
Imej tangkap layar perkongsian Wanns Ahmad selepas kawasan Pasir Mas, Kelantan berdepan dengan masalah gangguan bekalan air hingga terpaksa mandi di masjid pada 23 Mac 2026.
PASIR MAS, 24 Mac – Gangguan bekalan air di jajahan ini menyebabkan penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad terpaksa menumpang mandi di sebuah masjid sebelum bertolak ke pulang Kuala Lumpur selepas meraikan Aidilfitri baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan Facebook miliknya semalam.
Menurut perkongsian itu, Wanns Ahmad berkata, masalah tersebut berlaku sejak kelmarin menyebabkan bekalan air yang disimpan di dalam tangki sudah habis digunakan.

“Jadi saya kena balik Kuala Lumpur hari ini (semalam), air takdok (tiada), muka tak mandi lagi.
“Maknonya (maknanya) kito nok gi masjid (kita ke masjid), nok gi mandi di masjid (pergi mandi di masjid),” katanya.
Wanns Ahmad memberitahu, masalah tersebut turut dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan di sini apabila mereka terpaksa menumpang mandi di masjid.

“Memang betul kawasan Pasir Mas tiada air, gapo (apa) punca tiada air ni. Ada siapa tahu. Guana ni Menteri Besar (macam mana Menteri Besar) kesian dekat orang Pasir Mas ni, kesian orang-orang kampung saya.
“Nak mandi tak boleh, nak gosok gigi tak boleh. Bukey dio kecek dengan oghe main duduk letak butir nasi celoh gigi, samba (takkan masa bercakap dengan orang lain, nasi dan sambal masih melekat di celah-celah gigi),” ujarnya.
Wanns Ahmad berkata, selain itu dia dan penduduk lain terpaksa mengambil air dari kolah masjid untuk mandi dan menggosok gigi.
Terdahulu video yang dimuat naik oleh Wanns Ahmad di TikTok tular dan dikongsi oleh 320 pengguna apilaksi berkenaan.
No comments:
Post a Comment