KeADILan gesa kaji semula rancangan ubah buku teks sastera |
Dr Syed Husin Ali |
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menggesa kuat Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/ Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun 2010. Sudah dilaporkan dalam akhbar bahawa Kerajaan bercadang untuk mnggugurkan karya-karya terkenal oleh semua Sastrawan Negara dan pemenang SEAWrite Award dan menggantinya dengan karya-karya penulis yang belum mendapat pengiktirafan dari masyarakat mahu pun juga kerajaan. Jiklau laporan media ini benar, maka nyata sekali Kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat keciwa. Kami tidak menganggap bahwa semua teks yang dipilih mesti terbatas kepada karya penulis-penulis"established" saja. Karya-karya mereka mesti diteruskan disamping mengambil juga karya-karya baru yang baik walaupun belum begitu terkenal. Bahkan harus ditimbangkan juga karangan-karang penulis bukan Melayu tetapi warga Malaysia yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Yang sangat mengeciwakan ialah apabila semua karya dan sastrawan yang sudah diiktiraf digugurkan dan digantikan sepenuhnya oleh mereka yang belum mendapat pengiktirafan lagi. Lebih-lebih lagi jikalau mereka yang dipilih sebagai pengganti itu dianggap hanya sebagai penulis-penulis picisan yang menghasilkan karya-karya picisan juga. Kita semua ketahui bahasa yang digunakan oleh penulis-penulis terkenal seperti Usman Awang dan Samad Said sangat baik dan halus, dan boleh menjadi contoh. Semua hasil karya Sastawan Negara sering memenifestasikan nilai serta unsur budaya dan boleh membantu pembaca lebih memahami masyarakatnya sendiri. Mereka membicarakan soal-soal kemasyarakatan yang boleh menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar. Di mana negara pun selalunya teks yang digunakan untuk kursus-kursus sastra mereka, sama ada di peringkat sekolah atau universiti adalah hasil-hasil terrenal yang sudah dianggap sebagai klasik. Rancangan Kerajaan hendak menggugurkan semua penulis serta karya sastera yang terulung di negara ini membuktikan bahawa mereka yang patut bertanggungjawab tidak melakukan tanggungjawab dan tersangat buta budaya. Dr Syed Husin Ali |