MSO
Kesediaan Yang diPertua Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) Hassanuddin Mohd Yunus untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam GISB kena pada tempatnya dan sesuai dengan posisinya sebagai YDP Yadim.
Itulah sebaik baik yang perlu dilakukan oleh orang atau badan beroutoriti dalam menyelesai atau menangani isu GISB. Ia tidak baik kalau sesuatu keputusan dan ulasan itu dibuat berpandukan kepada hearsay semata-mata tanpa bukti tepat.
Pandangan terbuka Hassaanuddin untuk dijadikan contoh, agar semua isu berkaitan dengan agama tidak dibahas secara terbuka kerana ia boleh mencemarkan kesucian agama.
Dalam isu GISB ini beliau herharap sepatutrnya ia ditangani dengan cermat dan tidak dibahas secara umum untuk jaga kesucian Islam. Dan beliau sendiri sudah berkali mengutus surat untuk penyelesaian tetapi tidak dilayan.
Mengenai penghukuman terhadap GISB hendaklah dibuktikan dan jangan menghukum mengikut sejarah lampau. Maksud beliau kesalahan yang dilakukan kumpulan Arqam sebelum ini kurang adil dilenalan ke atas GISB.
Pandangan Hassanuddin sangat tuntas dalam hal ini dan perlu diteladani oleh badan-badan beroutoriti lain dalam bidang berkaitan.
Ekoran isu itu didedah secara umum tanpa fatanah menyebabkan GISB menjadi topik perbahasan hangat oleh netizan mengikut rasa dan sentimen masing-masing tanpa mengetahui kedudukan sebenar.
Dalam isu GISB ini saya hendak kata begini saja, ia sudah seperti nasi menjadi bubur, GISB kini seperti kereta accident diityharkan total lost, hanya ada beberapa peralatannya yang masih baik, boleh diambil untuk dijadikan spare part untuk diguna di kereta lain dengan harga murah. Trims.