LAPORAN KEPADA ROS PN SEBAGAI PERTUBUHAN HARAM



Khabarnya hari ini akan ada pihak membuat laporan kepada RoS berhubung kedudukan PN yang didakwa sebagai pertubuhan haram.

Di bawah ini salinan laporannya.

25 April 2020

Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya. 

ADUAN BERKAITAN SEBUAH 'PERTUBUHAN' YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.

1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 

2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki 'haram' telah beroperasi dalam negara Malaysia. 

3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai 'Perikatan Nasional',  yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan 'tebuk atap' pada awal Mac yang lalu. 

4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional. 

5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini,  kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram. 

6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat. 

Saya yang melapor

RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia. 

(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin - ini merupakan salinan awam).



No comments: