PEMUDA PARTI LAIN SANGAT TERTIB BERBANDING KETUA Pemuda PAS Malaysia


 

Jogho Malaya





..........


KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA MIPP


1. Pagi ini, saya bersama-sama Ketua ARMADA BERSATU Malaysia dan Ketua Pemuda GERAKAN telah bertemu YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara untuk menyampaikan pandangan dan pendirian sayap pemuda masing-masing khususnya berhubung kedudukan Pengerusi Perikatan Nasional. 


2. Kami menghormati keputusan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, perletakan jawatan tersebut pastinya memberi impak kepada wajah Perikatan Nasional khususnya dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk menang dalam pilihan raya, Perikatan Nasional harus diterajui oleh figura yang boleh menjana penyatuan dan menggarap dukungan majoriti rakyat Malaysia. 


3. Justeru, ketiga-tiga sayap berpendirian, perihal ini mestilah diselesaikan secara konsensus sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(I) Perlembagaan Perikatan Nasional. 


4. Ketiga-tiga sayap pemuda juga berpendirian bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mestilah diisi oleh mana-mana Presiden Parti yang mempunyai kuasa eksekutif dan autoriti bagi membuat sebarang keputusan dasar demi kelancaran pentadbiran. Perikatan Nasional wajar diperkasakan dengan etika gabungan, disiplin pentadbiran serta kerjasama politik dengan parti-parti yang terlibat dalam Ikatan Prihatin Rakyat. 


5. Berhubung tafsiran bahawa jawatan Pengerusi Perikatan Nasional boleh disandang oleh mana-mana pemimpin selain presiden parti, kami menegaskan supaya ianya dirujuk menurut Fasal 20 Perlembagaan Perikatan Nasional yang menyatakan : “Jika timbul sebarang kekeliruan tentang pentafsiran, susunan dan pengertian mengenai mana-mana peruntukan di dalam fasal Perlembagaan ini atau mana-mana peraturan dan perintah tetapnya, maka tafsiran, susunan dan pengertian mengenai fasal itu yang dibuat dengan suara majoriti ahli-ahli Majlis Tertinggi adalah terpakai dan muktamad.”


6. Selaku teraju utama yang akan memimpin Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mesti diisi oleh kepimpinan yang absah, inklusif, diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan mempunyai track record yang diyakini rakyat. Maka, ketiga-tiga sayap pemuda mencadangkan agar YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dan terus menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.


JUSTIN PRABAKARAN

Ketua Pemuda Kebangsaan 

Malaysia Indian People Party (MIPP)

(Parti Komponen Perikatan Nasional)


12 JANUARI 2026




No comments: