Kerajaan berjiwa fakir, halang pelajar berjumpa Anwar di Australia
Pimpinan yang terbaik ialah
pimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi dan tidak mempunyai jiwa
fakir. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang berjiwa besar, bukannya
pemimpin yang bercakap besar atau garang. Sekarang ini zaman kemajuan dan bukan
lagi zaman batu dalam mana siapa yang mempunyai otot yang paling besar dan keras
merekalah yang berkuasa.
Arahan kerajaan agar
pelajar-pelajar Malaysia
tidak menghadiri program Adelaide Festival of Ideas yang bermula hari ini amat
memalukan dan melambangkan kemiskinan
serta kefakiran jiwa pimpinan kerajaan. Ini di sebabkan kerajaan tidak
mahu pelajar kita di Australia
berjumpa dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang di jangka
berucap malam ini.
Saya secara peribadi memprotes
tindakan penguasa pelajar di Australia
yang bertindak seperti tuan kepada kandang kerbau dan kambing. Mereka
menganggap pelajar kita ibarat kambing yang hanya di halau untuk masuk dan
keluar kandang mengikut kemahuan tuannya. Kenapa perkara ini berlaku?
Jawapannya ialah kerana jiwa miskin dan terlalu kecil tidak mempunyai keyakinan
diri yang terlalu menonjol.
Anwar ada hak untuk bertemu dan di
temui oleh sesiapa termasuk pelajar dan orang awam yang lain. Ini adalah
demokrasi. Pelajar merupakan gulungan yang sedang dalam latihan berfikir. “Scroll’
yag mereka terima semasa konvo itu hanyalah untuk mengesahkan yang semua mata
pelajaran yang mereka pelajari telah tamat di lalui dan lulus peperiksaan.
Tetapi motif utama seseorang itu
menjejak dan duduk dalam kampus itu ialah untuk melatih diri untuk berfikir dan
bertindak secara betul dan benar. Saya tidak tahu kenapa orang yang
mengeluarkan arahan itu tidak menggunakan daya pemikiran untuk bertindak secara
orang yang telah di pelajarinya di universiti dahulu. Ini amat menghairankan kepada mereka
yang mempunyai sedikit daya pemikiran.
Takut jika kalau Anwar
mempengaruhi pelajar? Kenapa takut? Kita mesti menghormati pemikiran pelajar
yang sedang dalam latihan itu. Tidak semestinya mereka akan terpengaruh dengan
Anwar kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang baik. Jika pun Anwar mampu
mempengaruhi mereka apakah kesalahannya? Kenapa takut.
Saya sendiri telah mengikuti
setiap langkah politik Anwar sejak zaman pelajar lagi. Saya mengikuti Anwar
sejak beliau mengetuai PKPIM yang berpejabat di ITM Jalan Othman pada 1970
dahulu. Kalau hendak terpengaruh dengan beliau sayalah orang yang paling mudah
untuk mempercayai Anwar kerana sudah begitu lama melihat dan mendengar
kata-kata dan pemikiran beliau.
Kita mesti ingat orang yang rumahnya bersempadan dengan kawasan gereja tidak semestinya akan menganut agama kristian. begitu juga seorang kristian yang rumahnya berhampiran dengan suruan dan masjid, tidak mudah untuk menukar agamanya kepada Islam. Begitu juga bagi mereka yang mendengar ucapan Anwar, tidak akan terpengaruh dengannya begitu mudah. Jika mudah terpengaruh dengan Anwar jumlah yang menghadiri ceramahnya sebelum pilihanraya dulu pun tidak dapat menumbangkan BN dalam PRU yang lalu.
Tetapi sehingga hari ini saya
tidak mempunyai keyakinan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan. Itu pemikiran
saya dan saya tidak marah dan akan berbuat apa-apa kepada mereka yang yakin
kepada beliau. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya kekurangan keyakinan
terhadap beliau dan orang lain ada sebab dan asas mereka sendiri kenapa mereka
yakin terhadap Anwar. Ini demokrasi. “Let us respect each other’s opinion”
Jika ada pelajar-pelajar yang mengikuti blog
saya ini di Australia,
saya menyeru agar datang beramai-ramai untuk mendengar pemikiran Anwar itu jika
tidak mengganggu waktu belajar dan ulang kaji pelajaran mereka. Pergi
ramai-ramai dan meriahkan majlis itu. Tidak ada salahnya.
Katakan kepada pihak yang memberi
ugutan biasiswa akan di tarik balik dan sebagainya itu, yang biasiswa yang anda
terima itu bukan duit UMNO atau duit datuk dan nenek pemimpin UMNO.
Duit itu adalah duit dari cukai
rakyat termasuk dari ahli PAS, DAP, UMNO dan mungkin dari mereka yang bersimpati
dengan Parti Komunis Malaya yang di haramkan itu. Duit itu duit orang ramai.