Semalam Mahathir turun ke Kampung Sungai Baru menemui penduduk disitu yang berhadapan dengan masalah penempatan mereka akan hilang.
Seperti biasalah bila Mahathir datang penduduk mengadu kepadanya dan beliau ambil peluang untuk menghasut rakyat bencikan kerajaan menerusi lontaran pandangan dan pendapatnya yang berlian itu.
Mahathir memang licit dalam menyucukkan jarum kepada orang agar benci mana-mana perdana menteri selepasnya. Apa yang PM lain buat semua tidak betul, tidak sempurna, tidak membantu rakyat dan bla bla….
Masa beliau jadi PM selama 22 tahun campur 22 bulan kenapa beliau tidak lalsanakan apa yang dicadangkan itu? Misalnya kenapa tidak digezet terus mana mana kawasan Melayu dalam bandaraya Kuala Lumpur untuk orang Melayu. Kenapa tidak buat?
Cuba buka fail lama tengok berapa ribu hektar tanah kepunyaan dan kawasan setinggan Melayu hilang bertukar tangan dan hak milik. Zaman siapa semua itu berlaku itu.
Baru-baru ini PM Anwar Ibrahim selamatkan 50 hektar tanah bekas Lapangan Terbang Sungai Besi dengan mengezetnya sebagai tanah rizab Melayu. Itu semua Mahathir tak nampak sebab matanya sudah kelabu.
Itulah bercakap selepas tidak ada kuasa tak guna membazair air liur sahaja.
Maka mana-mana pemimpin bercakaplah masa ada kuasa dan teruslah berbuat sesuatu yang difikirkan baik itu barulah nanti tak akan disumpah rakyat. Trims.
No comments:
Post a Comment