Kesian dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihentam habis oleh pembangkang haritu.
Dato Badrul Hisham keluar statement tak boleh bagi orang lain salah guna IC untuk isi minyak subsidi Ron 95 untuk isi minyak di Kelantan.
Statement tu respon kepada media, selepas Polis Kelantan tangkap 4 penyeludup minyak.
Penyeludup guna ic orang lain, untuk beli minyak murah dan jual ke Siam.
Pembangkang ni cuba putar belit statement dia, seolah olah seluruh Negara tak tak dibenarkan orang lain, suami atau isteri isi minyak untuk pasangan.
Padahal Kementerian Kewangan dah umum dah boleh sejak tahun lepas lagi.
Pembangkang tak tahu, individu yang dia maki Inilah yang banyak bantu Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesaikan masalah Kad Pengenalan (IC) di semua Negeri Negeri Pembangkang kuasa, terutamanya di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.
Berlambak kes kes IC tak selesai, sejak awal Datuk Saifuddin dan Datuk Badrul masuk dalam jawatan, ada 50,000 lebih kes tertunggak babit kes permohonan kad pengenalan. Sekarang ni berbaki 4,000 lebih sahaja.
Malah jika ada kes berkaitan, yang kawan kawan minta bantu, beliau lah orang pertama saya rujuk dan minta bantuan selepas dapat izin dari YB Menteri. Biasanya tak sampai sebulan, jika semua dokumen lengkap dan takda masalah. Itulah kepantasan, kecekapan dan prestasi JPN era Malaysia Madani.
Terbaru kes Pakcik Nawi, Padang Serai, Kedah. Anak dia dah 17 tahun turun naik JPN mohon sijil lahir dan kad pengenalan untuk anak beliau di JPN, semalam saya dimaklumkan sijil kelahiran anak beliau hadapi SPM tahun ni dah diluluskan.
Kini dalam proses permohonan kad pengenalan dah. Video Pakcik Zaki ketika saya pergi rumah beliau viral sebelum ini, berjuta juta view. Akhirnya beliau boleh bernafas lega sekarang.
Walaupun banyak kes dah selesai, Datuk Seri Saifuddin Nasution tetap bersuara, minta rakyat (Warganegara Malaysia) yang ada masalah IC, tampil dan segera buat Permohonan segera. InsyaAllah kita akan permudahkan jika semua dokumen dah lengkap, ada bukti yang sahih dan tidak menipu.
Ketua Pengarah adalah penjawat awam, beliau tidak boleh dihukum, dimaki dan dibunuh karektornya seperti orang politik, kecuali betul dia buat salah makan rasuah dan tidak kompetan.
Kena ingat, yang kamu maki Itulah yang membantu rakyat rakyat kamu, pengundi kamu waktu Penghulu/Mpkk/YB Dun dan Parlimen pembangkang tidak berfungsi dan tak buat kerja.
Semalam JPN Putrajaya buat Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Santunan Bakal Tetamu Allah (Duyufur Rahman) telah berlangsung dalam suasana penuh penghayatan, melibatkan penyertaan warga Jabatan Pendaftaran Negara.
Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam mendoakan kesejahteraan para tetamu Allah agar segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Syam Ghaz

No comments:
Post a Comment