10 Projek Kampung Angkat MADANI KPKT Siap, Beri Manfaat Lebih 8,000 Penduduk

 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Balai Bomba Teluk Intan

TELUK INTAN, 10 Mei – Sepuluh projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) siap dibina dan memberi manfaat kepada kira-kira 8,670 penduduk di Kampung Bahagia di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata RM2.5 juta diperuntukkan bagi 10 projek menaik taraf kemudahan asas itu, termasuk dewan komuniti dan tempat pembuangan sampah di kampung tersebut yang siap sepenuhnya pada 31 Mac lalu.

“Projek lain adalah menaik taraf jeti nelayan sebanyak RM667,000, menaik taraf gelanggang futsal (RM 697,000), pengindahan Geghotak Bahagia (RM 480,000), naik taraf sistem pengairan dan saliran (RM200,000) dan baik pulih landskap (RM200,000).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Bernama

“Selain itu, pembinaan mercu tanda (RM 96,000) serta menaik taraf pusat pengumpulan sampah (Pembinaan Pusat Sisa Lestari) sebanyak RM 70,000,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI hari ini.

Beliau berkata, Perbadanan PR1MA Malaysia melalui pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat pula menyumbangkan sebanyak RM91,810 kepada satu daripada projek Kampung Angkat MADANI KPKT.

“Ia merangkumi membaik pulih bumbung, tiang ‘galvanized’ dan pemasangan susur tangan di Jeti Nelayan Kampung Bahagia yang memberikan manfaat kepada komuniti nelayan di sini, selain berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui sektor perikanan dan industri pelancongan desa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Balai Bomba Teluk Intan

“Jeti ini akan memberi manfaat kepada 76 nelayan di Kampung Bahagia dan terdapat satu pembinaan jambatan baharu di bawah Kementerian Kerja Raya yang akan dibina bagi menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan bandar,” katanya.




OPERASI TAHAN TOKAN DAN SEGALA MACAM GANGSTERISME DI SG PETANI


 

BHAI... HANG NAMPAK APA PADA PAS? MANA BERANI TANDING SOLO.. SEMUA YANG PAS JOIN... SEMUA AKAN LARI.. TU JA SIKAP PAS.


 

LAGI KERJA FITNAH WALAUN- TUNGGU MAKAN SAMAN- Fitnah oleh pemilik akaun TikTok OMGSekMung, apa kata Mujahid yang difitnah?


 

HarapandailyMay 10, 2025

Berikut adalah kenyataan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, timbalan presiden AMANAH seusai laporan polis dibuat terhadap akaun TikTok OMGSekMung:

“Video tersebut, yang dimuat naik pada 9 Mei 2025, memaparkan gambar saya tanpa kebenaran dan cuba mengaitkan saya secara tidak langsung dalam isu bantahan terhadap papan tanda larangan homoseksual yang dipasang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan jelas berniat jahat. Ia mencetuskan persepsi seolah-olah saya menyokong agenda songsang, sedangkan hakikatnya saya tidak pernah menyokong mana-mana bentuk promosi homoseksual.

“Saya menolak sekeras-kerasnya naratif palsu ini dan menyifatkannya sebagai satu cubaan terancang untuk merosakkan maruah serta nama baik saya sebagai seorang pendakwah yang konsisten memperjuangkan pendekatan Islam yang adil, berhemah dan berpaksikan prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin.

“Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kebenaran dan keadilan, saya percaya bahawa fitnah sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa tanpa tindakan. Justeru, laporan polis telah dibuat agar siasatan segera dapat dijalankan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menyebarkan kandungan jelik dan tidak bermoral ini.

“Saya amat menyokong kebebasan media dalam melaporkan berita secara bertanggungjawab. Kebebasan bersuara adalah asas penting dalam sebuah negara demokrasi yang matang. Namun begitu, saya menolak sekeras-kerasnya budaya fitnah dan kebencian yang digunakan untuk membunuh karakter seseorang, khususnya dalam medan politik.

“Tindakan memutarbelit fakta, menyebar persepsi palsu dan menyerang peribadi atas nama “kebebasan” bukan sahaja tidak beretika, malah merosakkan asas keharmonian masyarakat dan mencemarkan ruang demokrasi itu sendiri.

“Kebebasan bukan lesen untuk memfitnah. Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada pembohongan yang menjatuhkan maruah insan lain. Sebagai ahli politik, saya sedia dikritik. Tetapi biarlah kritikan itu berasaskan fakta, bukan tohmahan.

“Saya menyeru semua pihak agar menolak budaya politik kebencian dan fitnah murahan yang semakin berakar dalam ruang media sosial. Platform digital tidak sepatutnya dijadikan medan untuk menjatuhkan karakter seseorang melalui pembohongan dan manipulasi. Kebenaran mesti dipertahankan, dan kezaliman digital wajib kita lawan bersama.”

 


Video TikTok fitnah dan manipulasi terhadap Mujahid, laporan polis telah dibuat

 



K PRAGALATHMay 11, 2025

Pegawai khas kepada Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah membuat laporan polis terhadap seorang pengguna TikTok yang memuatnaik kandungan berunsur manipulasi dan fitnah.

Akaun TikTok tersebut Bernama OMG! SekMung.

“Video itu memaparkan naratif yang mengelirukan serta disunting seolah-olah Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyokong kumpulan yang membantah larangan homoseksual oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Ia memberi gambaran palsu dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik beliau,” kata pegawai khas kepada Mujahid, Muhamad Nur Ismail di dalam laporannya itu.

Muhamad turut mendakwa bahawa akaun ini turut menggunakan gambar Mujahid berulang kali dalam isu berkaitan LGBT dan aktivis seperti Nisha Ayub.

“Walaupun nama beliau tidak disebut secara langsung, penyampaian kandungan tersebut membawa persepsi salah dan fitnah terbuka.”

 

Baru-baru ini kerajaan Terengganu telah memasang papan tanda anti LGBT+ di Universiti Malaysia Terengganu supaya masyarakat membenci perlakuan yang dikutuk agama.

Setakat ini Mujahid tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan pemasangan papan tanda tersebut oleh kerajaan pimpinan Pas di Terengganu.

Semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beliau pernah menggunakan kaedah diplomasi untuk mendekati golongan LGBTQ+.

Antara yang berjumpa dengan beliau ialah Nisha Ayub.

 

NAH SALAHKAN ORANG SAJA.. TAPI BAGAIMANA MELAYU?


 

KALAU GINI PEMUDA UMNO, MELINGKUP LAH UMNO- Cadangan agihan kerusi 14-14: Tarik balik kenyataan, usah sombong Akmal

 


Cadangan agihan kerusi 14-14: Tarik balik kenyataan, usah sombong Akmal

K PRAGALATH

May 11, 2025

Exco Pemuda AMANAH Nasional Fadhli Umar Aminolhuda mahu Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang menolak cadangan formula cadangan agihan kerusi 14-14, untuk pilihan raya negeri Melaka, menarik balik kenyataannya.

“Saya menyeru agar Dr Akmal Salleh menarik balik kenyataannya dan kembali kepada semangat muafakat.

“Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan, bukan saling mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kunci kejayaan buat kita semua,” kata Fadhli.

Ini kerana kenyataan Akmal memperlihatkan sikap sombong pemimpin Umno tersebut tanpa semangat permuafakatan yang menjadi asas kepada Kerajaan Perpaduan.

“Formula 14-14 adalah satu cadangan adil yang mencerminkan semangat setiakawan serta kesamarataan antara parti-parti dalam kerajaan, terutamanya antara UMNO dan PH di negeri Melaka.

“Sebarang cubaan untuk mendominasi atau meminggirkan rakan kongsi bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan dalaman malah boleh menggugat kestabilan kerajaan yang sedang dibina bersama.”

 

Isu formula 14-14 ini timbul apabila DAP bahagian di Melaka sebulat suara meluluskan resolusi berkongsi kerusi di dalam pilihan raya negeri Melaka yang akan menjelang tiba tahun ini.

Fadhli turut mengingatkan Dr Akmal bahawa BN memenangi pilihan raya kecil di Mahkota dan Ayer Kuning kerana sokongan undi penyokong Pakatan Harapan.

“Bahkan Dr Akmal usah lupa bagaimana usaha dan kerjasama erat yang diberikan oleh rakan Pakatan Harapan dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional khususnya dalam siri PRK seperti DUN Mahkota dan DUN Ayer Kuning yang mana jelas atas kertas menunjukkan undi teras Pakatan Harapan menyokong dan mengundi calon BN atas semangat Perpaduan!

Akmal turut diingatkan bahawa kerajaan persekutuan terbina di atas asas persefahaman bersama.

“Saya akhirnya mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini terbina atas asas persefahaman, bukannya penguasaan sebelah pihak.

“Politik ego perlu dibuang dan saya menyeru semua parti dalam gabungan untuk terus memperkukuh agenda reformasi, memperjuangkan isu rakyat dan mengukuhkan kerjasama antara komponen.

“Pemuda bukan medan angkuh, sebaliknya ruang untuk membina negara dengan idealisme dan jiwa besar.”

 

CHINA MALUKAN TRUMP.


 

Bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua kerusi di dalam PRN Johor, itulah pilihan PH Johor

 




Naib pengerusi AMANAH Johor Zuhan Zain berkata bahawa PH Johor sedang mempertimbangkan sama ada untuk bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua kerusi di Johor di dalam pilihan raya negeri akan dating.

“Kemungkinan pertama adalah kerjasama bersama dengan BN Johor dalam berhadapan dengan PRN nanti dan hal ini juga memerlukan komitmen dari PH Johor untuk membawa agenda pembahagian kerusi sama rata antara BN-PH di Johor.

“Kemungkinan kedua yang boleh berlaku adalah gabungan PH bertanding di semua kerusi di Johor tanpa ada kerjasama dengan BN dan mana-mana gabungan lain di Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PRN Johor dijangka berlangsung awal tahun 2026 selepas tempoh mandat tamat dalam bulan Mac.

Tiga negeri lain yang juga perlu mengadakan PRN ialah Melaka, Sabah dan Sarawak.

PH dan BN sepakat di peringkat kerajaan pusat tetapi kesepakatan peringkat negeri belum dimuktamadkan. Ini termasuklah pembahagian kerusi DUN.

 

 

Dalam pada itu Zuhan berkata bahawa PH Johor perlu memuktamadkan perkara ini kerana gerak kerja mendekati rakyat perlu dilaksanakan.

“Keputusan ini perlu segera dibuat berikutan masa yang tinggal adalah singkat untuk melakukan gerak kerja mendekati rakyat agar PH terus mendapat kepercayaan rakyat di negeri ini,” katanya.

 

RAFIZI DAKWA ADA ORANG BAGI TUDUNG DAN BAGI DUIT UTK DAPAT SOKONGAN

Siapa yang mengikuti ucapan Rafizi Ramli malam tadi akan jelas pendirian beliau



1. Tidak ada masalah siapa pun nak lawan Timbalan. Ini demokrasi.


2.Tidak ada istilah nepotisma, tapi kita bukan sekadar kena menjawab dengan ahli, tapi pengundi luar. Pengundi luar tidak kisah soal demokrasi kita. Ia soal persepsi.


3. Rafizi tidak ada isu berhenti dari jawatan dia ada sekarang (sekiranya dibenarkan PM) dan memberi laluan kepada orang lain memegang jawatan menteri. Ini kerana dia tidak mahu dilihat seseorang yang merebut jawatan menteri namun tidak ada jawatan dalam parti atau kalah dalam jawatan parti.


4. Menang atau kalah itu adalah lumrah pertandingan. Namun, banyak kepincangan dalam sistem yang nampak akan memberi advantage kepada pasukan lain.


5. Walaupun sistem itu begitu, dia tetap masuk bertanding kerana dia faham bahawa demokrasi perlu Diraikan.


6. Tugas seorang Timbalan ialah sebagai jeneral perang melawan naratif dan walaun kerana PM merangkap presiden akan sibuk mengurus tadbir negara. Dia berharap selepas ini, kalau Nurul Izzah Anwar menang Timbalan, maka dia perlu memikul tanggungjawab itu dan mengambil baton sebagai jeneral perang dan sang pembantai dari tangan rafizi. Nurul kena bersedia.


7. Walaupun mungkin melepas jawatan menteri, tidak bermakna dia akan me lepas jawatan ahli parlimen kerana dia menang untuk tempoh sehingga pilihanraya akan datang. Jawatan menteri adalah pilihan tapi jawatan ahli parlimen adalah kewajipan. Kalau lepas jawatan lagi mudah dia nak lawan walaun. 


8. Raf juga berpesan biasalah bila parti menang akan ramai orang masuk parti termasuk dari parti luar. Fenomena ini dapat dilihat sejak menang 2018.


9. Dia juga berkata bahawa jangan kita ada budaya pak turut dan saya tambah kaki ampu dan kaki jilat.


10. Raf menyebut specific nama Ramanan, seorang kaya yang hanya masuk parti dari MIC tahun 2020 tapi bercakap soal akar umbi. Mengurus Akar umbi MIC lain dari mengurus akar umbi PKR. Menabur duit bukan cara mengurus akar umbi. Memperkasakan akar umbi, itu caranya


Kesimpulan Iswardy


1. Kalau nak merasa duit rafizi atau team dia mmg Jauh sekali la.


2. Kelemahan rafizi ialah mengurus akar umbi. Tapi itu bukan kelemahan dia seorang sebenarnya. Yang lain lagi teruk. 


3. Jentera pengurusan media dan persepsi lagi banyak bertahan dari menyerang. Bukan tak nak menyerang

Pertama bahan kena ada kalau nak menyerang. Kedua tak de sapa akan membela kita kalau menyerang, salah cakap dan kena saman. Dan yang terakhir


4. Menarik bila dia sebut perlu konsisten. Dalam Pakatan Harapan terutama pkr, TIDAK RAMAI ahli yang konsisten membela kerajaan ini. Jadi akhirnya ia kena kembali kepada jeneral perang.


5. Saya juga tengah berimaginasi membayangkan bagaimana Nurul mengambil alih jawatan Timbalan dan sekarang bersedia menyerang walaun


6. Bersedia kartel 2.0 yang kini menjadi parasit dalam parti.


Iswardy




BERITA PENYINGKIRAN KETUA RISIK INDIA.

 


Berita mengenai dakwaan operasi ‘false flag’ di Pahalgam serta penyingkiran Lt Jen DS Rana selaku Ketua Agensi Perisikan Pertahanan India (DIA) telah mendapat liputan beberapa media serantau dan antarabangsa seperti The Khyber Mail, Business Recorder, dan Dunya News. Cerita ni memang kecoh dan jadi bualan hangat di media sosial sekarang ni. 





Telah berlaku satu kejadian kat kawasan peranginan terkenal di Wilayah Pahalgam, Jammu, dan Kashmir (IIOJK), (wilayah yang menjadi perebutan antara negara India dan negara Pakistan sejak tahun 1947) kini dikuasi oleh negara India. 


26 orang pelancong jadi mangsa tembakan mengejut dalam serangan misteri. Tapi cerita ni tak habis kat situ je.


Yang buat cerita ni heboh satu dunia, ada dokumen rahsia milik agensi perisikan India (RAW) bocor kat Telegram. 


Dalam dokumen tu terbukti jelas menyatakan bahawa serangan yang berlaku sebenarnya dirancang oleh kerajaan India sendiri. 


Ya, korang baca betul kerajaan India sengaja cipta drama palsu supaya boleh salahkan Pakistan dalam masa 36 jam selepas serangan berlaku.


Plan asalnya, India nak gunakan insiden ni untuk wujudkan alasan politik atau ketenteraan bagi menyerang Pakistan. 


Tapi belum sempat jalan plot, semuanya kantoi busuk bila dokumen sulit tu bocor.


Kesan kebocoran dokumen ni agak serius . Pegawai besar macam Lt Gen DS Rana, yang mengetuai Defence Intelligence Agency (DIA), terus kena pecat dan dipindahkan ke Andaman dan Nicobar Islands iaitu satu kawasan terpencil yang selalu dijadikan tempat buangan pegawai tentera yang bermasalah.


Bukan Rana je yang terkena tempias dan dijadikan kambing hitam, pegawai besar lain macam Lt Gen MV Sachinder Kumar (Northern Commander) dan Timbalan Ketua Marshal Udara Sujeet Pushpakar Dharkar pun kena buang kerja serta-merta sebab kerajaan Modi panik nak cover malu punya pasal. 


Menurut penganalisis keselamatan, kejadian ni betul-betul bagi tamparan hebat pada reputasi negara India di mata dunia.


Brigadier (B) Mahmood Shah kata, "Kerajaan Modi dah terperangkap dengan konspirasi ciptaan sendiri yang akhirnya memalukan negara."


Dr Ejaz Khan cakap benda ni bukan biasa-biasa, ia satu jenayah yang agak serius sebab sanggup korbankan rakyat sendiri semata-mata nak cipta alasan politik.


Sekarang dunia dah mula rasa curiga dengan ketelusan dan integriti kerajaan India. Hubungan India dengan negara jiran Pakistan pun mungkin makin panas lepas ni.


Boleh meningkatkan risiko konflik yang lebih besar kat rantau kita. Malah, moral dan keyakinan anggota tentera India pun akan mula tergugat teruk sebab rasa tertipu dengan permainan politik ni.


Walaupun status kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan, berita ni sedang tular dan sedang hangat diperkatakan di media sosial antarabangsa. 


Pengajaran untuk Malaysia? Kita kena sentiasa berhati-hati dan waspada dengan permainan politik kotor dan propaganda negara-negara luar yang boleh mencetuskan ketegangan serantau. 


Integriti, ketelusan, dan kewaspadaan pertahanan negara perlu sentiasa jadi keutamaan supaya negara kita tak jadi mangsa permainan kotor macam ni.-MalDef-


Sumber berita:


 The Khyber Mail

 Business Recorder

 Dunya News

 The Island

 PTV World

 Radio Pakistan


MalDef




ISU PANAS : RAFIZI JAWAB ISU BERCUTI DAN LETAK JAWATAN

HRC LIVE!! - RAFIZI LETAK JAWATAN | HEBATKAH NURUL IZZAH? | PEMILIHAN PK...

LIVE! BERSAMA DS RAFIZI RAMLI YANG BAKAR TAPI GANTI KEPADA YANG BERHENTI...

KEMPEN RAFIZI SUDAH BERMULA, NURUL IZZAH BILA LAGI?



10 May 2025


Sebaik mengesahkan pencalonannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menunggu lama untuk mengatur gerakan kempennya.


Tema kempen beliau kali ini ialah HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa.


Selain makna temanya yang mudah difahami iaitu untuk terus menghidupkan idealisme reformasi setelah PKR kini merupakan tunjang kerajaan, lebih menarik lagi ialah penggunakan kata pendek HIRUK dalam sebutan tema kempennya.


HIRUK adalah perkataan yang berasal daripada HIRUK PIKUK iaitu bermaksud sibuk, bising atau riuh rendah.


Dalam hal ini Rafizi ternyata bijak memilik perkataan yang unik tetapi tetapi mudah difahami.


Yang paling penting, perkataan HIRUK itu senang disebut dan mudah melekat dalam ingatan.


Selepas ini, pasti perkataan HIRUK akan menjadi sebutan yang meluas di merata-rata.


Melalui HIRUK sebagai tema kempennya, Rafizi dengan pantas telah mengatur dua lokasi untuk beliau dan kumpulannya berkempen.


Pada 11 Mei (Ahad), jam 9.00 malam, kempen HIRUK akan berlangsung di Klana Grand Ballroom, Allson Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.


Ini adalah program kempen untuk beliau bertemu dengan perwakilan PKR daripada Negeri Sembilan dan Melaka.


Pada 12 Mei (Isnin), juga jam 9.00 malam, kempen HIRUK akan berlangsung di Dewan Budi Muafakat, KEDA Sungai Seluang, Kedah.


Program ini adalah untuk Rafizi dan pasukannya bertemu dengan perwakilan PKR daripada Zon Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.


Selain itu, malam ini pula (10 Mei), Rafizi akan mengadakan siaran terbuka podcast kendaliannya di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Selangor pada jam 9.00 malam.


Podcastnya yang sebelum ini bertema “Yang Bakar Menteri” kini telah ditukar kepada “Yang Berhenti Menteri?”


Podcast beliau dengan siaran terbuka dan boleh dihadiri orang ramai ini juga adalah juga sebahagian gerakan kempen Rafizi.


Bermakna, setelah baru semalam mengesahkan bertanding mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR, Rafizi sudah pun mengatur tiga program kempen untuk mempertahankan jawatannya.


Ini sekaligus menggambarkan betapa seriusnya beliau untuk mengelakkan dirinya dapat dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar.


Tetapi, apa gerakan kempen Nurul Izzah untuk memastikan beliau beroleh kemenangan dan dapat menewaskan Rafizi?


Setakat ini nampaknya masih belum ada apa-apa gerakan yang kelihatan.


Bila lagi nak bermula?


Nak menang atau nak kalah?


Kalau serius nak menang, Nurul Izzah tiada pilihan lain melainkan harus segera bertindak lebih pantas atau setidak-tidaknya sama pantas dengan Rafizi dalam menyusun program kempennya.


Ingat satu perkara, sebagai anak Presiden PKR merangkap Perdana Menteri – malu kalau kalah nanti!! – ShahbudinHusin 10Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/kempen-rafizi-sudah-bermula-nurul-izzah-bila-lagi/




INI PEJUANG SEBENAR. BUKAN CAKAP MACAM ORANG MUNAFIK..... MACAM SIAPA?

 Dipetik



Lelaki dalam gambar ini dilahirkan di Kuwait.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 5,200 tahun, termasuk penjara seumur hidup sebanyak 67 kali.


Pada awal kehidupannya, dia bekerja sebagai mekanik dan pernah berhutang sebanyak $5,000 pada usia 18 tahun.

Dia kemudian belajar kejuruteraan elektronik di Korea setelah menguasai bahasa Korea, mempelajari 5 bahasa, serta menguasai seni bela diri judo dan karate.


Dia berjaya mengumpulkan kekayaan yang besar, mahir dalam menggodam rangkaian komunikasi telefon dan internet, serta menjadi pakar dalam semua jenis sistem elektronik.

Dia juga menguasai pembuatan bom dalam pelbagai jenis dan saiz. Semua ini dipelajari untuk satu tujuan: membebaskan tanah airnya, Palestin.


Dalam tempoh 3 tahun, dia merancang dan menguruskan operasi terhadap pihak Zionis yang mengakibatkan kematian 67 orang Zionis dan kecederaan 500 yang lain.

Kini dia menjalani hukuman penjara di penjara Zionis dalam keadaan kurungan bersendirian, selepas dia berjaya membuat panggilan telefon ke stesen radio tempatan di Gaza dari dalam penjara.

Peristiwa itu menyebabkan pihak keselamatan Zionis, termasuk Shabak, panik dan membuka siasatan tentang bagaimana dia dapat membuat panggilan dari dalam penjara.


Karya-Karyanya yang Ditulis dari Dalam Penjara:


1. Amir al-Zhil (Putera Bayangan)


2. Al-Majdah


3. Palestin: Sang Pencinta dan Kekasih


4. Al-Maqdisi wa Shayaṭin al-Haykal al-Maz‘um (Al-Maqdisi dan Syaitan-Syaitan Haikal Palsu)


5. Al-Miqṣalah (Tali Gantung)


6. Muhandis ‘ala al-Tariq (Jurutera di Jalan Perjuangan)


Ingatlah nama ini dan sampaikan kisahnya kepada anak-anak anda.

Dia ialah:

Abdullah al-Barghouthi (Putera Bayangan).


Sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan untuk lelaki contoh ini ialah memastikan gambarnya tersebar ke seluruh dunia tanpa henti... agar semua orang berdoa untuk kebebasannya.


C/P


PANAS SIKIT KALI NI.


 Pemilihan 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 kali ini panas sikit. Sebab kali ni Keadilan dah jadi 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.


Jawatan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 pun 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 lagi. Dengan DS Anwar dilihat berada di penghujung karier, Timbalan Presiden dianggap 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 kerusi presiden.


Apa yang lebih menarik, Perdana Menteri Malaysia adalah dari parti Keadilan. Jadi kiranya siapa yang jadi presiden Keadilan, 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.


Maaf cakap, ia 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂. Kerana PH bukan BN. Masa BN dulu, UMNO cukup dominan. Jadi bila BN menang, auto presiden UMNO akan jadi PM. Tapi PH 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮.


𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, kerajaan yang terbentuk ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗣𝗛 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸. Ia 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻. PH secara bersendiri, tak mampu bentuk kerajaan.


Kerajaan gabungan ini 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 kerana sosok DS Anwar. Percayalah, kalaulah pengerusi PH bukan DS Anwar, ceritanya mungkin berbeza. Kerajaan tidak sestabil ini.


𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮, dahlah PH secara sendiri tak mampu nak bentuk kerajaan, dalam PH pun Keadilan bukan parti dominan. Maksud aku 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗴𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶.


Dalam keadaan seperti ini, siapa yang jadi presiden selepas DS Anwar, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 akan jadi PM. Kerusi itu akan terbuka untuk direbut oleh semua.


Aku perhati ada yang kata nak orang ni jadi presiden kerana 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗠. Tak bro. Tak. Jauh lagi nak sampai ke situ.


Tugas pertama pengganti DS Anwar adalah untuk menjadi 𝗴𝗮𝗺 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 sekuat DS Anwar. Orang itu perlu punya 𝗸𝗮𝗿𝗶𝘀𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝘂𝗿𝗮 sehebat, kalau tak lebih dari DS Anwar.


Jadi tokoh itu mestilah seorang yang 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻. Tak cukup setakat disukai oleh ahli parti. Dia kena jenis yang 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗵𝗲𝗺 je dah boleh buatkan musuh 𝗰𝗶𝗿𝗶𝘁 𝗯𝗶𝗿𝗶𝘁 sampai ponteng parlimen.


Sebab itu aku kata belum ada orang yang layak untuk gantikan DS Anwar.


Sebab tu, tak payahlah beriya sangat sokong calon yang kita suka sampai 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. Sebab itu nanti akan menyusahkan calon yang kita suka tu sendiri sebab dia perlu 𝘀𝗮𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 serta kuatkan hubungan dengan parti rakan jika terpilih.


Kempen pemilihan mesti berbeza dengan kempen pilihanraya. Kalau kempen pilihanraya, memang kena 𝗼𝗳𝗲𝗻𝘀𝗶𝗳. Serang lawan sampai terduduk.


Tapi kempen pemilihan parti, kena 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗲𝗳𝗲𝗻𝘀𝗶𝗳. Cerita kelebihan calon kesukaan kita. Bukan dengan burukkan lawannya. Ingat, lawan calon kita tu pun 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 juga.


Siapa pun yang kita sokong, tanya diri. Berbaloikah kita musnahkan parti 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴?


Nak sokong, sokong. Kalau calon kita kalah, usahakan bagi menang dalam pemilihan akan datang. Tak perlu sampai kata nak keluar parti bagai. Dulu masa orang lain jadi PM, tak ada pulak nak tinggalkan negara. Ini baru bukan pilihan kita jadi Timbalan Presiden, dah sampai nak tinggalkan parti?


Kalah menang tu adat. Bersaing ketika pemilihan tu adat. Tapi 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝗮𝗺 siapa pun. Ingat orang yang kita kecam tu bakal jadi calon PRU nanti. Masa tu apa kita kecam dia hari ini, 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻. Apa kita nak buat?


Bertenang. Jangan susahkan DS Anwar dengan sikap tak matang kita berpolitik. Kalau Keadilan jadi kacau bilau, yang terjejas nanti kepimpinan DS Anwar juga. Nak macam tu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

AHLI BAWAHAN OK LA...TAPI KALAU MENTERI TAK YAH LA ...



 Erm... Aku rasa 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 kot pemimpin pemimpin ni nyatakan sokongan secara terbuka macam ni. Kalau nak sokong sesiapa tu, sokonglah. Tapi tak payahlah 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮.






Sekali lagi, ini pemilihan parti, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮. Kena cermat supaya tak 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗮𝗻. Kenyataan macam ni boleh menimbulkan suasana yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶.


𝘉𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 oi. Sama ada Rafizi ataupun Nurul Izzah yang menang, tada siapa yang 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴. Kedua dua mereka 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 atas sumbangan mereka kepada parti. Mereka tetap hero.


Walajib berdendam betul dengan Rafizi sebab pernah 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Ceritanya, kalau Najib tu baik, tak sakau, Rafizi hasut macamana pun tak menjadi. Kes Najib tu 𝙢𝙤𝙣𝙚𝙮 𝙡𝙖𝙪𝙣𝙙𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜. Susah nak fitnah tapi mudah nak buktikan sebab ada 𝙢𝙤𝙣𝙚𝙮 𝙩𝙧𝙖𝙞𝙡. Sebab tu DS Anwar kena fitnah liwat, bukan songlap duit.


Sepatutnya kita 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 yang selamatkan berbilion duit negara. Kalau Rafizi tak bongkar kes 1MDB tu, entah berapa bilion lagi wang negara 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 akaun Najib. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kes



CALON YANG BOLEH DI BERIKAN KEPERCAYAAN.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

Salam Reformasi 

Salam Malaysia Madani






Saya, Noraziah Binti Mohd Razit, atau lebih dikenali sebagai Rozy Razit, dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab menawarkan diri untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN bagi penggal akan datang.


Keputusan ini bukanlah suatu yang mudah. Ia dibuat setelah saya mengambil masa untuk bermuhasabah, mendapatkan pandangan rakan seperjuangan serta nasihat daripada keluarga tersayang. Dengan sokongan dan dorongan mereka, saya tampil sekali lagi dengan penuh iltizam untuk terus menyumbang kepada perjuangan wanita dalam parti dan masyarakat.


Sepanjang tempoh perkhidmatan dari 2022 hingga 2025, saya telah diberi kepercayaan menggalas amanah sebagai Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN. Dengan penuh dedikasi, saya telah terlibat secara langsung dalam pelbagai inisiatif memperkasa wanita, antaranya:


- Karnival Wanita Madani di Selangor, Pahang dan Melaka,


- Jelajah Silaturahmi Anak Madani di Negeri Sembilan, Perak dan Melaka,


- Program Caruman SKSSR bersama PERKESO bagi memastikan perlindungan sosial kepada wanita B40,


- Serta menyantuni anggota wanita lama dan baharu di seluruh negara, termasuk bersama pimpinan Wanita KEADILAN di pelbagai peringkat.


Saya akui dalam menyempurnakan amanah ini, pasti ada kekurangan. Justeru, saya memohon maaf atas sebarang kelemahan dan amat menghargai setiap teguran serta sokongan sepanjang tempoh perkhidmatan ini.


VISI saya adalah untuk melihat Wanita KEADILAN menjadi barisan hadapan dalam memperjuangkan hak rakyat, memperkukuh demokrasi, dan membawa perubahan bermakna dalam masyarakat.


MISI saya adalah untuk:


- Memperkukuh 30% peranan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan,


- Memajukan kepimpinan wanita dan ekonomi wanita melalui latihan, bimbingan dan akses kepada sumber,


- Menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran untuk wanita dan belia,


- Memastikan kesejahteraan dan keselamatan sosial wanita sentiasa terbela,


- Serta memperkasa institusi kekeluargaan dan komuniti melalui program berfokus rakyat.


Dengan iltizam yang tinggi, saya bertekad untuk terus memberikan khidmat terbaik, memperkemas gerak kerja, serta memperkukuhkan saf kepimpinan wanita bagi menghadapi cabaran politik dan sosial masa depan.


Bersama, kita Memimpin Anjakan Wanita dan Menjulang Wanita KEADILAN!


Noraziah Binti Mohd Razit (Rozy Razit)

Calon Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN


#MemimpinAnjakanWanita

#MemperkasaWanita

#MenjulangKeadilan

#TerusBekerja

#DemiRakyat




TIADA MASAALAH MELAINKAN IANYA DEMOKRASI



 Sejak tahun 2010 lagi, jawatan Timbalan Presiden sentiasa ada perlawanan.





Penyandang dicabar itu perkara biasa. Jangan kita tiba-tiba jadi regresif dan buatkan calon nak berlawan tu jadi serba salah.


Ini sejarah perebutan jawatan Timbalan Presiden Keadilan


*2010*

Calon Timbalan Presiden:

1) Azmin Ali (menang)

2) Mustafa Kamil Ayub

3) Zaid Ibrahim


*2014*

1) Azmin Ali (menang)

2) Saifuddin Nasution


*2018*

1) Azmin Ali (menang)

2) Rafizi Ramli


*2022*

1) Rafizi Ramli (menang)

2) Saifuddin Nasution


2025?


Rafizi Ramli?

Saifuddin Nasution?

Nurul Izzah?


Jadi, kenapa tahun ni tiba2 jadi isu kalau ada yang nak berlawan jawatan Timbalan Presiden?


Dah 4 penggal berturut-turut, jawatan Timbalan Presiden dipertandingkan. Tak pernah jadi isu dan masalah.


Itulah demokrasi dalam PKR.




Sebab PRN Sabah teramat penting buat PH, BN dan BN menuju PRU16

Afnan, anak walak un mana berani bab himpun nih...

MP PAS KANTOIKAN MB SEMPOI ? KENA GAME ORANG SENDIRI ?

SPRM Kenal Pasti Peneroka Isu Ceroboh Tanah Raub

 

Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Hassanal ketika meninjau kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di Raub pada 9 Mei 2025.

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti peneroka-peneroka bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan sebagai kebun durian di Raub, Pahang.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM berkata, suruhanjaya itu dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen tertentu untuk diteliti.

“Dokumen ini diperlukan bagi mengenal pasti dan merekod keterangan saksi-saksi terbabit,” katanya di sini.

Pada 29 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya sudah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan tanah terbabit.


Katanya, senarai itu turut meliputi pegawai kerajaan yang telah pencen.

Khamis lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meluahkan rasa terkejut selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 10,521 hektar tanah di daerah Raub telah diceroboh secara haram sejak beberapa dekad lalu.

Baginda amat terkejut dengan skala pencerobohan yang begitu besar, bersamaan kira-kira 14,700 padang bola sepak.

Sebelum itu, Op Sekat 3.0 dilaksanakan di hutan simpan kekal serta tanah kerajaan negeri di Batu 3, Sungai Ruan, Raub.

Operasi itu melibatkan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Tanah Daerah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.


Semua gabungan ada kelemahan, namun ada sebab PH-BN bakal cantas PN pada...

LIVE: UMNO ATAU MURSYIDUL AM PAS YANG TIDAK KETAHUAN HALA?

Azam Baki Dilantik Semula Ketua Pesuruhjaya SPRM Setahun Lagi


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi memegang jawatan tertinggi dalam SPRM.

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi memegang jawatan tertinggi dalam SPRM.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Subsekyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.


“Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Azam, 62, sudah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Azam adalah nama yang tidak asing dalam landskap penguatkuasaan undang-undang dan usaha pembanterasan rasuah negara.

Dilahirkan di Negeri Sembilan pada 1963, Azam berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dari Asia E-University.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penguatkuasaan apabila menyertai agensi antirasuah berkenaan pada 1984 yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang antaranya sebagai pegawai penyiasat, pegawai perisikan serta pegawai pendakwa di Kelantan dan Perak selain tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.

Azam pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam SPRM antaranya sebagai Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac 2020 sebelum dilantik semula menerajui agensi itu pada 2020 dan 2023.


PM Anwar, Abang Jo Setuju Selesai Isu PETRONAS-Petros Dalam Masa Terdekat

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abang Johari ketika mengadakan pertemuan rasmi bersama kepemimpinan tertinggi PETRONAS dan Petros di Perdana Putra pada 9 Mei 2025. Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)

PUTRAJAYA, 9 Mei – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memuktamadkan prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Perkara itu dimuktamadkan dalam satu pertemuan rasmi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg bersama barisan kepemimpinan tertinggi PETRONAS dan Petros di Perdana Putra, hari ini.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), ia memaklumkan langkah itu penting dalam memastikan potensi besar yang dikenal pasti daripada kerjasama antara dua entiti berkenaan dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.

“YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak juga mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, ia berlangsung dalam suasana mesra yang harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

Pada 4 Mei lalu, Anwar memberi jaminan isu PETRONAS dan Petros akan dimuktamadkan segera sebaik sahaja Abang Johari kembali dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom.


Kerajaan Sarawak sebelum ini mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikat PETRONAS, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) atas dakwaan kononnya melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.




Malaysia tak boleh tunggu lagi—kita wajib teroka pasaran baharu untuk ke...

LUPA DARATAN TIDAK KENANG JASA - PESANAN RAFIZI KEPADA 'MEREKA' | Timb...

ARTIS INDONESIA INI SAMPAI HERAN TENGOK MENTALITY ORANG MALAYSIA ‼️

Akmal Saleh bab kerusi lu manyak Kedekut.. cai...