KALAU KERAJAAN PERPADUAN BERJAYA BAWA....JANGAN PULA NANTI CLAIM USAHA SENDIRI LEPAS HADI AWANG MINTA TANGGUH BERAPA LAMA DULU




 Akhirnya 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 telah mengesahkan akan membawa usul pindaan bagi 𝗥𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 355 (𝗥𝗨𝗨355) dalam persidangan parlimen tahun ini.


Tak perlu pun nak beretorik berlebihan ataupun ajak penyokong 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗯𝗼𝗸. Madani serius untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


Satu yang kita kena ingat, Akta 355 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 berkenaan kesalahan jenayah ataupun peraturan. Tapi akta ini berkenaan 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 sahaja.


Pada masa ini, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimum 3 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮, 𝗥𝗠5,000 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 dan 6 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 (356).


Pindaan ini nanti bakal membolehkan mahkamah itu untuk menjatuhkan 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 lagi mengikut apa yang akan diputuskan kelak.


Tentang kesalahan-kesalahan syariah, ia masih lagi tertakluk dalam 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 serta 𝗲𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 bagi kesalahan yang tidak terkandung dalam undang-undang persekutuan.


Pendapat aku, jika RUU ini berjaya dipinda, kelak pasti 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 dan 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 akan mengaku ini 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗣𝗔𝗦. Sebab mereka memang jenis 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗮𝗹𝘂.


Padahal mereka berada dalam kerajaan selama 33 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 tapi tiada sebarang usaha sedangkan Kerajaan Perpaduan Madani 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗶𝘁𝘂 dah mampu melakukannya.


Lebih penting, jika pindaan Akta 355 ini berjaya untuk diluluskan, maka terbuktilah 𝗗𝗔𝗣 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 hal ehwal Islam seperti yang PAS selalu dakwa.


Maka terbukti juga yang PAS berdusta selama ini. DAP hanya menjadi 𝗸𝗮𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 bagi menutup sifat hipokrasi PAS menipu penyokong mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: