ANTARA NEGARAWAN DAN BANGSAWAN



Ada pujangga menyebut:


“A Politician thinks about the next election,

A Statesman thinks about the next generation”. 


Politikus hanya memikirkan cara nak menang plihanraya. Dalam kepala hanya nak berkuasa. 


Negarawan pula pikir tentang negara dan anak cucu cicit kita.  Membina negara untuk kebaikan bersama. 


Figura paling berpengaruh sepanjang zaman, Nabi Muhammad SAW, bila Baginda berhijrah ke Madinah, untuk bina pusat pemerintahan Islam di sana. Baginda bukan bertindak sebagai “agamawan”. Beliau memimpin sebagai seorang “Negarawan”. 


Disatukan penduduk berbilang bangsa, diperkuatkan ekonominya, dan dibina bala tentera. Bukan Baginda hanya berwirid di masjid saja. Tunggu air bersih, jatuh ke riba. 


Di bawah kepimpinan Nabi SAW, Madinah jadi pusat Islam paling berjaya. Konsep Madani datang darinya. 


Satu lagi sifat Negarawan. Dia sanggup berkorban. Apa saja, jiwa raga dan harta. Mereka tidak kaya. Mereka zuhud belaka. 


Tengokkan Mathama Gandhi dan Nelson Mendela. Bandingkan Trump dengan Obama. 


Yang dekat dengan kita. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Sampai tua mereka tak kaya. Untuk negara sampai sanggup bergadai harta benda. Keluarga mereka pun biasa2 saja. 


Ini kualiti Negarawan yang harus kita angkat martabatnya. 


***************************************


Bandingkan kualiti pemimpin yang jenis “BANGSAWAN”. Tiap hari meratib Bangsanya terancam. Kata mereka “Orang lain” nak mencuri harta dan tanah kita.


Walhal belakang, keluarga mereka dan mereka sendiri kaya raya. Tak tahu mana punca hartanya. Tengokkan yang kuat menjolok sarang tebuan, mainkan isu perkauman. Zuhud dan suci ke mereka? 


Set2 “Bangsawan” ini dari kepala hingga ke kaki, pakai Burberry. Jam tangan ribu riban lagi. Boleh beli bungalow sebijik. Ada yang kes cabul kanak2 lagi. Ada ke jenis zuhud level TG Nik Aziz? 


Ada yang sibuk mengata orang lain liberal dan LGBT. Tengokkan ahli keluarga dia pun kita naik pening. Ada yang anak DJ Kelab Malam nama Muslim Priest. Ada yang cucu selamba peluk anjing. Ada yang secara terbuka sertai parade LGBT. 


Hidup nya ala barat, liberal sekali. Tapi mengata orang lain kemain. Belum cerita lagi, keluarga mereka senang lenang. Bisnes masuk depan belakang. 


Sukarno pernah menyebut: 


“Bangsa sendiri yang mencuri hak bangsanya. Tapi Dia  akan tuduh bangsa lain, supaya dia bebas untuk mencuri”. 


Percayalah, set “Bangsawan” ini ada di mana2. Tapi nampaknya sekarang makin banyak di Malaysia. 


*************************


Sekarang Bangsawan ini kebanyakan sudah hilang kuasa. Maka makin kuat lah dimainkan isu kaum dan agama. Buat kita porak peranda. Sebenarnya, trick mereka nak berkuasa semula. 


Sesungguhnya, Negara sedang tenat, kita perlukan lebih banyak Negarawan bukan set2 Bangsawan. Kita juga tak perlu Agamawan semata2. Untuk mengetuai pentadbiran. 


Sekarang masanya untuk kita bina NEGARA. 


Kalau negara meranap, di manakah kita nak menegakkan agama, di mana kita nak memperkasakan bangsa? 


Kalau gagal membina negara semula, jadilah kita seperti Venezuella dan Sri Lanka. Mainkan politik kaum dan agama sekian lama. Akhirnya kini rakyatnya merempat jua. 


Apa jenis negara yang kita nak wasiatkan kepada anak cucu cicit kita? Tepuk dada tanya iman jua. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki