Ahmad Maslan kata, MP2 Umno mungkin kekal di kerusi blok
penyokong kerajaan, tetapi tolak PM. Katanya, Umno hanya tolak Muhyidin, bukan
kerajaan. Maksudnya, Umno sokong PN? Sama macam berkata, "aku hanya tidak
makan gulai kepala babi saja, yang lainnya aku belasah..".
Lantak hang la Umno. Hang kata nak tukar pemandu saja? Kereta yg
buruk dan menyusahkan penumpang tu hang tak mahu tukar? Hakikatnya hang mahu
tukar pemandu bernama Muhyidin dan nak letak Ismail Sabri jadi pemandu, tapi
kereta buruk yg sama?
Sudah2 la Umno. Kalau ikhlas nak hentikan penderitaan rakyat,
kena la berani buat keputusan. Jangan fikir kedudukan dan jawatan saja.
Kerajaan ini dah ditolak rakyat, Umno kena tolak juga. Ini bukan isu Muhyiddin
saja, tapi isu utama adalah kerajaan ini telah rosak. Wajib tukar, keluarkan
Muhyiddin dan perosak2 tu semua.
Rakyat akan perhati sejauh mana Umno mahu membela nasib rakyat.
Adakah hanya fikir kuasa dan jawatan semata2 atau lakukan sesuatu yg rakyat
mahu iaitu kerajaan PN ini wajib dihentikan SEGERA. Kalau masih duduk di kerusi
blok penyokong kerajaan, ertinya Umno berdrama saja selama ini.
WFAUZDIN NS