ADA YANG DIBAYAR UNTUK KEMPEN 1 MALAYSIA


Ramai yang hadir di dalam sebuah stadium di Perak apabila Perdana Menteri Najib Razak melancarkan kempen 1Malaysianya di stadium Perak.Namun dalam ramai-ramai yang hadir, duit tambang diberikan setelah menyerahkan kupon bernilai RM30 kepada pihak tertentu untuk mengutip duit.Patutlah penuh stadium tersebut.Namun itu tidak menjadi masalah apoabila perbuatan mengabui mata pimpinan seperti ini menyebabkan umno leka dan lalai bahawa jika kesempatan sebegini di berikan kepada pihak Pakatan Rakyat, maka lebih banyak lagi yang akan hadir sebagaimana yang dilihat di stadium tersebut.


Maklumat yang di dapati bahawa ada yang hadir telah berkumpul di suatu tempat untuk mengambil kupon dan mendaftar diri masing-masing untuk dihantar ke stadium."saya di bayar rm30 apabila menghadiri majlis yang jauh dari tempat saya", demikian salah seorang dari peserta yang hadir dan ianya berbaloi dengan perjalanan saya yang sejauh Sungai Siput.


Manakala Pm DS Najib pula menjelaskan bahawa tujuan diangkut penumpang ke stadium adalah untuk memudahkan perserta hadir dan agar tidak berlakunya kesesakan jalanraya ke stadium tersebut.Sambil menyebut bahawa beliau gembira dengan kehadiran yang sebegitu ramai rakyat Perak yang hadir untuk menyatakan sokongan ke atas idea untuk menyatukan seluruh masyarakat dengan konsep 1 Malaysia.

Jika dulu konsep Malaysia Boleh, kemudiannnya Islam Hadhari, kini slogan 1 Malaysia ke udara di mana-mana siaran tv dan juga corong radia Malaysia. Malah lebih dahsyat lagi ialah wujudnya tandas 1 Malaysia dan juga mangkuk tandas 1 Malaysia....

BONGKAR

FOLKS IN KAMPUNG PERMATANG TENGAH CELEBRATED HARI RAYA


(Left)Senator Mustaffa Kamal or Pak Mus and (Right )kids getting some duit raya from En Wazir, one of the villagers from kampung Permatang Tengah.No YBs' attended because they were busy???


Kids looked at the performance presented by their friends in the village.



CHILDREN IN KAMPUNG PERMATANG TENGAH PERFORMED THEIR TALENTS
Umno said that all the wakil rakyat and ketua cawangan should go to the grassroot and met the people as they had promised to look after the people.Now it is going to be slash back to the Pakatan when all the Yb were busy and didn't send their representative.
The villagers didn't ask for any donation from Ybs or wealthy donaters to carry out their hari raya celebration but they used their own fund to celeberate Hari Raya in their village.

KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIBERI PERANAN LEBIH BESAR




(KIRI) Sdr Vellu Ketua pemuda kelab penyokong PAS Cawangan Pokok Machang(Kanan) S.Ramis Ketua Cawangan kelab Penyokong PAS cawangan.beliau mendakwa mempunyai 80 ahli di cawangan Pokok Machang Tasek gelugor.








OLEH:Amiruddin Ahmad

TASEK GELUGOR-Satu Majlis menyampaikan bantuan kepada golongan miskin kaum India telah di adakan di cawanagn Pokok Machang baru-baru ini.Majlis penyampaian bantuan ini di sampaikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan ahli parlimen Parit Buntar merangkap lajnah hubungan antara bangsa dan kaum ,juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat.Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Pokak Machang saudara Ramis A/l Subramaniam,Sdr Fahmi Ahli Majlis gama Islam dan juga Setiausaha Pemuda PAS merangkap hubungan antara bangsa Tasek Gelugor Saudara Zamri.

Dalam ucapan yang disampaikan, Dr Mujahid menjelaskan bahawa PAS mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyampaiakan bantuan kepada golongan miskin kerana memang itu dasar parti kerana adalah perlu golongan yang terbiar harus diraikan. Seramai 25 orang kaum India menerima bantuan berupa beras dan juga keperluan dapur lain.

Beliau juga menjelaskan bahawa semasa berada di Bagan Pinang , kelab penyokong PAS memainkan peranan penting dalam usaha memenangkan PAS.Malah menurut YB Dr Mujahid lagi ,Umno menjanjikan mereka, kaum India wang apabila memberikan wang kepada pengundi di kawasan estet di Bagan Pinang.

“Malah PAS berjaya menubuhkan pondok panas di dalam kawasan Estet atas usaha ahli-ahli dan kelab penyokong PAS dari kaum India, dan usaha mereka nampaknya lebih hebat dari ahli PAS sendiri terutamanya di kawasan Estet”, demikian jelas beliau dan diberi tepukan gemuruh dari kaum India yang hadir.

“Pendekatan PAS bukan kerana duit, akan tetapi pendekatan PAS adalah sokongan dan harapan agar semua kaum didalam negara bersatu.Kita mahukan sokongan kepada PAS bukan kerana wang.wang boleh habis dan diketika itu jika kita tdak wang ,sokongan kepada kita akan berakhir kerana wang”, demikian jelas YB Mujahid lagi.

Beliau juga memberikan peringatan dan amaran kepada mana-mana parti yang terus menerus mengamalkan fahaman sempit dan menjadi agen dan menindas kaum lain sebagaimana yang terjadi di Selangor ini , bahawa itu bukan aamalan Islam, malah kami islam menghormati agama lain, jika kita menghina agama lain ,agama kita juga akan di hina.Umno telah lama tidak menyelesaikan masaalah di Shah Alam .Bila Pakatan menang , kita mahu mencari jalan dan pindah dan menyelesaikan masalah dan kita memberi alernatif,yang menimbulkan masalah ialah Umno yang menjadikan isu tersebut sebagai sentimen agama dan kerana itu kita kena tolak politik sebegini.

Menurut Dr Mujahid lagi ,Kelab penyokong PAS mempunyai keahlian seramai 20,000 ribu orang dan ini adalah salah satu perkembangan yang baik.Kita juga akan membawa isu untuk menjadikan kelab penyokong PAS sebagai satu sayap parti , dimana ianya juga mempunyai perlembagaan sendiri.Isu ini akan dibawa kepringkatpusat untuk dibincangkan dan kemungkinan dalam masa terdekat atau semasa muktamar akan datang ,jelas Yb Mujahid lagi.

Ditanya berhubung dengan perlantikan Pengerusi Majlis Agama Islama Pulau Pinang yang mana Ustaz Ellias Zakaria bekas Pengarah Pusat Islam USM di perkenan sebagai YDP majlis Agama Islam menggantikan Yb Shahbudin, beliau menjelaskan bahawa pada dasarnya memang kita bersetuju,namun selagi belum ada kertas lantikan kita tidak mahu mengulas berkaitan isu tersebut.

Isu YDP Majlis Agama Islam Pulaua Pinang timbul apabila dalam kempen piliharaya baru-baru ini , Pakatan Rakyat telah menjanjikan kedudukan YDP Majlis Agama Islam akan diberikan kepada calon PAS YB ustas Salleh Man atas kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Namun apabila isu ini tidak diselesaikan akibat Yb Shahbudin dari Umno di sambung kontrak setahun lagi dan berakhir hingga tahun ini, isu ini dibangkitkan semula.

Menurut YB Dr Mujahid “ Atas kepentingan Pakatan , isu ini akan dibincangkan di peringkat pusat untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong.Ianya menjadi sebegini apabila kita mengganggap bahawa apabila isu Shahbudin tidak melepaskan jawatan, kita ingatkan pelantikan Elyas Zakaria selesai sehingga di situ, Pada ketika itu bekas TKM1 Pulau Pinang Mohd Fairus menjadi Timbalan Ketua Menteri.Kini apablla timbul semula isu tersebut, dancdengan perkenan tuanku, kita Cuma akan mengambil langkah jika adanya pandangan diplomasi dipihak ke Bawah Duli Tuanku, kita akan bertemu dan berbincang,Jika tidak, kita akur atas kesetiaan kita kepada ke bawah Duli Tuanku”.

FREEDOM FILEM FEST-ADAKAH BENAR-BENAR MENDIDIK MASYARAKAT?




OLEH:Amiruddin Ahmad

Jika ditanya kepada siapa yang menyaksikan filem-filem yang di tayangkan oleh kumpulan KOMAS ini maka jawapannya ialah ya dan tidak.Ya ialah apabila melakukan cerita ini dalam bentuk filem agar dapat dijadikan sebagai satu bentuk penyampaian kepada masyarakat melalui filem.Walau kita boleh lihat banyak filem-filem terutamanya melalui internet,siaran you tube, namun filem ini diolah dan disusun dan diatur dengan baik untuk memudahkan kefahaman masyarakat apabila menonton filem-filem ini.2 dari file mini pernah saya siarkan dalam akhbar Suara keadilan terutamnya kisah dan gambar rakyat bertempur di Perak dan juga Kayuh apabila 3-4 buah basikal dibakar di Yayasan Aman Penanti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut pengarah KOMAS atau komunikasi untuk masyarakat dan kemanusiaan Saudara Jo Hann Ann, tujuan KOMAS ialah untuk memeberikan satu kelainan , iaitu menyampaikan maklumat yang berlaku di peringkat dalam negara dan luar negara mengenai isu-isu kemanusiaan dan hak asaasi manusia untuk di perbincangkan dengan baik dikalangan masyarakat dan juga sebagai satu bentuk penyampaian maklumat agar ianya dapat di perjelaskan kepada orang ramai akan sesuatu isu yang berbangkit dalam negara terutamanya.


“Namun dalam masa yang sama juga berlakunya salah tanggap dimana pihak berkuasa merasa curiga dengan kami, kerana filem-filem ini adakalanya menyentuh pihak tertentu dan bersikap lebih terbuka.” Jelas Jo Hann lagi.


Kita boleh memberikan filem –filem ini sebagai baik dan memuaskan terutamanya 3 buah filem-filem yang memenangi anugerah filem rakyat yang ditanyangkan ini dalam bentuk rencana dengan fakta misalnya filem No Silver lining:The Perak crisis,karya The-plotted 2009/20 minit yang memenangi FFF2009 Justin Louis Award.Namun Krisis yang digambarkan terutamanya krisis yang berlaku harus di panjangkan sedikit terutamanya di hadapan masjid Ubudiah dimana disinilah kuasa rakyat digambarkan sebagai tidak pernah terjadi sebelum ini apabila rakyat benar-benar bertempur dengan pihak berkuasa secara berdepan dan rakyat begitu berani ketika ini.

Filem Al fatehah untuk Memali karya Rahmat Haron pula adalah pertemuan dengan saksi-saksi yang masih berada ,sahabat,isteri dan juga rakan kampong di Memali dimana Sdr Black Amin Iskandar menemubual saksi-saksi kejadian Memali.Filem ini juga mendapat anugerah FFF2009 Justin Louis Award.





Manakala Filem ke 3 pula ialah filem Kayuh , karya Soh Sook Hwa dengan membawa 6 mesej utama untuk dihantar ke Parlimen .Antara mesej ialah perumahan selesa untuk rakyat dan juga pekerja ladang, hapuskan ISA,kawal harga barang,hentikan penswastaan,gubal akta gaji minima,pulihkan pilihanraya masjlis tempatan.

Sayangnya kes dan kejadian basikal di baker di Yayasan Aman tidak sempat dirakam kerana menurut maklumat dari pihak penganjur mereka kehabisan bateri di ketika itu ,namun hanya ada gambar-gambar dari kemera yang ada.ini antara cabaran paling teruk dihadapi pengayuh.

Kes ini dilihat sebagai satu kes yang agak melucukan apabila para pengayuh di saman,termasuk penganjur,juga 150 pemeriksaan dan sekatan polis sepanjang kempen Kayuh ini.ianya dapat menarik minat dan simpati masyarakat terhadap kempen yang dianjurkan ini.


Namun ada juga filem-filem yang menimbulkan perdebatan yang hebat jika di lakukan secara terbuka dan jika ramai yang mau menontonnya ,misalnya JIHAD FOR LOVE ,arahan Parves Sharma, warga Pakistan dimana di kisahkan bagaimana seorang imam di Afrika selatan yang mempunyai anak, namun seorang homoseksual.dan dalam satu perdebatan, beliau dikatakan menggunakan fikiran dan andaian sendiri menyalahkan takdir yang di tempuhi beliau dan jika disalah tafsirkan ianya boleh membawa kepada murtad.namun beliau menjelaskan bahawa Jihad yang beliau lakukan keatas diri beliau adalah jihad untuk mengawal nafsu ,namun masih belum berjaya.Disinilah ada sedikit keraguan apabila beliau mempersoalkan takdir Tuhan ini.

Imam tersebut juga jelas telah di pecat,dan dalam satu perdebatan dengan salah seorang alim ulama yang didatangkan khas untuk kes beliau , jelas imam ini mempersoalkan bahawa beliau berusaha dengan berpuasa,80 hari setahun,bersembahyang, namun sikap beliau tidak diubah oleh Tuhan menjadi normal,dimana sejak berumur 15 tahun beliau mula merasa kelainan apabila minat kepada kaum sejenis.Penjelasan dari ulama tersebut ialah manusia tidak boleh memutuskan hokum berdasarkan kepentingan peribadi kerana Quran adalah jelas sebagai petunjuk untuk umat islam.

Juga kisah lesbian yang dipaparkan.Filem ini harus ditayang dengan berhati-hati kerana ianya melibatkan agama islam yang sepatutnya di perhalusi lagi bagi mengelak ianya di manipulasi oleh pihak yang tidak faham apa itu agama islam yang bersifat universal.ianya seolah-olah mengaitkan agama dan juga kejadian alam yang berlaku keatas manusia sebagai ditentukan Tuhan dan Tuhan tidak mahu merubah seseorang itu?

Ini akan menimbulkan tanggapan negative keatas agama islam itu sendiri apabila hokum akal digunakan dalam kes lesbian dan juga homoseksual dan seolah oleh lesbian dan juga homo ini dikalangan umat islam adalah sesuatu yang dianggap sebagai luar biasa.Ada kaedah –kaedah rohani yang boleh dilaksanakan jika dilakukan dengan sempurna.namun ianya sesuai ditonton dan di perbincangkan dengan lebih terbuka berkaitan hokum keatas golongan ini.

Cerita lain bersifat dokumentari dan juga pendedahan mengenai kaum Penan di Sarawak ,Akhan di Utara Thailand .keduanya hapir sama , malah jika dilihat dalam kes kaum Akhan pula ianya mengenai mubaligh Kristian yang berusaha mengkristiankan kaum pribumi ini dengan memberikan makanan dan pakaian dan anak-anak kecil pula di manipulasikan untuk kepentingan para pemodal, dan bagaimana pemodenan akhirnya merosakkan alam sekitar dan akhirnya golongan ini terpaksa menerima perubahan.

Kisah ini memaparkan bagaimana seorang warga Sweden Tomas Ryska yang akhirnya mendapat geran dari United Nation bagi meneruskan pengajian dan juga kajian beliau keatas penduduk pribumi Thailand dan filem ini agak menarik kerana adanya unsur cemas apabila beliau di kejar oleh pihak berkuasa yang rasuah untuk mengelakkan filem dokumentari ini dari di sebarkan.

Pada umumnya festival filem ini patut di perluaskan lagi ke Bandar-bandar si seluruh negara kerana ianya dapat memberikan pendidikan dari segi kemanusiaan dan juga menjadi satu bentuk penyampaian pengetahan melalui medium baru iaitu filem dekumentari yang agak bebas dari suntingan dan juga membicarakan sesuatu isu untuk kefa

KERAJAAN NEGERI MEMBANTU PENIAGA KECIL




OLEH:Amiruddin Ahmad

Pulau Pinang Kerajaan negeri Pulau Pinang ,baru-baru ii telah melancarkan skim Bantuan tanpa faedah ala TEKUN untuk peniaga kecil.Majlis penyerahan cek telah diadakan pada 7 Oktober baru-baru ini.Skim yang dinamakan Iktiar Saksama Rakyat disampaikan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang Yb Lim Guan Eng melalui cek .Dalam ucapan pelancaran yang disampaikan lagi oleh YB Lim Guan Eng beliau ,menjelaskan bahawa objektif utamanya ialah untuk menambah pendapatan, meningkatkan wang simpanan dan penambahbaikan ,keperluan asas sasaran wang asset para peniaga kecil yang terpilih.Golongan sasaran yang diberikan ialah .fakir,ibu tunggal, dan golongan cacat.

Bagi tujuan ini, pihak PDC dan USM mengikut modul Pinjman Micro Pinjaman USM dengan tema “Perbankan Golongan Keterbawahan dan Kelestraian Simpanan Hari Esok”. Keperluan ini diberikan kepada peniaga kecil dan bantuan ini diberikan mengikut apa keperluan dan corak perniagaan mereka.

Pinjaman tanpa faedah ini dibayar melalui nama PPSR iaitu maksima sebanyak RM 5000 dimana tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Menurut Prof Shukur semua peserta dikenal pasti melalui Jabatan Agama dimana kita dibantu oleh pelajar USM. Phd.

Pinjaman ini dibawah PTSR, pinjaman tabung simpanan rakyat dimana jumlah pinjaman maksima RM5000 1 1.5 juta dari kerajaan negeri dan 1.5 juta dari PDC dengan cara PDC membeli geran .Jumlah keseluruhan adalah sebanyak Rm3.00 juta ringgit.

Pembahgian juumlah pinjaman ini adalah terbahagi kepada 1.25 Juta kepada golongan peniaga kecil RM1.25 juga kepada orang miskin dan ibu tunggal,manakala masing-masing 0.25 juta lagi kepada golongan cacat dan juga fakir miskin yang membawa jumlah sebanyak RM3 juta.

Seramai 40 orang pertamayang menjadi perintis telah menerima cek pada 7 Oktober baru-baru ini terdiri dari berbilang bangsa, iaitu kumpulan peniaga-peniaga kecil telah menerima dan ijabkabul pinjaman .Pinjaman bagi kumpulan pertama ini telah digunakan dengan sepenuhnya dan hanya tinggal 3 golongan lagi yang akan diberikan secara berperingkat.Kerajaan negeri menaruh harapan kepada semua penerima agar dapat menggunakan pinjaman dan berusaha menambahkan wang simpanan serta meningkatkan keperluan hidup.

Menjelang akhir tahun ini dengan mematuhi PKI golongan sasar, sasaran untuk meningkatkan keperluan asas golongan ini akan dapat dicapai.Menurut Prof Shukur Kasim ianya adalah bertujuan membantu kumpulan ini.Pertamanya agar mereka menukar kepenyewaan asset kepada pembelian asset perniagaan ,3 aspek pemnilaian ialah kesesuain kegiatan pinjaman, kesesuaain saiz yang di pohon dan kemampuan bayaran bailik .aspek ini digunapakai bagi merancang membantu golngan ini.Ditanya bagaimana orang ramai mahu meminjam, menurut prof shukur, terdapat 3 orang penyelia yangakan mencari golongan yang disasarkan.Selain itu ada juga selain itu juga pinjaman ini diberikan kepada pihak yang ingin belajar keperingkat Sarjana dan juga Phd.






AMK SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA KAUM INDIA SEMPENA DEEPAVALI






PERMATANG PAUH-AMK Cabang Permatang Pauh telah mengadakan lawatan dan ziarah dari rumah ke rumah kaum India terutamanya bagi ibu tunggal dan juga yang tidak berkemampuan apabila munculnya hari Deepavali yang semakin dekat.Program anjuran AMK ini diketuai oleh Ketuanya Sdr Amir Ghazali dan juga AJK AMK cabang Permatang Pauh.

Program AMK ini berterusan dari masa ke semasa menziarahi kaum India dan juga lain-lain kaum apabila munculnya sesuatu perayaan.Menurut Sdr Amir Ghazali lagi,perayaan Deepavali yang semakin dekat ini akan memberikan sinar buat kaum India yang kurang berkemampuan apabila bantuan yang diberikan ini kepada 20 penerima sumbangan bantuan hari Deepavali pada kali ini.Mereka semua adalah ibu tunggal yang patut mendapat bantuan.

Salah seorang yang menerima bantuan ialah Gayatri A/P Subramanian 64 tahun berterima kasih dengan bantuan yang tidak dijangka ini kerana menurut beliau ini adalah kali kedua beliau mendapat bantuan ini .Sebelum ini beliau tidak pernah menerima bantuan walau dari MIC sekali pun.


Pn Subhashini A/P Muruga juga menjelaskan bahawa beliau bersama anak-anak akan menyambut dengan ala kadar seperti tahun-tahun sebelumnya kerana menjadi kebiasaan bagi mereka menyambutnya dalam keadaan sederhana.beliau yang kematian suaminya mendakwa tidak pernah endapat bantuan sebegini.Ini adalahkali kedua ia mendapat bantuan. Sebegini.

SIAP SEDIA UNTUK PERSEMBAHAN MALAM ALIRAN


GAMBAR:ALIRAN
Majlis Makan Malam akan di adakan pada minggu hadapan dan satu persembahan dari ahli ALIRAN akan diadakan.Kumpulan in menggelarkan diri mereka ALIRAN SINGERS.....MEREKA KEMBALI SELEPAS 2 TAHUN TIDAK BERSATU DAN NYANYIAN ADALAH BERKISAR KEPADA SITUASI DALAM NEGARA.JAMUAN AKAN DIADAKAN PADA MALAM 24 OKTOBER INI.

LAGI SOAL MAHASISWA-SAMPAI BILA MINDA MAHASISWA MAHU DIKONGKONG

Tindakan disiplin terhadap
Mahasiswa UM

| Oct 14, 2009 01:01:24 pm

Saya kecewa dan sedih apabila dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya yang diambil tindakan disiplin kerana melakukan "jenayah" mengundang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk saya bagi mengisi undangan mereka di kampus.

Tiga orang pimpinan mahasiswa yang cuba didakwa melakukan jenayah tersebut adalah Haafizuddin Abirerah, 24 dan Abu Ubaidah Amir Abd Malek daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta Chang Keng Fai, 21 daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PMCUM).

Ketiga-tiga mahasiswa ini dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti. Mereka telah dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Dakwaan ini adalah rentetan daripada keputusan PMIUM menjemput saya bagi merasmikan Program Muktamar Tahunan mereka pada Februari lepas, manakala PBCUM telah menjemput Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok sebagai pengadil debat mereka pada Ogos lepas bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kota Melaka MCA Wong Nai Chee dan wartawan Koh Kok Wee.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti ini adalah amat mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti. Tindakan ini secara jelas bercanggah dengan kebebasan akademik dan juga hak untuk berpersatuan. Saya secara telus menyatakan bahawa tidak ada yang saya sampaikan dalam ucapan saya yang menggangugugat keselamatan awam dan negara.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti ini adalah mungkin disebabkan pandangan mereka yang merasakan bahawa saya dan Teresa tidak layak untuk menyertai program universiti tersebut. Namun demikian sentimen ini adalah meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan the School of Oriental and Asian Studies, London, selain IPT UNISEL dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Insiden ini menyentuh saya secara peribadi memandangkan sebelum ini berlaku sabotaj dalam program tersebut dan kini PMIUM berhadapan dengan risiko didakwa jenayah universiti membabitkan saya. Ini secara jelas bercanggah dengan prinsip keadilan.

Saya kemudiaannya terpaksa membuat sidang media dengan harapan umum mengetahuinya dan pada masa yang sama saya telah menulis surat secara peribadi kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Malaya. Selain dari jawapan daripada Kementerian bahawa mereka akan menyiasat aduan saya, tiada tindakan lanjut. Peristiwa ini membuktikan keadaan pendidikan Malaysia masih tidak banyak berubah di sebalik keyakinan yang digambarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini.

Tidak kira apakah perasaan peribadi pihak berkuasa terhadap saya dan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan perjuangan kami, tidak wajar mereka menjejaskan masa depan tiga mahasiswa berpotensi ini.

Saya dengan ini menggesa dan menyeru pihak pentadbiran universiti untuk menggugurkan segala tuduhan terhadap ketiga-tiga mahasiswa ini. Saya juga ingin merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin untuk campur tangan dalam hal ini atas nama keadilan dan kebenaran.

*Kenyataan akhbar oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

ANALISA AWAL

BAGAN PINANG:
ANALISA AWAL USTAZ IDRIS HAJI AHMAD 13/10/2009

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan Umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka.


Sejarah tidak akan boleh dipadamkan Umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan. -Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad.


Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau -Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman. -Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada Umno.

Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang. -Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada Umno. -Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah. -Undi pos yang tidak dipos adalah simpanan tetap Umno dalam pilihanraya -


Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan PAS sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli Umno 3017 orang. -Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada Umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan Umno dalam pilihanraya. -


Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam Umno untuk membodohkan rakyat. -Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar. -

Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno.. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi PAS, tetapi takut menzahirkan diri. -


Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan Umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada PAS. -


Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang. -Sokongan Kelab Penyokong PAS yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008 -


Usaha gigih ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas PAS dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samseng Umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong PAS sama ramai. -

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli PAS. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

KHAS PERHIMPUNAN UMNO

PELANCARAN ALBUM DRUR MEOR OLEH PAK SAMAD


PELANCARAN AKAN BERLANGSUNG PADA
17 OKTOBER 09
SABTU MALAM JAM 8.12 PM
DEWAN MPJA AU2 KERAMAT ULU KELANG
PELANCARAN OLEH A.SAMAD SAID

DEI.....PEEEEERAHHH.......


Ikrar Pemuda sekat Anwar jadi PM Oct 14, 09 10:35am



Yang hangpa dok takut sangat dengan anwar ibrahim ni pasai apa????aku pun tak paham.Perjuangan hangpa ni nak hentam anwar ibrahim ka,atau nak bantu melayu atau memang hangpa takut kalau-kalau Anwar jadi perdana menteri hangpa dok dalam.

Mesyuarat kata nak berubah...jadi buat la macam nak berubah.Ni bukan macam nak berubah.Cakap berdentum dentam,balik mesyuarat kira berapa percen mau dapat????

Pakai tak jadi la...............


Esok lusa pemuda PR buat pulak usul kira berapa harta wakil umno ada .terutamanya yang dok cakap.....he...he....he...


'Tambah jawatan senator untuk Pemuda'


Keng...keng..keng ...minta juga dalam nak berjuang ....cakap berapi-rapi...nak berubah nak itu..nak ini...orang masa mesyuarat mengenai parti ,bincang hala tuju parti,bukan hentam anwar ibrahim soqang.Maknanya umno la ni nak lawan dengan anwar ibrahim....

UCAPAN TPM -UMNO PERLU BERUBAH




>

SAMAN FITNAH 2 KOLONEL

Saman fitnah dua Kolonel ATM terhadap Raja Petra
13/10/2009 4:29pm


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 11 Februari 2010 pengurusan lanjut kes saman fitnah yang dikemukakan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bagi menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.


Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Norhatini Abdul Hamid untuk plaintif dan defendan menyediakan ikatan dokumen.

Pada 22 Julai 2008, Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isteri, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Raja Petra untuk menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang kerana didakwa membuat akuan bersumpah yang berunsur fitnah dengan mengaitkan mereka berdua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Writ saman tersebut difailkan oleh peguam mereka, Sugandra Rao Naidu daripada firma guaman, Tetuan Gan, Rao & Chuah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Defendan diwakili peguam J. Chandra

Dalam artikel tersebut,Raja Petra menjelaskan bahawa kedua mereka yang dikatakan sebagai pasangan suami isteri adalah pakar dalam C4, manakala Kolonel Norhayati dikatakan bekerja dengan Rosmah sebagai pembantu peribadi beliau,malah dalam dikatakan kolonel Aziz Buyong dikatakan pakar dalam C4.

HANTARKAN BANTAHAN ANDA KEPADA CENCELOR UM BANTAH TINDAKAN TERHADAP PELAJAR

There is some update on the case. Eight students were charged by the University Malaya (UM) authority under Universities and University Colleges Act (UUCA) with the reason that inviting "outsiders" to events organized in the university.


Six of them are from UM Chinese Language Society while two of them are from Islamic Students Organization (UM Persatuan Mahasiswa Islam). They were asked to attend an inquiry on 12/10/2009 (Monday), 11.30am to determine if action is to be taken against them for violation of rules and regulations of the university.


Please call, fax or email the sample letter below to Vice-Chancellor of UM to show your concern.


To:
Y. Bhg. Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon
Vice-ChancellorUniversity of Malaya50603 Kuala LumpurMalaysiaTel. No.: 03-7967 3213 / 3510 / 03-7956 8400Fax No.: 03-7955 2975Email: vc@um.edu.my <mailto:vc@um.edu.my> / ghauth@gmail.com <mailto:ghauth@gmail.com>



They were asked to attend an inquiry on 12/10/2009 (Monday), 11.30am to determine if action is to be taken against them for violation of rules and regulations of the university.

We strongly feel that the UUCA charge should be withdrawn because:



*a) **The six students have done nothing wrong. They were only organizing a debate competition that provides a platform for intellectual discussion on current national issues. *

*b) **Student’s organizations should enjoy autonomy in the campus to organize activities. The university authority should respect the autonomy of students and stop intimidates the university students for any activities. *

*c) **The charges are unreasonable and politically motivated. The university authority intends to suppress student activities and spreading white terror in the campus. This action is against student’s freedom of expression.*
* *
* *
*Background of the incident:*

On 8th September 2009, debate team under University Malaya Chinese Language Society has organized a debate competition on politics in the country. They have invited a few politicians to debate on the recent political development in Malaysia. Those politicians include Victor Gu and Teo Nie Ching. The organizer also invited Teresa Kok (Seputeh MP), Wong Nai Chee (MCA central committee member) and political commentator, Koh Kok Wee to be the judges for the debate competition.

Before the debate competition start, the organizer has been given warning by the Students Affairs Department through telephone. The reason given is that debate is politically oriented. However, the debate competition managed to carry on.

On 7th October 2009, five of the university students that involved in organizing the debate competition and the president of University Malaya Chinese Language Society, Saw Yee Fung were given summon letter. They were asked to attend an inquiry on 12/10/2009 (Monday), 11.30am to determine if action is to be taken against them for violation of rules and regulations of the university.

*Violation of student freedom and autonomy*

By charging the six students under UUCA is a form of suppression on university student autonomy. University students should be granted the freedom to organize activities that promotes intellectual discussion and critical thinking. The role of university is to provide environment that is conducive for activities to take place. In fact, the university should encourage more activities like this. This will enable more students to understand and participate in the recent national development.

It is also the freedom of university students to choose which guests to invite for an activity. Therefore, when the six students are charged for inviting "outsiders" to judge a Chinese language debate competition, it clearly violated the student autonomy. The ground given by the university authority does not stand because over the years, UM have invited many ministers, politicians and well-known personalities to attend events at UM. This clearly showed that there is double standard in this case.

Moreover, the university authority intends to suppress students with hidden agenda. All the suppressions are politically motivated. This is because after the debate competition has ended for 1 month, the university authority only takes action against the 6 university students. Therefore, we have the reason to believe that the suppression is getting worse especially near to campus election. The purpose of this action is to spread white terror to the students and restrict the freedom enjoyed by the university students.

*Demands*
Hence, DEMA calls upon authority of UM to withdraw any disciplinary charge from them immediately. DEMA also urges the authority of UM to respect the students autonomy.


*What Can You Do?*
1. *Fax the sample letter below to UM authority immediately.*
* *
*UM Vice Chancellor’s Office:*
*No. Fax: 03-7955 2975*
*Email: pej_nc@um.edu.my <mailto:pej_nc@um.edu.my>*

UNDI DIGARI PUNCA KEMENANGAN BESAR-MSO

Saya percaya berdasarkan pencapaian pilihan raya lalu, undi tentera akan turut mengalir ke dalam peti undi Pas. Kalaupun tidak mencecah sampai 50 peratus tetapi 30 peratus mungkin ada. Seperti mana diketahui dan didakwa Pas, tentera yang berhak mengundi dan berada dalam kem hanya sekitar 1,200 sahaja. Manakala selebihnya tidak diketahui ke mana mereka dan undi mereka misteri.

Ini bermakna undi tentera yang benar-benar bebas dan terbuka sebanyak 1,200 undi saja, manakala selebihnya yang sudah digari untuk UBN. Daripada undi pos Pas hanya mendapat 601. Kemungkinan undi itu ialah daripada 1,200 tentera yang mengundi sendiri itu. Manakala undi tentera yang selebihnya sebanyak 3,000 lagi semuanya melayang tanpa izin ke dalam peti undi UBN ataupun ditukar dengan sejumlah wang?

Seandainya undi sebanyak 3,000 lagi diberikan kebebasan, mungkin Pakatan dapat meraih sekurang-kurang 30% daripada jumlah itu. Kalau Pas dapat undi sebanyak itu ini bermakna Pas mendapat 1,000 undi lagi. Jika dicampurkan undi ini dengan undi yang Pas perolehi hari ini, 2,578 bermakna undi Pas ialah sebanyak 3,578.

Kalau ini berlaku bermakna Isa tidak akan dapat undi sebanyak 8,013. Paling-paling Isa hanya mampu meraih undi sebanyak 6,500 saja. Jadi undi yang boleh dianggap relevan dan rasional untuk kedua calon hari ini ialah, Isa sekitar 6,500 undi manakala Pas disekitar 3,500 undi. Dengan angka ini majoriti yang berhak diraih Isa sekitar 3,500 saja.

Pencapaian ini pun dikira tinggi, tetapi ia masih lagi dalam lingkungan logik dan rasional.

Justeru kepada penyokong UBN jangan terpengaruh dengan majoriti tidak rasional itu. Dalam perkiraan politik, kalau UBN dapat 3,000 undi, ini bermakna mereka (Pakatan) memerlukan kira-kira 1,500 undi sahaja lagi untuk mengatasi UBN. Kelebihan 1,500 di pihak UBN itu bolehlah disimpulkan undi peribadi Mohd Isa di Bagan Pinang dan bukan undi untuk UBN.

Kesimpulannya kalau undi pos bebas dan bukan Mohd Isa yang menjadi calon, UBN mungkin akan terus menangis, dan pilihan raya itu akan dimenangi oleh Pakatan.

KERAJAAN NEGERI MENAIKKAN SATU PAPAN TANDA ANTI ISA

SEBUTAN WARAN TANGKAP RAJA PETRA

Sebutan waran tangkap Raja Petra 11 November

12/10/2009 11:30am


PETALING JAYA 12 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 November ini sebagai tarikh akhir sebutan waran tangkap ke atas Raja Petra Kamarudin dan notis tunjuk sebab kepada isterinya selaku penjamin.
Raja Petra yang sedang dibicara di bawah Akta Hasutan hilang lebih enam bulan lalu sewaktu perbicaraan masih berjalan.

BAPAKU YB-Tahniah Isa Samad atas kemenangan besar


bapaku seorang yb di negara demokrasi,

joget dan zapin dia tahu menari,

hari-hari meeting hari-hari outstation sampai pagi,

konon menghargai kesetiaan para pengundi

yang menilainya dipilihanraya


di atas pentas dihadapan rakyat,

orang-orang kampung jauh terpencil

lidah bapaku petah bersilat,

uratnya tegang,matanya terjegil,


bapaku pakar pintar teori,

mulut berbuih mata melilau,

bersembur serapah segala jampi,

orang orang kampung batunya hijau


kisah sejarah dan hadis nabi

jadi hafalan bapaku bistari,

rakyat marhaen ditabur janji


tiada siapa tahu bapaku gaji bermata dua,

sondol sana sondol sini,

dia main tutup mata,

orang-orang kampung terlopong,

melihat dengan mata terbuka


bapaku yb dinegara demokrasi,

aku anak bertuah tidak pernah mengundi

diajarnya aku berotak pintar,

untuk hidup mesti terlebih ajar,


oh alangkah bertuah aku anak bapa

bapaku yb aku penyangak,

masing-masing putar belit,

masing-masing pintar teori

masing-masing isi tembolok dan perut sendiri,


bapaku yb dinegara demokrasi,

jadi yb tidak habis-habis berkelahi,

bapaku yb dinegara demokrasi,

di parlimen tidak habis-habis kena maki


Sajak Pyan Habib

Lagu Meor....

ONG TIDAK PERCAYA,CHUA TERLEPAS JAWATAN-DUA-DUA KALAH

Ahli MCA bijak membuat keputusan.Tak macam ahli Umno.Ong Tee Kiat di undi tidak percaya sebagai Presiden, manakala keputusan pemecatan Chua pula di bantah,namun beliau juga terlepas jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Maknanya Chua memang tidak layak menjadi timbalan, manakala pemecatan beliau ala DSAI tidak diskong oleh ahli MCA.

Ahli Umno,ikut macam lembu sahaja.Kaki rasuah pun dilantik menjadi wakil.Betapa tak cerdiknya politik orang Melayu.Ahli Umno tidak memandang jauh kehadapan kerana ,ianya bukan sahaja merugikan parti tersebut yang tidak mahu menerima generasi baru dalam parti dan orang bijak mewakili mereka, ahli Umno mahukan yang sedia ada menjadi wakil walau terpalit dengan rasuah dan ketidak cekapan.

DUA RESOLUSI DIGUGURKAN-KEMENANGAN CHUA TERBAYANG

UPDATES 10.10.2009

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini menggugurkan dua daripada lima resolusi yang diumumkan sebelum ini.

Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong berkata, dua resolusi tersebut adalah membatalkan sebarang pelantikan jawatan Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat (CC) MCA dan tiada tindakan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memanggil EGM diadakan.

Beliau berkata, tiga resolusi yang akan diundi oleh perwakilan pusat adalah usul undi tidak percaya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, mengembalikan keahlian bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.

KRISIS MCA-UNDIAN BERMULA

UPDATES 12.00/ 10.10.2009

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Proses pengundian untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA bermula pada pukul 10.33 pagi ini di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.

Sebanyak 2,307 perwakilan pusat MCA hadir pada EGM selepas proses pendaftaran ditutup pada pukul 10.30 pagi tadi.

Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong memberitahu, sebanyak 96.93 peratus daripada 2,380 perwakilan pusat MCA hadir mengundi pada EGM kali ini.

Krisis bermula apabila Ong Tee Kiat memecat Datuk Chua Soi Lek dalam satu usul yang dianggap Chua sebagai tidak telus. Chua kemudian yang dikatakan mempunyai 45-50% penyokong mendesak agar satu EGM luar biasa di adakan dan menyatakan bahawa Ong harus melepaskan jawatan kerana skandal PKFZ.



LIHAT VIDEO INI.MAMAK AZEEZZ TAK KENA TUMBUK PUN

Lagi video bukti Azeez tidak ditumbuk didedah

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Beberapa laman blog hari ini menyiarkan rakaman video mendakwa Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditumbuk sewaktu melalui kumpulan penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK DUN Bagan Pinang, 3 Oktober lalu.




Video sepanjang 45 saat yang dimasukkan ke dalam laman video popular Youtube itu memaparkan Abdul Aziz bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'. Rakaman amatur tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kekasaran berlaku dan turut kelihatan pihak keselamatan berkawal dan meminta para penyokong PR bertenang. Untuk lebih jelas, keseluruhan video tersebut di ulang dengan suntingan gerak perlahan.


Rakaman di dakwa milik sebuah laman web itu disiar di internet sejak dua hari lalu dan sudah ditonton hampir 3000 penonton. Ianya boleh dicapai dengan mencari tajuk 'PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul???' pada carian Youtube.

Abdul Azeez sebelum ini mendakwa telah ditumbuk semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang sehingga mengemparkan seluruh negara. Dia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, mendakwa dipukul oleh sembilan penyokong PAS lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas. Harakahdaily sebelum ini turut menyiarkan beberapa keping gambar yang diterima, juga menunjukan tiada sebarang insiden kekasaran dilakukan penyokong PAS terhadap Abdul Aziz.

PAS menyifatkan Abdul Azeez berbohong sehingga ada bukti yang menjelaskannya. Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) pula masih membuka tawaran RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk atau dicederakan. Tawaran tersebut bagaimanapun akan berakhir jam 12 malam, 10 Oktober ini. Harakahdaily

Waytha on the future of Hindraf

INVITATION PRESS FROM MAKKAL SAKTHI

Invitation to Press and Media Malaysia Makkal Sakti Party

The Inaugural Launch Malaysia Makkal Sakti Party and its first AGM will be proudly officiated on 10th October 2009 by Prime Minister YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

We are proud that the Prime Minister had accepted the invitation in the capacity as the nation’s premier.Below are the details of the event

DATE : 10 OCT 2009 ( SAT)
TIME : 10AM – 2PM
VENUE : DEWAN PAMERAN, MAEPS, MARDI, SERDANG


We are pleased to invite all the media and press to attend this historical movement in the Malaysian Indians political landscape. Please register at the PRESS registration counter to collect the pass and other materials of the party and its resolution.Special preparation are made for the media and press. Your presence is our honor and we believe in freedom of speech.Vaalge Makkal Sakti !

Kannan Ramasamy Secretary General
Malaysia Makkal Sakti Party
010-2177-488

FREEFILM IN PENANG

Just a reminder to catch the 23 fantastic films being shown at FreedomFilmFest02009 in Han Chiang College, Penang starting this Friday.

Not to be missed films include:

Friday 8pm : AT STAKE - a film produced by Nia Dinata, fantastic profiles and taboo subjects that we face in msia as well.Great feminist piece.

Saturday 4pm : BURMA VJ - award winning film about video journalist inside burma - will take ur breath away and bring u to tears ;)

Sat 8pm : FFF2009 winning films - on Memali incident(seems folks are coming from Memali, Baling for this; on Perak political situation and; the winer of The Most Outstanding HR Doco., a film on the JERIT bicycle campaign by Soh Sok Hwa, a USM Mass Comm graduate. All filmmakers will be present.

Sun 11pm : FLOW - an eye opening film that will surely make u think differently about water


Sun 5pm : PRISONER OF A WHITE GOD - dramatic doco on HR abuses faced by indigenous peoples in Thailand and Laos.

Sun - 8pm : JIHAD FOR LOVE - its incredible!! brings light to struggling homosexual muslims in some parts of the world. Done beautifully,sensitively and respectfully.

For full listings and synopsis, pls go to http://freedomfilmfest.komas.org
And pls pass the invite and info to your friends/students/colleagues as well.
regards

VIDEO PETUGAS DI PUKUL

SOSIAL- KEJADIAN ANEH MAKIN NYATA-PENEMUAN IKAN DUYONG



guess we have seen mermaids in fairy tales....but this one found in real life after the hurricane hit north coast of Sabah, Malaysia, believe it or not..u decide


Isu ini sengaja dibawa didalam kesibukan kita dalam kempen pilihanraya Bagan Pinang.baru-baru ini kes sejadah bersolat dikatakan terjadi di beberapa tempat.Terbaru di Permatang Pauh.







SAIFUDDIN CABAR KHAIRY TERUSKAN SIASATAN BERHUBUNG KES ANWAR


Pengarah pilihanraya PKR pusat Saifuddin Nasution Ismail hari ini mencabar Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya meneruskan hasrat beliau untuk mengarahkan pihak polis menyiasat semula kes berhubung pendedahan timbalan gabenor Bank Negara Datuk Murad berhubung kenyataan beliau mengenai DSAI yang dikatakan mempunyai wang berjumlah 3 billion pada tahun 1999.

Abdul Murad keudiannya menarik semula kenyataan beliau dengan berbagai alasan , namun ketua pemuda umno tersebut menjelaskan bahawa pihak polis harus meneruskan semula siasatan berhubung dakwaan tersebut demi kepentingan awam.


Menurut Saufuddin lagi, dalam satu sidang akhbar,menjelaskan "memang kami menyetujui pandangan ketua pemuda umno bahawa semua pimimpin harus bersih sebersihnya, bukan hanya Anwar sebagai seorang pemimpin pembangkang tetapi semua pimpinan dan ahli politik".


Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, kemudiannya menjelaskan bahawa beliau juga akan membuat semula laporan terbaru mendesak agar dilakukan semula siasatan ke atas Abdul Razak Baginda yang dikatakan CEO syarikat Perimakar Bhd yang menjadi orang tengah di dalam kes penjualan senjata dan pembelian kapal selam dari Perancis.Kes ini membuka mata umum apabila syarikat beliau yang dikatakan menerima komisyen di atas pembelian kapal selam tersebut.

Saifudin juga kemudiannya menjelaskan bahawa Khairy juga akan disiasat berhubung bagaimana , beliau yang masih baru dalam dunia politik , menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi , mengambil kesempatan untuk membeli saham ECM Libra Avenue Bhd.

Kahairy dikatakan membeli sebanyak 1.23% ECM Libra Avenue Bhd pada harga 71 sen sesaham bernilai RM10.2 juta saham pada disember 2005 dan kemudiannya apabila dikritik beliau dengan segera menjualnya dengan harga 65 sen sesaham pada 11 Ogos 2006.


"Kami mememang mengalu-alukan Khairy Jamaluddin melakukan laporan,Untuk memastikan semua ahli politik bersih , malah rakyat begitu mengharapkan wakil rakyat dan ahli politik dalam negara bersih dan ini memberikan kami peluang untuk mengulangi semula laporan dan mengkajinya semua kes-kes yang pernah kami laporkan", demikian jelas Ahli Parlimen Machang lagi.

Saifuddin juga sempat bertanya dimana Khairy mahu melakukan laporan dan beliau sendiri akan mengiringi Khairy Jamaluddin untuk membuat laporan tersebut.




Dalam satu kenyataan pada 6 Oktober lepas, menurut Khairy, Pemuda Umno akan melakukan laporan terhadap apa yang didakwa Anwar mempunyai 3 billion ringgit sebagaimana yang didakwa Datuk Murad dan mahukan kes tersebut di semak semula dan dilakukan siasatan.




"Ini adalah kes yang cukup serius , dan kami mahukan ianya disiasat dan sama ada ianya benar sebagaimana yang didakwa , dan apa kah langkah seterusnya yang harus di ambil bagi meneruskan siasatan ", demikian jelas Khairy dalam kenyataan beliau pada 6 Oktober.


Ketua pemuda tersebut menjawab satu kenyataan yang disebut oleh Datuk Nalla Karuppan dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak sumber kewangan.Nalla kemudiannya menentang Anwar akibat tidak dilantik sebagai calon DUN Ijok.

KEGANASAN :UMNO GAGAL KAWAL PENYOKONG.PARTI YANG SEMAKIN REPUT AKAN DITOLAK RAKYAT









Keganasan menjadi-jadi untuk Umno.Kita tidak mahu hal ini berlaku.Kerana sebagai parti yang memerintah pada pilihanraya ke 13 nanti, sikap sebegini dilihat tidak bertamaddun.

CORRRUPTION IS CORRUPTION-ALIRAN MEDIA STATEMENT


Aliran media statementhttp://www.aliran.com/
Corruption is corruption!



Corruption is corruption, Mr Prime Minister. There are no two ways about it. You cannot minimise the crime by camouflaging the offence under some other label. Neither can you make it disappear by simply declaring “that the offence committed by Isa was not an offence under the law”.



It is not true that Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad only breached party ethics. That would be a lie. He was found guilty of indulging in money politics to secure his victory in the Umno party elections for the post of Vice-President in 1994. He won the post with the highest number of votes. In fact, he wasn’t satisfied with the number of votes he garnered. He then quipped that he expected to win his position with an even higher majority!




Following his victory, complaints were lodged with the Umno Disciplinary Board accusing Isa of having resorted to money to secure his victory. The Disciplinary Board instituted an investigation to probe into the allegations of money politics. It called up witnesses to collect evidence and establish proof of the allegation. Isa was given ample opportunity to defend himself. After what must be deemed as a very thorough and fair investigation, the Disciplinary Board found him guilty. He was stripped of his position and suspended for six years, a two-term period. On appeal, his sentence was drastically reduced to three years, a 50 per cent reduction.



Isa was such a powerful force within Umno with wide ranging influence. It would have been very difficult to find such a personality guilty but the evidence surely must have been overwhelming that the Board had no other alternative except to convict him. Eminent people sat on the Disciplinary Board among whom were Tan Sri Zaki Azmi, the present Chief Justice, and Tengku Ahmad Rithaudeen, a one time long-serving cabinet minister and lawyer. So the verdict has total credibility and substance to quash any question of impropriety in their decision.



For the PM to claim that the offence was merely a technical one and that it was not an offence under the law is preposterous. Money politics is a criminal offence, it is an act of corruption, and if the PM has any other notion, then this matter should be referred to the MACC to seek their professional opinion! It is rather disappointing that the MACC did not move in to investigate Isa for corruption. If an Opposition person was embroiled in similar circumstances, there would be no doubt as to how the MACC would have acted.



Umno did Isa a favour by not referring Isa’s money politics to the MACC. If that was done then, today Umno will not have this shameful episode of offering a corrupt politician as its candidate at the Bagan Pinang by-election.



P Ramakrishnan

President

7 October 2009
--

RM6500 UNTUK GAMBAR MATA LEBAM AZEEZ

Gambar Azeeez "Putera" Umno yang mendakwa dirinya di pukul dan lebam-lebam , dengan susuk tubuh gemuk dan kini menghidapi tekanan darah tinggi, meningkat lagi apabila ditawarkan sebanyak RM6500 kepada sesiapa yang dapat menghantar gambar beliau ditumbok dan lebam-lebam.Tawaran yang disampaikan oleh PEMBELA , sebuah badan NGo's yang kini mula dikenali ramai akibat kes Azeez.Dengan tidak semena-mena anak mamak ini mula dikenali sebagai seorang gedebe yang penipu.


Amatlah bodoh ,dan tidak betul seorang ketua putera Umno ,yang dikatakan bijak laksana putera ,satu sayap pemuda Umno yang sedang berusaha mengrekrut pemuda Melayu yang racist dan adakalanya bertindak ala samseng rempit di jalanan, membuat dakwaan sebegitu rupa.Apa kah beliau sudah hilang akal atau sengaja mencari nama dengan isu yang bodoh ini??


Malah menurut Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, "sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00."














"Kami terkejut kerana memang orangramai mahu melihat betapa tidak cerdiknya seorang ketua yang mewakili pemuda membuat tuduhan yang bodoh menyatakan bahawa beliau ditumbuk oleh beberapa orang pemuda,namun dalam 3 keping gambar yang disiarkan membuktikan beliau berlalu tanpa sebarang kecederaan pun"' demikian jelas Mohd Dzohir lagi.



"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS". Demikian dipetik beliau berkata apabila ditanya pemberita.Azeez begitu serius membohongi rakyat Bagan Pinang dan juga seluruh negara dengan drama palsu beliau.


Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.



Namun Azeez silap kerana media kini sudah bergerak maju dan tidak seperti pemikiran pimpinan Umno yang masih mengharapkan semua bahan berita yang disiarkan dalam TV dan siaran akhbar mereka yang kian menyusut bilangan pembacanya, sudah dianggap kuno dan tidak berkesan.Media baru dengan kehadiran internet kini mula mempersoalkan betapa Azzez sebenarnya bapak segala pembohongan kerana kurangnya kelibat beliau selama ini di dada akhbar.Azeez cuba menacari isu murah dengan mengganggap segala kata beliau dipercayai orang ramai.



Sejak pilihanraya lepas , beliau yang bertanding di Parlimen Baling yang rata-ratanya penduduk miskin di Kedah, dan mengusahakan dusun warisan , tidak dapat menambat hati penduduk Baling untuk memilih beliau sebagai wakil mereka.Ini adalah kerana semua pimpinan Umno kaya raya dan ini amat di benci oleh orang Melayu yang kini menganggap bahawa pimpinan yang kaya raya adalah tidak sesuai utuk dibuat dan dilantik sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat Baling sedar bahawa jika dilantik si Azeez ini , mereka akan di bohongi oleh putera kelentong berfikiran kolot ini.



Walau pun ada sedikit sebanyak gaya ini cuba dibawa pembangkang dengan wakil mereka begitu cewi dengan lagak laksana seoran jutawan dan bukan wakil rakyat, namun ianya masih boleh di maafkan kerana dipercayai ianya tidak akan berlaku seperti wakil Umno yang nampak lebih kaya raya dari jawatan yang mereka sandang, Memang pun adakalanya sikap cewi ini akan membawa padah baik kepada wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang , kerana rakyat tidak suka melihat pimpinan yang bermewah sedangkan rakyat begitu sukar mendapatkan peluang pekerjaan akibat pengganguran yang begitu tinggi.Rakyat kini bijak menilai sikap,pendapatan wakil rakyat mereka bagi menilai semua harta dan kekayaan yang sebenarnya sebelum mereka menjadi wakil rakyat.Ciri-ciri seorang wakil rakyat tidak ada pada Azeez.




Kini , apabila jumlah tawaran semakin meningkat, ramai pula yang lebih berminat untuk melihat muka Azeez dilebamkan.Mungkin Azeezz perlu beberapa orang pengawal kerana jika tawaran semakin meningkat, jumlah penjenayah melihat peluang ini sebagai cara untuk mendapat wang mudah.Mungkin tidak perlu lagi bersudah payah memecah rumah dan meragut.Hanya melebamkan mata Azeez ini akan mendapat jumlah wang yang mudah dan ianya mudah apabila seorang membalun si gemuk ini dan seorang lagi merakamkan gambar.Hati-hati Azeez kerana dengan tawaran meningkat , bermakna keselamatan anda juga perlu di pertingkatkan.Memang buat masa ini seluruh negara mahu menyaksikan beliau lebam mata dan terlantar di hispital....mungkin begitu yang dialami Anwar Ibrahim apabila mata beliau di lebamkan satu dekad yang lalu.





Amiruddin Ahmad adalah EXCO ALIRAN,
Aliran Kesedaran Negara,
pemulis bebas dan menulis untuk Suara keadilan
dan kini akhbar Konsep Era Pakatan,
Lulusan USM dalam bidang Sejarah dan Sains Politik

ASET KUALA DIMENSI DI BEKUKAN


Belum pun reda dengan isu MCA yang mana membabitkan juga beberpa pimpinan MCA dan kerajaan pusat, hari ini menyaksikan aset yang di punyai oleh Kuala Dimensi , kontraktor utama yang disaman oleh PKFZ dalam isu yang membabitkan rasuah dan penyelewengan pelabuhan Kelang, hari ini semua aset dibekukan termasuk jet esekutif Kuala Dimensi yang dimiliki oleh Tiong King Sing.

Tiong merupakan ahli Parlimen Bintulu juga merupakan bendahari SPDP Sarawak Progresive Democrat Party juga , tidak dibenarkan keluar negara dan semua aset di tahan polis untuk sisatan.Namun beliau masih boleh menggunakan kapal terbang yang lain.Selain itu beliau juga dibenarkan menggunakan beberapa eset lain yang difikirkan releven.



A luxury jet aircraft worth millions of ringgit and several other assets belonging to embattled Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) chief executive officer Datuk Seri Tiong King Sing have been frozen. The jet is one of two luxury aircraft — a Learjet 60 and a Gulfstream IV — registered with Wijaya Baru, the parent company of KDSB.View more

Kes ini membabitkan Ong Tee Kiat Presiden MCA yang di dakwa Tiong menerima secara tunai sebanyak RM10 juta secara 3 peringkat sebagaimana di dedahkan dalam blog ini bulan lepas.PKFZbertujuan untuk menigkatkan keupayaan negara di Pelabuhan Kelang , namun menimbulkan kopntroversi akibat amalan rasuah dalam kerajaan.

Ianya merupakan cabaran terbesar kerajaan pimpinan DS Najib dalam usaha beliau untuk membentuk kepercayaan rakyat dengan slogan 1 Malaysia.Beliau kini berada di Perancis.

Terjemahan