Tahniah KP SPRM baru. Menjawab Fadhli Shaari

 



Tahniah KP SPRM baru. Menjawab Fadhli Shaari



Lepas ni boleh fokus adalah check duit RM90 juta Pas haritu.
Siasat terus kes menantu Abdul Hadi Awang, Menantu Muhyiddin Yassin dan anak Hamzah Zainudin.

Bergitu juga kes REE Kedah babit bekas Setpol Sanusi Md Nor dan ex Ceo PMB Kedah termasuk kes Lembu Ahli Parlimen Padang Serai, kes Skandal buku JQAF KPM pun jangan lupa, Jana Wibawa dan kes pengubahan wang haram RM400 juta lebih Bersatu kawan Pas.








Wala'un memfitnah TKM-1 Pineng curi duit zakat,

 


Wala'un memfitnah TKM-1 Pineng curi duit zakat, sedangkan takde kena mengena! Harap ada tindakan keatas Wala'un, disini link komen dia :

https://www.facebook.com/share/p/18QDFFA5XA/





ADA BUKTI BAWA KE PENGADILAN


 

Dalam satu daerah ada 4 stesen ECRL.



 Kuantan untung giler. Dalam satu daerah ada 4 stesen ECRL. Hampir semua tempat lain hanya satu daerah satu stesen.

Setiap stesen ni dah ada perancangan untuk projek berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD). Memang gempak.
Diharap semuanya akan menjadi kenyataan.


Polemik 168 ekar hutan Puchong: Amiruddin tampil luruskan fakta


 


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menolak dakwaan berhubung pembangunan di kawasan berhampiran Hutan Ayer Hitam, Puchong, dengan menegaskan ia berpunca daripada maklumat tidak tepat yang disebarkan.

Menurut beliau, tiga dakwaan utama yang tular termasuk status tanah sebagai hutan simpan, kelulusan pembangunan dan penjualan di bawah harga pasaran adalah tidak berasas.

“Tanah seluas 168 ekar itu bukan Hutan Simpan Kekal. Ia telah dinyahwarta sejak 1926, lebih 100 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Amirudin berkata kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan sebarang pembangunan di kawasan tersebut, malah permohonan terdahulu telah ditolak kerana faktor keselamatan.

Menurutnya, sekitar 75 peratus kawasan berkenaan dikategorikan sebagai cerun Kelas III dan IV yang tidak sesuai untuk pembangunan.

Beliau menjelaskan projek perumahan yang pernah dicadangkan pada 1990-an akhirnya dibatalkan pada 2010, sebelum disahkan oleh keputusan mahkamah termasuk di peringkat Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada pihak berkuasa tempatan.

Dalam masa sama, Amirudin turut menafikan dakwaan bahawa tanah tersebut dijual di bawah harga pasaran.

Sebaliknya, katanya, tanah itu dijual melalui tender terbuka pada harga RM101 juta, iaitu kira-kira 5.9 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran yang ditetapkan oleh juruperunding hartanah.

Perkembangan itu dimaklumkan selepas beliau mengadakan pertemuan bersama wakil 14 persatuan penduduk di Puchong bagi menjelaskan isu berkenaan yang menimbulkan keresahan komuniti setempat.

Dalam pertemuan tersebut, penduduk turut mencadangkan agar laluan rekreasi menuju ke Hutan Ayer Hitam dikekalkan.

Amirudin berkata cadangan itu akan dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan, termasuk rundingan dengan pemilik tanah bagi memastikan kepentingan komuniti terus terpelihara.

Isu ini sebelum ini menjadi polemik susulan penyebaran maklumat yang mengaitkan kawasan tersebut dengan pembangunan komersial, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar.



Pas tidak mungkin mampu berlaku adil pada Umno – Lokman


 


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Adam, menyuarakan keraguan terhadap kemungkinan kerjasama antara Umno dan Pas, dengan mendakwa parti itu tidak akan mampu berlaku adil dalam pembahagian kerusi pilihan raya.

Dalam satu ucapan yang tular, Lokman berhujah bahawa kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) hanya akan merugikan Umno, memandangkan sebahagian besar kerusi yang dimenangi gabungan itu kini dikendalikan oleh parti lain.

“Kalau pergi bersama PN memang bungkus kita,” katanya, merujuk kepada kekangan jumlah kerusi yang boleh ditandingi Umno.

Beliau turut mempersoalkan andaian bahawa Umno boleh meraih kemenangan mudah di kerusi campuran jika bekerjasama dengan PN, sambil menyifatkannya sebagai tidak realistik.

Menyentuh Pas secara langsung, Lokman mendakwa parti itu sebelum ini menang melalui kaedah yang tidak wajar, termasuk sogokan kepada pengundi dan memainkan sentimen agama.

“Kalau kita nak bersama dengan Pas, bukan tak boleh. Tapi Pas takkan sanggup berlaku adil,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan bahawa sebarang bentuk kerjasama hanya boleh dipertimbangkan sekiranya wujud pembahagian kerusi yang jelas dan seimbang di kawasan majoriti Melayu, selain perjanjian tegas bagi mengelakkan sabotaj calon.

Menurutnya, mekanisme penalti kewangan juga perlu diperkenalkan bagi memastikan disiplin parti dipatuhi, termasuk tindakan terhadap ahli yang bertanding sebagai calon bebas.

Ucapan itu mencerminkan perdebatan dalaman yang semakin ketara dalam Umno mengenai hala tuju kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang.


“Konvoi mat motor ke airport?” Loke arah sekatan


 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyelar tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menganjurkan konvoi motosikal ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, dengan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, kawasan lapangan terbang merupakan zon kritikal yang memerlukan tahap keselamatan tinggi serta kelancaran operasi bagi memastikan perjalanan penumpang tidak terganggu.

“Sekiranya berlaku kesesakan hingga penumpang terlepas penerbangan, siapa akan bertanggungjawab?” katanya.

Loke turut mempersoalkan sama ada konvoi tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, memandangkan sebarang aktiviti melibatkan pergerakan besar kenderaan perlu mematuhi prosedur keselamatan sedia ada.

Susulan itu, beliau mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk bekerjasama dengan polis trafik bagi melaksanakan sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan akan dilakukan ke atas semua motosikal yang memasuki kawasan lapangan terbang, tanpa pengecualian termasuk melibatkan mana-mana wakil rakyat.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi lapangan terbang kekal terjamin, selain mengelakkan sebarang gangguan kepada pengguna awam.






Ada apa dengan 𝗔𝘇𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗸𝗶 ni? Nama penggantinya dah diumumkan pun masih nak kecoh lagi? Apa kes sebenarnya ni?




 Ada apa dengan 𝗔𝘇𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗸𝗶 ni? Nama penggantinya dah diumumkan pun masih nak kecoh lagi? Apa kes sebenarnya ni?

Takde la. Takde kes apa pun. Azam Baki sebenarnya 𝗮𝗹𝗮𝘁 je. Dorang hentam Azam Baki, tapi target yang sebenarnya PMX.
Sambung kontrak, atau lantikan baru, tu tak penting. Bahkan lantiklah sesiapa pun, aka ada je suara-suara yang 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶.
Sebab tujuan mereka sebenarnya nak 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗣𝗠𝗫 je. Malang sekali, perkara tu tak semudah ABC untuk dilaksanakan.
Nak guna isu harga minyak, majoriti rakyat tahu itu masalah global. Malah rakyat Malaysia masih dapat subsidi dan antara yang 𝘁𝗲𝗿𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.
Nak guna isu rasuah, indeks persepsi rasuah negara kita meningkat. Dunia mengiktiraf usaha kerajaan banteras rasuah.
Nak guna isu harga barang, tapi tiada kenaikan yang signifikan. Jadi isu apa lagi nak dimainkan. Ini je la isu yang ada pun.
Yang kelakarnya, yang sibuk isu Azam Baki ni orang yang 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵. Termasuklah pemberi rasuah tegar.
Dah macam 𝗺𝘂𝘀𝗮𝗻𝗴 komplen 𝗽𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗮𝘆𝗮𝗺 lak. Padahal musang bengang pagar tu halang dia dari curi ayam. Kan?
PMX takde la sempurna. Tapi bila tengok ada banyak makhluk meroyan, dan tengok pulak profile makhluk tu, aku rasa pentadbiran PMX ni hebat.
Buktinya? Buktinya bila kita tengok makhluk-makhluk yang kepanasan ni. Macam 𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻 bila jumpa 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿. Guane boh?

https://youtu.be/CBMWuoqvBWE?si=BMRiq_rhejZwOC2f


 

P4LA BAP4K HANG NUSEE!! - SENANG CUCI TANGAN BILA PROJEK GAGAL | KXP KULIM SANUSI


 

Lepas Agong titah, tiba-tiba PAS isytihar turun Himpunan Tangkap Azam Baki - Komen saya


 

KIOK


Sanusi Md Nor akhirnya KOYAK bila saya umum nak g gempur DUN Jeneri, Sik.
Haritu bukan main sombong kata nak kalahkan Saifuddin Nasution tak kira tanding mana pun.
Tam RJebat nak ugut ke baling kasut tu? Hang lupa kot aku duk mana. Hehehe.
Sanusi Sombong akhirnya dah kecutttt 😂









 




HUKUM MATI


 

PM Anwar Lakukan Lawatan Kerja Sehari Ke Pulau Pinang Hari Ini 49 minutes ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada 25 April 2026. Foto PMO GEORGE TOWN, 25 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama dalam menumpukan kepada agenda pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi. Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. Usai majlis ulang tahun berkenaan, Anwar meneruskan agenda rasmi dengan mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat. Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Permatang Pauh pada 3 petang. Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Dijangka kehadiran rakyat bersama-sama dengan Perdana Menteri akan memeriahkan majlis pengiktirafan tersebut dan mendekatkan peranan NADI dengan rakyat menerusi pelbagai perkhidmatan disediakan secara percuma.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada 25 April 2026. Foto PMO

GEORGE TOWN, 25 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama dalam menumpukan kepada agenda pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi.

Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Usai majlis ulang tahun berkenaan, Anwar meneruskan agenda rasmi dengan mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Permatang Pauh pada 3 petang.

Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Dijangka kehadiran rakyat bersama-sama dengan Perdana Menteri akan memeriahkan majlis pengiktirafan tersebut dan mendekatkan peranan NADI dengan rakyat menerusi pelbagai perkhidmatan disediakan secara percuma.


                           

Ada cubaan menyeludup placards propaganda dalam demo petang ini.

 






Ada cubaan menyeludup placards propaganda dalam demo petang ini.

Konon untuk menunjukkan demo ini untuk tujuan peribadi saya nak jadi PM.
Ha3 kreatif diorg ni. Lain kali cari gambar yang terkini dan lebih kurus.
Petang ini, kalau nampak placard2 propaganda macam ini, tolong nasihat baik2 minta turunkan.
Perhimpunan hari ini tidak ada agenda politik. Bukan untuk sesiapa atau mana-mana parti politik.
Ia hanya luahan segelintir rakyat yang kecil, yang mahu Malaysia lebih baik.


BOLEHKAH ANWAR JADI PM SEPENGGAL LAGI?



 Shahbudin Husin


BOLEHKAH ANWAR JADI PM SEPENGGAL LAGI?

24 April 2026

Sejak kebelakangan ini didapati banyak laman di media sosial yang cuba mengadakan poll atau tinjauan pendapat berkenaan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Dalam kebanyakan tinjauan pendapat yang diadakan itu, hasilnya didapati bercampur-campur dengan ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju.
Saya tidak bermaksud untuk mengulas lanjut tentang pendapat mana yang lebih banyak kerana ia hak masing-masing berbuat demikian.
Memberikan pendapat atau hujah sama ada Anwar boleh kekal atau tidak sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua sebenarnya adalah isu kedua penting, manakala isu pokok atau terpenting sekali ialah sama ada PKR masih boleh menang atau tidak pada PRU16 akan datang?
Dalam PRU akan datang, kemampuan PKR untuk menang adalah cabaran utama buat Anwar.
Sekurang-kurangnya dua isu besar menjadi hambatan buat PKR untuk memperolehi kemenangan yang signifikan bagi membolehkan kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Pertama, Anwar kini berada dalam kedudukan menurun di hati rakyat berbanding ketika PRU15 yang lalu.
Penurunan itu paling besar adalah disebabkan prestasi dan imej Anwar sendiri setelah beliau bergelar Perdana Menteri.
Banyak pihak, termasuk makcik-makcik di kampung tidak lagi meletakkan Anwar di hati mereka ketika ini kerana banyak janji yang diucapkan sebelum ada kuasa masih gagal ditunaikan setelah kuasa kini berada dalam genggamannya.
Alasannya menolak untuk menunaikan janji-janji itu pula kadangkala dilihat remeh, walhal ketika belum ada kuasa dahulu, beliau seolah-olah mampu “langgar” apa saja halangan demi mendapatkan undi daripada rakyat.
Video-video lama berkaitan pelbagai janji dan kata-kata manis sebelum dapat kuasa masih ligat diputar di media sosial dan ini tentunya memberi kesan besar di peti-peti undi nanti.
Jika ketika PRU15, PKR mampu memenangi 31 kerusi Parlimen dalam keadaan prestasinya menggunung ketika itu, sudah pasti jumlah kerusi mampu dimenangi jauh berkurangan di ketika prestasinya di tahap cukup rendah sekarang.
Isu kedua yang menghambat Anwar dan PKR daripada memperolehi kemenangan ialah faktor Rafizi.
Bermusuh dengan Rafizi ini pula adalah isu yang dicipta dengan restu oleh Anwar sendiri.
Jika Anwar tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2025 lalu, nasib PKR pastinya tidak seperti hari ini.
Disebabkan Rafizi “dikerat” pada pemilihan 2025 lalu, selain PKR jadi berpecah sampai sekarang dan dijangka berterusan hingga PRU16 akan datang, pemegang jawatan Timbalan Presiden yang baharu turut diperkatakan oleh ahli-ahli parti sendiri seperti tidak berfungsi.
Dalam keadaan itu dan jika ia berterusan hingga PRU16 di mana hanya Anwar seorang saja jadi panglima perang, bagaimana PKR nak menang?
Daripada 31 Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang, 10 daripadanya tetap setia bersama Rafizi dan besar kemungkinan mereka itu akan bertanding atas tiket Team Rafizi pada PRU akan datang.
Berikutan Rafizi dan kumpulannya tetap aktif bersuara dalam pelbagai isu rakyat dan sentiasa menunjukkan kebersamaan, adalah dipercayai mereka masih mampu mengekalkan kerusi Parlimen masing-masing, meskipun tidak bertanding atas tiket PKR.
Di waktu yang sama, ada maklumat mengatakan Team Rafizi bukan saja akan bertanding 10 kerusi, bahkan sehingga 25 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang kini dipegang PKR.
Dalam keadaan Rafizi bakal memberi cabaran kepada PKR dan PN pula mungkin memberi laluan dengan tidak meletakkan calon, tidak dinafikan bahawa potensi Team Rafizi mampu memenangi banyak kerusi Parlimen adalah cerah.
Dengan itu, jika PKR tak mampu menang, bagaimana mahu menjadikan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri untuk sepenggal lagi?
Di samping itu, isu lain yang dilihat sebagai gangguan ialah Anwar sendiri masih tiada kerusi selamat untuk beliau bertanding pada PRU akan datang.
Selepas menang di Tambun pada 2022 lalu dan sebelum itu menang di Port Dickcon, Anwar kini dilaporkan mahu kembali semula ke Permatang Pauh, kawasan lamanya.
Tetapi, Permatang Pauh kini berada dalam genggaman PAS sejak parti itu memenanginya pada PRU15 lalu.
Sama ada Anwar mampu merampas Permatang Pauh atau tidak, ia masih menjadi persoalan yang tiada kepastian jawapan.
Ada juga khabar menyebut Anwar mungkin bertanding di Bandar Tun Razak, kerusi yang kini diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berkaitan hal ini, tidak seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini yang ada kawasan selamat yang kekal buat mereka bertanding, Anwar sebaliknya sentiasa dalam pelarian dan pencarian.
Hakikatnya, dua isu yang tidak boleh diabaikan bila memperkatakan tentang sama ada Anwar boleh dipanjangkan sepenggal lagi sebagai Perdana Menteri - bolehkah PKR menang dan mampukah Anwar sendiri menang sebagai Ahli Parlimen?
Bagaimana jika salah satu atau kedua-dua keadaan itu tidak menyebelahi Anwar? ShahbudinHusin 24April2026. #AnwarIbrahim





SPRM dapat bos baru, siapa Abdul Halim Aman?


 


Kerajaan mengumumkan pelantikan baharu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa 13 Mei ini.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Kerajaan menyatakan keyakinan bahawa Abdul Halim, yang disifatkan memiliki pengalaman luas serta tahap integriti tinggi, mampu memperkukuh tadbir urus institusi tersebut.

“Beliau akan meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” menurut kenyataan itu lagi.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha berterusan kerajaan memperkukuh institusi anti-rasuah di tengah tuntutan awam terhadap ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tegas.