KEADILAN akan bincang soal Shafie Apdal calon PM - Saifuddin Nasution




Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan partinya akan mengadakan perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) mengenai calon Perdana Menteri (PM) tidak lama lagi.

Hal ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kini dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri PH Plus.

Malah, beliau mendakwa pencalonan itu dipersetujui oleh DAP, Amanah dan Warisan dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 25 Jun lalu.

"Saya juga diberi maklum Amanah dan DAP akan bawa kepada perbincangan PH.

"Sehingga perkara ini dibawa kepada PH, KEADILAN akan memberikan pandangan dalam mesyuarat PH," kata Saifuddin dipetik.

Pada masa sama, Saifuddin menganggap perkembangan terbaru tersebut bermakna Mahathir sudah tidak berminat untuk menjadi PM.

“Rujuk kenyataan Tun, ketika Tun sebut “keputusan sebulat suara" mencadangkan Shafie.

"DAP dan Amanah pula menyebut bahawa mereka akan bawa ke mesyuarat parti masing-masing untuk dibincang dan dibuat keputusan.

“Kenyataan Tun ini juga bermaksud Tun sudah terkeluar dari "persaingan" untuk menjadi perdana menteri,” katanya.

Dalam pengumuman terbaharu, Mahathir turut menyertakan KEADILAN dalam kerajaan bayangan PH dengan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta anaknya Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.



KENAPA ABAH NAK SINGKIRKAN SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER


HAMSINA HAMZAH

𝗔𝗕𝗔𝗛𝗸𝗮𝘂 kata tak mahu sentuh isu politik, main politik ketika Covid-19 ni..
Tapi 𝗔𝗕𝗔𝗛𝗸𝗮𝘂 sibuk sangat nak singkir Speaker dan Timbalan Speaker sekarang ni tu kenapa ?
KALAU BENAR dakwaan 𝗔𝗕𝗔𝗛𝗸𝗮𝘂 KERAjaan PN memang ada majoriti dalam parlimen, kenapa 𝗔𝗕𝗔𝗛𝗸𝗮𝘂 takut sangat nak buat undian dalam Dewan Rakyat untuk memilih Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu ? Biarlah ahli-ahi parlimen membuat undi pilihan mereka..
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 ⁉️

Anwar Ibrahim: Kemiskinan Melayu Bukan Sebab Cina, Ini Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah & Sombong


KENYATAAN MEDIA PKR



28 Jun 2020

KUKUHKAN KERJASAMA PAKATAN HARAPAN, BERSIAP SEDIA SEBARANG KEMUNGKINAN PRU15 DIPERCEPAT

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dan telah membincangkan beberapa perkara termasuk pendirian parti dalam isu calon Perdana Menteri, mandat rakyat dan persediaan bagi Pilihanraya Umum ke-15.

Walaupun KEADILAN telah menyatakan pendirian dalam isu calon Perdana Menteri sebelum ini, KEADILAN sedia untuk berbincang namun sebarang keputusan di peringkat Pakatan Harapan perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh.

KEADILAN juga kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera, dan dalam bentuk yang telah diberi oleh rakyat kepada Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MPP berpendirian bahawa kerjasama di antara parti-parti Pakatan Harapan mesti diperkukuh. Pada masa yang sama, kami mengingatkan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melagakan parti-parti di dalam Pakatan Harapan, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap KEADILAN sebelum ini.

KEADILAN dan Pakatan Harapan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihanraya Umum ke-15 lebih awal dari 2023.

YB DS Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN

PH LINGKUP SEBAB KETUA PENGKHIANAT





 Tak perlu rosakkan PH dengan berpakat bersama wakil rakyat tak berparti dan merosakkan. PH mempunyai wibawa tersendiri. Kuasa hilang tiada masalah, raih semula dengan kerja keras pada PRU akan datang.

Jangan sampai PH jahanam disebabkan politik jelik dan penghancur yang kamu tagihkan dari ketua pengkhianat itu.


TUN M DAH BERKELOK-KELOK ISU PM

PAS KERAJAAN PUSAT, ISU AIR KELANTAN TERUS TAK DIBELA

AMANAH, DAP PERLU PUTUS HUBUNGAN DENGAN TUN MAHATHIR?

DIMANA MAHATHIR DAN SYAFIE KETIKA PENDEDAHAN 1MDB





SHAFIE CALON PM, TAKTIK PECAH PERINTAH – PEMUDA PH SABAH

KALAU MAHATHIR TIDAK DAPAT JADI PM, BELIAU AKAN PASTIKAN ANWAR JUGA TIDAK DAPAT JADI PM


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan teks

Mahathir pernah kata sokong Anwar jadi PM selepasnya. Berkali-kali beliau sebut.
Kemudian Mahathir letak jawatan, kemudian bila PH telah tumbang, dengar nama Anwar mahu diangkat, dia nak jadi PM semula. Bila dia tahu ramai yang benci bila dengar nama dia untuk jadi PM kali ketiga, dia pun jual nama Shafie Apdal. Tak nampak lagi perangai Mahathir di dalam memecahbelahkan PH?
Ada pihak yang kata kononnya mereka bertemu Mahathir untuk jadi "orang tengah" bagi meredakan perseteruan di antara Mahathir dan Anwar. Apa "orang tengah" ini buat selepas bertemu Mahathir?
"Orang tengah" ini telah mengangguk kehendak Mahathir untuk menamakan Shafie Apdal sebagai PM. Walhal, mereka tahu di dalam perjanjian PH, nama Shafie Apdal tidak pernah disebut sebagai calon PM atau TPM sekalipun dari PH. Jika hujahnya mahu ambil semula mandat rakyat, mengapa wajib bawa nama Mahathir lagi kemudiannya Shafie Apdal?
Jadilah "orang tengah" yang boleh mendamaikan, bukan mengusutkan lagi keadaan. Jadilah "orang tengah" yang tidak mudah dipengaruhi. Jadilah "orang tengah" yang adil dan paling penting bijaksana agar tidak mudah di"buli" oleh orang tua kemaruk itu.

WFAUZDIN NS



Mahathir dan calon PM Utopia


June 28, 2020

Selepas ditolak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-3, Mahathir cuba menafikan komponen PH apabila mencadangkan Presiden Warisan Sabah sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) Plus kembali berkuasa.
Mahathir juga menyatakan terdapat persetujuan bahawa anaknya Mukhriz Mahathir yang gugur keahlian Bersatu menurut ROS sebagai calon jawatan timbalan Perdana Menteri bersama-sama Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mempunyai 38 ahli parlimen PKR.
Hal ini menyebabkan banyak perbincangan dalam media sosial mengenai isu ini yang lebih melihat tidak ada logikanya.
Reaksi Sarawak
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing menganggap idea Mahathir untuk mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai ‘suatu jenaka dalam abad ini’.
“(Datuk Seri) Shafie (Apdal) sebagai calon perdana menteri dan (Datuk Seri) AI (Anwar Ibrahim) sebagai timbalan perdana menteri? “
“Adakah ini jenaka Mahathir? Saya harap (Mahathir) bangun dan sedar ketika mengemukakan kenyataan ini, jika tidak, cadangan ini hanya sebagai jenaka dalam abad ini. Cadangan ini perlu bergerak melangkaui bermimpi.” Demikian reaksi James Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
PRS ialah salah satu komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Abdul Karim Hamzah, iaitu Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula menganggap cadangan Shafie sebagai calon perdana menteri ialah sekadar fantasi Mahathir dan Karim meragui sama ada DAP dan Amanah akan terikut-ikut akan fantasi tersebut.
Dengan kata lain, ia sekadar utopia, iaitu seronok dicipta, seolah-olah benar tapi tidak berpijak di bumi nyata seolah-olah tergambar dalam Utopia ciptaan Thomas More (1516).
Paradoks Politik
Ketika ini PKR mempunyai 38 kerusi parlimen, DAP mempunyai 42 kerusi parlimen, manakala Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen yang masing-masing menunjukkan pengaruh dan kekuatan kerusi masing-masing namun Warisan hanya mempunyai 9 kerusi sahaja dan Mahathir cuma ada 5 kerusi parlimen sahaja.
Ketika Mahathir cuba melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Mahathir berhujah bahawa Anwar sukar menjadi perdana menteri kerana Anwar mewakili parti berbilang kaum dan liberal.
Namun apabila Mahathir sendiri mencalon Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, ia agak janggal kerana parti Warisan merupakan parti pelbagai kaum.
Malah parti warisan parti berbilang kaum untuk peribumi di negeri Sabah sahaja sedangkan PKR parti berbilang kaum mewakili seluruh etnik di Malaysia.
Anwar pula dituduh Mahathir liberal apabila mewakili parti pelbagai kaum walaupun Anwar akur terhadap Perlembagaan Negara dan memastikan dasar negara bersifat inklusif tanpa menafikan hak-hak keistimewaan Melayu Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
Shafie Apdal sehingga kini dianggap sebagai ahli politik di peringkat negeri Sabah atau lebih sesuai sebagai tokoh politik peringkat Sabah, sedangkan Anwar Ibrahim pula diiiktiraf sebagai tokoh atau ikon politik nasional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tentulah sesuatu aneh apabila tokoh besar dicadangkan sebagai menjadi nombor dua sahaja.
Kalau pencalonan Mahathir dan Anwar pun dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti dewan rakyat, apa pula jaminan Shafie Apdal dapat sokongan besar parlimen, inilah menyebabkan cadangan ini dipandang sepi oleh ahli politik dari Sarawak yang mempunyai kerusi jauh lebih besar daripada Warisan, Sabah.
Manipulasi Politik
Cadangan mencalonkan Shafie lebih dilihat sebagai protes Mahathir apabila pencalonannya tidak diterima PKR. Maka, Mahathir setakat ini seolah-olah akan memastikan sesiapa sahaja boleh jadi calon perdana menteri asalkan bukan Anwar Ibrahim.
Perkara ini menyerlahkan sikap Mahathir yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana beliau tahu Anwar boleh melakukan pemerintahan yang lebih baik daripada Mahathir yang dilihat lebih mengarah kepada neo kapitalisme. Anwar juga mempunyai jaringan antarabangsa yang luas merentasi sempadan dunia barat dan timur.
Dari satu segi, cadangan dua calon timbalan perdana menteri dari Semenanjung Malaysia juga memperlihatkan kejanggalan. Ia seolah-olah tidak mahu membuka laluan masa depan kepada negeri Sarawak. Sepatutnya, ia perlu membuka peluang kepada Sarawak sebelum meletakkan 2 calon dari Semenanjung Malaysia.
Pencalonan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri selepas kerajaan yang dipimpin Mukhriz tumbang dilihat kurang sesuai berdasarkan kekuatan parti.
Sekiranya, mahu membuka dan memastikan sokongan Melayu Islam lebih luas, calon jawatan timbalan perdana menteri sepatutnya diserahkan kepada parti Amanah. Hal ini kerana parti Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen, manakala Bersatu Hitam (merujuk kumpulan pro Mahathir) hanya mempunyai 5 kerusi sahaja dan keanggotaan dalam Bersatu sudah tergugur sebagaimana dimuktamadkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ramai juga melihat kedudukan Shafie sendiri kurang stabil berbanding kedudukan Abang Johari di negeri Sarawak. Sekiranya Mahathir ikhlas mahu penglibatan Sabah dan Sarawak, ia patut menawarkan Sarawak kerana kepimpinan Abang Johari lebih kukuh, bijaksana dan menunjukkan kepimpinan yang lebih baik dan terarah. Terdapat 165 ahli parlimen di Semenanjung manakala 57 ahli parlimen terdapat di Sabah dan Sarawak.
Strategi Politik
Namun pencalonan Shafie Apdal sebenarnya dapat membuka dinamika politik khususnya terhadap kedudukan Shafie sendiri. Kerajaan pemerintah Sabah kini mempunyai 45 kerusi Adun termasuk empat Adun dilantik manakala pembangkang pula mempunyai 20 kerusi Adun termasuk 1 kerusi dilantik.
Apabila Musa Aman bebas daripada tuduhan mahkamah, dinamika politik sudah berbeza. Menurut beberapa sumber Musa Aman dikatakan kembali membuat percaturan politik dan dikatakan mampu menguasai 35 Adun.
Sekiranya ini berlaku bermakna Shafie hanya mempunyai 30 kerusi sahaja dan sekiranya ini benar-benar berlaku, ini akan mengakibatkan Shafie perlu berkompromi dengan Perikatan Nasional untuk menyelamatkan kedudukan parti Warisan dan kerajaan negeri Sabah.
Dengan kata lain, Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dapat mengekang tindak tanduk Shafie dengan memastikan Shafie tunduk kepadanya, dan Muhyiddin mempunyai pengaruh yang besar untuk memastikan sama ada kerajaan Warisan di Sabah akan tumbang atau sebaliknya.
Musa Aman pula dilihat akan akur terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana kuasa perdana menteri dilihat cukup besar dalam menentukan jatuh bangun ahli politik terutamanya Musa Aman yang baru gugur daripada sabitan mahkamah.
Di satu sisi yang lain, Muhyiddin Yassin berjaya mengawal dan membuat percaturan politik di negeri Sabah dan memastikan parti Umno tidak terlalu kuat di Sabah kerana boleh menyebabkan kedudukan Bersatu di negeri Sabah terjejas akibat dominani Umno sekiranya tidak terkawal.
Jalan lain ke Putrajaya
Terdapat juga, spekulasi politik kononnya apabila Shafie dicalonkan sebagai PM, maka kedudukan Shafie dapat diperkuatkan di Sabah dan Tun melihat kononnya akan mengharapkan sokongan baharu daripada kem Azmin dan Hishamudin.
Sebelum ini Tun dilihat begitu yakin terhadap sokongan diperoleh dari DAP dan Amanah akan berterusan.
Namun, Mahathir silap untuk bergantung kepada sokongan DAP dan Amanah kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai penyokong dan akar umbi mereka yang kebanyakan menolak kerjasama dengan Mahathir, sebaliknya mahu pemimpin mereka bekerjasama dengan Anwar dan PKR.
Yang kedua, Dap dan Amanah sendiri tidak akan mahu bekerjasama dengan kumpulan Azmin dan Hishamuddin jika inilah yang berlaku apabila ini dikaitkan dengan isu pengkhianatan Langkah Sheraton.
Bermakna, Mahathir hanya mampu melengah-lengah masa dan dilihat cuba memecahkan kesatuan dalam Pakatan Harapan.
Namun, sebagaimana tertera dalam facebook YB Fahmi Fadzil pada majlis makan tengah hari di antara pemimpin utama DAP, PKR dan Amanah tanpa pro Mahathir dan Warisan, terdapat kapsyen yang mempunyai maksud yang dalam tertera, iaitu ‘air dicincang tidak akan putus.’ Ini menunjukkan mesej tersirat ahli gabungan Pakatan Harapan untuk Mahathir.
Pada masa yang sama, cadangan meletakkan Shafie sebagai calon perdana menteri bermula daripada idea Mahathir yang kini tidak mempunyai platform politik selepas terpelanting daripada parti Bersatu.
Mahathir juga belum disahkan penyertaannya dalam PH plus, sebaliknya baru peringkat rundingan membentuk Plus tersebut.
Yang pasti Mahathir kini belum ada medium rasmi dan perlu platform rasmi untuk bergerak atau berhadapan risiko tidak relevan lagi dalam politik!
Hal ini menyukarkan Mahathir untuk bergerak dengan mempunyai ahli parlimen amat sedikit dan tidak berparti, apatah lagi untuk mengemukakan idea yang tidak masuk akal.
Sebab itu, ada cadangan nakal daripada Najib Tun Razak agar Mahathir dilantik sebagai pengerusi DAP.
Oleh:
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.




APA LAGI ALASAN MAHATHIR?



Alasan Mahathir lagi, Anwar tidak boleh jadi PM kerana Anwar pimpin parti berbilang kaum.  Dia ingat orang lain nyanyuk macam dia kot.

Kalau Anwar tak boleh jadi PM atas alasan pimpin parti Keadilan yang berbilang kaum, mengapa beliau mahu berjanji Anwar akan jadi PM selepas 6 bulan dia jadi PM kali ketiga?  Adakah selepas 6 bulan itu Anwar akan jadi pemimpin parti Melayu?

Kalau alasan itu juga menjadi penyebab dia tidak mahu sokong Anwar, mengapa dia calonkan Shafie Apdal sebagai PM?  Shafie Apdal adalah pemimpin parti Warisan, iaitu parti berbilang kaum di Sabah.  Cuba lihat pimpinan dari Warisan, semua Melayu kah? 

Ini bukti menunjukkan Mahathir kini hilang arah dan kerap terlupa akibat faktor usianya.  Tapi masih kemaruk nak jadi PM.

WFAUZDIN NS