KONTRAK NEXG 732, BEKAL MYKAD ADALAH SYARIKAT WARISAN ZAMAN BN, PN - JAWAB TULISAN LIM SIAN SEE & MALAYSIANOW


Syam Ghaz









Lim Sian See dan MalaysiaNow cuba main sentimen kononnya KDN bagi projek RM732 juta MyKad kepada kawan Anwar.


Hakikatnya — itu fitnah.


1. KDN tak lulus pun. Semua kontrak lebih RM200 juta diluluskan oleh MOF & Kabinet, bukan oleh kementerian dalam negeri. KDN hanya pengguna akhir (end-user) yang pastikan aspek keselamatan, bukan pemberi tender.


Rujuk: Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 – Tatacara Perolehan Kerajaan.


2. Projek ini bukan zaman Anwar, tapi warisan sejak BN. 


⁠Datasonic (kini NexG) dah bekal MyKad sejak 2012 — syarikat tempatan, tersenarai di Bursa, dan kekal dipilih oleh setiap kerajaan sebab teknologi, keselamatan dan rekod cemerlang.


3. Kronologi Projek sebenar Datasonic/NexG:


 • 2012 (Najib) – RM180 juta, 10 juta MyKad tambahan.


 • 2016 (Najib) – RM318.75 juta, cip & buku pasport Malaysia.


 • 2020 (Muhyiddin) – ±RM50-100 juta, sambungan kontrak MyKad & cip keselamatan.


 • 2022 (Ismail Sabri–Hamzah) – RM135 juta, lanjutan pasport.


 • 2025 (Anwar–Saifuddin Nasution) – RM732.72 juta (2026–2032), kontrak MyKad baharu merangkumi MyTentera, MyPOCA & Digital ID Nasional — diluluskan oleh MOF & Kabinet, bukan KDN.


4. Kenapa kali ini lebih besar? Kerana skopnya jauh lebih luas:


i. MyKad generasi baharu dengan cip keselamatan tinggi.

ii. MyTentera untuk anggota ATM.

iii. MyPOCA untuk pengawasan pencegahan jenayah.

iv. Integrasi awal dengan sistem Digital ID Nasional dan pengurusan subsidi petrol & bantuan rakyat.


Semua ini adalah sebahagian pelan transformasi identiti digital Malaysia yang akan memudahkan rakyat, mengukuhkan keselamatan dan mengelak kebocoran subsidi.


5. Syarikat tempatan, bukan kroni politik.


NexG Berhad ialah syarikat Malaysia berdaya saing, bukan pro mana-mana parti. Diselia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan CyberSecurity Malaysia.


Diteruskan kerana kompetensi dan reputasi teknikalnya — bukan sebab kabel politik sejak zaman BN, PH, BN, PN dan sekarang, cuma tukar nama sahaja.


Isu Farhash Wafa hanya melibatkan pemilikan saham dalam MMAG Holdings Berhad, bukan dalam NexG.


NexG memegang ±9.5 % saham MMAG sebagai sebahagian strategi integrasi logistik—tiada kaitan langsung dengan kontrak MyKad. Keseluruhan proses tender dan kelulusan kontrak ini disemak dan diluluskan MOF, bukan individu.


6. Tuduhan Lim Sian See dan MalaysiaNow hanyalah cubaan terdesak untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kejayaan digitalisasi dan integriti tatakelola Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KDN tak lulus. Anwar tak pilih.

Ini kesinambungan projek keselamatan negara sejak 2012.


Nilainya besar sebab melibatkan cip baharu, MyTentera, MyPOCA dan integrasi Digital ID — bukan sebab politik, tapi sebab kemajuan negara.


“Fitnah boleh diulang, tapi fakta tetap kekal. MyKad bukan projek individu — ia benteng identiti Malaysia.”


Syam Ghaz 


SENARAI RUJUKAN MENGIKUT KRONOLOGI


2012

 1. Datasonic wins additional RM180m MyKad contract

http://www.theedgemalaysia.com/article/datasonic-wins-additional-rm180m-mykad-contract


2015

2. Datasonic Annual Report 2015

http://www.datasonic.com.my/annualreport2015.pdf


2016

3. Letter of Award for supply of Malaysian passport chips (RM318.75 million)

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202406/20240604/DSONIC-AN20240604A1-3.pdf


2020

4. Datasonic: Prominent Player in National ID and Security Solutions

http://www.midf.com.my/sites/corporate/files/2022-07/Dsonic-Prominent%20Player%20in%20Identity%20and%20Security%20Space-MIDF-200722_2.pdf


2021

5. Datasonic Annual Report 2021

http://www.datasonic.com.my/annualreport2021.pdf


2022

6. Datasonic awarded RM135mil contract extensions for passport solutions

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/01/09/datasonic-awarded-rm135mil-contract-extensions-for-passport-solutions


2023

7. Laporan Audit Khas Sistem Identiti Nasional (2023)

http://www.audit.gov.my/images/pdf/LKAN2023/BAB5_SistemIdentitiNasional.pdf


2024

8. Datasonic secures two-year extension worth RM104.78mil for passport supply

http://www.bernama.com/en/news.php?id=2387423

9. Letter of Award – passport supply (RM104.78 million)

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202408/20240829/NEXG-AN20240829A1-1.pdf


Februari 2025

10. Datasonic Group Berhad officially renamed NexG Berhad

http://www.bursamalaysia.com/bm/about_bursa/media_centre/change-of-name-datasonic-group-berhad-to-nexg-berhad


Mac 2025

11. Farhash Wafa becomes largest shareholder of MMAG Holdings

http://www.theedgemalaysia.com/node/749750

12. NexG increases stake in MMAG Holdings to 9.53%

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202503/20250327/NEXG-AN20250327A2-1.pdf


April 2025

13. Notification of share purchase and cross-holding between NexG & MMAG

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202504/20250407/NEXG-AN20250407A4-1.pdf

14. NexG purchase of MMAG shares (9.53%)

http://www.klsescreener.com/v2/announcements/view/9280779


Julai 2025

15. Datasonic/NexG awarded RM1.73bil passport contract for six years

http://www.theedgemalaysia.com/node/768814


Ogos 2025

16. NexG awarded new MyKad contract worth RM732.72m (2026–2032)

http://www.theedgemalaysia.com/node/772705


Oktober 2025

17. Company linked to Farhash gets RM732 million job to supply MyKads

http://www.malaysianow.com/news/2025/10/06/company-linked-to-farhash-gets-rm732-million-job-to-supply-mykads


Lain-lain dokumen peraturan dan keselamatan

18. Tatacara Perolehan Kerajaan – Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1

http://www.treasury.gov.my/pdf/lain-lain/pp/ppk-2.1.pdf

19. Arahan Perbendaharaan – Perolehan menggunakan sistem ePerolehan (PK 5.1)

http://www.eperolehan.gov.my/documents/10182/100000002257802/PK%2B5.1%2BPEROLEHAN%2BMENGGUNAKAN%2BSISTEM%2BePEROLEHAN%2B%28Kuatkuasa%2Bpindaan%2B30%2BJun%2B2025%29.pdf

20. Recognition of National ID Technology Providers

http://www.cybersecurity.my/en/services_certification





KENAPA AZRI GOMO NI MENGGELABAH ?


 

KESELAMATAN & PEMANTAUAN GAGAL?JAWAPAN MANTAP MENTERI PENGANGKUTAN!

Ramai terkejut Greta tidak cerita tentang dirinya tetapi nasib umat Palestin


 

Ahmad Syakir Norazli

Greta Thunberg dah selamat sampai Greece. Tadi baru berlangsung sidang media pertama setelah meraka sampai. Sambil buat kerja, saya ikuti apa budak Greta ini nak sampaikan sebaik sahaja keluar penjara dan penderaan dari askar negara Israel.


Saya jangka dia akan ceritakanlah detik dan kekejaman yang askar laknat buat pada dia memandangkan sukarelawan yang telah awal dilepaskan semua cerita betapa kejamnya.


didera. Namun sepanjang beberapa minit ruang dia bercakap sedikit pun tak sebut apa penderaan yang dia kena.

“Kami di GSF buat bertujuan untuk cuba melangkah lebih jauh dalam tindakan untuk menangani kegagalan tindakan dari sudut perundangan. Misi ini tidak sepatutnya wujud. Apabila misi seperti ini perlu wujud, ia adalah sesuatau perkara yang memalukan.



“Kita semua beritahu cerita kejahatan meraka terhadap aktivis seperti kami namun itu bukan ceritanya. Cerita yang lebih penting ialah bagaimana genosida terus berlaku hari demi hari dan kerajaan dan pemimpin yang sepatutnya mewakili kami untuk ambil tindakan telah gagal berbuat demikian. Sistem antarabangsa hari ini telah mengkhianati penduduk di P🍉. Kita tidak melihat tindakan yang paling minimum pun dari kerajaan negara kita. Ini satu hal yang memalukan!


“Apa yang lebih penting ialah kita masyarakat dunia lebih cakna dan prihatin benda yang sangat teruk sedang berlaku di sana. Genosida sedang berlaku di hadapan mata kita.


“Inilah cerita yang perlu kita sebut dan ketengahkan. Gz perlu berata dalam perhatian di setiap mata manusia hari ini. Lepaskan mereka daripada kepungan, tekanan serta jenayah perang!


“Kekejaman ini telah dibenarkan oleh pemimpin dan kerajaan kita, media-media kita. Maka tugas kita untuk menamatkan perkara yang mengarut ini!”


Kemudian ada hadirin yang datang laung menggelarkan dia sebagai wira. Terus dia sanggah.


“Tidak! Kami bukan wira (heroes). Apa yang kami buat ini hanya bare minimum (paras minimum)! Tiada orang yang ada kemampuan untuk menjadi hero menyelamatkan rakyat Gz. Apa yang kami buat hanyalah mendengar dan bertindak ketika mana mendengar rakyat di sana meminta tolong supaya semua orang di dunia ini bangkit dan menggunakan sebarang kemampuan yang mereka ada untuk bangkit dan membuat pendirian menentang kekejaman ini!”


Sungguh luar biasa anak ini. Sikit pun tidak hiraukan tubuh badannya. Peribadinya, fokusnya cuma satu, untuk Gz. Dari percakapannya jelas bahawasanya misinya satu, isunya satu.

Manakala orang Islam, yang ada ilmu di Malaysia hari ini fokusnya untuk berbahas lagi bab hukum musafir perempuan tanpa mahram berbanding memperuntukkan juhd, masa dan ilmu mereka dalam membahaskan hukum pemimpin Islam yang cuai mengabaikan nasib umat Islam di sana disembelih, hukum masih bersekongkol menjalin perhubungan perdagangan dengan musuh penjajah dan sebagainya.


 Sungguh memalukan dan menyedihkan keadaan umat Islam hari ini.

Inilah contoh hidup yang kita boleh lihat apabila orang Islam tidak peduli, tidak ambil berat, tidak mahu bersatu bertindak dengan sewajarnya untuk memperjuangkan nasib ummah, maka Allah datangkan kaum lain yang berjuang untuk nasib ummah seperti yang disebut di dalam Al Quran.



Nak peruntukkan duit, masa, jiwa raga, bahkan ilmu hanya untuk membela ummah pun bakhil. Sangat bakhil! Lalu Allah ganti satu kaum lain yang tidak menyerupai kamu yang bakhil.

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَـٰلَكُم ٣٨


(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)



Alahai malangnya nasib orang Islam zaman ini!






BANTERAS KRONISME MELIBATKAN PROJEK! PADU DARI YB AHMAD MASLAN!

GSF: Semua 23 Aktivis Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Ini

 


Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dijangka tiba di KLIA1 jam 9.50 malam 7 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kesemua 23 aktivis Sumud Nusantara dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air sekitar pukul 9.50 malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi turut memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar perjalanan pulang delegasi berkenaan dipermudahkan serta selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mendoakan kelancaran urusan kepulangan mereka selepas menyertai misi kemanusiaan di luar negara.

Semalam, Ahmad Farhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Dato’ Dr. Ahmad Sani Araby selamat tiba di Istanbul, Turkiye sebelum segera bergegas menemui 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF.

Difahamkan ahli keluarga aktivis berkenaan akan turut berada di KLIA bagi meraikan ketibaan wira dan wirawati negara yang ditahan di Israel sebelum dikeluarkan dan dibawa ke Istanbul pada 4 Oktober lalu.


Kerajaan Tegas Tanpa Kompromi Banteras Kartel Tipu Bidaan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan bertulis daripada ahli parlimen Bukit Bintang pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan mengambil pendirian tegas dengan tidak berkompromi dalam membanteras kewujudan kartel di pelbagai peringkat yang menjejaskan pentadbiran, ekonomi serta pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, usaha berterusan kini sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kawal selia dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan supaya ekosistem persaingan pasaran kekal adil, telus dan berdaya saing.

Menjelaskan demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata, sehingga kini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah mengambil tindakan terhadap 270 syarikat dengan jumlah penalti kewangan keseluruhan sebanyak RM687.4 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha berterusan kini sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kawal selia dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan supaya ekosistem persaingan pasaran kekal adil, telus dan berdaya saing. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, sebanyak 14 kes kartel bida membabitkan 563 syarikat serta satu kes kartel penetapan harga membabitkan 31 perusahaan sedang disiasat agensi berkenaan. Kerajaan MADANI sentiasa memberi perhatian serius dan tidak akan berkompromi dalam membanteras kewujudan kartel yang mengancam kelancaran pembangunan negara.

“Langkah berterusan kini adalah dengan meningkatkan keberkesanan kawal selia bagi memperkukuh ekosistem persaingan dan mencegah penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran selaras dengan teras tadbir urus baik di bawah Ekonomi MADANI,” katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai sejauh mana urusan pentadbiran dan ekonomi negara dipengaruhi kewujudan kartel di pelbagai peringkat serta langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang diambil kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat. Foto Bernama

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata antara langkah utama yang diambil termasuklah dengan memperkasakan tindakan penguatkuasaan merentasi pelbagai kementerian dan agensi seperti MyCC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“MyCC yang ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (Akta 712), mempunyai kuasa memulakan siasatan melalui empat kaedah utama iaitu inisiatif sendiri (ex officio), aduan awam, arahan menteri, serta rejim kelonggaran (leniency regime) bagi mendapatkan maklumat daripada pihak terbabit dalam aktiviti antipersaingan.

“Agensi itu juga melaksanakan tujuh kajian pasaran strategik dalam sektor seperti pertanian, pengangkutan dan perkhidmatan bagi mengenal pasti isu persaingan serta mencadangkan dasar yang sesuai untuk memastikan pasaran kekal sihat dan berdaya saing,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Ogos 2025. Foto Bernama

Selain MyCC, kerajaan turut memberi jaminan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat sebarang aduan berkaitan kartel, sekali gus membuktikan iltizam kerajaan dalam membela kepentingan rakyat dan memastikan persaingan pasaran yang adil.

– Oleh Noor Atiqah Sulaiman




PMX DITITAH KE ISTANA NEGARA! TAMPARAN BERAT BUAT PARTI STAR!



Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dipanggil ke Istana Negara pagi ini. Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang kemudiannya meminta menteri berkaitan supaya mengemukakan usul berkaitan ketiadaan sesi PMQT. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bangkit mengemukakan usul yang disokong oleh ahli Dewan Rakyat. "Pagi ini kita ada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri, dua soalan telah dikemukakan oleh (Ahli Parlimen) Paya Besar dan juga (Ahli Parlimen) Masjid Tanah. "Namun, saya difahamkan perdana menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara jam 10 pagi ini," kata Johari.






ULASAN PASAL JEBAT.


 

ADA ORANG AJAK DEBAT...JEBAT SAMBUT LAH


 

Himpunan Malaysia Bersama Palestin esok



Susulan daripada kepulangan perserta Global Sumud Flotila (GSF), Himpunan Malaysia Bersama Palestin akan berlangsung esok.


Himpunan ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena Bukit Jalil.


Majlis akan bermula pada pukul 6 petang.


Rakyat Malaysia dijemput menyatukan hati dan suara demi kebenaran dan keadilan untuk Palestin.

Antara lain, hadirin akan berpeluang mendengar perkongsian pengalaman sukarelawan GSF daripada mulut mereka sendiri.

Acara ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi RTM dan platform media sosial.



RUGI JIKA TAK DENGAR UCAPAN WAN MAHUSSIN NI,PANAS,YANG BIDAS PAS & HADI

GSF: Semua Aktivis Malaysia Dijangka Tiba Malam INI

 


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

ISTANBUL, 6 Okt – Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum dibebaskan dan selamat dibawa ke Istanbul, Turkiye, kelmarin, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1), malam ini.

Laporan tersebut selari dengan kenyataan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang berada di sini bagi memantau keadaan dan menguruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Pesawat membawa aktivis terbabit dijangka tiba pada jam 9.50 malam dan difahamkan ia diperoleh menerusi perkongsian seorang ahli keluarga kepada sukarelawan yang juga pelakon, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana.

“Esok, 7 Oktober, Selasa… pejuang-pejuang kita semua akan pulang ke tanah air (dan) dijangka sampai jam 9.50 malam di KLIA1,” katanya dalam hantaran melalui laman TikTok @mnflegacy.

Sebahagian daripada aktivis hadir ketika Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan mereka yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Terdahulu, media melaporkan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul menjangka 23 sukarelawan Malaysia berkenaan dapat diterbangkan pulang ke tanah air, seawal-awalnya hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, dipetik berkata semua proses diperlukan bagi membawa mereka pulang, sedang dilaksanakan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) di Istanbul, Turkiye pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

Kelmarin, Perdana Menteri menerusi panggilan video mengadakan perbualan dengan mereka dan akan mengatur satu himpunan meraikan wira dan wirawati negara pada masa sesuai selepas tiba ke Malaysia.



GSF: Greta Thunberg Kecam Pemimpin Dunia Gagal Pertahan Hak Asasi Manusia

 


Aktivis kemanusiaan Sweden, Greta Thunberg diraikan penyokong kemanusiaan sambil mengecam pemimpin dunia selepas tiba di Athens, Greece pada 6 Oktober 2025.

ATHENS, 7 Okt – Aktivis kemanusiaan, Greta Thunberg mengecam pemimpin antarabangsa atas kegagalan mereka mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Kenyataan itu dilontarkan selepas beliau ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza.

Dalam satu kenyataan video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya pada Isnin, Thunberg menyifatkan penahanannya sebagai akibat kegagalan pemimpin dunia untuk bertindak.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Mereka sering bercakap tentang pentingnya mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa serta memastikan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.

Namun apabila kami cuba melaksanakan perkara itu secara aman dan sah, mereka gagal menjamin keselamatan kami,” katanya.

Thunberg turut menegaskan bahawa penahanan dirinya dan aktivis lain tidak seharusnya mengalihkan perhatian dunia daripada krisis kemanusiaan di Gaza, sambil menambah bahawa “kisah sebenar ialah penderitaan rakyat Gaza, bukan kami yang ditahan.”

Aktivis kemanusiaan Sweden, Greta Thunberg mengecam pemimpin dunia selepas tiba di Athens, Greece pada 6 Oktober 2025.

Aktivis berusia 22 tahun itu ditahan bersama puluhan aktivis lain selepas cuba belayar ke Gaza menerusi GSF, yang membawa bekalan bantuan dan bertujuan menarik perhatian dunia terhadap keadaan penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik berpanjangan.

Israel menafikan dakwaan melakukan pembersihan etnik atau genosid di Gaza dan menyifatkan laporan mengenai kebuluran di wilayah itu sebagai berlebihan.

Selain itu, menuduh flotila tersebut sebagai tindakan publisiti yang menguntungkan Hamas.

Thunberg sebelum ini turut ditahan di laut pada Jun lalu dalam cubaan terdahulu untuk menembusi sekatan Israel ke atas Gaza.



KAU PEUK LIM KIT SIANG BOLEH PULAK - MENJAWAB TOHMAHAN TAN SRI HADI AWANG BAHAWA UMNO TOLAK PERJUANGAN ISLAM ...

ZAFRUL SEKOLAHKAN MAT ISHAM JALIL & JEBAT DERHAKA | Umum Pelaburan tak jadi



Peaburan Berbillion Malaysia - Teranglah macam mana, dedahlah fakta pelbagai. Mereka tetap akan kata PMX Kerajaan hanya janji kosong. Sebab naratif yang mereka bawa, untuk memberi gambaran lemah dan menjatuhkan kerajaan. Ada seseorang dibelakang yang tak senang duduk. Takut jasanya ditenggelami oleh kejayaan PMX ISHAM JALIL & JEBAT DERHAKA - SAH KENA PAJAK 0T4K







DIA NI...TAK BIJAK MANA..ZAMAN TAK DE TELOR DULU NGAKU JUGA USAHA DIA .


De De.


 YB dari Pas ni dia tuju cemuhan ni pada aktivis Sumud ka? 🤔




MEROYANNYA KO...TU OUN JANGAN JIHAD LA HUDUD LA RUU355 LA..HAPA PUN TAK DAK.





TERATAI LAYU DI TASEK MADU


 

POK TEH AJAK TU....KO SEMBANG KENCANG KEMAIN...


Alif Jamil..



 Tentuan tengok Zainal Rashid dan Papagomo ni tentuan dah boleh tahu Zainal Rashid jauh lebih kredibel. 






Si Gomo ni bukan setakat takde kreadibiliti, dgn Salim Parpu pon dia tak berani lawan. 


Salim Parpu tenyeh dia selamba badak je. 


Dengan Meong Kapla pon dia tak berani nak lawan padahal Meong Kapla tu satu team walabot dgn dia dulu. 


Kau jangan macam² Gomo.. 

Telor kau tu bila² masa je Meong boleh picit 😂



Isu Trump datang ke Malaysia - ketahui fakta sebenar, jangan nanti dicap...

Pihak Berkuasa Perlu Siasat Kekayaan Gomo? Mengapa Gomo Nafikan Wujudnya...

SUPPORT POK TEH.


 

BOLEH AWAI GI MEKAH BALIK HARI


 

WOOHHHH...BIAQ BETOI NIH ? BETUL KAH PELESU.?

 

Asri Bakar


Baru dapat info....& nak tanya, betul ker BRIGED 8200 ni..ada ramai di kalangan walauns?. Mungkin betul, swbab Nicky Abodoh pernah mengakui secara terbuka bahawa dia adalah agen CI4. B:8200 adalah sekumpulan agen2 yang di wujudkan oleh CI4/Moss4rd & di khususkan di negara2 Islam sahaja. Kebanyakan mereka, di ambil/di pilih dari kalangan pelajar2 yang menfapat pendidikan di Timur Tengah. 




Bahaya ni...patut lah walauns duk sembah YAHADI AL-BAWANGI tu, macam sembah L4TT4 & UZZ4!.



JANGAN LAGI CEMBURU DAN HINA LAGI


 

PERCAYALAH IANYA ADALAH KAMU SUKA ATAU TIDAK DAN PASTINYA AFDAL JIKA SOKONG PARTINYA..

 

NIK Mardhiah



Saya percaya masih ramai yang berharap kenangan manis Zahid dan Haji Hadi makan kek, berusap tu akan kembali. 







Semasa saat manis tu dirakam , Zahid dah ada 87 pertuduhan (40 VLN + 47 akal budi). Tapi takpe la… walaun-walaun tetap pertahankan dia.


Jangan harap nak kutuk Zahid, sebab mereka pertahankan Zahid mati-matian. Sama aje macam mereka pertahankan Muhyiddin, Gerakan, Wahyta, Ramasamy, Madey , Dhpp … Alah, mustahil tak ingat macam mereka pertahankan DAP dulu.


Memang tak hairan, loyalty macam ni kuat kalau dah masuk golongan tertentu.


Kesimpulannya apa tuan-tuan???


Bukan pasal keadilan, bukan pasal apa yang UMNO atau Zahid tu buat perkara betul atau salah.....tapi pasal siapa yang mereka suka... habis cerita.




GUGURKAN SAHAJA MENTERI YANG BANGGANG ITU


 

Kontroversi majlis MOTAC: Pemuda PKR, Bersatu gesa siasatan

Kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung isu hidangan minuman beralkohol dalam majlis Kementerian baru-baru ini turut mengundang reaksi dua wakil sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini.

Menerusi kenyataan yang berasingan, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, dan Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia, Harris Idaham Rashid menggesa siasatan dan tindakan tegas terhadap insiden tersebut.

Menurut Nabil, hidangan minuman beralkohol secara terbuka dalam majlis rasmi yang melibatkan kehadiran menteri kegagalan memahami sensitiviti budaya dan agama masyarakat.


“Ia mencerminkan kegagalan memahami sensitiviti budaya, agama, dan nilai masyarakat Malaysia MADANI yang berteraskan prinsip adab dan hormat,” kata.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sikap defensif menteri berkenaan yang enggan memohon maaf secara terbuka, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Terdahulu, King Sing, menjelaskan, “Majlis Gala Night Dinner & Launch Ceremony Global Travel Meet 2025” melibatkan hidangan arak adalah anjuran pihak swasta.



Jelasnya, memang pada awal Tourism Malaysia merupakan penganjur utama majlis tersebut, tetapi kemudian menyerahkannya kepada pihak swasta.

Mengulas lanjut, Nabil berkata, sikap defensif King Sing bukanlah contoh kepimpinan yang bertanggungjawab apatah lagi dari seorang menteri yang diberi amanah untuk mewakili kerajaan MADANI.

Oleh itu, beliau menggesa satu siasatan dalaman dijalankan ke atas majlis tersebut demi menunjukkan komitmen dan ketegasan kerajaan dalam menegakkan nilai, adab serta tatakelola baik yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia MADANI.

Sementara itu Harris Idaham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menunjukan ketegasan terhadap menteri dan kementerian yang berprestasi rendah.


“Sekiranya insiden terkini ini juga tidak diambil tindakan, maka naratif golongan atasan sering terkecuali daripada tindakan undang-undang akan menjadi kukuh secara automatik.

“Untuk kesalahan besar berkenaan hidangan arak, Kerajaan perlu buktikan bahawa prinsip akauntabiliti itu wujud dalam pentadbiran,” kata Harris lagi.

Beliau berkata, ARMADA menggesa kepimpinan Kementerian termasuk Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk mengaku kecuaian dan memohon maaf kepada masyarakat.