Apabila si celaka bercakap ...........
Wfauzdin Ns sedang bersama Zamani Zaman dan 7 yang lain.
SETIAUSAHA AGUNG PAS, TAKIYUDDIN FITNAH ANWAR DEMI MAHU SOKONG CALON BUKAN ISLAM DARI PBS YANG MENENTANG HUDUD
Merujuk kenyataan yang disiarkan melalui Malaysiakini, ianya menyatakan:
" Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.
Takiyuddin membuat kenyataan itu ketika ceramah di Taman Indah, Sandakan pada Rabu lalu.
“Ada seorang cita-cita nak jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada (Yang di-Pertuan) Agong bertanding dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) di Port Dickson.
“Paksa ahli parlimen yang menang pada PRU-14 letak jawatan. Dia bertanding, dia mahu jadi PM.
“Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah banduan.".(Sedutan Malaysiakini).
Komen saya, Takiyuddin memang celaka punya manusia. Fitnah pertama dari mulut si celaka bertopengkan agama itu adalah cuba untuk menggambarkan Anwar Ibrahim memang bersalah di dalam kes liwatnya, sebab itu beliau buat perbandingan hakim-hakim yang telah mengadili kes liwat Anwar.
Si Celaka Takiyuddin itu lupa, berapa banyak mulut-mulut lebai sendiri suatu ketika membaca berbagai surah, nas, hadis, dalil bahkan membuat buku untuk menyatakan kisah fitnah liwat/zina dan berapa ramai yang membawa isu fitnah terhadap Anwar masa itu yang dapat menjadi Wakil Rakyat, termasuk si celaka Takiyuddin sendiri? Mengapa apabila telah menjadi musuh kepada PH dan setelah berjimak dengan Umno kleptokrasi, setelah mulut penuh dengan dedak ditabur oleh Umno sebelum PRU14 dulu, sanggup Takiyuddin celaka bangsat ini mengejutkan fitnah yang telah tidur sekian lama?
Fitnah kedua, benarkah Anwar paksa MP Port Dickson letak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding di Port Dickson? Tidakkah dia tahu berapa ramai MP dari Keadilan yang secara terbuka menawarkan diri untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan anwar bertanding?
Mengapa mesti dipaksa? Takiyuddin ingat Keadilan ini macam parti diakah? Dalam parti kamu bolehlah sebab tiada sesiapa boleh lebih bijak dari Hadi Awang. Sebab itu, bila Hadi kata menipu pun boleh dan halal, semua pakat menipu. Apabila Hadi Awang fitnah orang edar pil kuda, semua lebai pakat jadi kaki fitnah. Sampai atas mimbar masjid pun buat fitnah.
Si bangsat Takiyuddin juga cuba untuk mempertikaikan kuasa YDP Agong di dalam menggunakan kuasanya membersihkan kes fitnah terhadap Anwar. Bukankah Agong itu juga yang selalu disanjung2 oleh lebai kerana keperibadiannya? Oh, apabila Agong membersihkan kes Anwar dan membebaskan Anwar, tiba-tiba mahu pertikai kuasa Tuanku? Sakit hati sangat kepada Anwar ini mengapa?
Betul, semua yang keluar dari penjara disebut banduan. Semua banduan itu hina sangatkah? Nabi Yusuf pernah menjadi banduan. Ramai Nabi, para sahabat dan ulamak-ulamak besar termasuk di kalangan Imam empat mazhab pernah menjadi banduan. Hadi Awang saja yang tidak pernah diuji masuk penjara. Si bangsat Takiyuddin mungkin pernah masuk penjara tetapi masuk ziarah orang atau bertemu pelanggannya sebab dia ni peguam walaupun tidak popular seperti Hanipa Maidin. Najib, Rosmah, Azeez Tabung Haji, Isa Samad, itu semua geng-geng dari parti Takiyuddin dan mungkin bakal menjadi banduan juga satu hari nanti. Adakah sama banduan Najib dengan banduannya para pejuang Islam?
Saya nak ingatkan Takiyuddin. Sekarang ini kamu puja dan puji serta berulang alik dari Terengganu ke Putrajaya untuk cium tangan Tun M semata-mata untuk dapatkan royalti. InsyaAllah, satu hari nanti kamu akan ketemu 'banduan' itu di Putrajaya dan ketika itu di mana maruah kamu? Kamu memang bangsat !!
WFAUZDIN NS