PKR AKAN TETAP DI TERIMA RAKYAT MALAYSIA











Dalam ceramahdi dewan St Ann Dato Seri Anwar menjelaskan bahawa PKR akan tetap di terima rakyat kerana konsepnya yang bebilang kaum dan kerana ianya tidak berasaskan kepada perkauman bagi membantu rakyat. Membantu rakyat adalah adalah perjuangn PKR tanpa mengira kaum.

Beliau menjelaskan bagaimana kerajaan di Perak di bawah pimpinan Dato Seri Nizar yang memberi tanah kepada kaum Cina di perkampungan baru di jadikan isu oleh Umno Perak.malah menurut Dato Seri Anwar lagi Umno memberi sebuah bukit kepada seorang Cina yang kaya , untuk di jadikan pusat judi , tidak pula dibantah oleh oleh ahli Umno Perak yang lain dan pimpinan Umno Perak.

“Bila kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada penduduk Cina di perkampugan baru di negeri Perak oleh Dato Seri Nizar, pimpinan Umno membantah kononnya ianya hanya mementingkan kaum Cina, Anwar hanya menyokong cina, Tetapi apabila Umno memberi sebuah bukit kepada seorang tauke Cina untuk pusat judi,pimpinan Umno yang lain tak pula membantah, Kita akan tetap memberi kemudahan dan keperluan kepada rakyat tanpa mengira kaum jika ianya di fikirkan sesuai untuk rakyat.jika Melayu kita tolong, Cina juga kita tolong , India juga kita tolong.Ini adalah negara untuk rakyat bukan untuk satu-satu kaum sahaja “ demikain jelas Dato Seri Anwar di sambut dengan tepukan gemuruh lapisan rakyat yang memenuhi dewan St Ann.


Berhubung dengan keadaan ekonomi yang lembap pula, Anwar membidas kerajaan Bn dengan menyatakan pimpinan seringkali memutarbelitkan kenyataan fakta berhubung dengan keadaan ekonomi.banyak yang dibuang kerja, namun ada inisiatif kerajaan pakatan Rakyat cuba membantu.Beliau memberi contoh di Singapura dimana kerajaan negara tersebut seringkali membuat penggumuman kepada rakyat dalam negara berhubung dengan status ekonomi agar rakyat sentiasa bersedia.Kerajaan harus telus kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

“Maka sebab itulah apabila rakyat di Cherok To Kun dan di Bukit Mertajam ke kedai membeli barang keperluan, harga barang meningkat , tetapi kerajaan BN kata harga murah.Inflasi tak naik .Cuba lihat di negara jiran kira Singapura, setiap 2 kali dalam seminggu kerajaan negara tersebut menjelaskan kepada rakyat berhubung dengan situasi semasa keadaan ekonomi dalam negara mereka“ , demikian jelas Dato Seri Anwar lagi dalam ceramah beliau.










Berhubung dengan 2 adun PKR yang di katakan melompat parti, Dato Seri Anwar menjelaskan bahawa jika dulu Perdana Menteri menjelaskan bahawa melompat parti adalah perbuatan yang tidak bermoral, namun jika berlaku kepada dua adun PKR ianya dilihat sebagai satu perbuatan yang juga tidak bermoral. Kononnya ada ura-ura wakil rakyat kita akan melompat, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia untuk melompat kepada Umno , namun sehingga kini kerajaan pakatan Rakyat Perak masih kukuh.

“Dulu masa ada ura-ura wakil Umno nak melompat, mereka kata perbuatan melompat parti adalah tidak bermoral, namun kini PM kata wakil PKR akan lompat masuk Umno,mahzahab mana yang Pak Lah pakai? Sekejab boleh sekejab tak boleh .”demikian jelas beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan ketawa orang ramai yang hadir.


Oleh yang demikian rakyat melihat semua ini sebagai satu perbuatan yang dilihat lebih mementingkan diri mereka semata-mata(Umno/Bn) untuk kepentingan mereka dan bukan kepentingan rakyat.PKR dan barisan Pakatan Rakyat telah berjanji untuk membantu rakyat dan rakyat harus yakin dan perlu berubah seberapa segera bagi mengangkat martabat rakyat dan bukan martabat pemimpin .Rakyat harus sedar bahawa BN bukan lagi sebuah parti yang dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat tetapi masaalah untuk mengekalkan kuasa pimpinan mereka semata-mata. Negara kita kaya namun kita menjadi miskin akibat salah pengurusan.Kita mahu negara kita menjadi lebih baik untuk tahun ini dan tahun yang akan mendatang. Kita mahu kerajaan telus dan lebih adil kepada rakyat . Jika semua rakyat macam masyarakat Permatang Pauh dan Bukit Mertajam, negara kita telah lama berubah.Mereka adalah masyarakat yang bijak.


“Untuk nak mengharapkan berita, kita langsung tidak punya peluang.Misalnya pilihanraya di Kuala terangganu.Saban hari menunjukkan kempen yang dijalankan oleh BN dalam televisyen.Seolah-oleh calon Umno yang bertanding.namun bila keluar keputusan PAS menang.Ini menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan”

“Malaysia adalah sebuah negara yang hebat, jika diuruskan dengan cara yang baik dan teratur,namun kita dapati banyak berlaku kekejaman dimana kematian dalam lokap,penipuan dan banyak lagi kes yang boleh diubah .Misalnya 3 buah negeri yang kaya dengan minyak iaitu Sabah ,Sarawak dan Terengganu adalah antara negara yang kaya dengan hasil minyak, namun ketiga-tiga buah negeri ini adalah negeri yang paling miskin di dalam Malaysia”, demikian jelas Anwar lagi.
klik gambar untuk besarkan