𝗠𝗢𝗨: 𝗣𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗙𝗘𝗦𝗧𝗢 𝗣𝗛, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗛


✍️ Ahmad Mursi 


1.  Wan Faysal dalam wacana Sinar kata, PN tolak MoU dan tuntut janji Menifesto PH. Tapi ini bukan kerajaan PH, BN, GRS, atau GPS. Ini KERAJAAN PERPADUAN.


2.  PH tak boleh paksa Kerajaan Perpaduan laksanakan semua janji menifesto PH PRU15 secara unilateral.


3.  Mesti dibincang dan diharmonikan manifesto parti gabungan PH, BN, GRS, dan GPS yang membentuk kerajaan secara kolektif.


4.  Jika PH setuju bagi peruntukan pembangkang, tetapi BN, GPS dan GRS tidak setuju, tentulah perlu dirunding dan cari kompromi.


5.  Lainlah jika rakyat beri mandat kepada PH untuk tubuh kerajaan bersendirian.


6.  Waktu Muhyiddin jadi PM Tebok Atap, kenapa dia tak laksana semua janji Menifesto PH PRU14 yang dia turut sama rangka dulu? Kenapa tak batalkan hutang PTPTN seperti Menifesto PAS waktu tu?


7.  Sebab komponen kerajaan dah berubah selepas Langkah Sheraton dengan pakatan baru BN dan PAS. Semua janji menifesto ditinggal terus.


8.  BERSATU dan Wan Faysal asalnya PH sebelum khianat. Tun M, yang jadi PM dan Pengerusi BERSATU, pernah kata 'Menifesto bukan kitab suci'.


9.  Jika Wan Faysal dakwa MoU ini memandulkan pembangkang, CSA yang dia dakwa dibuat zaman Ismail Sabri lebih ketat.


10. Confidence & Supply Agreement (CSA) bermakna, pembangkang janji sokong undi percaya (Confidence) dan undi perbekalan (Supply) belanjawan kerajaan.


11. MoU kali ini tiada syarat wajib undi sokong kerajaan dan dilarang membangkang.


12. Kerajaan hanya minta agar PN tidak meniup api perkauman dan agama untuk memecah belah masyarakat selain perlu isytihar harta kerana mengurus dana awam.


13. PMX tak pernah kata tiada peruntukan pembangkang, cuma perlu berunding dan buat persetujuan bersama melalui MoU mengikut cara yang dimulai oleh PN juga.