TUN MAHATHIR TAK PERCAYA PAS, SIA-SIA SAJA HADI BERI SOKONGAN



Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia-sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad.

Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih sebagai ilusi kosongnya semata-mata, bahkan yang cukup memalukan lagi ialah Perdana Menteri sendiri langsung tidak mempercayai sokongan yang diberikannya itu.

Kata Tun Mahathir, beliau tidak faham dengan pendirian tidak tetap Pas dan Hadi berhubung perkara itu.

"Hadi, Takiyuddin dan Ahmad Samsuri datang jumpa saya dan menyatakan sokongan untuk saya terus kekal sebagai Perdana Menteri.

"Bahkan mereka memberi pengakuan bertulis supaya saya terus kekal menjadi Perdana Menteri, namun dalam situasi lain parti itu melakukan tindakan yang dilihat tidak menyokong saya," ujar Tun Mahathir.

PENGUMUMAN - Untuk kemudahan dan keselesaan pembaca yang terus berkembang, bermula pada 1 Mac 2019 blog ini akan berpindah sepenuhnya daripada Blogspot kepada WordPress. Ia kemudian boleh dilayari melalui Shahbudindotcom.net. Terima Kasih.

Katanya, walaupun setelah menyatakan sokongan itu, Pas telah hadir bersama-sama dengan UMNO di hari penamaan calon PRK Semenyih.

"Pas pula tidak letak calon di Semenyih yang memperlihatkan mereka ada kerjasama dengan UMNO.

"Jadi, saya susah nak percaya dengan Pas ini," tambahnya lagi.

Untuk makluman tambahan, semalam pula Hadi telah muncul bersama Annuar Musa dalam satu program ceramah di Melaka.

Sebagai parti yang berjuang atas nama Islam, apakah sebenarnya pendirian Pas dalam politik negara ini?

Menyokong kerajaan atau mahu menjatuhkan kerajaan?

Dalam keadaan Tun Mahathir sudah secara terang-terang menyatakan ketidakpercayaan kepada Pas, parti itu seharusnya berani tampil dengan pendirian yang lebih jelas serta mudah difahami.

Tak malukah Pas mahu terus menjaja sokongannya kepada Tun Mahathir itu, sedangkan ia langsung tidak dipercayai?

Atau semenangnya Pas suka dengan kerja sia-sia? (ShahbudinHusin 25/02/2019)

YTL DI NEGERI SEMBILAN ?

 Bila menyentuh soal YTL dan telekomunikasi pasti semua teringat 1Bestari net sebuah projek yang menelan berbilion wang rakyat dihadiahkan secara istimewa kepada YTL oleh Kerajaan Malaysia (bawah Barisan Nasional). Namun projek ini jahanam hingga sekarang. Terbaru dalam parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan sendiri mengakui mengenai 1Bestari net ini gagal dan tidak memenuhi janji mereka.

Antara Masalah Projek 1Bestari?

kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah apabila menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia
projek 1Bestari itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan Kementerian Pendidikan Malaysia
sistem server yang lembap
1BestariNet menumpang menara telekomunikasi di dalam sekolah disamping buat untung untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam
Sedangkan perkhidmatan Unifi dgn 10 Mbps hanya dalam Rm200 disertakan dengann tv channel dan telefon percuma.
Banyak lagi masalah sejak awal namun aduan dibuat kerana ia syarikat besar dan dapat perlindungan politik maka YTL kebal


7. Bayangkan jika YTL diberikan hak tunggal mengendalikan semua menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dan selepas itu punya masalah maka syarikat ini adakah tidak mungkin bakal gunakan ‘kabel’ politik bagi terus kebal dari dikenalan tindakan maka bukan sahaja kerajaan malah seluruh rakyat Negeri Sembilan bakal terperangkap dengan masalah berpanjangan. Rekod syarikat ini guna duit rakyat bina menara percuma di kawasan sekolah buat untuk dengan rangkaian YES namun berikan perkidmatan minima tanpa pedulikan aduan disekolah seluruh negara.

8. Satu lagi kerajaan negeri harus beri perhatian ialah Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile tidak menerima YTL sebagai anggota kepada Telco Forum dengan alasan utama  YTL beroperasi dengan TDD platform dimana berbeza dengan CDMU yang beroperasi dengan FDD platform. Ini semua bakal memberikan impak besar masa depan. Malah sudah pasti YTL jika diberi hak mengendali menara yang bakal digunakan semua telco (provider) akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana YTL itu sendiri ialah telco (provider) juga.

9. Dimaklumkan juga sebahagian besar pasukan pemutus berkenaan perkara ini dalam Kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju untuk memberikan hak projek kepada syarikat dibawah YTL namun mengalami tekanan. Demi kepentingan ramai maka diharapkan mereka ini kuat untuk membuat keputusan berdasarkan kelayakan demi mempertahankan intergriti bukan kerana tekanan.



Menuntut janji integriti dengan janji akan terus membuat pendedahan. Terus mengasak keadilan melawan KKN.


Setelah menulis tulisan yang lalu saya mendapat banyak respon. Antaranya mempertikaikan PKR itu sendiri. Bukankah Anwar dalam ucapannya sebelum ini menyatakan YTL itu kroni dan perbagai lebel negatif namun sangat pelik bila ada kuasa bersungguh pula hendak beri projek kepada YTL. Namun antara respon yang menarik ialah saya mendapat kiriman dokumen 'sulit' dari dalam Kementerian Pendidikan yang merupakan laporan penuh 1Bestarinet.  Sangat jelas dalam laporan yang saya turut kongsi dibawah menyatakan dengan jelas berapa banyak Kementerian 'dipaksa' belanjakan berbilion wang untuk perkidmatan yang sangat teruk. Walaupun aduan dibuat namun tidak diendahkan. Malah diperingkat Fasa 2 dinyatakan dengan jelas ia ditamatkan namun terpaksa diteruskan kerana 'tekanan politik'. Walaupun perkidmatan jelas tidak memenuhi apa yang dijanjikan namun bayaran jauh lebih mahal dari nilai perkhidmatan yang boleh diperolehi pada syarikat telekomunikasi lain yang mana perkhidmatan jauh lebih baik.











(klik imej untuk membaca dengan lebih jelas)

4. Bayangkan Kementerian Pendidikan terperangkap sekian lama dengan masalah YTL tidak mampu berbuat apa bagaimana pula nanti dengan Negeri Sembilan yang mangsanya ialah rakyat negeri ini seperti mana warga Kementerian Pendidikan.

5. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan, menurut maklumat dalaman perkembangan terbaru di Kementerian Pendidikan. 1Bestarinet tidak diteruskan diperingkat fasa 3 bersama YTL. Kementerian Pendidikan telah memanggil RFI dengan menjemput perbagai pihak dan menurut sumber tersebut YTL tidak dipanggil. Tindakan ini sangat difahami kerana kegagalan YTL sebelum ini. RFP akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Namun ia bukan proses mudah, Kementerian Pendidikan masih bergelut dalam mengenal pasti dan menyusun terma dan teknikal undang undang dalam mengenepikan YTL dalam pada masa sama YTL masih cuba bertahan dalam lubuk emas 1 Bestarinet.

6. Namun yang peliknya kenapa kerajaan Negeri Sembilan pula berminat mahu menjerumuskan diri bersama YTL dalam bidang telekomunikasi ini. che'GuBard masih tidak mahu beranggapan negatif walaupun telah dihantar oleh beberapa sumber dengan beberapa fakta, dokumen dan gambar yang boleh menjelaskan kenapa YTL yang jelas gagal dalam bidang telekomunikasi masih mendapat tempat persaingan di Negeri Sembilan. Dalam simpanan antaranya gambar kemunculan seorang Dato' dari syarikat tersebut dalam beberapa pertemuan tertutup bersama pimpinan utama. Ia mungkin kebetulan. Namun jika YTL masih mendapat tempat maka sudah tentu pendedahan lanjut tidak dapat dielakkan.

catatan ; 
che'GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
* Bekas MPP PKR
* Bekas Ketua Cabang Rembau
* Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

TUN MAHATHIR TIDAK PERLUKAN SOKONGAN PAS

SETELAH USUL TAK PERCAYA TIDAK MENJADI, APA LAGI HELAH PAS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI SELEPAS INI?



Segala-galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Penafian Anwar Ibrahim, pemimpin yang disebut-sebut mahu melakukan usul tersebut bahawa tiada rancangan sama sekali daripada dalam PH untuk berbuat demikian, dengan sendirinya menjadikan isu ini berakhir begitu saja.

Kata Anwar, isu berkenaan hanyalah permainan politik Hadi Awang untuk memecah-belahkan PH setelah partinya kalah teruk dalam PRU14 lalu.

"Itu usul Hadi Awang, biar dia bawa usul itu nanti," tambah Presiden PKR itu lagi.

Dengan mati dan berakhirnya isu berkaitan usul ini, Hadi dan Pas kini jelas semakin terperosok dalam kancah serba salah meneruskan perjuangannya.

PENGUMUMAN - Dengan tujuan memberi lebih keselesaan kepada pembaca, bermula 1 Mac 2019, blog ini akan berpindah sepenuhnya daripada Blogspot kepada WordPress. Blog ini seterusnya hendaklah dibuka dengan menaip Shahbudindotcom.net. Terima kasih.

Apakah Hadi akan turun berkempen di Semenyih sebagaimana beliau melakukan kerjasama erat dengan UMNO di Cameron Highlands sebelum ini?

Kalau turun dan bersungguh-sungguh membantu UMNO, bagaimana dengan janji yang sudah dilafazkannya kepada Tun Mahathir?

Jika tidak turun membantu, di mana lagi harapan Pas mahu merasa memegang kuasa dalam PRU akan datang?

Sedangkan Mat Sabu yang pernah jadi timbalannya sudah berpelung jadi menteri, mustahil tak terdetik di hati Hadi ingin merasa nikmat yang sama?

Di sebalik itu, jika penglibatan Pas bersama UMNO dilakukan secara bersungguh-sungguh, ia dalam masa yang sama turut mengundang resah berkaitan siasatan SPRM yang sedang dihadapi oleh parti Islam itu.

Pas barangkali tidak begitu gundah dengan siasatan berkaitan penerimaan dana berjumlah RM90 juta yang dikaitkan dengannya kerana untuk merungkai dakwaan itu tentu saja akan memakan masa yang lama untuk menyiasatnya.

Kes itu dikatakan sedikit kompleks kerana ramai individu, termasuk penderma yang biasa menderma kepada Pas, perlu disiasat sama  untuk menjejak kemasukan wang yang didakwa diterima itu.

Tetapi, yang sangat merisaukan Pas ketika ini adalah berkaitan dana RM2.5 juta yang dikatakan diterima Pas daripada UMNO menjelang PRU14 lalu.

Di media sosial, penyata bank berhubung kemasukan wang itu sudah pun lama viral serta tidak pernah dinafikan oleh pihak yang didakwa memberikannya.

Berdasarkan dakwaan Sarawak Report, wang tersebut dikatakan bertujuan untuk membayar deposit bagi calon-calon Pas yang bertanding ketika itu.

Bagaimanakah Pas mahu menafi atau menidakkan mengenai wang RM2.5 juta itu, sedangkan penyata banknya dilihat begitu nyata?

Jika ia didapati benar, di mana Pas mahu meletak wajah perjuangan Islam mereka kepada rakyat jelata?

Diberitakan juga, oleh kerana wang itu dimasukkan ke sebuah akaun bank berkaitan Pas Terengganu, itulah yang amat merisaukan Pas sehingga mendorong Hadi mahu segera bertemu dengan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Kalau usul undi tidak percaya yang dijolok oleh Pas menjadi kenyataan dan politik PH kemudiannya terus bergolak, harapan Hadi untuk melihat siasatan SPRM terhenti mungkin sekali menjadi kenyataan.

Namun, dengan semuanya nampak tidak menjadi dan Anwar mengatakan ia hanyalah usul Hadi semata-mata, di manakah lagi peluang Pas untuk menyelamatkan diri?

Adakah Pas akan mencari helah lain selepas ini? (ShahbudinHusin 23/02/2019)

SAYA HARGAI PERSAHABATAN. TIDAK AKAN SAMAN HADI


Kami setuju tidak ganggu pentadbiran masing-masing, kata Anwar tentang Dr Mahathir



Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, berikutan persefahaman itu, beliau akan memberi sokongan penuh semasa Dr Mahathir memimpin kerajaan, termasuk dalam hal yang membabitkan ekonomi negara.
Image result for anwar





SEMENYIH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai satu persefahaman untuk tidak saling mengganggu pentadbiran masing-masing semasa mengetuai kerajaan.
Presiden PKR itu berkata, berikutan persefahaman itu, beliau akan memberi sokongan penuh semasa Dr Mahathir memimpin kerajaan, termasuk dalam hal yang membabitkan ekonomi negara.
“Saya ambil keputusan. Tun, ini giliran anda, kita bagi sokongan penuh. Saya tak mahu campur.
“Sebab apa? (Kerana) saya tak mahu ganggu kerja dia. (Tapi) masa giliran saya, saya buat, jangan ganggu pula saya. Itu persefahaman kita,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 400 hadirin di Kantan Permai, semasa berkempen menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk menyaman Abdul Hadi buat masa ini.
“Saya tidak mahu (saman) kerana dia pernah jadi sahabat baik, jadi saya tidak bermaksud untuk bergaduh begitu.
“Cuma saya nak bagi tau tak bolehlah (buat macam itu). Politik tak boleh macam itu…kamu jubah atau serban tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.
Ramai penyokong PKR dan juga parti DAP mendesak agara beliau dan DAP mengambil tidakan undang undang keatas Hadi dan juga anaknya serta parti Pas, namun itu bukan jalan penyelesaian. "Rakyat akan menilai sendiri pemimpin seperti itu".
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkirkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Abdul Hadi selepas itu turut dilaporkan berkata, dakwaan komplot itu bukan dibuat-buat kerana “kalau tiada angin, pokok tidak bergoyang”.



WALAU BUKAN KEWAJIPAN, KERAJAAN KEKAL SUBSIDI JEMAAH HAJI

GULING TUN: ‘SYEIKH SEKARANG BOLEH BOHONG, BOLEH FITNAH’

USUL UNDI TAK PERCAYA: HADI YANG MAHU, BUKAN PH – ANWAR

MENYOKONG TUN MAHATHIR, ADAKAH BERERTI PAS MENERIMA DAP ATAU INI SATU LAGI PEMBOHONGAN?




Barangkali Pas adalah satu-satunya parti politik yang pelik, celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini.

Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran, Pas sebaliknya menjadi pelik, celaru dan memeningkan kepala kerana ia kini membenarkan pembohongan, walaupun Islam adalah perjuangannya.

Ada pemimpinnya berkata, dia berbohong setelah mendapat kebenaran dan izin daripada Tuan Presidennya.

Kemudiannya daripada itu, demi menghalalkan pembohongan yang sudah dilakukan itu, tergamak pula pemimpin tertentu Pas mengatakan Nabi Ibrahim AS pun pernah berbohong sama.

Bertepatan dengan sifat para Nabi yang antaranya ialah benar, tindakan Nabi Ibrahim dalam peristiwa yang disebutkan itu sebenarnya ialah suatu tindakan berdalih untuk menyelamatkan nyawa.

Soalnya, apakah Pas berbohong dan dibenarkan melakukan pembohongan itu untuk menyelamatkan nyawa atau hanya kerana ingin menyelamatkan harga diri yang telah terjual disebabkan dakwaan menerima dedak daripada UMNO?

Jika hanya kerana adanya dakwaan menerima wang telah membuatkan Pas sanggup berbohong, maka di manakah kata-kata pemimpin parti itu yang masih boleh dipercayai?

Terbaru, berdepan dengan siasatan SPRM berhubung dakwaan pernah menerima wang daripada UMNO, Pas tiba-tiba tampil menyatakan sokongan terbuka kepada kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sokongan itu tidak saja jika kononnya ada usul undi tidak percaya di Parlimen, tetapi juga mahukan Tun Mahathir terus mengetuai pentadbiran negara sehingga tarikh PRU15 akan datang.

Ini satu lagi sikap pelik, celaru dan memeningkan kepala yang ada pada Pas.

Menyokong kepimpinan Tun Mahathir bukan saja suatu kepelikan berdasarkan kedudukan Pas yang sedang bekerjasama dengan UMNO, tetapi juga kerana Perdana Menteri sendiri pernah mengaku tentang peranan DAP dalam pentadbiran kerajaan PH ini.

Kata Tun Mahathir, DAP mempunyai peranan penting dalam kerajaan, termasuk dalam menentukan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Pertama, bagaimanakah Pas boleh terus bekerjasama dengan UMNO dalam PRK Semenyih untuk menentang calon Bersatu, sedangkan dalam waktu yang sama parti itu menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15?

Bukankah jika setelah menyokong kepimpinan Tun Mahathir, Pas sepatutnya menarik diri daripada terus bekerjasama dengan UMNO?

Kedua, bagaimana Pas boleh menzahirkan sokongan kepada Tun Mahathir sedangkan Perdana Menteri sendiri mengakui pentadbiran kerajaan pimpinannya adalah dibayangi oleh DAP yang merupakan musuh utama parti Islam itu?

Adakah ini bermakna Pas sudah boleh menerima DAP?

Atau demi menyelamatkan kedudukannya yang sedang disiasat SPRM, bermakna Pas sanggup melakukan apa saja?

Tetapi, oleh kerana berbohong adalah dibenarkan dalam Pas, siapakah - antara UMNO dan Tun Mahathir - yang merupakan mangsa pembohongan Pas seterusnya? (ShahbudinHusin 22/02/2019)