_Australia
“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.
“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.
Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.
Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56164

KETUA PEMUDA PAS DITANDINGI

Nuffnang Ads

Sabtu, 12 Oktober 2013

CALON KETUA PEMUDA PAS




KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12hb Oktober 2013
Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut :
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta.
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta.
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.
Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.
Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:
1.       Kelewatan selama 547 hari.
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.
Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan  Blok Pentadbiran ialah :
1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.
Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.
Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?  Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit ? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.
Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.
Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.  Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu  1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang.
SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS
NEGERI JOHOR


Suhaizan Kaiat dicalon ketua pemuda PAS

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.
Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu

ARTIKEL YANG PATUT DIBACA: KISAH KADUK NAIK JUNJUNG

‘Macam kaduk naik junjung’, macam mana rakyat tak marah? – Aspan Alias

“It’s scary!” kata seorang rakan saya yang sememangnya seorang yang serius dalam hidup beliau apabila beliau bercakap mengenai keadaan negara pada hari ini. “What is frightening you bro?” tanya saya kepadanya  semasa beliau minum kopi di Bangsar Village dua hari lepas.

Katanya dia takut dengan masa depan negara yang tidak terurus dengan betul mengikut taraf sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Politiknya tidak menentu, keselamatan negara tidak meyakinkan dan segala-gala urusan samada perniagaan dan lain-lain sudah tidak mempunyai budaya lagi.

Isu rasis amat menakutkan sesiapa yang faham tentang semua ‘consequence of events’ jika cara permainan politik negara sekarang ini masih tidak berubah. Perhubungan di antara kaum tidak sebaik dahulu dan semua pemimpin politik di setiap peringkat bercakap tentang perkauman yang menebal.

Orang seperti saya dan ramai yang lain di bawah ini faham maksud rakan saya tadi. Maksud beliau ialah ‘uncertainties’ yang dirasai oleh rakyat kerana mereka tidak nampak apa-apa perubahan kepada kerajaan selepas diberi sambungan mandat dalam pilihanraya lalu.

Mana kesejahteraan yang dijanjikan oleh BN sejak 30 tahun dahulu? Mana peluang untuk semua terutamanya ‘the big chunks of the unfortunate Malays’ yang dilihat oleh kaum bukan Melayu sebagai kaum yang diberikan keistimewaan itu? Kaum bukan Melayu tidak juga boleh dipersalahkan kerana pemimpin kerajaan teraju Umno tidak henti-henti bercakap memperjuangkan bangsa Melayu sejak berdekad-dekad dahulu.

Tetapi sebahagian besar Melayu tidak juga dapat menikmati apa yang dikatakan sebagai bangsa yang diberikan keutamaan dan keistimewaan itu. Memang ada Melayu atau Bumiputera yang mendapat kekayaan kerana keistimewaan yang diperuntukan oleh perlembagaan itu. Tetapi Melayu macam mana? Jawapannya semua orang tahu Melayu yang menjadi pemimpin Umno dan kroni-kroninya sahaja yang mendapatkan keistimewaan itu. Bilangannya terlalu kecil.

Ada lagi Melayu dan Bumiputera yang menggunakan peruntukan keistimewaan orang Melayu itu. Mereka dianggap sebagai ‘Super Bumi’ seperti Ananda, Arumugam, Mohzani Mahathir, Mirzan Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan dan beberapa orang yang lain. Jumlah mereka ini boleh dikira dengan jari. Lain-lainnya terdiri daripada anak-anak menteri, menantu dan adik-beradik menteri, anak-anak dan menantu MB, kaum kerabat pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Di kawasan dan daerah pula kaum keluarga wakil-wakil rakyat Parlimen dan DUN mendapat banyak peluang kerana mereka Bumiputera dan Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan di daerah pula ramai yang mempunyai lesen kontraktor kelas F dengan menggunakan nama isteri dan keluarga masing-masing. Hampir kesemua kerja kecil-kecilan diambil oleh mereka ini.

Semua ini kalau dikaji dengan teliti adalah mereka yang rapat dengan Umno dan parti-parti pemerintah. Dengan kata lain jika ingin mendapat peluang melalui peruntukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera ini, mereka mestilah menjadi aktivis atau penyokong kuat Umno.

Kalau kita tegur, mereka akan melenting dan marah. Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri marah-marah apabila ditanya media tentang penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan menggunakan pengaruh beliau. Dengan berang Dr Mahathir menjawab, “Takkan anak-anak saya nak jadi tukang kebun pula?” Semuanya ini masih tidak hilang daripada ingatan ramai orang.

Sebahagian kecil yang mendapat peluang ini akhirnya gagal kerana terlalu banyak tol dalam perniagaan kerana budaya rasuah dalam kerajaan. Ramai yang bungkus dan gulung tikar kerana tiada pembelaan. Namun, anak Perdana Menteri apabila gagal dalam perniagaan perkapalan, boleh pula mendapatkan wang rakyat untuk membeli syarikat yang kerugian itu daripada beliau dengan jumlah hampir RM2 bilion pada tahun 1996 dahulu.

Anaknya selamat daripada kerugian dengan menggunakan wang rakyat, malahan dapat pula sedikit keuntungan hasil daripada kerugian perniagaannya itu. Pada masa yang sama membidas peniaga Melayu kerana kelemahan dalam perniagaan dan mengkritik mereka kerana terlalu bersandar kepada kerajaan. Beliau lupa yang kerugian perniagaan anaknya itu adalah kerana kelemahan dalam perniagaan juga dan akhirnya kerajaan Umno juga yang menyelamatkan anaknya itu.

Sekarang kepimpinan yang diwarisinya kepada rakyat adalah kepimpinan yang lemah dengan di saluti oleh isu rasuah dan pelbagai isu yang menakutkan rakyat seperti yang disebut oleh rakan saya tadi. Harga barangan yang bertambah tinggi membuatkan kos kehidupan sangat tinggi. Dalam pada itu dinaikkan pula harga minyak, diesel dan gas. Alasannya kerana kerajaan mengurangkan jumlah subsidi kepada rakyat.
Kenapa dikurangkan subsidi itu sedangkan ia melibatkan puluhan juta rakyat sedangkan subsidi yang begitu tinggi diberikan kepada orang berkuasa melalui rasuah dan sebagainya. Jika benar pimpinan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat, kenapa Perdana Menteri menggunakan hampir RM100 juta dalam tiga tahun untuk sewaan jet peribadi Perdana Menteri?

Mengapa Perdana Menteri berbelanja dengan boros? Presiden XI Jinping dari China pun terbang dengan pesawat komersil dari negara itu ke mana-mana pemimpinnya melawat. Perlu diingat China  bukan sahaja negara besar tetapi ia juga adalah ‘civilisation by itself’. Kenapa pemimpin negara sekangkang kera ini mengada-ngada sampaikan tidak boleh lagi menggunakan pesawat komersil? Kenapa bersifat si kudung dapat cincin pula sehinggakan mereka tidak layak lagi terbang menggunakan pesawat komersil kelas pertama?

Dari mana asal usul pemimpin ini sampaikan tidak lagi seronok naik pesawat komersil sekarang? Perdana Menteri lahir di Kuala Lipis pada tahun 1953 dahulu. Adakah beliau sejak kecil sememangnya sudah biasa naik jet peribadi terbang dari Kuala Lipis ke Pekan atau Kuala Lumpur?

Semuanya ini membuatkan rakyat tidak lagi berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang. Sikap ‘kaduk naik junjung’ ini membuatkan rakyat meluat kerana rakyat sedang bertarung untuk hidup dalam keadaan inflasi yang begitu tinggi.

Jika Najib meminta rakyat mengubah cara hidup, kenapa beliau dan barisan pimpinan beliau tidak berbuat perkara yag sama? Ia amat menjijikkan rakyat. Untungnya Umno hanya disebabkan satu perkara, iaitu rakyat belum nampak kejujuran pimpinan pembangkang sendiri.

Pembangkang masih terkial-kial untuk menunjukkan sikap jujur dalam usaha menjadi kerajaan alternatif. Rakyat juga nampak jika pihak pembangkang mendapat mandat baru-baru ini tidak akan banyak perubahan sikap mereka jika berada dalam kepimpinan negara.

Rakyat sangat prihatin terhadap segala-galanya sekarang. Mereka sudah terlalu lama dibuai oleh permainan politik pemimpin-pemimpin politik yang hanya menggondolkan perut mereka dan keluarga mereka sahaja. –

 aspanalias 11 Oktober, 2013.


 CA

DSAI ZIARAH HJ SUHAIMI




Dato Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan terhadap sahabat lama beliau , Hj Suhaimi Said yang terlantar sakit akibat kanser  tulang. Hj Suhaimi yang mula sakit 5 hari sebelum hari pembuangan undi pilihanraya lepas , kini hampir 2 bulan terlantar sakit setelah keluar dari HUKM.Beliau merupakan calon DUN Jenderak,Pahang.

Siapa Hj Suhaimi ?  lawat sini

DSAI  melawat beliau di rumahnya di Temerloh baru-baru ini bersama rakan-rakan lain termasuk  YB Dato Fauzi Abdul Rahman Ahli Parlimen Indera Mahkota , YB Sivarasa Ahli Parlimen Subang ,YB Syed Mohammed ADUN Semantan, Temerloh, Latifa Koya,Nizam hamid,penyokong dan ahli parti.


Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina - Shahbudin Husin

Nak mudah menang jawatan dalam Umno, bergaduhlah dengan Cina. Saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno kali ini mulai membahang panasnya. Sementara Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilihat adalah calon yang paling dikehendaki oleh majoriti perwakilan bagi menduduki kerusi nombor tiga itu dan Hishammuddin Hussein, seorang lagi anak bekas Perdana Menteri berada dalam kedudukan cemas dalam mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi pula terus meniti populariti terutama setelah menunjukkan permusuhan yang ketara dengan kaum Cina.

Jika sebelum ini ketegasan dan pendirian tidak berkomprominya dalam beberapa isu berkaitan keselamatan, jenayah, polis dan undang-undang telah mengangkat namanya, tetapi penampilan sikapnya yang berlebih-lebihan seperti mempertahankan "tiga line" tetapi tidak berkompromi dengan kaum lain, ternyata lebih meningkatkan imejnya.

Walaupun ketegasan Zahid itu menjerumuskannya ke kancah perkauman yang sebenarnya tidak begitu baik untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh DAP terhadapnya, tetapi gerafnya sama-sekali tidak menurun di hati para perwakilan Umno. Umno amat menyenangi sikap Zahid itu.

Malah, dengan adanya laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadapnya seolah-olah parti pembangkang itu turut sama berkempen membantu kemenangan Zahid.

Terbaru, sokongan terbuka yang disuarakan oleh Mahathir terhadap kenyataannya berkaitan isu menembak penjenayah oleh pihak polis, secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukannya yang sudah sedia terjamin itu untuk mengekalkan jawatan Naib Presidennya.

Di mata perwakilan Umno, sikap dan keberanian yang ditunjukkan Zahid adalah menepati kehendak dan selera mereka. Lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihanraya yang menyaksikan pengundi Cina tidak memihak kepada BN, sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Zahid adalah penawar kepada kekecewaan Umno terhadap pendirian pengundi Cina itu.

Walaupun ada percubaan untuk menggugat kedudukan Zahid, termasuk menyebarkan rakaman yang bertajuk Jenayah Zahid Hamidi di youtube (kini telah disekat daripada ditonton) iaitu berkaitan insiden pukul dan laporan polis yang melibatkan seorang ahli perniagaan, Ahmad Bazli yang difahamkan sudah diselesaikan di luar mahkamah dan tindakan Karpal Singh mahu membuka semula kes itu, namun ia dipercayai tidak menggoncang keimanan politik majoriti perwakilan yang bakal mengundi pada 19 Oktober ini terhadapnya.

Bersama-sama dengan Mukhriz Mahathir yang dianggap tokoh muda yang dikehendaki sebagai pelapis masa depan, Zahid Hamidi dipercayai sudah meletakkan sebelah kakinya beriringan dengan anak bekas Perdana Menteri itu untuk menempah dua slot kerusi Naib Presiden Umno. Cuma siapa yang bakal mendapat undi tertinggi saja yang akan membezakan mereka nanti.

Dengan itu, perebutan satu lagi kerusi Naib Presiden Umno yang masih tinggal nampaknya bakal menjadi rebutan antara Hishammuddin, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad.

Dari segi kedudukan sebagai penyandang, berusia masih muda dan berjawatan menteri dalam kerajaan, Hishammuddin dan Shafie dirasakan mempunyai peluang paling cerah untuk mengisi slot ketiga itu. Namun perkembangan di hari-hari terakhir ini menunjukkan Ali Rustam bakal menggugat peluang mereka itu.

Ali Rustam yang kalah di Bukit Katil dalam pilihanraya lalu kerana pengundi Cina tidak memihak kepadanya, kini sedang meningkatkan gerafnya di mata perwakilan dengan taktik yang sama dengan Zahid iaitu bersikap perkauman, memusuhi orang Cina dan bergaduh dengan DAP.

Bersama sakit hati yang masih berbekas terhadap pengundi Cina, Ali Rustam yang kini berjawatan Senator dan Pengerusi PUNB menyerang kejayaan kaum Cina dalam perniagaan dengan mengatakan mereka berjaya kerana boleh berniaga apa saja, termasuk yang haram di sisi agama Islam.

Kemudiannya beliau juga mencadangkan supaya sekolah vernakular ditutup dan digantikan dengan sekolah satu aliran untuk semua kaum untuk menangani sikap mereka yang dianggapnya tidak tahu mengenang budi kerajaan itu. Meski digelar Nazi oleh Lim Guan Eng dan Ali tidak berganjak daripada pendiriannya itu, keadaan ini menjadikan popularitinya makin melonjak lagi.

Meski dikategori sebagai orang pencen dan sudah berusia 64 tahun, kepintaran Ali merebut peluang dengan turut menunjukkan dirinya bersifat rasis, menyerang orang Cina dan bergaduh dengan DAP, telah memberi nafas semula kepadanya sedangkan sebelum ini penyertaannya bersama dengan Isa Samad dianggap sebagai "kacau daun" semata-mata.

Jika Ali terus meningkatkan mementumnya dalam hal ini, peluangnya untuk mengiringi Zahid dan Mukhriz ternyata lebih cerah lagi. Malah jika beliau berjaya memerangkap DAP atau pihak-pihak lain agar turut membuat laporan polis terhadapnya, tidak diragui lagi slot ketiga kerusi Naib Presiden itu pasti akan menjadi miliknya.

Kelebihan dalam menggunakan isu perkauman dan bergaduh dengan DAP itu pula nampaknya tidak dimiliki oleh Hishammuddin, Shafie dan Isa Samad dalam jawatan masing-masing. Ini menjadikan ketiga-tiga mereka itu semakin ketinggalan walaupun sedang giat menjelajah ke seluruh negara meraih undi dan sokongan.
Selain mengekalkan hubungan baik dan keramahannya dengan pemimpin UMNO di seluruh negara yang memang sudah dipupuknya sejak sekian lama, Ali Rustam dipercayai akan terus menunjukkan sikap rasis dan permusuhannya dengan kaum Cina sehingga 19 Oktober ini kerana beliau tahu itulah yang secara umumnya disukai oleh perwakilan Umno.

Dengan beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini, beberapa pemimpin lain yang bertanding pelbagai jawatan juga telah mula mengambil sikap yang sama iaitu menunjukkan jiwa Melayu masing-masing dan menyerang DAP yang dikuasai kaum Cina dengan ekstrem sekali. Ini dianggap cara paling mudah menarik perhatian perwakilan memandangkan kaedah kempen tradisional dalam waktu yang terbatas ini tidak lagi memadai.

Namun kemaraan Ali Rustam ini tentunya membuatkan Hishammuddin yang sedia dalam keadaan cemas, bertambah kencang lagi degupan jantungnya menjelang 19 Oktober nanti. Dan Najib yang diketahui tidak mahu sepupunya itu kecundang turut tidak gembira dengan imej bekas Ketua Menteri Melaka yang tiba-tiba meningkat itu. - shahbudindotcom, 10 Oktober, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

GARANG DAK, TAPI MACAM TAK SUKA AKHBAR PORTAL.



 GARANG DAK, TAPI MACAM TAK SUKA AKHBAR PORTAL.








GURU HENTAM MUHYIDDIN

TERKINI. GURU PERLU MENJAWAB SOALAN KOMPETENSI.CUBA BUAT? 7 SOALAN PERTAMA MEMAKAN  MASA 40 MINIT. MAKNA NYA CIKGU-CIKGU PERLU MENJAWAB JAM 3 PAGI ...BARU SISTEM OK....KAH..KAH..KAH   ....SISTEM PUN SEMBAB.




Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!







Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.



Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.

Itu Najib Tun Razak.
Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.

optimus prime

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.

lawak politik parlimen politik kotor

Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).

megatron
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.

Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.

Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.

Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.

Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.

Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.

Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.

Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.

Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?

Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.

Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.

Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.

Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.

Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.

Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.

Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.

Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?

Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.

Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji

Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?

Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.



Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.

Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:

1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?

2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?

3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?

Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.

Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.

Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.

Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.

Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.


1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.

2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.

4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.

Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.

Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.

Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.

Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?

Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.

5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.

Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.

Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.

Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.

Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.


Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?



Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily BM