Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras



Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras

Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras


Meski pun pelbagai kontroversi melanda pentadbiran Najib Razak namun melalui tinjauan pendapat beberapa pemerhati politik mendapati kaum Melayu, pengundi terbesar di Malaysia masih menyokong BN.

Tinjauan wartawan Suara pakatan daily juga mengesahkan fenomena sedemikian. Lebih membimbangkan, Melayu rata-ratanya menganggap BN adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan tidak boleh dipisahkan.

Seorang pemandu teksi, Hassan dari Selayang, 70 tahun berkata, Melayu menganggap tidak perlu untuk mengubah kerajaan kerana ia adalah pemerintahan orang Melayu dan bukannya DAP.

“Bagi bangsa Melayu, BN ialah Umno dan Umno ialah BN. Justeru itu, masyarakat Melayu rasa tidak perlu lagi untuk ubah kerajaan kerana kerajaan Malaysia sudah pun kerajaan Melayu. Inilah pemikiran bangsa Melayu,” katanya.

Beliau sinis apabila ditanya adakah Pakatan Harapan akan memenangi PRU14. Katanya, pembangkang kelihatan berpecah-belah dan ianya salah satu faktor Melayu lebih sanggup mengundi BN di mana semua parti komponen bersatu dan tunduk kepada kata-kata Umno.

Pemandu teksi bernama Rajoo, 40 tahun dari Kuala Lumpur pula berkata bangsa Cina dan India dewasa ini semakin tidak mempedulikan senario politik Malaysia kerana kedua-dua bangsa itu berpendapat BN akan sentiasa menang dan mendapat lebih daripada 85 peratus sokongan pengundi Melayu.

Ada juga kumpulan profesional India dan Cina seperti jurutera, akauntan serta doktor yang berhasrat ingin berhijrah ke negara lain selepas PRU14 jika situasi masih kekal sama.

“Minda Melayu akan kekal bersama Umno,” kata seorang jurutera bernama Johnson Raj berusia 28 tahun.

No comments: