𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦


 𝟭𝟬 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦


✍️  Ahmad Mursi 


1. Kadar faedah dipotong sebanyak 50 mata asas, lebih tinggi daripada jangkaan awal, menyebabkan sentimen positif di pasaran global.



2. Keyakinan pelabur meningkat terhadap ekonomi Malaysia. Aliran masuk pelaburan asing menyumbang kepada peningkatan permintaan untuk ringgit.


3. Pembaharuan fiskal seperti subsidi diesel bersasar yakinkan pelabur komitmen kerajaan mengurangkan defisit.


4. Pelan ekonomi utama Malaysia seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 galakkan kemasukan modal dalam syarikat tempatan.


5. Kepimpinan politik yang stabil di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap risiko ketidakstabilan.


6. Eksport yang pulih serta pertumbuhan ekonomi yang kukuh menyokong pengukuhan ringgit.


7. Aliran masuk dana asing. Dana global melabur hampir RM2.5 bilion ke dalam bon Malaysia dan RM1.2 bilion ke dalam ekuiti tempatan sejak Jun 2024.


8. Bank Negara Malaysia menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk membawa pulang hasil pelaburan luar negara.


9. Perbezaan kadar faedah yang semakin menyempit antara Malaysia dan AS mengukuhkan ringgit.


10. Penilaian yang menarik terhadap aset Malaysia membantu mengekalkan aliran masuk modal.


Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/why-ringgit-world-top-performing-230000406.html