[HADI ALAT UMNO] Jaja Peristiwa Memali untuk menutup busuk isu sekarang???

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihaducapan kita adalah jihadderma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’. (ketika itu UMNO dikatakan mengamalkan politik suku agama suku)
DEMIKIAN petikan kata-kata yang dijadikan ‘Amanat 
Hadi Awang 1981’ yang tidak sepatutnya bangsa Melayu
 dan Islam di negara ini juga lupakan, sebagaimana mereka 
tidak lupa kepada Peristiwa Memali di Baling, Kedah, 
yang berlaku pada 19 November 1985.
Ketika itu Pedang bertugas sebagai wartawan di Alor 
Setar. Kerana fokus Pedang ketika itu sebagai 
wartawan jenayah, maklumat awal kemungkinan ‘peristiwa 
besar berdarah’ bakal berlaku sudah Pedang hidu, 
hasil maklumat rakan-rakan yang menjadi pemandu 
ambulans hospital, yang menceritakan mereka diarah
 ‘standby’.
Pedang meletakkan Amanat Hadi Awang 1981 itu, 
bagi mengingatkan kita supaya tidak hanya melihat 
kesalahan sebelah pihak sahaja – kerajaan ketika itu.
Sebaliknya, amanat itulah yang menjadi punca kepada
 peristiwa hitam berkenaan. Perlu diingat, ketaksuban 
pengikut PAS pada lewat 70-an dan 80-an amat kuat,
 khususnya di kampung dan pedalaman. Di kampung 
Pedang pun ‘lubuk PAS’ ada juga yang taksub.
Malah, daripada amanat itulah tercetusnya isu 
mengkafirkan orang UMNO atau penyokong 
mereka, sembahyang dua imam, tidak menyambut 
Aidilfitri serentak.
Akad nikah oleh kadi kerajaan UMNO tidak sah, kena
 nikah semula. Haiwan sembelihan orang UMNO haram. 
Haram hadir kenduri kendara orang UMNO. Mereka tak hadir 
jika kerusi atau kehmah kenduri kahwin ada lambang 
UMNO. Lebih teruk, jenazah orang UMNO haram 
disolatkan. Suami isteri bercerai-berai, keluarga
 berpecah-belah. Perpaduan umat Islam rosak hancur.
Jika dikaji lebih mendalam, semuanya berlaku di kampung 
yang jauh daripada pembangunan. Contohnya di 
Kampung Memali yang terletak di Mukim Siong, Baling,
 Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. 
Mereka senang dipengaruhi ustaz-ustaz yang pulang dari
 luar negara.
Itulah antara kesannya daripada amanat Hadi Awang. 
Apakah Hadi tidak menyedari bahawa disebabkan kata-
katanya itu telah mengorbankan pengikutnya, 
menyebabkan isteri menjadi janda dan anak kehilangan bapa?
Jika ada gesaan supaya bekas Perdana Menteri, 
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf di atas peristiwa
 itu, Pedang rasa yang lebih awal dan perlu meminta maaf 
ialah Tuan Guru sendiri. Hadi Awang lebih arif mengenai 
bab-bab agama, juga bijak dalam politik.
Jika zaman sekarang, kata-kata seperti amanat itu dibuat 
dan disebarkan, sudah tentu ia dianggap militan dan
 ditangkap.
Pedang kadang-kadang menyokong penuh apa yang 
dilakukan PAS, khususnya dalam usaha memartabatkan
 Islam. RUU355 contohnya, Pedang sokong 100 peratus.
Tetapi, tidak semua apa yang dilakukan parti Islam itu
 boleh disokong 100 peratus. Kalau kita sokong 100
 peratus maka kita adalah penyokong taksub membabi buta.
Portal Pedang ini pun banyak menyiarkan kenyataan 
pemimpin PAS. Kita bagi sokongan. Tetapi, teguran 
daripada orang lain, termasuk Pedang kena juga didengari.
Jadi, Pedang ulangi sekali lagi.
“Jika Hadi Awang menyedari bahawa kata-kata yang
 pernah beliau keluarkan – ketika berceramah di 
Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 
April 1981 yang dicetak dan disebar seluruh negara – 
menjadi punca ketaksuban seperti yang Pedang katakan 
di atas, sehingga mencetuskan Peristiwa Memali, adalah 
wajib beliau memohon maaf.”
Apakah Tuan Guru sudah lupa kepada ucapan itu? Bila 
Tuan Guru akan mohon maaf secara terbuka?
Sebagaimana PAS tidak yakin Dr Mahathir akan memohon 
maaf terhadap peristiwa Memali itu, demikian juga Pedang 
yakin Tuan Guru tidak akan memohon maaf atas amanat
 yang dikeluarkannya yang telah memberi kesan seperti di 
atas.
Demikianlah, hangatnya isu Memali ini apabila Timbalan
 Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, pada 5 Ogos 
lalu ke Baling dan membuat kenyataan bahawa Dr 
Mahathir berbohong mengenainya.
Kenyataan itu disambut pantas oleh PAS, yang 
membangkitkan semula isu berkenaan, tetapi mengetepikan 
atau tidak melihat dan mengaitkan punca sebenar peristiwa itu adalah disebabkan ketaksuban penyokongnya terhadap
 Amanat Hadi Awang 1981.
Apapun, jangan kita lupa apa yang sedang berlaku di negara ini sekarang ini.
Dulu rakyat tak menanggung beban seteruk 
sekarang. Kononnya, pertumbuhan ekonomi 
negara memberangsangkan. Cubalah tanya penduduk 
Kampung Memali mengenai ekonomi negara yang 
dikatakan membanggakan itu. Ada depa peduli?
Yang mereka peduli sekarang ini ialah harga minyak naik,
 harga barang naik, wang kerajaan dicuri.
Kata Pedang: Demikianlah jangan mengangkat 
sesuatu isu lama untuk mengalihkan perhatian
 atau menutup busuknya apa yang sedang berlaku 
sekarang ini. - ismaweb



'Tiada satu parti pun boleh buat keputusan sendiri'


Husam Musa calon MB Kelantan
Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa menegaskan tiada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan boleh membuat keputusan bersendirian termasuk dalam hal berkaitan rundingan dengan Pas.
Menurutnya, sebarang keputusan akhir hanya akan dimuktamadkan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu.
"Walaupun siapa yang pergi berunding dengan Pas akhirnya keputusan dalam Pakatan. Tiada satu parti boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam dialog anjuran AMANAH Taiping di Bukit Gantang, Perak semalam.
Menjawab soalan peserta berkenaan rundingan kerjasama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, kepimpinan Pas pada masa ini sudah berbeza.
"Pas yang ada sekarang bukan yang dulu. Sekarang nak berunding dengan Pas yang telah diBR1Mkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Yang pergi bukan calang-calang orang. Datuk Seri Azmin yang pergi. Kalau saya pergi (ziarah), Ustaz Hadi sudah tutup pintu awal-awal lagi," ujarnya.
Husam menganggap kunjungan Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bersama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 12 Ogos lalu sebagai satu hal positif.
Menurutnya, pengundi atas pagar akan melihat pendekatan tersebut sebagai bertatasusila dengan tidak sengaja meninggalkan Pas sekali gus menafikan dakwaan negatif sebelum ini termasuk kononnya Pakatan Harapan menjadi 'alat Cina'.
Walau bagaimanapun, beliau percaya rundingan yang diusahakan Menteri Besar Selangor itu sukar mencapai matlamatnya memandangkan sikap Pas yang sudah diketahui umum.
"Cuma saya kasihan dengan Azmin. Kita tidak boleh buat apa dengan Pas. Kita terpaksa meneruskan perjuangan kita," katanya.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor tersebut berkongsi pengalaman rundingan kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ALmarhum Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini.
"Kalau awal-awal lagi berkokok, telur tiada lagi, susahlah. Jadi, biar telur satu raga dulu, baru kita isytihar (pertemuan dan rundingan).
"Ini pengalaman saya dengan Anwar Ibrahim. Masa dia datang jumpa Tok Guru Nik Aziz, tiada orang tahu. Tok Guru Nik Aziz masa mesyuarat cakap, 'kita kena kerjasama dengan Anwar'. Jadi, kerjasama itu.
"Buat dulu (berunding) senyap-senyap, baru hebohkan. Kalau awal-awal hebohkan rasa saya tak menjadi," jelasnya.
Husam turut berkata, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dikuasai Pas pada masa ini perlu diserahkan kepada AMANAH dan Bersatu bagi agihan kerusi pada pilihan raya akan datang.
Langkah tersebut, ujarnya, harus dilakukan atas faktor termasuk penolakan pengundi Cina terhadap Pas.
"Jadi, nak menyelamatkan kerajaan Selangor tak boleh bagi kerusi itu pada Pas walaupun sayang pada dia," kata Husam lagi.

ZAHID HAMIDI IKRAR WALA' HINGGA KE HUJUNG NYAWA, APAKAH HUBUNGANNYA DENGAN NAJIB JUGA SUDAH DI HUJUNG NYAWA?




Di antara semua pemimpin yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, tidak kira sama ada mereka itu akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri atau kecundang di tengah jalan, Ahmad Zahid Hamidi rasanya sudah boleh diberikan anugerah trofi paling kerap mengucapkan ikrar taat setia kepada Najib Razak.

Meskipun bukanlah perkara asing atau luar biasa bagi seorang Timbalan Perdana Menteri mengucapkan ikrar setia kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi apabila timbul kecurigaan tentang hubungan kedua-dua mereka, tetapi kekerapan Zahid Hamidi melafazkannya ternampak sedikit luar biasa.

Ia menjadi luar biasa kerana hubungan Zahid Hamidi dengan Najib bukanlah baru, malah bermula dengan menjadi Setiausaha Politiknya pada tahun 1987 lagi.

Lalu, apa perlunya Zahid Hamidi terlalu kerap mengucapkan ikrar setianya itu?

Hanya dalam tempoh dua tahun menduduki kerusi nombor dua dalam kerajaan, beliau sekurang-kurangnya sudah mengucapkan lima atau enam kali ikrar taat setia kepada Najib.

Daripada pernah mengucapkannya di Perhimpunan Agung UMNO, di depan ulama dan tokoh agama, kepada media dan rakyat biasa, kali ini ikrar taat setianya naik setakuk lagi tarafnya dengan berjanji untuk wala' kepada Najib hingga ke hujung nyawa pula.

Alamakkk....selain Rosmah Mansor yang barangkali tidak asing jika mahu setia hingga mati dengan Najib, rupa-rupanya Zahid Hamidi pun mahu berbuat perkara yang sama.

Tidak pernah mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini berbuat sekerap yang Zahid Hamidi lakukan, malah tiada juga yang pernah berwala' hingga ke hujung nyawa dengan mana-mana Perdana Menteri.

Kenapa sampai begitu sekali Zahid Hamidi ingin menunjukkan taat setianya kepada Najib?

Apakah beliau benar-benar ingin setia sehingga mati kepada Najib atau ia lebih didorong kebimbangan terhadap masa depan politik yang mungkin turut kecundang di tengah jalan?

Dari sudut lain, perbuatan Zahid Hamidi itu juga jelas pelik dan ganjil di mata semua orang di mana ia ibarat seorang suami yang dilihat setiap hari memberitahu orang lain tentang sayang dan kesetiaan kepada isterinya

Suami yang normal dan baik hati tidak perlu mengucapkan kata-kata tersebut setiap hari, apatah lagi memberitahu kepada orang lain, tetapi apa yang perlu dilakukannya memadai dengan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin.

Apabila seseorang suami terlalu kerap mengucapkan kata-kata sayang dan setia, tambahan pula jika isterinya itu adalah cinta lama sejak zaman sekolah rendah lagi, kebiasaannya tentu ada perkara luar biasa bakal terjadi.

Lumrahnya sama ada rumahtangga mereka sedang bermasalah atau suaminya mula tidak setia dengan kemungkinan ada kekasih baru atau ingin kahwin lagi satu.

Di perjalanan masa sehingga pilihanraya atau pemilihan UMNO akan datang, berapa kali lagikah agaknya Zahid Hamidi akan mengulang-ulang ikrar taat setia dan wala'nya kepada Najib itu?

Jika tidak bermasalah atau hubungan bukan sedang berada di hujung nyawa, untuk apa Zahid Hamidi terlalu kerap melafazkan ikrar taat setia dan terbaru mahu wala' kepada Najib hingga ke hujung nyawa?

Cuma, apakah Najib juga mahu sama wala' dengan Zahid Hamidi hingga ke hujung nyawanya? (ShahbudinHusin 19/08/2017)

Azmin jangan berperahu dalam gelombang MSO

MOHAMAD SAYUTI OMAR


SUSUPAN SUBUH

Azmin teramat rapat dengan Hadi, kenapa?
1. Azmin Ali mengakui ada rundingan tidak rasmi antara beliau dengan parti agama (Pas). Beliau tidak menjelaskan bila rundingan itu berlangsung dan melibatkan sesiapa. Katanya dia akan memberi tahu apa-apa perkembangan mengenai rundingan berkenaan kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

2. Usaha itu katanya untuk mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru. Azmin menginsafi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (di Selangor) ia boleh mengugat stabiliti kerajaan dipimpiannya kini.

3. Usaha Azmin itu baik dan semua orang bersetuju Pas dibawa ke dalam Pakatan Harapan kalau mahu melihat Selangor kekal di bawah Pakatan Harapan. Juga kalau mahu memastikan kesemua 15 kerusi dimenangi Pas dalam Piraum 13 lalu di Selangor dapat dikekalkan. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan Pas bersendirian 15 kerusi dimenangi itu hangus.

4. Kata Azmin, rundingan -- usaha untuk bawa Pas itu akan dikongsi bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan. Yang melaksanakan rundingan itu kini hanya dia bersendirian. Dia juga akan memaklumkan apa-apa perkembangan dan progresnya.

5. Sedikit konfius macam mana Azmin boleh melakukan rundingan tanpa penyertaan bersama parti komponen lain khasnya DAP dan Amanah di Selangor. Apakah formula yang bakal dikemukakan Azmin kepada Pas? Apakah tanpa bersama dua parti itu Pas sedia untuk akur dengan apa-apa isi dirundingkan. Rundingan atau inisiatif Azmin itu dilihat bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ia sangat komplikated.

6. Apa perlu dielakkan, jangan usaha Azmin itu menimbulkan keraguan di kalangan komponen Pakatan Harapan yang lain. Kerja Azmin itu secara bersendirian dan bersembunyi itu juga boleh menjejaskan kesepaduan Pakatan Harapan untuk bergerak menghadapi pilihan raya. Orang ramai juga keliru dengan apa dilakukan Azmin tanpa persetujuan bersama itu.

7. Apakah kesediaan Pas melayani Azmin itu sebahagian daripada tektik dan strategi parti itu untuk melemahkan perpaduan dalam Pakatan Harapan melambat-lambatkan kerja menyusun jentera pilihan raya dalam PH? Ada kebenaran kemungkinan ini kerana sampai sekarang struktur PH Selangor masih belum wujud. Azmin perlu bertegas dalam hal ini dan tidak terus bermain dengan "perahu" buruk di arus bergelombang. Silap-silap hari bulan arus itu bukan sahaja menenggelamkannnya tetapi PH seluruhnya.

8. Lebih parah rundingan dengan Pas itu tiada deadline, ini membuka peluang dan harapan permainan songlap menyonglap itu berpanjangan. Keadaan ini menjadikan masalah kepada PH. Sepanjang rundingan itu berjalan sudah tentu Azmin kekok untuk menyelesaikan tanggungjawabnya di Selangor untuk menyusun kepimpinan PH. Keadaan ini disukai oleh UBN.

9. Mungkin Pakatan Harapan, DAP, Amanah dan PBBM boleh membentuk kepimpinan PH Selangor tanpa mengharapkan dan menunggu Azmin? Menanti Azmin seperti menanti seorang penumpang yang entah berada di setesen mana, keadaan ini meresahkan.

10. Jangan semua orang melihat Azmin terbaik dan tukang sihir politik yang handal oleh kerana kerana dia kebetulan menjadi MB, individu berkuasa dan mempunyai kedudukan yang ampuh. Jangan kerana itu maka Azmin diletakkan ditempat yang tinggi dan menjadi penggantung harapan. Azmin bukan segala-galanya dan kegahannya tidak sama seperti Anwar dan Dr Mahathir.

11. Duit bukan segala-galanya, dan ia bukan datang dari kedudukan seperti dipanggungi Azmin itu. Kalau rakyat sudah jelira, sudah yakin,  rakyat akan menghulurkan bantuan dan derma kepada PH bagi menghadapi pilihan raya seperti mana yang berlaku ke atas Rafizi Ramli. Rakyat dari segenap lapisan golongan menghulurkan bantuan untuk Rafizi. Orang yang berfikir duit boleh menggerakkan segala-galanya, kekuatan parti, persahabatan dan sebagainya adalah silap. Hanya Mat Lela Gila sahaja beranggapan ada wang semua boleh jadi.

12. Azmin diharap jangan sangat bermain silap mata politik untuk menjaga diri sendiri tetapi perlu lebih peka kepada politik untuk semua. Dan sekiranya beliau benar-benar jujur beliau kena mendedahkan siapa dua pemimpin tertinggi Pas yang datang menemuinya. Saya difahamkan dalam rundingan (pertemuan) itu pemimpin Pas berkenaan telah mengemukakan beberapa syarat kepada Azmin untuk Pas memberi jaminan tiada berlaku pertandingan tiga penjuru, teristimewa di Selangor.

Jika beliau enggan mendedahkan namanya, tunggulah saya menyebut nama dua pemimpin tertinggi Pas itu. 

injauan Rafizi dapati Najib masih gagal menangi pengundi

Image result for rafizi ramli


KUALA LUMPUR 19 OGOS: Dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal untuk memenangi, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu membuat pengumuman tersebut yang diperolehinya selepas tinjauan yang dibuat badan kaji selidiknya, Invoke Centre for Initiative Policy (Invoke-CPI).
Rafizi berkata tinjauan itu mendapati kebanyakan pemberi maklum balas pesimis mengenai ekonomi negara.
“Apa yang kami dapati, pengumuman demi pengumuman nampaknya tidak berjaya mengalih pandangan di peringkat akar umbi.
“Ia tidak menaikkan sentimen, mereka gagal,” katanya pada sidang akhbar hari ini, memetik Malaysiakini.
Keputusan kaji selidik itu mendapati bahawa 78 peratus daripada responden berbangsa India berpendapat kedudukan kewangan keluarga mereka lebih buruk sekarang berbanding empat tahun lalu.
Perangkaan itu jauh lebih tinggi daripada responden Melayu dan Cina, dengan hanya 61 dan 66 peratus masing-masing memberikan maklum balas kepada soalan yang sama.
Ini menunjukkan bahawa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh Najib pada April tahun ini, tidak banyak memberi kesan kepada pengundi bangsa itu, kata Rafizi.
Tinjauan Invoke-CPI mengenai sentimen pemilih melibatkan 3,783 responden dan dilaksanakan antara 10 Jun hingga 14 Julai tahun ini.

Di sebalik rambut lebat Syed Saddiq, ada apa dalam kepalanya?


“Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata,” bait WS Rendra yang terpahat sejak tahun 1984 ini kekal relevan sehingga sekarang dan mungkin itu secara tak langsung menjadi titik mula terjerumusnya anak muda berusia 24 tahun ini dalam gelanggang ‘orang tua-tua’.
Kehadirannya mewarnai siasah pembangkang bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukanlah aneh. Malah tindakan ‘U-Turn’ Tun Mahathir menyertai blok pembangkang juga bukanlah perkara mukjizat yang perlu dihairankan sungguh, ia mengujakan!
Di kesempatan Roketkini bertemu Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di pejabat PPBM, kami sempat bersembang beberapa hal menerobos sudut pandang dan fikrah siasah anak kelahiran Johor ini.
Anak muda dan politik bukan hal yang baru kata Saddiq, menurutnya, negara telah menyaksikan beberapa fasa kebangkitan golongan muda sebermula era kebangkitan pelajar tahun 70-80an, zaman reformasi 98 dan semakin ketara ketika dunia memasui milenia akibat tekanan ekonomi dan politik yang semakin ketara.
Bagaimana pun soal saya, riak gelombang dan kesedaran anak muda yang berlaku di Malaysia saat ini seolah-olah didorong oleh tokoh dan bukannya idealisme.
“Ya. Kita lihat Tun (Mahathir) salah satu sebab orang muda lebih terbuka kepada politik sekarang, tapi kita lihat kesedaran anak muda sendiri main peranan.
“Cuma ini masalah icon based. Contohnya, sekarang Tun, sebelum ni Datuk Seri Anwar. Bukan di Malaysia saja, dulu ada Malcom X misalnya, banyak contoh. Mungkin disebabkan ideologi lebih sukar berbanding peribadi seseroang,” jelasnya.
Namun, kehadiran tokoh yang menjadi sanjungan sebagai ‘pencetus’ idealisme ini katanya mampu menggerakkan ‘rasionalisasi’ pemikiran seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang masih ‘dijajah’ mentaliti feudalisme.
“Memang kita kena bebaskan orang melayu daripada persepsi feudalisme yang dibawa oleh UMNO. Jadi untuk itu kena ada kebangkitan dari golongan Melayu baharu.
“Orang Melayu tahu pemimpinnya rasuah, tapi dia kata: kita tau pemimpin rasuah tapi kita tak mau bangsa lain naik… Jadi akhirnya, kita perlu perjuangan baharu untuk bebaskan Melayu dari tangan UMNO,” katanya.
Untuk mengubah kepercayaan karut kononnya ‘UMNO adalah segala-galanya’ kepada orang Melayu meskipun telah rosak dan terpalit dengan segala jenis rasuah dan penyelewengan, PPBM menawarkan sesuatu yang bermaruah kata Saddiq.
“Sebab itu kita gunakan slogan ‘Melayu bermaruah’. Bukan maksudnya kita nak bahagikan Melayu tidak!
“Jadi melayu bermaruah ini merupakan perjuangan, kebangkitan baru untuk pecahkan tembok yang telah dibina UMNO selama ini,” katanya.
‘U-Tun’?
Kemunculan semula bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam platform siasah pembangkang menimbulkan sedikit sebanyak keraguan kepada aktivis politik khususnya bagi mereka yang aktif dalam gerakan reformasi sejak tahun 1998.
Meski ramai yang menyokong, ada suara beranggapan ‘U-turn’ Tun Mahathir itu sebagai tidak ikhlas demi kepentingan peribadi dan ‘kaum-kerabatnya’.
Bagi Syed Saddiq, walaupun ada beberapa perkara yang apa yang dilakukan Tun Mahathir semata-mata untuk memperbetulkan semula institusi demokratik negara ini yang telah rosak.
“Katakanlah Tun memang (niat) jahat, dia permainkan parti-parti (pembangkang) termasuk saya. Dah menang, dia berubah tiba-tiba misalnya. Tapi kita kena tanya (diri sendiri), ada dua perkara perlu kita beri tumpuan. Berapa umur Tun?- 92 tahun. Adakah kita rasa selepas tu beliau akan buat ‘u-turn’ lagi? Sangat susah!
“Dia sendiri tahu bahawa ini ialah pertarungan terakhir (final push). Dia selalu tekankan, dia beritahu saya dari hati ke hati, ‘Saddiq, saya akan pergi (meninggal dunia), tapi sebelum saya pergi, saya mahu lihat negara ni kembali ke landasan sebenar’.
“Dia (Tun) tak nak pergi dengan keadaan negara yang macam sekarang. Itu perkara terakhir dia nak tengok,” katanya
Lim Kit Siang bukan syaitan rupanya
Sebaik soalan tentang pandangannya terhadap DAP dilontarkan, Syed Saddiq tersenyum sambil mengangguk. Dia tidak dapat menafikan memang wujud prejudis terhadap DAP sejak bersekolah malah pernah menganggap pemimpin utamanya, Lim Kit Siang sebagai ‘syaitan’.
“Pada peringkat awal, memang tengok Lim Kit Siang ini adalah ‘syaitan’. Sebab dari kecil (zaman sekolah), dapat SMS yang kata Kit Siang nak ambil Johor sebab nak jual kepada Singapura lah, agen PAP lah, dialah penyebab kesusuahan, dialah penyebab rusuhan 1969,” katanya.
Namun, segala persepsi buruk itu sekadar gambaran tidak benar.
“Saya lihat dia sangat Malaysian centric. Dan sampai sekarang walaupun sudah berusia, masih berjuang. Saya rasa kalau orang kata oh dia dah tua, dia patut bersara, tapi dia masih berjuang dan masa ini juga ramai anak-anak muda sertai parti,” ujarnya.
Ketika menjadi salah seorang penyelidik untuk mencari ‘kejahatan’ Lim Kit Siang dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13, beliau mendapati peribadi Kit Siang bukanlah sebagaimana yang disangka.
“Sebelum tu, Pakatan Rakyat, kita dapat tengok dia (Kit Siang) bergerak dari satu kerusi ke satu kerusi, tak adalah nampak gila jawatan.
“Tapi sebelum tu, memang saya dah maklum, Kit Siang memang telah dihulur jawatan sebagai menteri pada 1970, tapi dia tolak. Banyak juga jawatan menteri-menteri kanan (ditawar) tapi tolak jugak, begitu juga dalam tahun 1990an, tetap ditolak (jawatan)” kata Saddiq.
Menurut Saddiq, DAP merupakan parti yang berprinsip namun bleh berkompromi serta bukanlah parti ideologi membuta-tuli.
HARAPAN mampu lakar sejarah
Ditanya mengenai prestasi PPBM pula, Saddiq mengatakan penubuhan parti itu telah mencetuskan gelombang yang menggerunkan UMNO khususnya di kawasan luar bandar.
Beliau menceritakan suasana yang berlaku dalam siri jelajah Semarak di seluruh negara. Suasana tersebut jelasnya jauh berbeza sewaktu ceramah Pakatan Rakyat pada PRU-13 sebelum ini.
“Dalam jelajah Semarak, sambutan sangat-sangat-sangat baik sepertimana di Pahang dan Johor.
“Di Kota Tinggi saya dapat pengalaman yang unik di salah satu felda. Masa (program ceramah) PR dahulu tahun 2013, seingat saya Datuk Seri Anwar tak turun tapi yang turun beberapa tokoh-tokoh utama PR ke seperti Haji Mat Sabu, Sallahudin Ayub, hadirin tak lebih 100 orang, khemah ada empat, yang penuh satu khemah sahaja seingat saya.
“Sekarang di Kota Tinggi. UMNO mennag 5,000 undi. Di kawasan sama Tun turun, dewan penuh dalam 2,000 orang; di luar pasang skrin ada dalam 1,000 hingga 2,000 orang lagi. Kota Tinggi kubu UMNO dan tak pernah berlaku fenomena semacam ni,” katanya.
Suasana yang berlaku di kawasan kubu UMNO khususnya luar bandar terhadap program PPBM boleh menjadi kayu ukur untuk perubahan yang bakal berlaku dalam pilihan raya hadapan.
“Bagi saya kali pilihanraya kali ini ialah ibu kepada pilihanraya. Kita perlu menang untuk buat perubahan.
“Jangan takut jangan gentar. Berani kerana benar. Perjuangan masa ini bukan satu pelabuhan panjang. Mungkin ada rindangan-rintangan diletak dihadapan kita – tapi kalau kita bersatu memecahkan tembok ini, kita akan bersama dan bersatu dalam mencorakkan masa depan negara 20-30 tahun akan datang,” katanya. 

Letak parti berpotensi untuk menang di Kedah – Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak perlu mensia-siakan peluangnya di Kedah dengan meletakkan parti yang tidak berpeluang untuk menang.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian bagi menjamin kemenangan HARAPAN mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional (BN) dengan menyenaraikan tiga strategi penting DAP mengkuhkan kekuatan pembangkang di negeri jelapang padi itu.
Strategi pertama katanya, HARAPAN perlu memenangi kubu kuat BN termasuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Ayer Hangat dan N2 Kuah di Langkawi, ini termasuk dua kerusi DUN di N5 Bukit Kayu Hitam dan N6 Jitra di Parlimen Kubang Pasu.
“Jika HARAPAN memenangi Parlimen Langkawi dan dua kerusi negeri tersebut – senario yang belum pernah terfikirkan, maka ia merupakan petunjuk nyata berlakunya ‘tsunami politik’ pilihan raya di Malaysia seterusnya ke seluruh Semenanjung Malaysia hingga ke Johor,” katanya dalam kenyataan.
Kedua, DAP harus diberi peluang meningkatkan sokongan rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu kepada HARAPAN dengan meletakkan calon di kawasan tengah dan selatan Kedah.
“Di bahagian tengah, DAP minta untuk meletakkan calon di N22 Gurun (Parlimen Jerai) – kerusi campuran pelbagai kaum (56% Melayu, 27% Cina dan 17% India) yang mana dimenangi oleh MCA pada tahun 2013.
“Bagi selatan Kedah, DAP meminta supaya dapat meletakkan calon di kerusi N35 Kulim yang juga kerusi campuran (60% Melayu, 23% Cina dan 17 India) yang kini disandang MCA menewaskan calon PKR dalam PRU13 dengan 643 majoriti,” kata Kit Siang.
Menurutnya, jika tidak diberi peluang bertanding di kerusi parlimen atau DUN di bahagian selatan, ia dikhuatiri menyebabkan DAP mengalami kesukaran untuk memobilasi penyokong membantu jentera HARAPAN negeri itu.
Ketiga kata Kit Siang, HARAPAN harus menunjukkan perpaduan yang lebih  kukuh dan mantap berbanding BN.
“Pengukuhan HARAPAN di Kedah memudahkan rakyat jelas untuk buat pilihan.
“Ini akan memberikan kelebihan kepada penyokong atas pagar dan pro-pembangkang untuk mengundi HARAPAN berbanding membazirkan undi mereka  kepada parti yang tidak mempunyai peluang untuk menang di kerusi negeri, mahupun peringkat persekutuan,” katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), DAP hanya bertanding di dua kerusi negeri tanpa sebarang kerusi parlimen di Kedah dan memenangi kedua-dua kerusi tersebut  di N11 Derga di bawah Parlimen Pokok Sena dan N13 Kota Darul Aman di Parlimen Alor Setar

‘BARANG MAHAL, BARANG TAK LAKU, RINGGIT MENJUNAM’ – MUHYIDDIN

UMNO GUNA DUIT, CABUTAN BERTUAH BELI SOKONGAN, DAKWA TUN MAHATHIR

Umno guna duit, cabutan bertuah beli sokongan, dakwa Tun Mahathir