SAMAN FITNAH 2 KOLONEL

Saman fitnah dua Kolonel ATM terhadap Raja Petra
13/10/2009 4:29pm


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 11 Februari 2010 pengurusan lanjut kes saman fitnah yang dikemukakan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bagi menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.


Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Norhatini Abdul Hamid untuk plaintif dan defendan menyediakan ikatan dokumen.

Pada 22 Julai 2008, Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isteri, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Raja Petra untuk menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang kerana didakwa membuat akuan bersumpah yang berunsur fitnah dengan mengaitkan mereka berdua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Writ saman tersebut difailkan oleh peguam mereka, Sugandra Rao Naidu daripada firma guaman, Tetuan Gan, Rao & Chuah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Defendan diwakili peguam J. Chandra

Dalam artikel tersebut,Raja Petra menjelaskan bahawa kedua mereka yang dikatakan sebagai pasangan suami isteri adalah pakar dalam C4, manakala Kolonel Norhayati dikatakan bekerja dengan Rosmah sebagai pembantu peribadi beliau,malah dalam dikatakan kolonel Aziz Buyong dikatakan pakar dalam C4.