Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin masih berdepan dua lagi pertuduhan di mahkamah yang belum selesai.
Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak bergembira terlalu awal biarpun terlepas dari empat pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Beliau menyifatkan “nasib Mahiaddin baik” kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencampuri badan urusan kehakiman seperti yang dilakukan Ahli Parlimen Pagoh itu ketika berkuasa dahulu.
“Din, jangan syok sangat hang lepas 4 pertuduhan. Nasib kamu baik sebab PMX tak campur urusan badan kehakiman macam apa yang kamu dan Mahathir lakukan bila ada kuasa.
“Tapi jangan lupa ada dua kes belum selesai dan banyak lagi yang belum dituduh termasuk kes menantu kamu.
“So jangan berkepak sangatlah. Pada yang tak mengikuti, Midin (Mahiaddin) ada enam kes mahkamah.
“Empat kes salah guna kuasa (yang ni dia menang di Mahkamah Tinggi, tapi pendakwa raya boleh buat rayuan). Tapi dia ada dua kes rasuah RM195juta (kes ini masih berjalan ya),” ciap Lokman di laman X.