JELEBU... PH

 


















Pagi ni turut bersama di Hari Penamaan Calon  DUN² di bawah Parlimen Jelebu... meriah ! 😍💙❤️


#PakatanHarapan 

#PH4N9

#KekalHarapan




BELUM PASTI.

 


Dakwaan kononnya kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor berpunca daripada sokongan dan ‘pemberian’ undi penyokong Pas masih belum dapat dibuktikan secara sahih.






Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berpendapat, realiti mengenai pemindahan undi daripada parti Islam itu kepada BN sebenarnya masih menjadi tanda tanya.


“Kenyataan terbuka Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah berskala besar menjelang hari pengundian, yang secara jelas mengarahkan penyokong parti itu memberikan undi kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi oleh Perikatan Nasional (PN).


#malaysiagazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



PILIHAN DITANGAN RAKYAT N9


 

MASIH KUKUH

 


Mungkin beberapa MP PN yang berstatus bebas akan bersama PMX....





BABI PANGGE PENYOKONG PH ANJING.


 

HADI PUNYA TEORI EKONOMI


 

SEMOGA BERJAYA

 

Hakimi 






Hari ini diberi amanah sebagai Peguam Pengiring kepada YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun sempena proses Penamaan Calon bagi N.32 DUN Linggi, Port Dickson.


Alhamdulillah, everything went smoothly and in an orderly manner. YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun was officially declared Calon No. 3 for N.32 Linggi. #pakatanharapan #kekaltokmin



BETUL LAH DIA MEMANG JAHAT


 

WALAUN SILAP.....BUKAN...KERAJAAN YANG TOLONG SELESAIKAN


 

Pertembungan 3 Penjuru DUN Ampangan










Calon Pakatan Harapan, Datuk Muhammad Nazri Kassim (kanan), bersama calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (kiri) dan calon Bersatu, Noor’Azah Harun (tengah) bergambar selepas pengumuman calon N.14 Ampangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di pusat penamaan calon di Majlis Bandaraya Seremban. 


Foto: Muhaimin Marwan 


#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #PakatanHarapan #PH #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9




JANGAN SOMBONG


 

Bertabahlah saudari Saw Yee Fung.







Sebagai umat Islam, saya menyokong penuh pendirian saudari yang membantah kerjasama BN-PAS yang langsung tidak memberi manfaat kepada umat Islam.


Di Johor, saudari berpenat lelah berkempen di hadapan orang Cina bahawa BN tidak bekerja sama dengan PAS. Saudari berkempen ajak orang Cina undi BN untuk sekat Gelombang Hijau.


Usaha penat lelah saudari telah memberikan kejayaan gemilang kepada BN di Johor, di mana prestasi MCA sangat cemerlang, MCA berjaya menang 8 kerusi, berjaya rampas 4 kerusi DAP.


Namun hari ni, saudari dihukum hanya kerana tegas menyatakan prinsip, saudari tegas menyatakan keputusan BN-PAS tidak perna mendapat persetujuan oleh Jawatankuasa Pusat MCA, dan akhirnya saudari dihalang dari berkempen di Negeri Sembilan.


Saya yakin orang-orang Cina sangat marah dengan tindakan MCA ni. Elok-elok orang Cina mahu berubah angin undi BN, akhirnya terbantut.


Saya doakan agar urusan saudari Saw Yee Fung dipermudahkan. Sekali saya sebagai umat Islam menyokong penuh pendirian saudari bahawa kerjasama BN-PAS ini adalah sesuatu yang tidak diperlukan kerana BN mampu menang solo di Negeri Sembilan sebagaimana di negeri Johor.


Elok-elok orang Cina nak undi BN, terus tak jadi kena undi DAP sebab PAS kemaruk nak bersama BN.


PAS ni bukan sahaja pemecah-belah orang Melayu, PAS juga adalah pemecah-belah orang Cina daripada bersatu melawan DAP.


:)

Bang Mat... kali ini kita menang!"










Itulah ayat pertama yang Bang Mat dengar sebaik sahaja tiba di hadapan Dewan Majlis Daerah Jelebu bagi memberikan sokongan kepada calon HARAPAN DUN Klawang, Bakri Sawir.


Bang Mat pun terus jawab,


"Kalau nak menang, kita semua kena turun padang. Jangan tunggu esok, mula hari ini kita gerak!"


Bermula hari ini, setiap rumah perlu diziarahi, setiap pengundi perlu ditemui dan setiap fitnah perlu dijawab dengan fakta serta adab.


Di Jelebu, empat calon HARAPAN akan berentap untuk mendapatkan mandat rakyat. Insya-Allah, dengan usaha dan kerja keras seluruh pasukan, semoga kemenangan menjadi milik Pakatan Harapan.


N.01 Chennah – Anthony Loke

N.02 Pertang – Muhammad Umry

N.03 Sungai Lui – Zainal Fikri

N.04 Klawang – Bakri Sawir


Bang Mat percaya semua calon HARAPAN mempunyai kemampuan untuk menjadi wakil rakyat yang baik. Tetapi kemenangan tidak datang sendiri. Kemenangan lahir daripada usaha, pengorbanan dan kerja keras seluruh pasukan.


Insya-Allah, dengan doa, usaha dan semangat semua, kita akan bawa pulang kemenangan buat semua calon HARAPAN.


Kekal Monang!


#AMANAH

#PakatanHarapan




MAKANAN PERCUMA MURID SELANGOR



 Bermula Ogos ini, Selangor melancarkan program sarapan percuma kepada kira-kira 120,000 pelajar di 965 sekolah merangkumi sekolah rendah, menengah, sekolah agama JAIS serta institusi berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Dua hingga tiga kali seminggu, pelajar yang dikenal pasti melalui data JPN Selangor akan menerima sarapan bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan. 






Negara maju seperti Finland dan United Kingdom telah lama membuktikan bahawa sarapan percuma bukanlah pembaziran sebaliknya pelaburan. India memperkenalkannya pada 2022 dan menyaksikan peningkatan kehadiran serta penurunan keciciran pelajar secara ketara. 


Selangor sedang melangkah ke arah yang sama dengan menjadikan sekolah bukan setakat tempat belajar selesa malah tempat yang menjamin kesejahteraan setiap kanak-kanak. Penerima pun sudah dikenal pasti. Mekanisme hampir sama dengan Rancangan Makanan Tambahan yang telah lama berjalan.


Yang paling penting, ini antara usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu ibu bapa akibat krisis Asia Barat yang melanda.





NI MUKA NAK PERINTAH N9



 

Mungkin apa berlaku ialah kafarah untuk MCA.

Aman Muhamad


Semasa kempen PRU13 pada tahun 2013, MCA menggunakan akhbar milik mereka iaitu The Star untuk menyebarkan naratif "A Vote for DAP is a vote for PAS" atau "Undi DAP dapat PAS".


Ketika itu PAS dan DAP bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.






Kalau diikutkan, istilah 'Vote for DAP is a vote for PAS" ni dipopularkan oleh Timbalan Presiden MCA, iaitu Ong Tee Kiat sejak 2008 lagi sebenarnya.


Kini kafarah menjemput MCA, undi MCA kini dapat PAS.


:)



STRATEGI PAS SAMA, PECAH DAN PERINTAH



 Azmin, Muhyiddin, Hamzah… giliran Mat Hassan?

STRATEGI PAS SAMA, PECAH DAN PERINTAH






Apa berlaku skg sama sahaja modus operandinya pada 2018 hingga jatuh kerajaan PH 1.0 iaitu memainkan isu perkauman, Islam terancam, kuil, Rohingya, anti Dap … hanya ulang tayang.


Sila baca dan memahami apa yg ingin disampaikan…


👇

Siapa sangka PAS sekarang dah jadi parti terbesar dalam kalangan orang Melayu.


Apa strategi PAS boleh capai tahap ini? Adakah PAS kerja keras dapatkan sokongan rakyat? Tak. Jadi apa PAS buat?


Semasa dalam Pakatan Rakyat, PAS meletakkan PKR sebagai "Abang Long". Apabila PKR jadi abang long, pemimpin PKR iaitu Anwar Ibrahim yang kena kerja keras tiap malam round satu Malaysia untuk kuatkan sokongan.


Selepas sokongan dah kuat, apa PAS buat? PAS akan pecahkan PKR.


Apa strategi PAS? PAS lagakan Presiden PKR dengan Timbalan Presiden PKR.


Apabila perlu memilih MB Selangor, PAS pilih Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sedangkan Pakatan Rakyat setuju memilih Wan Azizah (Presiden PKR).


Bila Timbalan Presiden diberi jawatan, sedangkan Presiden tak ada jawatan, automatik parti akan bergaduh. Kesannya, PKR dah tak jadi Abang Long dan Pakatan Rakyat terkubur.


PAS? Kekal kukuh.


Selepas itu, PAS bergabung dengan UMNO dan Bersatu, yang akhirnya tertubuh kerajaan tebuk atap.


PAS memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Bersatu (jawatan kedua tertinggi) berbanding Tun M iaitu Pengerusi Bersatu (jawatan tertinggi) sebagai calon Perdana Menteri.


Apabila Muhyiddin diberi tawaran, bergaduhlah Bersatu, akhirnya Mahathir dipecat daripada Bersatu. Bersatu retak.


PAS? Kekal kukuh.


Apabila perlu memilih Perdana Menteri ke-9, PAS sekali mencadangkan calon yang bukan Presiden Parti iaitu Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri walaupun ketika itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga adalah Ahli Parlimen.


Apabila Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin bawah jadi Menteri, manakala Zahid tak ada jawatan, UMNO pun retak. Berlaku fraksi Presiden UMNO vs Perdana Menteri yang akhirnya beberapa pemimpin UMNO dipecat dan digantung seperti KJ, Hishamuddin, Shahril. UMNO berpecah.


PAS? Kekal kukuh.


Apabila berkawan dengan Bersatu dan menang 74 kerusi kerana faktor "Abah", PAS sekali lagi ulangi strategi sama.


PAS telah memilih Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Bersatu, Muhyiddin. 


Apabila Timbalan Presiden ada jawatan, Presiden tak ada jawatan, keretakan akan berlaku.


Bersatu yang pada awalnya Abang Long PN akhirnya retak dan berpecah sehingga tertubuhnya Wawasan.


PAS? Kekal kukuh.


Kini, PAS ulangi perkara sama. Meletakkan parti lain sebagai "Abang Long Sementara" iaitu UMNO melalui kerjasama baharu yang bakal dibina.


UMNO perlu kerja keras dan dapatkan sokongan. Selepas cukup sokongan, percayalah, PAS akan ulangi strategi sama.


Apa strategi PAS? Akan tawarkan jawatan kepada Timbalan Presiden UMNO dan menafikan Presiden UMNO.


Menuju PRU-16, sekiranya PAS & UMNO bergabung, setelah UMNO bekerja keras berkempen, PAS akan tawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO).


Apabila ditawarkan, semestinya UMNO akan berpecah dan bergaduh. Kesannya, orang Melayu akan meluat dengan UMNO. 


PAS? Kekal kukuh.


Percayalah, Zahid. Kalau ikut sejarah, ini lah strategi PAS.


Dia akan bekerjasama dengan parti lain dan menjual imaginasi kononnya dia tak nak jadi Abang Long. Apabila gabungan dah kuat, dia akan pecahkan parti sahabat dia. Apabila parti sahabat pecah, PAS akan menjadi Abang Long di saat akhir.


Zahid, tunggu masalah sebelum PAS tawar Tok Mat sebagai calon PM.


————————————————————-//——————


PAS AKAN TENTUKAN SIAPA PRESIDEN UMNO


Pergerakan mudah dibaca… saya pernah menulis tindakan Muhyiddin meninggalkan Mahathir dan Anwar utk kerjasama dgn PAS akn memakan dirinya sendiri. 


Tak sampai 5 tahun ia berlaku. Muhyiddn jatuh secara terhina sdgkan parti Muhyiddin dan dirinya Melayu. Jadi kita hairan parti Melayu apa yg dimahukan oleh PAS?


Dari ulasan di atas anda fikir siapa bakal digunakan PAS utk jatuhkan Zahid? Ya Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Mat.


Anda mesti ingat setiap kali kerjasama berlaku, PAS akn semakin kuat. Tindakan UMNO memberi laluan lebih dari 10 kerusi kpd PAS hanyalah utk menguatkan PAS samada di N9 atau pusat.


Kerusi yg disedekahkan UMNO kpd PAS tidak akn kembali kpd UMNO dlm jangka masa yg pendek. 


Ia akan memerlukan puluhan tahun atau tidak kembali lagi kpd UMNO sampai bila2 sepertimana di Kelantan dan Terengganu.


Barangkali deal mereka UMNO beri 10 kerusi di N9, PAS akn beri 10 kerusi DUN di Terengganu. Bezanya mereka yg mengundi UMNO di Terengganu anytime boleh pulang kembali kpd PAS.


UMNO mesti ingat UMNO tiada syurga utk dirasuahkan. Paling tidak RM tetapi PAS cukup dgn dalil syurga ahlinya akn kembali bila mereka boleh menguasai UMNO.


Bila menguasai UMNO apa yg PAS akn lakukan? PAS akn minta kerusi PM. Ketika itu UMNO baru sedar mereka sudah mewakafkan kpd PAS utk bertapak di N9 dan Melaka.


5-10 tahun mendatang PAS akn menguasai N9, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.


Kelebihan PAS doktrin mereka bermula dari umur 6 tahun dan selepas 55- 60 tahun. Di usia pencen masjid dan surau adalah doktrin halus yg membiakkan pengaruh PAS yg tidak ada pada mana2 parti terutamanya UMNO.


Saya jangkakan 3 nama akn diangkat oleh PAS utk memecahkan UMNO agar tunduk kpd mereka utk singkirkan Zahid.


Mat Hassan, Hishamuddin dan KJ. Nama ini dlm jangkaan akn digunakan PAS utk menjatuhkan Zahid. 


Bagaimana caranya?


Nama yg paling dkt Mat Hassan kerana dia yg sgt excited utk kerjasama dgn PAS di N9 dari analisis saya. Apatah lagi Mat Hassan adalah Tim Presiden UMNO.


PAS tentu tidak mahu Zahid kekal lama sebagai PM kerana isu rasuah 47 kesnya akn jadi liabiliti selepas dijaja oleh PAS hampir 4 tahun lamanya.


Modus operandi sama… ugut Zahid jika tidak mahu berundur PAS akn tarik sokongan atau beri sokongan kpd Tok Mat atau Hishamuddin dlm pemilihan kerusi Presiden UMNO. Sama sahaja apa dilalui Muhyiddin. 


PAS yg akan menentukan siapa yg bakal menjadi Presiden UMNO utk patuh dan mencium tangan Presiden PAS seperti dilakukan Hamzah.


Kenapa saya kata hubungan PAS dan UMNO ini tidak akan kekal???


Anda mesti ingat PAS mendakwa, ‘UMNO akan 'makan kawan' bila berkuasa.’


Zahid Hamidi pula mengingatkan ahli partinya agar tidak terlalu mempercayai PAS, mendakwa parti itu boleh mengubah pendirian dan 'tiang gol' (goal post) pada bila2 masa.


Keduanya saling mencurigai, tidak hairan akn saling khianat mengkhianati. Sebelum berkahwin lagi kedua mencurigai antara satu sama lain apatah sudah duduk serumah.


Maklumlah si isteri pernah menjadi janda selepas diceraikan. Masa itu puas dia merayu pilih dirinya atau isteri muda? Akhir si suami pilih bini muda kerana kuasa dan harta.


Tak sampai 5 tahun mantan suami ceraikan isteri muda dan memujuk jandanya utk menerimanya kembali.


Ini perkahwinan kali kedua utk ‘kuasa’ bukan atas dasar cinta tentulah keikhlasan diragui. Dudanya pula tiba2 sanggup ceraikan bini muda utk rujuk kembali mesti la ada rasa was was … yelah janda nampak lebih berharga. 


Ia sekadar analisis… kita tunggu 5-10 tahun mendatang adakah ramalan saya ini benar atau tidak.


Anwar Ibrahim tetap kerja seperti biasa. Dia tahu hubungan UMNO dan PAS tidak akn kekal lama. UMNO akn dikhianati kerana PAS sebenarnya jauh lebih kuat dari UMNO.


UMNO amalkan skim cepat kaya utk cepat berkuasa atau guna jalan pintas. Tidak ada jalan pintas utk kejayaan. Beritahu saya siapa yg berjaya atau kekal berjaya dgn menggunakan jalan pintas di dunia ini?


Anwar sudah berikan platform iaitu portfolio Kementerian Luar Bandar, Pertahanan, Pengajian Tinggi dan Mara utk UMNO bangkit sebagai kuasa Melayu dgn cara organik. 


Bukan dgn cara menumpang kekuatan PAS yg anytime boleh khianat mereka seperti parti2 sebelum ini.


Sebab itu Anwar sering ingatkan STABILITI… bila politik stabil ekonomi akan jauh lebih stabil. Tapi jika hanya utk kuasa… apa yg dilakukan skg ini akn musnah angkara perebutan kuasa sesama kita.




𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗖𝗘𝗧𝗨𝗦 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡?


Ahmad Mursi


Krisis politik Negeri Sembilan bukan berlaku secara tiba-tiba.


Ia bermula apabila Tok Jalal mengetuai 14 ADUN UMNO menarik sokongan terhadap Tok Amin pada 27 April lalu.


Sebelum itu, dipercayai sudah ada rundingan dengan PN untuk membentuk kerajaan baharu. Perkara ini kemudian terdedah apabila PAS dan Bersatu bergaduh sesama sendiri.


Jadi, rakyat berhak bertanya. Betulkah ini soal prinsip dan mempertahankan adat?


Atau sebenarnya Jalal mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar?


Kalau Tok Amin gagal, apa kegagalannya? Ada rasuah? Ada salah guna kuasa? Kerajaan negeri lumpuh? Ekonomi negeri jatuh?


Tidak ada.


Alasan yang digunakan ialah isu adat, sedangkan rakyat tidak pernah menolak kepentingan adat atau institusi diraja.


Yang rakyat marah ialah apabila krisis adat dilihat ditunggang untuk perebutan kuasa.


Masa sidang DUN, Tuanku Muhriz telah menitahkan supaya Tok Amin meneruskan tugas dan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa walaupun timbul krisis adat.


Namun, tanpa menghormati titah itu, beberapa hari kemudian Tok Jalal mengetuai penarikan sokongan.


Maka timbullah persoalan besar. Mengapa kestabilan negeri sengaja diganggu?


PH dan BN memasuki PRN 2023 melalui persefahaman tanpa bertembung kerana menjanjikan kestabilan kepada rakyat.


Sebab itu, rakyat bagi mandat besar, iaitu 31 daripada 36 kerusi.


Tetapi belum pun mandat tamat, pihak yang menjual janji kestabilan itu sendiri memusnahkannya.


Mandat masih ada sehingga 2028. PRN ini tidak perlu berlaku. Wang rakyat tidak perlu dibazirkan. Rakyat tidak perlu dipaksa mengundi semula.


Lebih mengecewakan, UMNO bukan dipinggirkan dalam kerajaan negeri.


Tok Jalal diberi jawatan Exco Kanan. Portfolionya pula melibatkan kemajuan desa, pertanian, keterjaminan makanan dan kos sara hidup.


Itu portfolio besar.


Ketika rakyat bergelut dengan harga barang, pendapatan petani dan peluang pekerjaan, apa yang dibuat oleh Tok Jalal?


Sibuk menyelesaikan masalah rakyat atau sibuk mencatur untuk menukar Menteri Besar?


Inilah yang rakyat marah. Bukan sebab tidak menghormati adat.


Tetapi kerana mandat dikhianati, kestabilan dimusnahkan dan krisis adat dijadikan alasan untuk mengejar kuasa.


Tok Amin mungkin tidak sempurna. Tetapi apabila kestabilan tidak lagi dapat dipertahankan, beliau memilih untuk menyerahkan semula keputusan kepada rakyat.


Sekarang rakyat Negeri Sembilan perlu memilih. Mahu kerajaan yang stabil?


Atau mahu pemimpin yang sanggup menggoncang kerajaan apabila cita-cita politik mereka tidak tercapai?


Negeri Sembilan dah elok. Jangan rosakkan kerana berebut kuasa. Kita “Amin-kan” sahaja.




𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗥𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗣, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗜𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗥𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗠𝗖𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗡



1. Hari ini, 16 Julai, Haji Hadi menulis menghentam DAP kerana fahaman sekular dan membawanya ke dalam PH.


2. Kebetulan semalam, Setiausaha Agung Pemuda MCA menolak kerjasama BN–PAS kerana prinsip sekular BN dan menganggap politik agama sebagai garis merah.


3. Haji Hadi tidak pula mengkritik pegangan sekular BN ini kerana PAS kini mahu bekerjasama dengan BN.


4. Sejak Amanat Haji Hadi pada 1981, dia dah kata: “Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.” Atas hujah itulah PAS menentang BN.


5. Inilah contoh bagaimana agama tidak memimpin politik, sebaliknya dijadikan alat untuk kepentingan politik. Ini mungkar yang patut ditegah.


6. Apabila menjadi lawan politik, sekularisme dijadikan hujah akidah untuk melawan. Apabila mahu menjadi kawan, prinsip yang sama didiamkan.


7. Sebab tu, saya sangat skeptikal dari sudut kebenaran 'dalil agama' Haji Hadi berkenaan politik.


8. Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti pernah menegur golongan ‘Islamis’ seperti ini dalam khutbahnya pada tahun 2012:


9. “Adakah dahulu ada dalil yang kamu tidak tahu, kemudian baru mengetahuinya hari ini lalu kamu mengubah hukum?”


10. “Tidak. Hukum itu tetap sama, dalil itu tetap sama, tetapi kepentingan politiklah yang berubah.”


11. “Semalam sesuatu itu wajib, hari ini menjadi haram. Tiada wahyu baharu yang turun. Kepentingan politiklah yang berubah.”




Siri 1: Amerika Serang Iran, Tetapi Kenapa Kuwait Dan Jordan Yang Terpaksa Menanggung Misil?"



Mazlan Syafie







Setakat tengah hari Khamis, 16 Julai 2026, kemelut perang antara Amerika Syarikat dengan Iran nampaknya sudah mula hilang kewarasan dan mula mengheret negara negara jiran yang pada asalnya hanya mahu duduk diam di tepi gelanggang.


Selepas tentera AS dengan angkuhnya melancarkan dua gelombang serangan baharu ke atas pusat arahan, pertahanan udara, tapak misil, pangkalan dron dan sistem pengawasan pantai Iran, Tehran tidak tunggu lama untuk membalas dendam.


Pengawal Revolusi Iran bertindak membedil aset ketenteraan Amerika yang berpangkalan secara fizikal di Kuwait, Bahrain dan Jordan menggunakan misil balistik dan dron bunuh diri.


Mereka secara terbuka mendakwa sasaran utama adalah sekumpulan anggota tentera AS serta sebuah sistem radar di Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait.


Setakat artikel ini ditulis, kita masih tak dapat mengesahkan secara bebas sama ada pangkalan AS itu benar benar musnah atau jika ada askar Amerika terbunuh akibat dakwaan dari Tehran tersebut.


Tapi apa yang pasti, pihak berkuasa Kuwait sendiri telah mengesahkan bahawa serangan itu memang benar-benar berlaku di tanah air mereka.


Tentera Kuwait mengumumkan mereka terpaksa bertindak pantas menangkis serangan misil dan dron tersebut, manakala Kementerian Pertahanan Kuwait terpaksa menelan hakikat pahit apabila sebuah kapal milik Tentera Laut mereka sendiri terkena serangan sehingga mencederakan empat orang anggota.


Di Jordan pula, pihak tentera negara itu mengesahkan terpaksa mengaktifkan sistem pertahanan udaranya untuk memintas dan memusnahkan empat misil balistik Iran yang menceroboh ruang udara mereka.


Tehran mungkin boleh berhujah bahawa sasaran sebenar mereka adalah aset tentera Amerika. Tetapi, apabila sebuah misil balistik sudah berterbangan membelah langit sebuah negara kecil, rakyat awam di bawahnya takkan sempat bertanya peluru itu sebenarnya ditujukan kepada siapa.


Diorang cuma dengar bunyi siren yang nyaring. Diorang cuma nampak sistem peluru berpandu membelah dada langit. Diorang cuma mampu berdoa dan berharap serpihan besi berapi itu tak jatuh menembusi bumbung rumah tempat anak isteri sedang tidur.


Di Bahrain, siren amaran serangan udara turut bergema dan pihak berkuasa terpaksa mengarahkan penduduk awam berlindung. Dalam masa yang sama, media Iran pula melaporkan bunyi letupan baru berkumandang di Qeshm, Bandar Abbas dan Chabahar akibat kempen serangan dari tentera AS.


Inilah sisi hodoh perang yang selalu disorokkan oleh ahli politik di belakang peta strategik dalam bilik gerakan tentera. Amerika mengebom Iran. Iran membalas dengan mengebom pangkalan Amerika.


Tetapi ironinya, pangkalan tersebut terletak di atas peta tanah berdaulat milik Kuwait, Bahrain dan Jordan. Akhirnya negara negara Arab yang pada asalnya tidak berniat untuk memulakan perang itu pula terpaksa mengaktifkan siren, menembak jatuh misil dan menghantar anggota keselamatan mereka ke wad kecemasan hospital.


Sistem pangkalan tentera AS ini selama ini dijual dengan naratif manis kononnya ia adalah sebuah polisi insurans keselamatan.


Waktu aman, kewujudan jeneral dan anggota infantri Amerika memberikan ketenangan psikologi kepada pemerintah tempatan bahawa musuh serantau akan berfikir dua kali sebelum melancarkan serangan.


Negara teluk yang populasinya kecil ini tak perlu bersusah payah membina kekuatan tentera setaraf kuasa besar kerana dilaungkan ada abang long Washington berdiri tegap di belakang mereka.


Masalahnya, setiap polisi insurans yang ditawarkan oleh Barat sentiasa datang dengan satu syarat tulisan kecil yang sangat jarang dibaca teliti.


Apabila Amerika memutuskan untuk memulakan perang, pangkalan yang kononnya menjadi perisai halimunan tadi serta merta berubah status menjadi magnet misil balistik.


Bersambung ke Siri 2: Bagaimana pangkalan ini sebenarnya membina satu perangkap geopolitik yang licik).


---


Kalau korang selalu rasa pelik kenapa dunia Islam yang ada hampir dua bilion manusia, lebih 50 negara, sumber minyak dan gas yang besar, serta laluan maritim penting macam Selat Melaka, Hormuz, Bab al-Mandab dan Terusan Suez masih nampak lemah setiap kali isu P, G, Iran, Saudi, Turki, Pakistan, Amerika dan Isbiol meletup, buku Geopolitik Dunia Islam: Peta, Konflik dan Kuasa Umat ni memang kena baca. Buku ni bukan ajar kita marah kosong atau telan teori konspirasi murah, tapi bawa kita baca peta, sejarah, minyak, sempadan, tentera, laluan dagang dan kepentingan kuasa besar dengan lebih tajam. Lepas baca, berita dunia tak lagi nampak macam kejadian rawak, tapi macam kepingan puzzle yang mula bercantum satu demi satu. Dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/3g18ssVBJL





KEH KEH KEH.



 Koho penat dah penyakit takut ke Dap orang tua ni....




JAJARAN BAHARU PENYATUAN UMMAH TURUNKAN PMX?



WOW MALAYSIA




Kalau betul apa yang sedang diperkatakan sekarang, politik Malaysia memang bakal berubah 180 darjah.


Abah Muhyiddin di singkirkan hanya kerana mahu angkat Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri ..


Dulu UMNO dengan PAS berpuluh tahun bermusuh. Bersatu pula ditubuhkan kerana menentang UMNO. Penyokong masing-masing bertikam lidah, berkempen siang malam, saling tuduh pengkhianat dan perosak negara.


Hari ini, tiba-tiba muncul pula cerita tentang satu jajaran baharu.


Zahid Hamidi disebut bakal menjadi Perdana Menteri.


Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Hamzah Zainudin pula sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua.


Kalau semua ini benar berlaku, bermakna apa yang berlaku selama ini bukan lagi soal siapa betul atau siapa salah.


Persoalannya mudah…


Adakah semua ini benar-benar demi Penyatuan Ummah, ataupun matlamat utamanya hanyalah satu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Kalau benar mereka boleh bersatu hari ini, kenapa dahulu penyokong diminta membenci antara satu sama lain?


Kalau benar mereka boleh duduk semeja sekarang, adakah segala tuduhan, cercaan dan permusuhan selama ini hanya sekadar strategi politik?


Apa pun jawapannya, rakyat sedang memerhati.


Kerana akhirnya, bukan ahli politik yang akan membuat keputusan.


Rakyatlah hakim sebenar.





Kami Merasa Seolah-olah Ahli Keluarga Kami Dibunuh, Bukan Sekadar Kehilangan Anjing







Ya, kami memang meratapi pemergian mereka. Adik saya membesarkan Cogi sejak kecil, menghantarnya ke klinik ketika sakit, memastikan vaksinnya lengkap dan sanggup mengeluarkan apa sahaja demi menjaga mereka. Kehilangan ini membuatkan dia stres, demam dan tidak bermaya. Isteri serta anak-anak saya juga turut menangis kerana terlalu sedih.


Apabila mereka mati dipercayai akibat diracun, kami benar-benar merasakan seolah-olah ahli keluarga kami telah dibunuh. Perasaan itu sukar digambarkan. Setiap kali kami mengenangkan bagaimana mereka pergi, hati kami hancur. Kami bukan sekadar kehilangan seekor haiwan, tetapi kehilangan dua nyawa yang selama ini membesar bersama kami, setia menemani kami tanpa pernah meminta apa-apa selain kasih sayang.


Mungkin ada yang tidak memahami kerana mereka melihat Cogi dan Nanan hanya sebagai anjing. Tetapi bagi kami, mereka adalah keluarga. Mereka sentiasa menunggu kepulangan kami, menyambut kami dengan penuh kegembiraan, menjaga kebun, dan sentiasa ada di saat kami datang. Kini, tempat yang dahulu meriah terasa sunyi. Tiada lagi larian mereka menyambut kami, tiada lagi ekor yang bergoyang kegembiraan.


Apa yang paling menyakitkan bukan sekadar mereka telah tiada, tetapi cara mereka pergi. Mengetahui mereka dipercayai mati akibat diracun membuatkan luka ini menjadi lebih dalam. Ia terasa seolah-olah seseorang telah meragut ahli keluarga kami dengan kejam. Perasaan itu akan terus menghantui kami untuk waktu yang lama.


Anjing dan manusia memang berbeza, tetapi kasih sayang tidak pernah membezakan makhluk. Sebab itu kehilangan ini begitu sukar untuk kami terima. Kami hanya berharap, tiada siapa lagi yang perlu merasai kesakitan seperti yang sedang kami tanggung sekarang.





BIAR BETUL PARTI JALANG NI.



Che Ibrahim






 Jika Pas boleh tutup mata tentang judi dan arak yang UMNO buat di Johor, atas dasar apa pula Pas nak berjuangkan basmikan Arak dan Judi dalam negara?? 


Adakah Pas lupa dasar tentang arak dan judi di negara ini adalah warisan dari pemerintahan UMNO dulu dulu???




KERAJAAN PERPADUAN DI PERSIMPANGAN – ADAKAH "GRAND COALITION" MENJADI REALITI?*




Oleh: 

*Shahbudin Embun*

*Political Analyst*



Ucapan Presiden AMANAH, Dato' Seri Mohamad Sabu, baru-baru ini memberi gambaran bahawa landskap politik negara sedang mengalami perubahan yang amat besar. Kenyataannya mencerminkan kebimbangan bahawa hubungan politik yang terbina sejak hampir empat tahun lalu kini sedang memasuki fasa paling mencabar.

Kerajaan Perpaduan bukanlah sebuah gabungan yang lahir daripada keselesaan politik. Ia diwujudkan selepas PRU15 bagi mengakhiri ketidaktentuan politik, memulihkan keyakinan pelabur, menstabilkan ekonomi dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.

Selama hampir empat tahun, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa parti-parti yang pernah menjadi seteru mampu duduk semeja demi kepentingan negara. Banyak cabaran telah ditempuhi bersama, termasuk tekanan ekonomi global, kos sara hidup, konflik geopolitik dan beberapa pilihan raya negeri.

Namun hari ini, landskap itu dilihat semakin berubah.

Sekiranya kerjasama BN bersama PN, PAS dan Parti Wawasan benar-benar berkembang menjadi satu pakatan politik yang menyeluruh, maka ia merupakan titik perubahan terbesar sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Persoalan utama bukan lagi siapa berkawan dengan siapa.

Persoalan sebenar ialah apakah bentuk hubungan politik itu hanya untuk pilihan raya tertentu, atau adakah ia akan memberi kesan kepada sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan?

Di sinilah PMX berhadapan dengan ujian kepimpinan yang paling besar.

Pilihan pertama ialah mengekalkan Kerajaan Perpaduan dengan memastikan sokongan majoriti Ahli Parlimen terus utuh.

Pilihan kedua ialah merundingkan semula kerangka kerjasama politik supaya setiap parti menjelaskan pendirian mereka secara terbuka kepada rakyat.

Pilihan ketiga ialah melakukan penyusunan semula pentadbiran sekiranya berlaku perubahan rasmi terhadap sokongan di Dewan Rakyat.

Dan pilihan terakhir, sekiranya kestabilan politik benar-benar tidak lagi dapat dipertahankan, ialah mengembalikan mandat kepada rakyat mengikut proses Perlembagaan.

Sejarah politik Malaysia membuktikan bahawa tiada pakatan yang kekal selama-lamanya. Musuh boleh menjadi sahabat, dan sahabat juga boleh memilih haluan yang berbeza.

Tetapi satu perkara tidak boleh diketepikan.

Kerajaan Persekutuan hanya berubah apabila majoriti Ahli Dewan Rakyat berubah. Kerjasama di peringkat negeri atau pilihan raya tidak semestinya mengubah kedudukan kerajaan di Putrajaya. Selagi majoriti kekal bersama PMX, Kerajaan Perpaduan masih mempunyai asas perlembagaan untuk terus mentadbir negara.

Sekiranya apa yang digelar sebagai "Grand Coalition" benar-benar menjadi kenyataan, maka politik Malaysia bakal memasuki era baharu yang menyaksikan penjajaran semula kuasa antara blok kerajaan dan pembangkang.

Rakyat akan menjadi hakim terakhir.

Yang pasti, beberapa bulan akan datang bakal menjadi tempoh paling kritikal dalam sejarah politik negara sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Politik sentiasa berubah. Namun kepentingan negara mesti sentiasa mengatasi kepentingan mana-mana parti politik. Itulah ukuran sebenar kepimpinan nasional.


End





MCA SABAHAT KITE


 

SEDANG DIURUSKAN OLEH BROKER


 

DIA ADS TELOQ DAN STRATEGI...


 

BETUL KAH KAMU TAK KATA?


 

BILA EKONOMI NAIK MULA LAH NAK CLAIM


 

BN YANG KHIANAT PH.


 

TANGGUH PELABURAN

 


Pengasas Network School, Balaji Srinivasan, mengumumkan bahawa semua rancangan pelaburan baharu mereka di Malaysia buat masa ini ditangguhkan. 




Katanya, keputusan itu dibuat sehingga mereka mendapat jaminan bahawa kontroversi seperti dakwaan penyertaan warga Israel menggunakan pasport negara kedua tidak akan berulang. 


Menurut beliau, bukan sahaja pelaburan Network School dihentikan, malah beberapa pelabur dan eksekutif syarikat teknologi global yang sebelum ini berminat melabur di Forest City juga mengambil pendekatan tunggu dan lihat. 


Balaji turut mendakwa mereka telah melaburkan lebih RM100 juta di kampus tersebut serta mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi limpahan ekonomi kepada perniagaan tempatan.


Balaji juga mempertahankan operasi Network School dengan menyatakan pihak mereka telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Malaysia. 


Beliau mendakwa pemeriksaan melibatkan ratusan pasport dari 40 negara telah dibuat dan semua dokumen perjalanan didapati teratur. 


Pada masa sama, Ketua Pengarah Imigresen sebelum ini memaklumkan pemeriksaan terhadap 266 warga asing dari 40 negara masih belum menemui bukti bahawa warga Israel menyertai program tersebut di Forest City. 


Akan tetapi siasatan pihak berkuasa masih penting kerana ia bukan sekadar menyemak dokumen perjalanan, tetapi juga memastikan semua aktiviti mematuhi undang-undang, dasar keselamatan negara dan syarat imigresen Malaysia.


Dalam kenyataannya, Balaji menawarkan dua pilihan kepada Malaysia. 


Pertama, jika kerajaan masih mahu menarik pelaburan teknologi global, beliau mencadangkan satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bagi memberi kejelasan tentang syarat operasi Network School di Malaysia, sambil menegaskan mereka akan mematuhi semua undang-undang negara. 


Kedua, jika Malaysia tidak berminat menerima pelaburan mereka, beliau berkata mereka akan menghormati keputusan itu dan mengalihkan modal ke negara lain.




ADAKAH INI PENGAKHIRAN KERAJAAN PERPADUAN ATAU PERMULAAN PENJAJARAN POLITIK BAHARU MALAYSIA?*




Oleh: Shahbudin Embun 

*Political Analyst*


Politik Malaysia kini sedang memasuki satu episod yang mungkin bakal dikenang sebagai detik paling penting selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Apa yang sebelum ini dianggap mustahil kini kelihatan semakin menghampiri realiti. Sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PAS dan Parti Wawasan benar-benar berkembang menjadi satu pakatan politik yang lebih menyeluruh, maka negara sedang menyaksikan satu proses penjajaran semula politik yang boleh mengubah hala tuju pentadbiran negara.

Selama hampir empat tahun, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa kestabilan politik selepas tempoh yang panjang menyaksikan pertukaran kerajaan dan ketidaktentuan pentadbiran. Formula Kerajaan Perpaduan membolehkan negara kembali mempunyai sebuah kerajaan yang berfungsi dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Namun, politik tidak pernah statik.

Sekiranya parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mula memilih haluan politik yang berbeza dalam pilihan raya negeri atau pada masa hadapan di peringkat Persekutuan, ia pasti akan mencetuskan persoalan mengenai sejauh mana kesepakatan asal masih mampu dipertahankan.

Persoalan yang perlu dijawab bukanlah siapa berkawan dengan siapa, tetapi sama ada perubahan strategi politik itu akhirnya akan diterjemahkan kepada perubahan sokongan di Dewan Rakyat. Selagi majoriti Ahli Parlimen masih menyokong Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan kekal sah di sisi Perlembagaan.

PMX Anwar Ibrahim  kini berdepan ujian kepimpinan yang besar. Beliau perlu mengekalkan keyakinan rakan-rakan gabungan, mengurus persepsi rakyat dan memastikan agenda ekonomi serta kebajikan tidak terjejas oleh pergolakan politik.

Pada masa yang sama, BN juga sedang membuat pertimbangan strategik untuk mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU16. Jika benar wujud kerjasama lebih erat dengan PN, PAS dan Parti Wawasan dalam beberapa medan politik, ia akan mengubah sepenuhnya corak pertandingan dan strategi semua parti.

Malaysia pernah menyaksikan pelbagai penjajaran politik sejak Merdeka. Tiada gabungan yang kekal selama-lamanya. Yang kekal hanyalah keperluan setiap kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat dan keyakinan rakyat.

Dalam keadaan ini, semua pihak perlu mengutamakan kestabilan negara. Pelabur memerlukan kepastian dasar. Rakyat memerlukan tumpuan kepada ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan, bukan semata-mata perebutan kuasa.

Oleh itu, sama ada Kerajaan Perpaduan akan terus bertahan atau Malaysia akan memasuki era gabungan politik yang baharu, ia bergantung kepada keputusan parti-parti politik, sokongan Ahli Parlimen dan akhirnya mandat rakyat.

Sejarah sedang ditulis di hadapan mata kita.

Dalam politik, tiada siapa boleh mendakwa sesuatu akan kekal selama-lamanya. Yang menentukan masa depan bukanlah retorik politik, tetapi sokongan rakyat, kekuatan kepimpinan dan proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan.

Malaysia sedang berada di persimpangan. Jalan mana yang akan dipilih bakal menentukan wajah politik negara untuk bertahun-tahun akan datang.

Saya berpendapat rencana ini sesuai diakhiri dengan satu frasa yang kuat:

*"Kerajaan boleh dibentuk melalui angka. Namun kerajaan hanya akan terus dihormati apabila kestabilan, kejujuran dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Dalam politik, tiada yang mustahil—tetapi segala perubahan mesti berlaku mengikut lunas Perlembagaan dan mandat demokrasi.*


End