KENAPA LASKAR MAYA PRO KERAJAAN SEMAKIN KETINGGALAN BERBANDING PEMBANGKANG?



Nampaknya ketika ini bukan saja rating Tun Mahathir Mohamad dan sokongan rakyat kepada PH yang didapati sudah turun, bahkan pembelaan terhadap kerajaan di media sosial juga turut sama telah menurun.

Berbanding sebelum PRU14 dan ketika peringkat awal PH membentuk kerajaan di mana laskar maya pro PH dilihat begitu aktif dan menguasai media sosial, keadaannya kini tampak sudah jauh berubah.

Sekitar 80 peratus mereka yang sebelum ini pro PH dan aktif di media sosial didapati sudah mengurangkan keaktifan masing-masing dan hanya sekali memuatkan posting yang ringan atau santai saja.

Rata-ratanya didapati mula kecewa dengan prestasi kerajaan, karenah menteri dan pegawainya, janji kepada rakyat tidak ditunaikan serta pelbagai isu lain dalam PH yang tidak ditangani dengan baik.

Seiring dengannya yang menyebabkan rungutan rakyat semakin kedengaran di mana-mana, maka mengurangkan keaktifan sebagaimana mereka mempertahankan PH seperti sebelumnya tentu saja merupakan pilihan yang wajar dan munasabah.

Laskar maya pro kerajaan yang bergerak secara sukarela seolah-olah sudah letih dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan berikutan prestasi yang ditunjukkan setakat lapan bulan memerintah negara ini begitu mengecewakan sekali.

Dalam beberapa whatsapp grup pula yang dahuluinya begitu aktif menyokong dan menyebarkan maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada PH, kini turut didapati seperti sudah hilang selera untuk berbuat demikian.

Ramai yang sekarang ini hanya menjadikan medium itu untuk berbual santai, usik-mengusik, malah sesekali menyebarkan  serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang pula terhadap kerajaan untuk dijadikan bahan perbincangan.

Dalam waktu yang sama, laskar maya pro pembangkang sebaliknya jelas semakin aktif dan agresif dengan serangan yang tidak putus-putus terhadap kerajaan dan menteri-menterinya.

Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat melalui posting-posting yang gagal ditangkis sama sekali oleh laskar maya pro kerajaan.

Kenapakah ini berlaku di sedangkan di PMO dan pejabat menteri-menteri sendiri difahamkan ada unit atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap media sosial ini?

Apakah mereka terlalu sibuk dengan selfie sesama sendiri, mempromosi bos masing-masing atau masih terawang-awang dengan kedudukan serta jawatan yang baru dipegang dalam kerajaan?

Harus diakui bahawa salah satu yang menyumbang kepada kejayaan PH dalam PRU14 lalu ialah kerana peranan laskar-laskar maya ini yang bukan saja mampu melumpuhkan laskar maya pro UMNO dan BN, malah mereka juga tangkas menjawab sebarang perkara yang dilakukan oleh Najib.

Najib selaku Perdana Menteri ketika  itu hampir menjadi tidak bernilai kerana semua perkataan atau ucapannya berjaya dipatahkan atau dijawab dengan pantas dan cepat.

Tetapi, apa jadi sekarang ini?

Mampukah PH ini mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang jika baru lapan bulan ini pun penguasaan di media sosial sudah hampir terkulai?

Apakah PH dan mereka yang berada di puncak kuasa Putrajaya sekarang menyedari hakikat ini atau mereka juga sama seperti perangai pemimpin era BN dahulu yang tidak berapa peduli dalam soal ini kerana kononnya sudah ada media arus perdana? (ShahbudinHusin 03/02/2019)

BEBERAPA LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT AKIBAT CABARAN PENYOKONG PAS

LAPORAN PERTAMA

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
LAPORAN POLIS PERTAMA..
LAPORAN BUKTI HADI AWANG DAN PAS MENERIMA DANA ROMPAKAN 1MDB BERNILAI RM 90 JUTA DARIPADA NAJIB RAZAK & UMNO-BN
Bismillah....
Saya Jufazli Shi Ahmad (Penganalisis Politik Bebas) telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur hari ini.
Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik oleh Bekas Perdana Menteri Ke-6 sendiri era pemerintahan Najib Razak dan UMNO-BN di Putrajaya bermula March 2017 lagi.
Sebelum ini Husam Musa (Bekas Pemimpin Kanan PAS), Mahfuz Omar (Bekas Pemimpin PAS), Rafizi Ramli bersama Sarawak Report mendedahkan semua bukti Hadi Awang dan PAS bersekongkol secara sistematik merompak dana 1MDB untuk kepentingan pakatan politik baharu mereka PRU-14 lalu. Namun janji-janji manis Hadi Awang dan PAS untuk saman semua pihak ini gagal dibuktikan di mana-mana mahkamah Malaysia atau mahkamah di luar negara sehingga hari ini.
Sehubungan dengan itu, di atas kegagalan Hadi Awang dan PAS dalam membuktikan dakwaan skandal RM 90 Juta ini adalah fitnah di Mahkamah Tinggi London kerana kesahihan semua bukti PAS menerima dana haram 1MDB daripada Najib Razak,
maka saya sebagai rakyat Malaysia mendesak pihak PDRM dan SPRM menyiasat Hadi Awang dan Najib Razak di bawah Seksyen 16, 17 (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 17 (b) Akta SPRM dan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Kepada Bossku Najib Razak dan Lebaiku Hadi Awang,
Kami rakyat Malaysia dalam negara ini terpaksa menanggung kerugian besar akibat kerjasama kamu berdua merompak dana 1MDB demi kepentingan parti UMNO-BN-PAS semata-mata. Kami rakyat Malaysia menanggung hutang lebih RM 42 Bilion hasil rompakan dana 1MDB yang telah didedahkan oleh semua Penyiasat Bebas dalam Malaysia dan luar Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia,
Seperti mana kita tahu Najib Razak dan Hadi Awang tidak ada telur saman Wallstreet Journal dan Sarawak Report lagi, saya yakin kedatangan hari Selasa yang mulia esok juga mereka berdua tidak akan berani saman saya kerana saya berkata benar di hadapan PDRM dan SPRM.
Dear 4 Juta ahli-ahli UMNO-PAS yang minum air kencing serangga pokok Petai,
Jangan ingat rakyat tidak pegang bukti Najib Razak dan Hadi Awang merompak duit 1MDB RM 90 Juta.
Hari ini dengan rasa penuh bangga saya menyerahkan semua bukti skandal rasuah Hadi Awang dan Najib Razak ini kepada PDRM dan SPRM.
CHECKMATE HABIS BOSSKU, BOSSNYA DAN BOSSMU!
💪💪💪💪💪💪💪💪😜🇲🇾
Jufazli Shi Ahmad
Penganalisis Politik Bebas & Aktivis
Graduan Master Dalam Bidang Sains Politik
Graduan Sarjana Muda Dalam Bidang Sejarah #tolakPasBN dlm #pru15

LAPORAN KEDUA
Imej mungkin mengandungi: 1 orang








Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
SUDAH ADA ULAMAK DALAM.PAS YANG MULA BERANI BERSUARA TERHADAP HADI AWANG
SAYA DAH BUAT LAPORAN POLIS, DENGAN PERMOHONAN SUPAYA DIMAJUKAN KPD SPRM JUGA, TENTANG TUDUHAN BAHAWA YB USTAZ NIK MUHAMMAD ABDUH PERNAH MENGAKU DIHADAPAN 40 SAKSI BAHAWA BELIAU PERNAH MENERIMA DUIT RASUAH DARI UMNO.
Laporan di buat di Balai Polis Taman Melawati pada 4/2/2019@1810hrs
Saya buat laporan ini kerana:
1) Sedih dengan perbalahan yang teruk yang berlaku di media sosial diantara mereka yang percaya, dan yang tak percaya tuduhan itu. Ini menyebabkan perpecahan dikalangan ummat Islam disini. Ini boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan, khusus dikalangan masyarakat Muslim.
2) Tuduhan itu melibatkan jenayah rasuah, yang wajib disiasat oleh SPRM.
3) Jika tuduhan itu tidak benar, nama baik YB Nik Abduh dan pemimpin2 PAS lain yang disebut boleh dibersihkan.
4) Jika tuduhan itu benar, bermakna YB Nik Abduh serta pemimpin2 PAS yang dinamakan bukan saja telah melakukan jenayah rasuah, tetapi telah juga memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik dan peribadi, sehingga sanggup memakan rasuah dan menipu (dengan menafikan perkara ini sehingga ini).
5) Ramai penyokong PAS mencabar mereka yang percaya tuduhan itu supaya membuat laporan PDRM/SPRM.
Saya harap ramai lagi saudara2 akan membuat laporan, supaya siasatan dan tindakan akan dibuat dengan cepat.
Dan saya harap kita jangan berbalah lagi atas isu ini. Biar pihak PDRM & SPRM buat kerja mereka dan kita tunggu saja hasil siasatan mereka.
SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.
Dr Muhammad Atiullah Othman
4 Feb 2019


SAMAN SR TAK LEPAS, MALU DITANGGUNG – RAJA BAHRIN

TARIK SAMAN: AHLI PAS PALING MUDAH DIBOHONGI DI MALAYSIA

HUSAM SEPATUTNYA BUAT LAPORAN KEPADA POLIS ATAU SPRM, BUKAN SEKADAR TULIS KENYATAAN





Antara pemimpin yang diketahui paling aktif menyerang Pas berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib Razak ialah Husam Musa.

Sama ada sebelum saman fitnah difailkan terhadap Sarawak Report, setelah saman dikemukakan atau kemudian ditarik balik, Husamlah antara yang paling ke depan melontarkan suaranya.

Sebagai bekas Naib Presiden Pas yang diketepikan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan Pas yang kemudian membawa kepada tertubuhnya Amanah, apa yang dilakukan Husam tidaklah sukar difahami.

Ia adalah pendirian normal yang pasti akan dilakukan oleh sesiapa saja setelah mereka meninggalkan parti lama.

Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya juga lantang mengkritik parti lama mereka iaitu UMNO setelah berhijrah kepada wadah baru.

Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah, Husam bukan saja mengkritik dan menyerang Pas, malah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.

Beliau tidak saja menyebut jumlah wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.

Lebih daripada itu, Husam juga turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada Pas itu.

Apabila Hadi Awang menarik balik samannya tehadap Sarawak Report sebagaimana diumumkan semalam, Husam sekali lagi menjadi antara yang paling awal memberikan reaksinya.

Selain mengucapkan takziah atas tindakan Hadi menarik balik saman itu, beliau juga menuntut perlunya ia disusuli dengan tindakan meletakkan jawatan atau mengundur diri atas tindakan yang dianggapnya mencemarkan maruah perjuangan parti itu.

Dalam hal ini, walaupun tidak disebut nama, sudah tentu yang dimaksudkan Husam perlu meletakkan jawatan itu ialah Hadi Awang sendiri.

Tetapi, meneliti semua rentetan itu, kenapakah Husam perlu susah-susah menulis kenyataan, mengucapkan takziah dan mendesak Hadi meletakkan jawatan jika beliau bermaksud mahukan kebenaran?

Kebenaran mengenai sama ada benar atau tidak Pas menerima wang tersebut, tidak kira RM90 juta atau RM200 juta, walaupun semalam Najib telah menafikannya, akan lebih mudah dan cepat diketahui jika Husam dengan segera membuat laporan kepada polis dan SPRM berkenaan dengannya.

Bukankah beliau ada maklumat mengenainya, termasuk nama banknya sekali?

Ketika inilah Husam perlu membuktikan beliau benar-benar mempunyai maklumat sebagaimana yang pernah didakwanya sebelum ini.

Lagi pun, parti yang memerintah negara sekarang ialah PH, bukan lagi BN, maka jika Husam membuat laporan dan menyerahkan maklumat yang ada padanya, sudah tentulah lebih mudah pihak berkuasa menjalankan tugasnya.

Dahulu, sebelum pertukaran kerajaan, mungkin juga boleh diterima mengapa beliau tidak mahu membuat laporan sama ada kepada polis atau SPRM kerana bimbang BN akan melindungi siasatan itu.

Setelah PH yang memerintah sekarang, apa masalahnya lagi? (ShahbudinHusin 04/02/2019)

SAMAN SR STOP … JAGA MARUAH ….SYYTTT

PENGUMUMAN

BLOG INI AKAN DIAMBILALIH OLEH TEAM MAHAZALIM SETELAH BEBERAPA PERKARA SELESAI DIURUSKAN.





HARAP MAAF





BLOG INI TIDAK DAPAT DIUPDATES KERANA MASAALAH PERHUBUNGAN DAN PERALATAN TELAH ROSAK

ZAHID HAMIDI TAK BERFUNGSI, NAJIB SEPATUTNYA AMBIL ALIH JAWATAN KETUA PEMBANGKANG



Sama ada suka atau tidak, kita harus mengakui Najib Razak ketika ini bukan saja paling aktif bersuara di media sosial, tetapi juga rajin turun padang dalam isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dalam media sosial, hampir semua isu disentuh serta dikritiknya dan beliau selalunya akan membandingkan apa yang berlaku sekarang dengan ketika era pentadbiran BN dahulu.

Kerapkali kali juga beliau bersikap sinis dan menyindir, terutama berhubung pendekatan kerajaan yang disifatkannya sekadar “copy paste” daripada pendekatan yang pernah dilakukannya ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini atau lebih mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

Baru-baru ini, susulan penurunan harga minyak, bekas Perdana Menteri itu telah turun ke Pasar Keramat untuk meninjau keadaan harga barang-barang dan kemudian beliau juga pergi ke sekitar kawasan Masjid Jamek untuk melihat pembangunan projek "River of Life" yang merupakan tarikan baru untuk pelancong di Kuala Lumpur.

Kedua-dua tindakannya turun padang itu akhirnya menyebabkan pihak kerajaan sendiri memberi respon positif dengan Saifudin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengucapkan terima kasih kepada Najib, sementera Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mahu Ahli Parlimen Pekan itu melihat lebih dekat keseluruhan pembanginan "River of Life" itu.

Di dalam UMNO sekarang ini nampaknya hanya Najib satu-satunya pemimpin parti itu yang rajin bersuara, baik menegur dan mengkritik kerajaan atau turun padang ketika timbul isu-isu tertentu.

Yang lain-lain, termasuk Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO tanpa kuasa dan Ketua Pembangkang, Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas selaku Presiden UMNO dan Ahli-Ahli Parlimennya, sama ada yang pernah menjadi menteri atau tidak sebelum ini, semuanya seolah-olah tidak berfungsi atas kedudukan mereka sebagai wakil rakyat pembangkang sekarang ini.

Kalau ada pun seorang dua Ahli Parlimen yang kerap menulis di media sosial, tumpuan mereka selalunya lebih mengkhusus kepada persoalan politik dan tidak berkaitan dengan susah senang kehidupan rakyat.

Selari dengan keinginan rakyat untuk melihat pembangkang yang kuat dan benar-benar berperanan membela rakyat, sikap dan pendirian Najib ini memang boleh dipuji dan diberikan penghargaan, meskipun kekalahan UMNO dan BN dalam PRU14 lalu banyak berpunca daripada dirinya.

Beliau nampaknya tidak lemah semangat di sebalik kekalahan dan hilangnya kuasa sebagai Perdana Menteri, malah mahu terus berjuang memastikan “ada sinar cerah di hujung terowong” bagi BN dalam pilihanraya akan datang.

Dengan yang demikian, selari dengan falsafah “seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dijatuhkan bersalah oleh mahkamah” dan bertembung dengan keadaan Zahid Hamidi yang langsung tidak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang, adalah wajar UMNO segera melantik Najib sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Kedudukannya beliau yang berdepan dengan banyak kes di mahkamah tidak akan mencacatkan jika dilantik sebagai Ketua Pembangkang kerana ia juga sebahagian proses bagi bekas Perdana Menteri itu membersihkan dirinya.

Yang penting, dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang itu, Najib boleh terus memainkan peranan dengan berkesan dalam menegur dan mengkritik kerajaan berdasarkan keupayaan serta pengalamannya sebagai bekas Perdana Menteri.

Dengan menjadi Ketua Pembangkang juga, beliau bukan saja dirasakan mampu bersuara dengan lebih baik di media sosial dan kerap turun padang apabila isu-isu tertentu yang melibatkan masyarakat, malah turut diyakini berupaya menghidupkan perdebatan yang menguntungkan rakyat di Parlimen.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, sudahlah lemah dan tidak berfungsi di lapangan rakyat, dalam perbahasan Belanjawan 2019 baru-baru ini juga beliau gagal menampilkan kemampuannya membahaskan perkara itu atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Khairy Jamaluddin untuk membahaskan Belanjawan 2019, sedangkan semua Ketua Pembangkang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk berucap setiap kali belanjawan dibentangkan.

Mengekalkan terus Zahid Hamidi sebagai Ketua Pembangkang tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada UMNO, BN serta rakyat yang mengharapkan kerajaan sentiasa dipantau melalui proses "check and balance" oleh pihak pembangkang.

Oleh kerana tidak ternampak pemimpin lain dalam UMNO sekarang ini yang seaktif dan segigih Najib untuk terus berjuang di era kekalahan ini, sebaliknya ramai yang "patah semangat" dan cuba mencari "pintu belakang" untuk kembali menjadi kerajaan, beliau rasanya paling sesuai serta diyakini boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan sehingga PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 08/01/2019).

LANTIK AGONG TAK SEMESTINYA IKUT SISTEM GILIRAN – DR AZMI

PEMANGKU RAJA PAHANG YANG DI-PERTUAN AGONG BAHARU?

TREND HINA RAJA SEMAKIN BERLELUASA, KERAJAAN HARUS LEBIH TEGAS MENANGANINYA



Terlihatnya kebelakangan ini semakin ramai rakyat negara kita, tidak kira Melayu, Cina atau India, seolah-olah semakin ghairah dan seronok menghina Raja-Raja Melayu.

Komen-komen yang terpapar di media sosial akhir-akhir ini dan bagaimana ayat serta bahasa yang digunakan untuk menghina Raja-Raja itu, amatlah menyedihkan sekali.

Kenapakah mereka sanggup berbuat demikian?

Di manakah didikan dan ajaran yang mereka perolehi sejak kecil sehingga sanggup menggunakan ayat dan bahasa sedemikian rupa?

Tidakkah mereka sedar bahawa Raja, Sultan dan Yang Dipertuan Agong adalah institusi yang sah dan diiktiraf dalam perlembagaan negeri dan negara yang perlu disanjung dan dihormati?

Lebih memilukan apabila ada terdapat anak dan cucu pembesar UMNO sendiri turut terjebak ke kancah itu sehingga ibu bapanya  terpaksa memohon maaf secara terbuka.

Harus kita sedar bahawa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan ia bukan saja termaktub dalam Perlembagaan, malah telah diterima sebagai sebahagian daripada ciri Malaysia.

Bukan tidak boleh berbeza pendapat atau tidak setuju dengan Raja atau Sultan, tetapi ia hendaklah dilakukan mengikut cara dan tatasusilanya.

Menggunakan bahasa kesat, berbentuk makian, carutan dan sebagainya terhadap Raja-Raja adalah tidak sesuai sama sekali, malah hanya mencerminkan hodohnya keperibadian mereka yang melakukannya itu.

Dalam hal ini, kerajaan melalui polis, SKMM yang mengawal sedia media sosial dan lain-lain agensi penguatkuasa seharusnya tampil dengan pendekatan yang lebih aktif serta menyeluruh agar gejala tidak sihat ini tidak berterusan berleluasa.

Kerajaan perlu lebih tegas dalam bertindak dan membendung agar gejala ini tidak terus berkembang yang akhirnya akan merosakkan kehidupan bernegara.

Selain tangkapan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu, peringatan atau penerangan mengenainya juga hendaklah sentiasa diperluaskan.

Dalam kehidupan yang pelbagai dan rencam di negara ini, semua orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dihormati.

Raja, Sultan dan Agong ada peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri yang perlu kita junjung dan hormati. 

Sebagai ketua negara dan negeri, Agong, Raja atau Sultan hendaklah kita hormati, bukan mencaci atau memaki dengan kata-kata kesat dan carutan yang tidak sepatutnya.

Lagi pun, apa yang kita dapat dengan memaki, menghina dan mencarut terhadap Raja-Raja melalui media sosial itu? (ShahbudinHusin 08/01/2019).