Fadhli Shaari dari selak kain orang lebih baik selak kain sendiri.


Pst by Zainuddin Omar


3rd Force Pasir Mas


 ANAK PENOREH PERLU BANTUAN KE UPSI


Kg Tok Pelandok, 21hb Sept 2024






Kunjungan kami hari ini membawa kami ke sebuah pondok usang di Kg Tok Pelandok. Pondok usang ini  didiami oleh pasangan suami isteri Mohd Badeli, isterinya Roshidah dan tiga orang anak mereka.


Saudara Badeli mencari rezeki dengan menoreh getah di kebun orang berdekatan. Pendapatan yang diperolehi adalah sekitar RM600 sebulan dan bila tiba musim tengkujuh seperti sekarang dia tidak dapat keluar menoreh kerana hujan. 


Isterinya Puan Roshidah mengambil upah membungkus sup bunjut dari sebuah kilang di Kota Bharu. Setiap bungkusan sup bunjut yang siap, Puan Roshidah akan mendapat upah 20 sen.


Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak pertama dan kedua mereka nencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung. 


Anak bongsu mereka Nurul Hazwanie baru-baru ini telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) dan kini telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Bahasa Melayu ) Dengan Kepujian dan perlu mendaftar pada 28hb September ini.


Saudara Badeli berkata dia belum dapat membuat apa-apa persediaan untuk Hazwanie mendaftar nanti kerana sudah banyak hari dia tidak dapat keluar menoreh akibat hujan. Hazwanie memerlukan wang untuk membayar  yuran pendaftaran dan juga  untuk membeli barangan keperluan peribadi. Hazwanie juga perlu membeli sebuah laptop untuk kegunaan semasa kuliah nanti. 


Kami ingin mengajak orang baik-baik di luar sana untuk sama-sama hulurkan sumbangan untuk Hazwanie supaya dia dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


JOM JADI ORANG BAIK-BAIK


Kak Lah & Abe Pu

3rd Force Pasir Mas

www.wasap.my/60182718969


Aktiviti kami juga boleh diikuti di


TIKTOK

https://www.tiktok.com/@saiful_1961?_t=8oB37FDbf1c&_r=1


INSTAGRAM

www.instagram.com/3rdforce_pm


Klik link di bawah untuk mengikuti kerja-kerja kemanusiaan ini

https://www.facebook.com/rajashamri/posts/ 


LANGGAN MAILING LIST MINGGUAN PERCUMA

www.yayasanrajashamri.org/buletin 


YAYASAN RAJA SHAMRI 

BIMB - 030 900 100 66 340


#jomjadiorangbaikbaik

#togetherwearestronger


saiful®