Sejak petang semalam telah tersebar video bahagian kedua yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dengan Haziq Aziz.
Haziq ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Selepas tersebar video bahagian pertama dua hari lalu, Haziq semalam tampil mengaku secara terbuka dia adalah lelaki yang beraksi seranjang dengan Azmin itu.
Azmin bagaimanapun dalam kenyataan media kenudiannya menafikan beliau terbabit dalam video yang tersebar luas itu.
Menurutnya, video tersebut adalah komplot jahat untuk mencemar reputasi dan keperibadiannya serta bertujuan memusnahkan karier politiknya.
Video bahagian kedua ini disebarkan tidak berapa lama selepas Azmin mengeluarkan kenyataan medianya itu.
Apa yang nyata, video bahagian kedua ini lebih terang dan jelas memaparkan wajah pelaku-pelakunya.
Difahamkan juga, selepas video bahagian kedua ini, akan ada bahagian-bahagian seterusnya bakal disebarkan tidak lama lagi.
Soalnya, apakah Azmin akan tampil lagi dengan penafian berikutnya selepas ini?
Tetapi, meskipun dinafikan oleh Azmin, tinjauan di media sosial mendapati ramai di antara mereka yang selama ini pro kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, mula menunjukkan rasa kecewa dan murung dibuatnya.
Malah, ada yang mengambil keputusan mahu berehat daripada menulis di media sosial buat seketika.
Ahli dan pimpinan PKR sendiri boleh dikata jadi berbelah bagi dibuatnya sehingga majlis solat hajat di kediaman MB Selangor malam tadi juga hanya mengundang kehadiran yang sedikit saja.
Terlihat, setelah menonton video bahagian kedua yang lebih terang dan jelas itu, mereka sukar mempercayai pemimpin yang mereka sokong dan puja itu boleh terbabit dalam seks sejenis yang menjijikkan itu.
Bagaimana jika bahagian ketiga dan seterusnya tersebar lagi selepas ini?
Mampukah Azmin terus bertahan dengan penafian yang dibuatnya itu?
Dalam masa yang sama juga, mampukan Perdana Menteri terus mempertahankan kedudukannya dalam kabinet? (Shahbudindotcom 13/06/2019)