M.A.D.A.N.I vs K.A.R.T.E.L


 M.A.D.A.N.I vs K.A.R.T.E.L


1. Minyak masak.

Minyak masak zaman PN melambung tinggi. Kartel tekan kerajaan PN untuk naikkan harga sesuai harga pasaran dunia.


Bila naik Kerajaan Madani, Allahyarham DSSA siasat, Rupanya hanya 5% sahaja penggunaan minyak masak dalam negara banding dengan pengeluaran. 95% adalah di eksport.


DSSA tolak permintaan naik minyak sawit dan minta harga diturunkan.


Kerajaan Madani menang 1-0✅


2. Telur ayam. 

Sebelum PRU 15 telur ayam kerap hilang. Walhal Malaysia siap eksport telur lagi.


Bila menang sahaja, DSMS buat mesyuarat dan siasat kes telur. Kartel telur minta naik harga, walhal Kerajaan dah subsidi. Semua tunjuk keras kepala. Akhirnya kerajaan import masuk dari India. Ramai rakyat ketawakan.


Tapi kartel gerun. Telur tak boleh simpan lama, nanti busuk. Sejak tu telur mula masuk balik pasaran. Harga stabil, Kartel takut nak sorok lagi, tahu kerajaan dah ada Solusi, import masuk dari luar.


Kerajaan Madani menang 2-0✅


3. Dedak ayam

Antara punca harga ayam dan telur ayam mahal ialah soal dedak. 


Kerajaan PH Selangor mengorak langkah tanam jagung, tapi itu tak atasi masalah. Kerajaan Madani siasat isu ni dan akhirnya Suruhanjaya Persaingan MyCC denda hampir setengah billion (RM415.5 juta) kepada 5 syarikat ayam.


Kartel marah tapi takut.


Kerajaan Madani menang 3-0✅


4. Apung harga ayam

Setelah kes dedak diselesaikan, Kerajaan Madani dengan beraninya menarik subsidi ayam.


Maka harga ayam diapungkan ikut harga pasaran. Sebelum ini dari Februari 2022 sehingga subsidi ayam ditarik, kerajaan dah belanja RM3.8 billion. Selepas ini kerajaan akan jimat RM100 juta sebulan.


Walaupun harga diapungkan, harga ayam stabil.


Kerajaan Madani menang 4-0✅


5. Beras

Sara diri beras selama ini sekitar 62%.


Lebihnya Malaysia bergantung dari beras import terutamanya dari India. Akibat isu geopolitik dan cuaca, India hentikan eksport beras.  Beras import mendadak naik harga.


Ini menyebabkan panik di Malaysia dan beras tempatan yang sebelum ini kurang dipandang rakyat Malaysia menjadi rebutan.


Usaha kerajaan meningkatkan hasil padi sedang berjalan, tapi seperti kita faham ia bukan boleh dapat dengan segera. Belum kira lagi soal banjir, kemarau,ribut dan serangan perosak.


Kartel dilihat cuba sailang usaha kerajaan untuk cukupkan beras. Beras tempatan hilang berbulan-bulan.


Kerajaan menetapkan harga padi pada pada RM1200 per tan. Kerajaan beri subsidi RM500 per tan, menjadikan jumlah petani dapat ialah RM1700 per tan.


Bernas beli pada kadar RM1350 per tan.


Tapi kilang beras beli sehingga RM1750. Ini menimbulkan persoalan mengapa pihak kilang sanggup beli mahal berbanding harga lantai RM1200 yang ditetapkan kerajaan?


Namun beras tempatan masih hilang dalam pasaran dan muncul isu seperti campur beras dan label beras import pada beras tempatan.


Beras import dijual pada harga RM35-RM40 untuk 10kg, berbanding RM27 untuk beras tempatan.


Maksudnya dengan penipuan ini, pengilang boleh untung kerana mereka mencampurkan beras import dan tempatan.


Disebabkan tiada kaedah tuntas untuk kenal pasti beras import dan tempatan yang dicampurkan, serta rangkaian kartel yang besar,


Maka kerajaan dijangka akan perkenalkan Beras Madani pada harga RM30 sahaja untuk 10kg.


Tiada lagi beras putih import dan tempatan, sebaliknya hanya satu sahaja jenis iaitu beras Madani pada harga tetap RM30.


Beras Madani Insya-Allah akan dimuktamadkan esok oleh PMX, jika ini berlaku maka..


Kerajaan Madani menang 5-0✅


Kerajaan Madani berani mengambil risiko untuk membetulkan keadaan. Bagi PMX tiada apa yang rugi dipihak beliau. 


Saya seru untuk rakyat Malaysia untuk terus menyokong kerajaan Madani ini. Bersama kita lawan kartel yang selama ini mengawal ahli politik,  kerajaan dan mempermainkan rakyat Malaysia. 


Sila kongsi untuk sebaran umum.


Muhammad Fairul Al Qasas Jengka


#KPPeneranganPKRKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani



1 comment:

Anonymous said...

Apa yg kerajaaan madani. Buat tentu pn akan bantah. Padahal zaman pn.. Melambung naik.. Rakyat mcm ok je.. Sebab asalkan melayu isle ramaikan..