Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah



MOHD MUKHLIS


Nampaknya SS sudah di tuduh di mahkamah di bawah akta wang haram/pecah amanah di bawah 2 pertuduhan.

1. Antara 8 April 2018 dan 21 April 2018, di Maybank KL, dana yang disalahgunakan menyumbang untuk PRU-14 sebanyak RM120k yang dikeluarkan dari akaun maybank ARMADA PPBM. Oleh itu, melakukan kesalahan di bawah s.403 Kanun Keseksaan.

2. Pada 6 Mac 2020 di CIMB KL, sebagai Ketua ARMADA Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah di mana anda telah menarik balik RM1 juta melalui cek tanpa kebenaran Majlis Tertinggi PPBM, dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan s.405, boleh dihukum di bawah s.406 (penjara tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan juga denda)

Yang paling menarik pertuduhan pertama berlaku sebelum PRU14; tapi sepanjang pemerintahan PH kenapa tak ada orang siasat? Atau ada orang siasat tapi saja simpan sebab sokong dia?

SS tak boleh kata ini semua pertuduhan politik terhadap dia sebab kalau macam itu, kluster mahkamah yang lain pun akan kata tuduhan pada mereka adalah konspirasi politik. Lagi satu semasa 22 bulan pemerintahan PH, ada tak SS bersuara tentang manifesto PH untuk letak SPRM sebagai badan bebas dan bukan di bawah Perdana Menteri?

Atau ada tak dia bising bila Mahathir lantik rival politik Anwar jadi KP SPRM yang langsung tak profesional. Lepas itu manifesto tentang asingkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara? Yang pasti dalam audio sebelum Shereton, SS nampak sangat ingin mempertahankan Mahathir dan tidak mahu transisi berlaku pada Anwar.

Tak guna kita bising pada benda yang kita sendiri tak mahu buat bila ada kuasa. Sebab itu, kita kena laksanakan manifesto walaupun dia tak favour kita untuk berkuasa selama-lamanya.

Do the right thing at the right time in the right way.

Ingat, kalau kita sudah asingkan AG/SG, merdekakan SPRM sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku, tapi you reap what you sow, your silence finally haunt you back.

Cuma nak tanya, since Syed Saddiq sudah jadi kluster mahkamah, geng-geng suci yang tak mahu kerjasama dengan UMNO sebab ada kluster mahkamah dulu, bolehkah berkerjasama dengan SS sebab SS juga sudah maqam inherit kluster mahkamah?

 

KERJA AMAL EBIT LEW SEPATUTNYA DISOKONG, BUKAN DIBUBUH RACUN

 

Pada mulanya saya agak malas untuk melibatkan diri menulis sebarang kata berkaitan isu yang muncul kebelakangan ini melibatkan pendakwah budiman, Ustaz Ebit Lew.

Bagi saya, sama ada apa yang dibangkitkan oleh Caprice atau Nadir Al Nuri tentang misi bantuan Ebit Lew ke Gaza, ia tidak lebih “gelagat budak-budak baru nak up” cuba menumpang publisiti daripada populariti pendakwah tersebut.

Isu-isu yang mereka bangkitkan terlalu remeh berbanding pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang sanggup Ebit Lew lakukan selama ini.

Begitu pun, dengan sampai beliau membuat laporan polis terhadap mereka yang dianggap memfitnahnya, luka hatinya ternampak begitu dalam rasa pedihnya.

Meski pertama kali memberi bantuan untuk Gaza, tetapi beliau telah banyak menabur bantuan di seluruh pelusuk negara sebelum ini sehingga peranannya kadangkala melebihi wakil rakyat atau menteri.

Barangkali boleh dibilang dengan jari mereka yang berkemampuan dan kaya, namun sanggup ke sana sini mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit mencari orang susah, lalu menghulur bantuan kepada mereka.

Kebanyakan yang kaya, sementara ramai yang suka hidup dengan kekayaan mereka, yang berhati mulia pula kebanyakannya lebih suka memilih jalan mudah dalam menderma iaitu hanya dengan memberi wang atau membelikan apa yang diperlukan.

Tetapi, Ebit Lew lebih daripada itu, beliau memberi wang untuk menolong orang susah hasil rezeki kekayaan daripada perniagaannya, sambil memberikan sama masa dan tenaga untuk pelbagai misi bantuan yang dilakukannya.

Tidak dinafikan mungkin ada penderma atau rakan-rakannya yang pemurah turut sama menghulur bantuan kepadanya, namun mereka melakukannya secara ikhlas tanpa perlukan publisiti atau mahu dikenali oleh sesiapa.

Maka dengan itu, asalkan bantuan yang dilakukannya ternampak sudah disampaikan, itu sebenarnya sudah memadai tanpa perlu ada pihak yang gila publisiti menuntut agar audit dilakukan pula.

Baik untuk Gaza atau segala bantuan yang dilakukannya selama ini, Ebit Lew tidak pernah menadah tin milo untuk meminta sumbangan daripada orangramai atau daripada syarikat korporat tertentu.

Jika tiada dana awam yang dikutip, sepertimana Pas yang mengutip berjuta-juta ringgit untuk Gaza baru-baru ini tapi sehingga ini senyap begitu saja, di mana perlunya audit dilakukan terhadapnya?

Kenapa tidak diminta audit dilakukan terhadap parti dan NGO yang banyak mengutip dana awam itu?

Selain itu, sekali baca apa yang Caprice dan Nadir bangkitkan juga dengan mudah terlihat adanya unsur-unsur dengki dan iri hati di dalamnya.

Soal agen yang digunakan untuk masuk ke Gaza, berapa bayarannya dan di mana barang keperluan untuk bantuan itu dibeli, itu bukanlah urusan pihak lain untuk campurtangan dan menentukannya.

Barang di rumah kita dan teksi apa yang perlu kita gunakan, kenapa orang lain yang sibuk-sibuk melihat tepi kain kita?

Soalnya juga, adakah mereka yang menceceh berkenaan Ebit Lew itu mampu memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit melebihi atau menyamai apa yang pendakwah itu lakukan?

Jika kita sendiri tidak mampu dan mempunyai keupayaan terhad, janganlah dengki atau iri hati.

Kerja-kerja amal Ebit Lew adalah misi kemanusiaan yang secara sukarela dilakukannya dengan hanya satu tujuan sebagaimana kerap disebutnya di mana-mana – semoga Allah sayang kita semua.

Maka, berhentilah mempertikai atau mencari pasal terhadap apa yang dilakukannya jika derma atau amal jariah kita sendiri sekadar menderma seminggu sekali saja di tabung masjid pada hari Jumaat atau pemergian kita sendiri ke Gaza melalui dana orangramai.

Kerja amal dan menolong orang susah yang dilakukan Ebit Lew kadangkala melebihi kemampuan wakil rakyat yang bergaji mewah dan berkereta Mercedes atau kebanyakan orang kaya yang kita sendiri kenali.

Jadi, kita patut bersyukur ada manusia seperti Ebit Lew di sekeliling kita.

Kerja-kerja amalnya perlu disokong sambil kita juga harus mendoakan kemurahan rezeki untuknya kekal berpanjangan agar misi bantuannya, di dalam negara, Gaza atau di mana saja, sentiasa berterusan.

Durjana sangatlah jika ada di kalangan kita yang sanggup meletak racun terhadap kerja amalnya, walhal kita sendiri, jangankan mahu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, menulis di FB dan mengangkat tangan berdoa untuk Gaza pun hanya sesekali dan sambil lewa saja. 


(ShahbudinHusin 22/07/2021)



KEYATAAN SYED SADDIQ SEBELUM KE MAHKAMAH


 

Amanah sedia peguam bela untuk Syed Saddiq

 


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyediakan khidmat guaman kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen pagi ini.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan bersama Syed Saddiq dan dibela oleh pasukan peguam yang hebat bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam pertuduhan

“Ahli Parlimen Muar akan didakwa pagi ini, saya tidak pasti adakah ia tuduhan yang benar atau tekanan politik menjelang sidang Parlimen.

“Saya yakin beliau akan dibela oleh pasukan peguam yang hebat dan parti Amanah akan bersama memberikan khidmat guaman untuknya,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Syed Saddiq yang diteman bapa dan ibunya menghadapi dia pertuduhan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah Amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.2 juta melibatkan wang milik parti politik.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020. – MalaysiaGazette

Jangan mimpi, pintu Umno dah tutup buat Bersatu, Shahidan diberitahu

 

Semalam, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mencadangkan agar Umno bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu, namun kenyataan itu disanggah ahli MKT Umno, Puad Zarkashi.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengecam kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mencadangkan agar parti itu bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu.

“Umno memang mahu bekerjasama dengan mana-mana parti politik Melayu tetapi bukan dengan Bersatu. Dengan Bersatu sudah tutup pintu,” kata Puad Zarkashi.

“Keputusan telah pun dibuat dalam PAU 2020 dan mesyuarat MKT pada 7 Julai yang lalu.

“Maka Shahidan tak perlu bermimpi. Umno boleh bekerjasama dengan parti lain, termasuk PAS dan mereka di Sabah dan Sarawak.”

Semalam, Shahidan dilaporkan berkata, parti itu patut bekerjasama dengan Bersatu dan PAS jika ingin menang selesa pada pilihan raya akan datang (PRU15).

Beliau mempersoalkan sama ada Umno akan bekerjasama dengan PKR dan DAP, tetapi bukan dengan Bersatu dan PAS.

Keengganan bekerjasama dengan Bersatu bukan bermaksud Umno ingin bergerak solo, kata Puad.

Namun tambahnya: “Tidak payah gunakan isu ‘No Anwar No DAP’. Itu hanya muslihat supaya Umno menjadi defensif sedangkan tidak pernah ubah keputusan.

“Patut Shahidan jawab kenapa dia boleh berlembut dengan Bersatu sedangkan timbul dakwaan DAP telah ada persetujuan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dengan kerajaan PN?

Beliau mendakwa perkara itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat MKT Umno.

Katanya, Shahidan dan beberapa individu lain harus berhenti membenarkan diri mereka digunakan oleh Bersatu yang kini berada dalam kedudukan sukar setelah Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Tindakan Muhyiddin melantik TPM dalam kalangan ahli Umno menunjukkan PN memerlukan Umno untuk terus berkuasa, tambahnya.

“Bukan Umno yang perlukan PN,” katanya.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan juga “menghentam” Shahidan dengan berkata, beliau “tiada sebarang erti” buat parti itu.

“Ini individu yang menjadi ketua penyokong PN, walaupun partinya Umno dan BN (Barisan Nasional), bukan sebahagian daripada PN,” kata Wan Agyl.

Sebagai bekas menteri besar dan bekas menteri, Shahidan perlu sedar bahawa BN mempunyai pengalaman yang cukup dalam mentadbir negara, katanya.

“Saya ingin tanya Shahidan, menteri PN mana yang telah menyumbang dalam melawan Covid-19.

“Menteri BN yang banyak buat kerja,” katanya.

Tambahnya, PN yang memerlukan BN dan Ahli Parlimennya untuk mengharungi krisis ini.

“Kerajaan ini gagal, itu hakikatnya. PN nampaknya perlu talian hayat dan Umno tidak perlu turut,” katanya.

Penganalisis Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura baru-baru ini berkata, peluang PN memenangi PRU15 tipis kerana tidak mendapat sokongan.

Katanya, Bersatu bukan sahaja akan ditolak oleh penyokong PH tetapi juga harus bersaing dengan Umno yang kini memiliki momentum yang tidak dimilikinya tiga tahun lalu.

Seorang penganalisis politik lain, Mustafa Ishak berkata, tiada jaminan BN boleh menang sendiri disebabkan perpecahan dalam Umno.

“Semua menteri dan timbalan menteri BN menyokong Muhyiddin, bertentangan dengan pendirian Umno dan menurut laporan, kebanyakan Ahli Parlimen BN juga tidak setuju dengan pendirian parti itu,” tambahnya.

Beliau mengakui bahawa Umno lebih kuat daripada Bersatu tetapi katanya, BN dan PN saling memerlukan untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, terutamanya apabila PAS bersama PN.

“Berbeza jika PAS meninggalkan PN dan bergabung dengan Umno,” katanya.

“Tetapi jika parti-parti Melayu ingin bentuk kerajaan yang kuat, mereka perlu mengetepikan perbezaan dan berunding bagi mewujudkan aturan politik permuafakatan yang stabil,” katanya.

RCI TABUNG HAJI BERMOTIF POLITIK?


Terkini! Dr Mahathir kata mahu Anwar jadi PM, tapi Muhyiddin ‘sailang’

 

Terkini! Dr Mahathir kata mahu Anwar jadi PM, tapi Muhyiddin ‘sailang’

Dalam “pendedahan” mengejutkan, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tetapi Muhyiddin Yassin memintas Presiden PKR itu bagi mendapatkan jawatan berkenaan.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Muhyiddin menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya beliau boleh menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Muhyiddin tahu beliau tiada peluang menjadi Perdana Menteri, jika Anwar mengambil alih jawatan nombor satu itu.

“Muhyiddin tahu beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana saya sudah berjanji kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan itu selepas saya berundur.

“Jika Anwar menjadi Perdana Menteri, saya tidak rasa beliau akan melantik Muhyiddin sebagai timbalannya dan Muhyiddin tidak akan mempunyai peluang untuk memimpin negara,” kata Pengerusi Pejuang itu dalam sidang media maya.

Beliau berkata, ini sebabnya Muhyiddin merasakan dengan menggulingkan PH, beliau boleh menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Muhyiddin juga tahu beliau (Mahathir) tidak mahu bekerjasama dengan Umno, tetapi “dirinya (Muhyiddin) sedia bekerjasama degan mereka”.

Disebabkan itu, apabila Mahathir meletak jawatan Februari tahun lalu, Muhyiddin “melihatnya sebagai peluang” kerana orang seperti bekas perdana menteri, Najib Razak atau sesiapa dari Umno tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Umno, katanya, di bawah tanggapan ia boleh menggunakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk melepaskan diri daripada kes mahkamah, tetapi Muhyiddin sudah menytaakan beliau tidak akan campur tangan.

“Walaupun dia tidak campur tangan dalam kes Najib, (ahli politik seperti) Musa Aman dan Tengku Adnan Mansor terlepas.”

Beliau berkata, mereka sekarang mahu “kenakan Lim Guan Eng, tetapi ia bergantung kepada undang-undang”.

Mahathir berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam kes mahkamah Lim dan ia patut dikendali berdasarkan undang-undang.

Gerakan Bendera Hitam

Mahathir turut diminta mengulas tindakan Secretariat Solidariti Rakyat (SSR) memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk meletak jawatan dengan menganjurkan bantahan.

Mahathir berkata, rakyat menderita dan tidak tahu hendak ke mana mendapatkan bantuan.

“Kerajaan berminat menjadi kerajaan dan Perdana Menteri berminat menjadi Perdana Menteri.”

Bandar Malaysia

Mahathir berkata, tidak wajar untuk mengambil wang dan kemudian membatalkan projek mega itu.

“Jika anda buat macam ini, orang lain tidak mahu melabur. Anda (kerajaan) berjanji dan kemudian tidak teruskan kontrak.”

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dan IWH-CREC Sdn Bhd (ICSB) diumumkan saling bersetuju menamatkan perjanjian membeli 60% saham dalam projek Bandar Malaysia di bekas pangkalan tentera udara di Sungai Besi pada harga RM7.4 bilion.

Peranan Peguam Negara

Mahathir berkata, kerajaan semasa mendapati Peguam Negara sekarang “agak berguna”.

Disebabkan itu, cadangan meminta Peguam Negara menghadiri sidang Parlimen untuk menjawab soalan berhubung Ordinan Darurat sebenarnya bukan kerana beliau akan mengikut kehendak kerajaan.

Justeru, katanya, terma dan rujukan Peguam Negara perlu dikaji semula kerana beliau bukan sahaja pendakwa raya, tetapi juga peguam cara.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan terma dan rujukannya.”



KEBIN ED PERGI CHECK-UP- KAH...KAH....ADHAM ELOK TENGOK LA YA...MEMALUKAN ADA MENTERI KESIHATAN PALING BODO DALAM SEJARAH NEGARA

DAH TAK ADA KEBIJAKSANAAN KAH MELAYAN MARHAEN ?

 May be an image of 1 person, car, outdoors and text

HAMZAH RIE NA

Yang makan durian beramai ramai hari tu apa cerita? Kena kepada rakyat sampai pakai baju pesalah dan siap bergari!!!!! Kesalahan besar sangat ker? Sampai Tak ada timbang tara!!!!


May be an image of ‎2 people, people standing and ‎text that says "‎三ョミ ت LOKAP POLIS VKAP OUS mStar FOLLOW SEMASA Langgar SOP, 49 jemaah solat sunat Aidiladha ditahan JULY 21, 2021 AT 12:23 PM SERAMAI 49 lelaki ditahan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Selasa.‎"‎‎



PENJELASAN KERAJAAN : 'Agak mustahil berlaku suntikan tanpa vaksin' - JKS




NORMAN RADZUAN

Pesanan yg masih belum divaksin...

VAKSIN & VAKSINASI.


Tanya saya kesan sampingan vaksin... saya hanya pening2 sedikit walaupun dah hari ketiga. Berbual kosong kami bercerita isu panas Ebit Liew, vaksin dan vaksinasi. Sgt pelik daripada pembelian vaksin hingga ke vaksinasi. Dari org atasan hingga bawahan kita ragu2 dgn ketelusan mereka.

Awalnya kita merasa hairan mengapa kos pembelian vaksin dirahsiakan. Kemudian kita tertanya tanya kenapa vaksin lewat tiba dari negara jiran. Selepas itu dikhabarkan pemberian percuma dari Europe 5 juta dos, US 1 juta dan China 1 juta dos....so berapa byk sebenarnya yg kerajaan beli?

Selepas itu kita dikejutkan vaksin kosong atau vaksin angin yg diterima rakyat. Menteri ambil mudah dgn mengatakan siapa yg dpt vaksin kosong boleh dtg segera. Itu bukan persoalannya... skg kita nak tahu berapa ribu rakyat yg hanya mendapat vaksin kosong???

Siasatan bukan setakat di situ, kita mahu tahu adakah ada unsur rasuah/jenayah . Adakah berlaku sindiket menjual vaksin tersebut kpd golongan elit? Perkara itu mesti disiasat secara serius. Ini soal nyawa.Jahat sungguh dan tidak berperikemanusian petugas yg diamanahkan utk pemberian vaksin sanggup menipu. Sepatut dihukum sekeras kerasnya.

Saya juga ingin beritahu kpd yg belum divaksin... pertama seperti SOP KKM, anda mestilah minta melihat jarum suntikan ( picagari berisi vaksin ) mempunyai cairan vaksin, kedua lihat bagaimana ia disuntik dan terakhir pastikan jarum suntikan tersebut mereka buang di dlm tong sampah dlm keadaan kosong.

Jika petugas menyimpan semula jarum tersebut dgn penutup yakinlah ada penipuan di situ. Mulai hari ini beritahu petugas, anda ingin ia dirakamkan walaupun ada yg petugas yg tidak benarkan. Katakan ia perlu utk keselamatan diri anda.

Terakhir kita mahu penjelasan dari kerajaan... hari ini Pharmaniaga dikatakan akn menjual berbelas juta vaksin kpd klinik swasta. Persoalannya adakah pembelian itu menggunakan wang rakyat? Mengapa tidak diberi percuma dan klinik hanya mengenakan charge suntikan...? Akhirnya golongan elit juga yg mendapat perlindungan kerana mereka berwang.

Ok la nak santai2... dah la pening kena vaksin... pening fikirkan masalah negara yg tak habis2.


ORANG TEMERLOH BEREBUT NAK DAPATKAN BANTUAN....GAMAKNYA SIAPA LAH YANG KURANG CERDIK BAGI BANTUAN MACAM INI ?

 

RELA MASUK MAHKAMAH DARI MASUK PN

 May be an image of 9 people and text that says "KETUA KHIANAT Sifat Orang Yahudi (Al-Maidah 13) Timbalan PENGKHIANAT Tidak Disukai Allah swt (al-anfal 58)"


Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional," katanya. 

Dia berkata ugutan seumpama itu timbul setiap kali muncul isu undian di parlimen di mana ia dijadualkan bersidang semula minggu depan.

"Pada saat-saat seperti ini saya teringatkan mengapa saya menyertai politik. Kebenaran akan terserlah.

Syed Saddiq sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, dan juga ketua pemuda Bersatu pada masa itu.

 

May be an image of 1 person and text that says "FMT 'Saya rela masuk mahkamah dari masuk PN,' kata Syed S”ddiq Laporan sebelum ini mengatakan seorang menteri akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok berkaitan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). FMT Reporters July 21, 2021 10:36 PM"


AKHBAR CINA LEBIH LAJU RUPANYA

 Kartun Monyet Pakai Serban Pas Akan Saman Nyanyang

Dulu Surat khabar cina tunjuk gambar ahli PAS macam kera atau monyet PAS Marah...

Tapi Sekarang PAS mokhtar senik dup mempertahankan Hadi guna bahasa binatang pada rakyat... Maka Kata Surat khabar cina adalah benar hadi Awang mokhtar senik dup Dan ahli PAS  ( BUKAN SEMUA AHLI PAS)  memang kera Dan monyet..

RENTASAN 931 | GEMPAR!!! KERJASAMA TUN M-PN TERNYATA GAGAL, KINI PEJUANG...




MENARIK DALAM RENTASAN 931
1. RAKYAT DEGIL KERANA MENTERI LANGGAR SOP 2. JANGAN DERHAKA TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG 3. KEGELISAHAN TANDA KEGAGALAN 4. BERSATU CIPLAK IDEA PEJUANG?



Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri


Oleh: Zunar

(16 Ogos 2020)


Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.


Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.


Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.


Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.


Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)

mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.


Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.


Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"

Azizan: "Ya"

Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"

Azizan: "Saya tak tahu".

Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"

Azizan: "Ya".

Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"

Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.


Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.


Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.


Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.


Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.


Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman

berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.


Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.


Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.  


Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.


Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838.000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.


Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.


Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.


Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.


Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.  



#dramapolitik. Anak murid macam kera & tupai?

TIGA TUNTUTAN PH KEPADA SPEAKER, JIKA TIDAK, SAMA DERHAKA TITAH RAJA

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan terkejut membaca kenyataan media Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mendakwa Pakatan Harapan cuba melagakan beliau dengan Istana Negara.

Ini bukanlah satu kenyataan yang patut dikeluarkan seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan menggunakan bahasa yang tidak mengikut peraturan Parlimen (‘unparliamentary language’).

Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.

Maka jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa titah pandangan Seri Paduka Baginda mesti dijunjung oleh Kerajaan dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak perlu bimbang kerana Pakatan Harapan tidak memasukkan sebarang usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri.

Kami hanya mahu menumpukan perhatian sidang khas ini kepada perkara-perkara penting pandemik COVID-19 dan kesusahan rakyat dalam krisis ekonomi masakini.

Untuk mencapai maksud penuh titah tersebut, Yang di-Pertua mesti melakukan tiga perkara berikut:

1. Tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua Ahli Parlimen hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan. Ini untuk memastikan semua Ahli Parlimen yang ingin berbahas boleh berbuat sedemikian.

2. Membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul Menteri untuk semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah COVID-19, serta usaha memulihkan ekonomi serta menjamin kelangsungan hidup rakyat. Kami tidak boleh terima sidang Parlimen yang dipanggil hanya untuk mendengar ceramah atau kuliah Menteri tanpa perbahasan penuh.

3. Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu putuskan sama ada beliau menjunjung penuh titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.

Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan.

YB DS Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)