PAS SUDAH KENDUR BILA SULTAN BERSUARA





Titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, (MKI) agar semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes enakmen syariah Kelantan (1), nampaknya memberi kesan dan disambut baik. 


Setiausaha Pas Takiyuddin Hassan yang sebelum ini menyifatkan peristiwa itu sebagai "Black Friday" dengan cuba mempertikaikan keputusan lapan hakim menolak enakmen berkenaan telah mengendur sedikit, apabila beliau dalam satu kenyataan berharap semua pihak dijemput dalam kepentingan bersama berkaitan Islam. 


"PAS berharap semua pihak berkepentingan yang juga bersifat rentas parti seharusnya dijemput untuk turut sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran bagi memastikan hasrat mempertingkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dapat direalisasikan," kenyataan Takiyuddin dikutip. 


Persoalannya bukan Pas tidak dijemput, tetapi parti itu degil dan keras kepala terus melawan atas kepentingan politik kerana ditanduki angan-angan untuk menebuk atap. Misalnya kalau Pas sedia menyertai kerajaan Perpaduan, semua masalah selesai. 


Bagaimana pun, baguslah begitu, kalau Takiyiddin tiba-tiba berubah rentak. Harapnya perubahan itu ikhlas bukan kerana takut dengan 3R atau terbayang apa yang menimpa rakannya di utara itu gara-gara lancang mulut mempersendkan Sultan. 


Dan jika sebelum ini pihak-pihak mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutan 9 Februari lalu berhubung penolakan Enakmen Syariah (1) Kelantan itu seakan degil, memprotes dan cuba mengeksploitasikan keputusan itu sebagai usaha menyekat pelaksanaan syariah di negara ini, kini ia sudah mengendur. 


Eloklah di masa-masa akan datang para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa mutlak ke atas bidang agama turut memberi pandangan dan nasihat ke arah menenangkan pomeik politik yang tidak berkesudahan.  


Orang politik tidak lagi mempunyai penghormatan di antara mereka kerana terjajah dengan naluri ingin berkuasa, sebaliknya pandangan dan nasihat Raja Raja dan Sultan masih diakur dan ditakuti. Trims.



No comments: