Beza nasib YB Pas dan pemain bola sepak Kedah, kesian

 


Ketika pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilanda masalah gaji sehingga ada yang dihalau dari rumah sewa dan kereta ditarik pihak bank, lain pula halnya dengan seorang ‘YB’ Pas ini.


Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit memberitahu dia sudah membeli sebuah kereta jenama mewah.


“… menepati citarasa saya dan saya puas hati dengan apa yang dijanjikan tepat.



“Saya dapat kereta yang cukup bermakna bagi saya,” kata Sabri dalam klip video yang tular di media sosial.


Semakan mendapati, harga kereta import tersebut melebihi RM270,000.


Malah, rupa-rupanya Sabri Azit, 59, juga sudah membeli kereta Toyota Hilux baharu pada 2021 iaitu selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat di Parlimen Jerai.


Rata-rata dilihat melontarkan kritikan dan sindiran memandangkan sebelum ini pemimpin-pemimpin Pas bergelar ‘YB’ kerap memberitahu mereka mengalamai masalah kewangan untuk membantu rakyat.


“Ekonomi rakyat sedang teruk, YB kata.


“Tu dia YB naik kereta import… nohhh.


“Nampak zuhudnya.


“Raya kereta barulah nampaknya,” demikian antara komentar dan sindiran warganet menerusi TikTok seorang penjual kereta yang dikenal sebagai ‘Benjo’.








No comments: