APA PUNYA PM...DAH LANTIK MENTERI 70 ORANG ...3 ORANG LAGI PEGANG JAWATAN BERKAITAN...TU PUN TAK BOLEH LAGI NAK KAWAL....MEMANG LEMAH TENAGA BATIN BETUL LAH KERAJAAN INI...

 


Restoran pun guna, sukar kawal minyak masak peket subsidi, kata PM




Pada 6 Julai lalu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
 Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak peket 1kg
 hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli atau digunakan
 bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.

KUALA LUMPUR: Minyak masak subsidi jenis peket 1kg sukar dikawal susulan terdapat perniagaan atau restoran berskala besar turut menggunakannya.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perniagaan yang menggunakan minyak masak peket itu, kerajaan akan dituduh zalim.

“Yang susah nak kawal ini adalah minyak masak peket untuk kegunaan rumah, tetapi pengusaha restoran besar gunakan.

“Tak sampai hati nak ambil tindakan ‘mak cik-mak cik’ goreng pisang. Itu salah satu sebab minyak masak peket tak boleh komersial tetapi jika penguat kuasa nak saman makcik tukang masak atau rampas minyak masak mereka nanti kita dituduh zalim kepada rakyat,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta kerajaan menyasarkan subsidi kepada golongan memerlukan saja bukannya untuk golongan kaya.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan tidak berdiam diri dan sedang berusaha untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu meneliti mekanisme akan diambil sebelum melaksanakannya agar tiada golongan memerlukan tercicir.

“Ini bukan sesuatu perkara mudah dan ada perkara perlu dipertimbangkan.

“Kerajaan tidak berdiam diri dan perdana menteri tak boleh dikatakan tak lakukan apa-apa tindakan. Insya-Allah kita akan lakukan terbaik untuk negara,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak peket 1kg hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli dan digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.

Bagaimanapun, Nanta berkata pengecualian itu diberikan kepada peniaga kecil.

Namun, pada masa sama, Nanta menegaskan bahawa penggunaan minyak masak peket tidak boleh digunakan oleh perniagaan atau restoran pada skala yang besar.

Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi bagi minyak masak jenis peket dengan isipadu 1kg akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat.

Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi 1kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi 1kg untuk kegunaan golongan B40.

No comments: