‘Hentikan Drama Victor Chin, Dedah Siapa Terima RM9.5 Juta’ – Sivarasa

 



Bekas Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa menyelar Victor Chin, susulan dakwaan ahli perniagaan itu bahawa seorang ahli parlimen parti itu kononnya menerima RM9.5 juta.

PETALING JAYA, 25 Mac – ‘Hentikan drama segera’.

Itu gesaan bekas Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa yang menyelar Victor Chin, susulan dakwaan ahli perniagaan itu bahawa seorang ahli parlimen parti itu kononnya menerima RM9.5 juta sebagai bayaran untuk menyelesaikan isu berkaitan “mafia korporat”.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Sivarasa melabel Chin sebagai “meniru” modus operandi Albert Tei, pemberi maklumat yang mendedahkan skandal rasuah besar-besaran di Sabah yang membabitkan sekurang-kurangnya 15 ahli politik dan beberapa pemimpin negeri pada November 2024.

Hantaran Sivarasa di aplikasi X menyentuh isu drama Victor Chin pada 24 Mac 2026.

Sivarasa menasihatkan Chin supaya “buat saja laporan polis” dan mengadakan sidang media untuk menjelaskan dakwaannya, bekas anggota parlimen tiga penggal itu menggesa Chin mendedahkan “bukti” tuduhannya, termasuk mengenal pasti wakil rakyat KEADILAN yang didakwa terlibat dalam transaksi tersebut.

“Hentikan drama bodoh ini! Dan kemudian, biarlah polis buat kerja mereka, dan biarkan sesiapa yang dinamakan olehnya (Chin) jawab,” kata Sivarasa.

“Jika (Chin) tidak buat laporan polis dan dedahkan secara terbuka individu serta butiran bukti yang dia ada, dokumen 40 muka surat yang dikatakannya itu nilainya lebih rendah daripada kertas itu sendiri dan sepatutnya diracik serta dikitar semula sebagai kertas tandas,” katanya.

Hantaran Sivarasa di aplikasi X menyentuh isu drama Victor Chin pada 24 Mac 2026.

Terdahulu, jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata kabinet mengarahkan polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM, dan Suruhanjaya Sekuriti, antara lain, untuk menyiasat dakwaan “mafia korporat”.

Langkah berkenaan sejak itu mengundang kemarahan pihak tertentu, termasuk Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), yang menegaskan bahawa RCI adalah jalan terbaik memandangkan persoalan akan terus timbul jika SPRM dibenarkan menyiasat agensi itu sendiri.

SPRM mengeluarkan penafian tegas berhubung tuduhan penglibatan pegawainya dalam “mafia korporat,” menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan tidak berasas yang merupakan sebahagian daripada kempen memburuk-burukkan bagi menjejaskan reputasi agensi tersebut.




No comments: